BAB 18

Romance Series 12050

Aku gigit bibir bawah cuba menahan senyuman yang ingin terukir di bibirnya bila melihat pemandangan di hadapan aku saat ni.

"Jom?" Elvis mengajak lembut. Tanpa segan silu tanganku dicapai lalu ditarik ke meja yang sudah dihias pelbagai jenis bunga dan makanan yang enak. Candle light dinner dengan suasana yang cukup romantik. Alahai, mat jiwang karat juga mamat Itali ni.

Aku labuhkan punggung duduk di kerusi berhadapan dengan Elvis. Bau steak yang menusuk hidung membuatkan perut aku mulai berkeroncong memainkan muzik rock kapak. Argh! Lapar pula!

"Ada apa-apa yang istimewa ke?" Tanyaku hairan. Yalah, nak kata hari lahir aku ? Lambat lagi. Anniversary? Apa jadahnya anniversary, bercinta pun baru sehari.

Elvis tarik senyum lalu menggeleng. Alahai, boleh cair aku dengan senyuman mamat mata hijau ni.

"Nothing. It's just to celebrate yang kau terima aku sebagai kekasih."

Aku rasa jantung aku jatuh seketika. Auch mamat ni sweet terlebih sangat. Dan aku tak dapat nafikan yang aku jatuh hati gila dekat dia.

"Elvis, awak ni memang sweet dari kecil ke?"

"Kau ni memang cantik dari kecil ke?"

Soalan dibalas soalan membuatkan aku tergelak. Aish, ada saja cara dia nak cairkan hati aku.

"Kau tahu, sejak kali pertama aku tengok kau, aku dah jatuh hati."

Aku tersentak. Bibir bawah aku gigit perlahan. Jadi selama ni dia memang ada perasaan dekat akulah? Ceh.

"Masa awak langgar saya depan kolej kan?" Aku angkat sebelah kening pada Elvis, inginkan kepastian namun lelaki itu hanya diam menatapku dengan senyum penuh makna.

Tidak menggeleng, tidak juga mengangguk.

"Mungkin tapi yang pastinya, aku rasa, aku tak akan mampu lepaskan kau pergi dari hidup aku. My beautiful, beautiful, beautiful Medina, You're mine." Bisiknya lembut.

Jarinya mencuit hidungku sekilas. Senyuman indah terukir di wajah kacaknya tu.

Baru saja aku ingin membuka mulut, satu suara asing mematikan niatku.

"Oh my friend, Elvis!"

Dahi aku berkerut bila melihat seorang lelaki paruh baya berbangsa cina mendekati meja kami. Gayanya seolah-olah sudah terlalu mesra dengan Elvis.

Bahu Elvis ditepuk-tepuk namun aku perasan yang air muka Elvis yang ceria tadi sudah berubah dingin. Jelas tak suka dengan lelaki yang datang menganggu kami saat ni.

"What do you want, Mr Chen?" Suara Elvis jelas kedengaran dingin dan penuh amaran. Aku hela nafas berat, sejujurnya aku juga rasa terganggu.

"Nothing. Just checking on you and this beautiful lady. Hello?" Lelaki yang Elvis panggil Mr Chen itu menghulurkan tangannya pada aku membuatkan aku mengerut dahi.

Dah kenapa mamat ni asyik tersengih-sengih macam orang tak betul ni? Ada masalah mental ke?

"I'm Chen. What about you?" Chen mengapa aku bila aku tak sambut huluran tangannya.

"Medina." Ringkas aku membalas. Tangannya aku sambut sekejap saja. Itu pun sebab jari gatal dia asyik mengelus tanganku. Gila mamat ni!

"Medina, what a beautiful name suits beautiful lady."

"Medina, come. Let's get out of here." Elvis terus bangun dari duduknya. Jelas mukanya bengang saat ni. Tanganku ditarik supaya bangun.

Nak tak nak terpaksa juga aku :menurutinya. Baru saja beberapa langkah ke depan, sebelah lagi tangan aku ditarik.

"???????????" Elvis bersuara keras seolah-olah memberi amaran dalam bahasa cina yang tak aku fahami.

"???????????" Senyum sinis terpamer di wajah Mr Chen.

Aku rentap tangan aku kuat dari pegangan. Mencerlung mata aku memandangnya tajam. Berani orang tua ni pegang aku!

"Jangan nak biadaplah!" Tengking aku geram. Aku menjeling bila Mr Chen tergelak kecil seolah-olah amarah yang aku hamburkan hanyalah satu hal yang kelakar.

Malas mahu melayan dia, aku tarik tangan Elvis supaya kami cepat-cepat berlalu. Aku perasan yang Elvis merenung lelaki itu tajam dan tak lepas, mata kekasih aku itu seolah-olah menggelap seketika dengan senyum sinis yang terbit di bibirnya.

Ah! Rosak makam malam istimewa aku!

×××

"Maaf sebab Chen rosakkan makan malam kita. Nak makan kat tempat lain?" Elvis bertanya lembut saat kami dalam perjalanan pulang dari restoran mewah tadi. Ah, sungguh menghampakan.

"Tak apalah, lain kali saja. Boleh awak hantar saya balik rumah papa saya?" Tanyaku. Aku malas nak balik rumah mama, karang berlaku lagi perang dingin antara kami sekeluarga. Buat masa ni, biarlah aku menjauh.

Elvis hela nafas berat. Aku tahu dan aku faham yang dia kecewa dengan apa yang berlaku. Yalah, dia dah penat-penat aturkan segalanya untuk menyambut hari bermakna kami tapi ada pula yang mengangguk.

Aku beranikan diri untuk pegang tangan Elvis. Tindakan aku itu sedikit menyentakkan dia tapi masih juga gengaman tanganku dibalas. Terasa nyaman.

"Esok kita keluar celebrate together Okey?" Pujukku mengundang tawa kecil Elvis. Indah di pendengaranku.

"Alright my beautiful Medina." Tanganku dibawa ke bibir lalu dicium perlahan. Haih, mamat ni boleh buat jantung aku masuk ICU!

Aku kerutkan dahi bila kereta Elvis berhenti berhadapan dengan rumah papa. Aku pandang dia yang memandangku dengan senyuman.

"Macam mana awak tahu ni rumah papa saya? Rasanya saya tak pernah beritahu awak apa-apa pasal alamat rumah papa saya." Tanyaku hairan.

Elvis terdiam seketika.

"Mana awak tahu?" Gesaku. Yalah, aku pelik sebab macam mana dia tahu sedangkan Erin sendiri tak tahu di mana rumah papa aku. Macam mana pula Elvis boleh tahu sedangkan aku tak pernah beritahu dia tentang rumah papa ni?

"I have my own way." Ujar Elvis tenang. Sedikitpun dia tak nampak gementar dengan soalan aku.

"But how? Are you stalker?"

Elvis tarik senyum senget. Tangannya naik bermain dengan rambut panjangnya.

"I am."

Selamba badak saja dia mengaku. Hampir jatuh rahang aku dibuatnya. Ey mamat ni memang nak kena dengan aku!

"My beautiful beautiful beautiful Medina, everything about you... Semuanya dalam tangan aku. You can't run from me." Bisiknya lembut namun entah kenapa aku rasa ianya seolah-olah satu amaran buat aku supaya aku tahu yang aku tak akan boleh lepas dari dia walau apapun berlaku.

Ah, tapi tak mungkin Elvis ada niat buruk kan? Sudahlah Mendina, nothing to scared of, it's just your boyfriend, Elvis.

"Okeylah, saya masuk dulu. Take care." Aku terjerit kecil bila Elvis tarik tangan aku hingga badan aku hampir melanggar dia, satu ciuman dihadapkan pada pipiku.

"Goodnight my beautiful Medina. See you tomorrow." Bisiknya lembut menambahkan warna keseganan di wajah. Aku cepat-cepat keluar dari kereta mewah Elvis.

Duduk berdua dengan Elvis memang buat jantung aku tak sihat! Pam dua kali ganda dari manusia normal! Aura dia lain macam!

Aku lambakkan tangan pada Elvis bila lelaki itu masih menanti aku masuk sepenuhnya ke dalam rumah tapi mustahillah kan? Ini rumah papa. Manalah aku ada anak kunci.

Baru saja tangan aku ingin ketuk, pintu terlebih dahulu dibuka dari dalam. Terjengul wajah papa dengan wajah hairannya. Dia tertinjau-tinjau ke bahagian luar.

"Dina datang dengan siapa?"

"Dengan-" Baru saja aku ingin habiskan ayat aku, kereta yang aku ingin tunjukkan pada papa terus bergerak menjauh dari kawasan rumah.

Ah! Tak sempat nak kenalkan Elvis pada papa!

"Kawan hantar. Dina tidur sini ya malam ni." Aku tayang sengih. Rasa bersalah pula bila menganggu papa waktu-waktu macam ni.

"Boleh Princess." Papa cubit pipi aku geram sebelum mengajak aku masuk ke dalam rumahnya.

Lain kali sajalah aku perkenalkan Elvis pada papa. Mesti papa suka, tak sabar betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience