BAB 8

Romance Series 12050

?

Memandangkan hari ni aku tak ada kelas, aku berhajat untuk tunaikan permintaan Elvis seperti yang dia minta sebagai ganti rugi kereta dia tu.

Kek Red Velvet.

Aku mengaku yang aku tak pandai masak tapi aku sangat suka buat kek. Selalunya aku akan buat cupcake dan sudah tentulah aku tak bagi sesiapapun rasa kecuali mama dan Mak Mah. Kalau ada masa aku akan hantarkan sekali pada papa dan keluarga kecilnya.

Pergi mampuslah kalau dua manusia tu terliur dengan kek yang aku buat pun. Peduli apa aku? Aku haramkan mereka makan!

Tapi itulah, bukan mama namanya kalau tak menangkan dua manusia murahan tu! Mesti mama akan beri juga pada mereka untuk rasa. Hasilnya? Kena kutuklah kecuali dari Ikram. Dia memang selalu memuji apa saja yang aku lakukan.

Huh, nak ambil hatilah tu! Pergi mampuslah! Memang sampai mati pun aku tak akan terima, Huh!

Malas mahu memikirkan tentang mereka, aku terus langkahkan

"Amboi sedapnya bau? Buat apa tu?" Suara Mak Nah kedengaran membuatkan aku tersenyum.

"Dina nak buat kek untuk kawan Dina sebagai tanda maaf. Mak Mah nak?" Pelawaku. Kalau Mak Mah nak, bolehlah aku buatkannya sekali.

"Tak apalah, Dina. Mak Mah kena jaga makan sebab kencing manis ni makin menjadi-jadi pula. Dina buatlah untuk kawan Dina tu, mesti dia suka. Anak Mak Mah ni memang handal buat kek."

Aku sudah tersengih-sengih sendirian. Kembang kempis jugalah hidung jadinya bila Mak Mah puji macam ni.

"Hm betul tu. Saya setuju dengan kata-kata Mak Mah, kek yang awak buat memang sedap." Sampuk satu suara garau yang aku memang tak nak dengar.

Aku jeling saja pada dia. Malas mahu layan.

"Boleh buatkan untuk saya sekali?" Ikram mendekatiku. Dia duduk di sebelah aku memerhatikan aku buat kerja.

"Kau jangan nak dekat dengan aku. Kau nampak pisau ni? Kau jangan fikir aku tak berani nak tikam kau dengan pisau ni. Kalau ikutkan hati aku memang aku dah lama bunuh kau." Ugutku bila aku perasan yang Ikram semakin dekat dengan aku.

Dasar jantan gatal. Tak cukup dengan mak, dengan anak pun kau nak rasa sekali? Banyak tak cantik muka kau!

Ikram angkat kedua belah tangannya dengan tawa kecil. Entah apa yang kelakar pun aku tak tahulah. Menyakitkan telinga saja tawanya. Tak sama dan tak menawan macam Elvis langsung!

"Janganlah marah-marah, Dina. Makin awak marah, makin menawan tahu tak?"

Aku pandang jijik padanya. Dah kenapa jantan tak guna ni?

"Kau berambuslah. Menyakitkan mata Aje aku tengok muka kau ni." Cemuhku. Aku perasan air muka dia berubah tapi aku abaikan Aje. Peduli apa aku?

"Jangan sombong sangat Medina. Tak selamanya kau dekat atas sampai satu tahap kau akan ada dekat ba—"

"Kalau aku ada dekat bawah sekalipun aku akan pastikan yang hidup aku tak semurah maruah kau dengan adik kau." Pintasku. Aku beri pandangan yang jelas-jelas menghinanya.

"Dan kau rasa kau dah daki sampai ke atas ke, Ikram? Dengan duit haram jadi anak Ikan? Kesian, kan hidup kau? Hidup adik kau? Murah." Aku tarik senyum sinis bila wajah Ikram jelas merah padam.  Jelas yang dia cuba menyebarkan dirinya sendiri tapi aku masih lagi belum puas menyakitkan hatinya.

"Kau jangan rasa diri kau dekat atas sebab apa yang kau ada sekarang ni semua atas ehsan orang ops ehsan mama dan apa yang mama dapat tu pun semuanya dari aku. Lupa ke yang harta keluarga arwah Tan Sri Khalid diturunkan atas nama aku bukan nama mama." Kataku sinis.

Aku bersyukur menjadi satu-satunya cucu arwah atuk dan nenek aku jadi semua harta peninggalan mereka memang diwasiatkan ke atas nama aku. Sebelum papa bercerai dengan mama pun, papa tukar nama pemegang saham syarikatnya pada nama aku. Dalam erti kata lain, aku memang tak perlu bekerja untuk dapatkan apa yang aku nak.

Ya aku ada segalanya tapi aku kurang segalanya. Aku kurang kasih sayang keluarga. Mungkin keluarga yang bahagia bukan rezeki aku.

Ikram merengus sebelum melangkah meninggalkan dapur membuatkan mencebik.

Padan muka! Biar sedar diri sikit! Hidung tak mancung! Pipi tersorong-sorong! Dasar Penyu!

×ELVIS   MEDINA×

Selesai aku simpankan kek ke dalam peti air untuk disejukkan, aku naik ke bilik untuk bersihkan badan dan tukar pakaian. Petang nanti aku bolehlah bawa kek red velvet tu pada Elvis di King Holding!

Selesai berpakaian, aku terus turun ke bawah menuju ke dapur. Rasa lapar pula. Rasanya tengah hari macam ni Mak Mah dah siap sesi memasak makanan tengah hari.

"Cik Aida janganlah makan kek tu. Kek tu Cik Medina buat untuk kawan dia." Suara Mak Mah kedengaran saat kakiku semakin menghampiri dapur.

"Hish! Kau ni bisinglah!" Suara Aida pula kedengaran. Sah! Perempuan sengal tu buat hal lagi!

Laju langkah aku ke dapur. Janganlah dia rosakkan kek Elvis tu!

"Aida! Apa kau buat ni?! Itu kek akulah!" Suara aku memetir saat terpandangkan Aida dengan selamba usus perutnya saja menikmati kek yang aku buat tapi aku tahu yang dia bukannya makan sangat pun lebih kepada menghancurkan kek yang aku buat.

Mataku tajam memandang matanya yang mencucuk-cucuk kesemua bahagian kek dengan garfu. Dah tak ada rupa yang cantik lagi dah! Dah macam kek hancur! Kurang ajar betul!

Aida tarik senyum sinis. Dia angkat bahu seolah-olah apa yang dia lakukan tu semua tak salah. Sempat dia bawa kek ke dalam mulutnya untuk menambahkan rasa sakit pada hati aku.

"So? Kalau aku ambil kek ni kau nak buat apa? Nak marah? Marahlah tapi kau jangan lupa yang mama kau ada dekat sini. Tentu kau tak nak kalau pipi kau tu kena tampar lagi, kan?"

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku tak boleh terlalu emosi nanti makin galak si Kera ni nak kenakan aku. Senyuman aku pamerkan pada Mak Mah yang sudah tampak serba salah tu.

"Tak apalah Mak Mah, biarkan ajelah dia makan kek tu. Kek tu memang Dina letak Julap sebab nak kenakan kawan Dina tapi ada pula yang baik hati nak tolong gantikan tempat kawan Dina tu. Terima kasih." Bohongku. Biar padan muka perempuan tu! Baru kau tahu erti penyesalan!

"What?! Kau memang sengaja, kan?!"

Aku tarik senyum sinis. Aku memang dah jangka yang dia akan melenting. Kalau ada mama dalam rumah ni makin galak dia kenakan aku kerana dia tahu yang mama akan sentiasa berpihak padanya. Bukan pada aku.

"Sengaja apa? Ada aku suruh kau makan kek tu? Dah makan, kan? Selamat bermalam di tandas." Tanpa memperdulikan dia, aku kalihkan badan untuk naik ke tingkat atas. Menyebarkan diri menghadapi hati yang mula menggelegak. Penat aku siapkan kek tu!

"Medina!" Aku rasa tangan aku ditarik kasar dari belakang dan serentak itu tangan aku satu lagi laju saja melayan ke mukanya.

Pang!

"Kau jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau tu!" Tengkingku geram. Aida sudah terdiam di tempatnya berdiri.

"Kenapa ni?" Suara mama kedengaran. Aku lihat mama menghampiri dengan Ikram di sebelahnya. Mungkin turun untuk menjamu makan tengah hari bersama atau mungkin juga kerana mendengar suaraku tadi.

Aku merenggus. Sekejap lagi memang akulah yang akan dipersalahkan apatah lagi bila Aida sudah mula buka sesi air mata.

"Aida cuma makan kek ni tapi Medina marah sampai tampar Aida. Aida dah minta maaf sebab Aida fikir Kek tu Abang Ikram yang punya. Hiks." Adu Aida.

Aku betul-betul rasa nak sagat Aje mulut dia dengan berus dawai biar terburai mulut dia yang lidah bercabang dua tu! Huh!

"Pandainya kau bermuka-muka! Kau ni memang buat aku hilang sabarlah!"

"Medina! It's just a cake! Kenapa perlu sampai berkasar macam tu?! Dina ni dah melampau tau!" Marah Mama dan sememangnya aku jangkakan semua ni.

"Dina melampau? Mama tu yang melampau! Apa yang mereka cakapkan semua mama terima Aje bulat-bulat! Mama sikit pun tak percayakan Dina!"

"Macam mana mama nak percaya kalau perangai Dina teruk macam ni?! Dina tak habis-habis buat masalah! Terlalu ego! Terlalu sombong! Angkuh sangat! Mama dah tak tahanlah nak duduk sebumbung dengan Dina! Dina selalu bawa masalah!"

Aku gigit bibir bawah. Tak faham kenapa mama selalu menganggap aku punca semua masalah dalam rumah ni! Memangnya aku ni bawa nasib malang ke?

"Dina banyak masalah? Fine..." Aku ketap bibir. Mataku menjeling Aida yang masih lagi mengelap air mata dengan sebelah tangan memegang pipinya yang aku tampar tadi.

"Kau nak makan kek ni sangat, kan?"  Aku pantas mendekati Aida. Rambutmya aku cengkam kuat dan terus saja aku hentak ke kek yang berada di atas meja.

"Sekarang kau makan! Makanlah! Kenyangkan perut kau dengan benda halal! Dah penat makan benda haram, kan?! Makan!" Jeritku geram. Sebelah lagi tanganku kaut semua kek yang tersisa dan sumbat ke mulutnya.

Langsung aku tak pedulikan Aida yang sudah meronta-ronta minta dilepaskan.

"Medina Haura!" Mama tarik kasar aku manakala Ikram mendapatkan adik kesayangannya yang sudah makin kuat menangis.

Huh! Puas hati aku!

"Dina ni dah melampau tau! Kurang ajar betul!"

"Dina Aje yang kuranga ajar?! Habis dia tu apa? Sopan santun?! Baik hati?! Kalau mama tak tahan nak duduk serumah dengan Dina, mama boleh berambus dari rumah Dina! Berambus dari hidup Dina!" Tengkingku geram.

Nafasku sudah berombak. Aku pandang mama penuh amaran.

"Tapi mama ingat! Apa yang Mama ada sekarang ni, apa yang mama beri pada dua manusia murahan ni semuanya milik Dina! Semuanya atas nama Dina bukan milik mama! Mama tak ada apa-apa pun! Kalau mama nak berambus, boleh berambus sehelai sepinggang dengan dua manusia murah ni!" Pekikku penuh ugutan.

Melihatkan mama terdiam terus aku langkahkan kaki ke bilik. Air mata yang mengalir aku biarkan saja menzahirkan rasa kecewa dan amarah dalam diri.

Aku basuh tangan di bilik air sebelum merebahkan tubuh ke katil. Cuba menenangkan diri dan melepaskan tangisan.

Ya, aku tak sepatutnya cakap macam tu dengan mama kerana sejujurnya aku tak nak mama pergi dari hidup aku. Aku tak nak hilang mama pula selepas papa tinggalkan aku.

Kalau ikutkan hati memang boleh Aje aku pindah keluar dari rumah tu tapi jauh di sudut hati aku, aku masih mahu merasai kasih sayang mama tapi aku tahu yang mama tak sudi untuk berikannya pada aku.

Mungkin kerana aku adalah darah daging papa juga jadi mama tak sudi untuk beri kasihnya pada aku. Mungkin.

Hanya dengan ugutan macam tu yang dapat buat mama terus dekat dengan aku. Papa dah pergi jauh dari aku dan bina kebahagiaan dia sendiri. Mama pun dah jumpa kebahagiaan dia sendiri cuma buat masa sekarang, mama masih belum dikurniakan cahaya mata dan kejamkah aku kalau aku harap yang mama tak boleh mengandung dan hanya aku satu-satunya anak yang dia ada.

Aku takut bila mama sudah ada keluarga yang lengkap sama macam papa, aku bukan lagi sesiapa pada mereka. Mereka akan bahagia dengan keluarga mereka.

"Tapi Dina pun nak bahagia dengan keluarga Dina." Kataku perlahan dengan air mata yang terus mengalir laju menuruni pipi.

?? FUFULIEYAMAT ??
?? 8 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Jangan lupa vote, comment and share!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience