BAB 16

Romance Series 12050

Aku betul-betul rasa nak hempuk Elvis dengan kerusi hotel sekarang ni. Rasanya hampir seluruh penghuni hotel ni pandang aku dan semua ni memang nak buat aku pengsan!

"Apa awak mengarut ni?" Aku tekan suaraku walaupun dalam nada yang perlahan. Selepas sesi memalukan Elvis tarik aku ke pentas dan memperkenalkan aku sebagai kekasihnya, aku rasa macam aku nak pengsan atas pentas tu waktu tu juga! Gila betul!

Elvis lepaskan tawa kecil. Seolah-olah kelakar dengan reaksi ku. Dia sandarkan tubuh di pagar batu yang menjadi penghalang bagi mengelakkan pengunjung jatuh ke dalam kolam Ikan. Nak je aku tolak dia jatuh dalam tu!

Sengaja aku tarik dia ke sini untuk jauhkan kami berdua dari pandangan tetamu yang hadir. Ah, sudah tentu hal ini akan jadi topik perbualan hangat di kolej nanti!

"Mengarut apanya? Aku memang ada hati dekat kau dah lama tapi kau je yang tak faham." Jujur Elvis membuatkan aku terdiam.

Aku terkebil-kebil memandangnya lama. Betul ke apa yang aku dengar sekarang ni? Elvis lelaki yang kacak dan kaya ni ada hati dekat aku?

"Awak ada terhantuk dekat mana-mana ke tadi?" Tanyaku hairan. Yalah, manalah tahu kalau dia cakap macam tu disebabkan oleh otak dia ada masalah sikit. Mereng.

"Mana ada Sweetheart. Kau tak suka aku ke?" Sebelah kening Elvis ternaik. Matanya tenung aku lama meminta penjelasan. Aku gigit bibir bawah. Otak sendiri sedang ligat mencari jawapan untuk diberikan pada lelaki di hadapanku ni.

Nak kata suka tu mungkin adalah tapi cinta? Aku pun tak pasti. Cinta tu pun aku tak pernah rasa, macam mana aku nak tahu yang aku jatuh cinta dengan dia?

"Macam mana awak boleh suka saya sedangkan kita masih lagi baru kenal?" Terpacul keluar soalan tu dari mulutku. Langsung tak menjawab pertanyaannya.

Elvis angkat bahu. "Love is the sweetest thing in this world yet can be the weirdest thing in this world. There's people fall in love without any reason at all, being obsessed with their partner without any explanation at all..." Elvis jeda seketika. Matanya tak lepas dari memandangku seolah-olah cuba menyampaikan maksud yang tersirat di balik mata hijuanya yang indah tu. 

Mungkin aku tergolong dalam golongan tu, Fall in love without any reason and being obsessed without any explanation. It's just, I love you so you're mine now."

Aku terkesima seketika. Ayat Elvis membuatkan aku cair seketika. Eish, mamat ni terpengaruh ke apa? Banyak sangat baca ke sampai boleh buat ayat berani mati macam ni?

"Awak ada terhantuk mana-mana ke masa datang ke sini tadi? Ke awak demam sampai mengarut bukan-bukan? Macam mana awak boleh ada dekat sini? Bukan ke awak kata yang awak ada kerja? Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Bertalu-talu soalan aku lemparkan padanya. Cuba mengalih topik perbualan.

Elvis lepaskan tawa kecil. Entah apa yang kelakar pun aku tak tahulah mamat mata hijau seorang ni. Mentanglah kacak, bila ketawa macam tu bertambahlah kekacakkan dia! huh! Buat cair hati aku aje.

"First of all, aku memang tahu yang kolej kau akan adakan majlis dekat sini and aku tahu kau akan ada dekat sini. Tak akanlah aku nak tolak pelawaan sweetheart aku ni untuk temankan dia majlis macam ni." Jemari Elvis mencubit lembut pipiku membuatkan darah terus menyerbu ke wajah.

Jantung mula berdetak kencang dan berjuta rama-rama mula berterbangan di dalam perut. Tangan Elvis tarik aku rapat padanya, mata hijaunya tepat memandang anak mataku.

"Kau tahu tak berapa ramai perempuan yang nak ada di tempat kau sekarang? But I choose you, my beautiful... beautiful... beautiful Medina..."  Ayat terakhirnya diulang-ulang bagaikan mantera indah. Terpaku aku pada mata hijaunya tu. 

"I just want you... I wanna feel you... I wanna you stay by my side... I want you to be mine and only mine...  I can give you everything you dream of...  I can give you happiness... Everything... My beautiful... beautiful... beautiful Medina, do you wanna be mine?" Jemari Elvis selak anak rambutku ke belakang telinga, suara serak-serak basahnya masih terngiang-ngiang  di telingaku. Seolah-olah aku terhipnotis dengan kata-katanya apatah lagi pandangan redup itu seolah-olah buat aku terbuai kerananya. Aku gigit bibir bawah, jelas aku rasakan yang diri aku saat ni tergoda dengan kata-katanya.

"Saya..."

"Tapi, kalau kau terima aku, kau tak boleh tinggalkan aku walau apapun yang jadi. Selamanya kau hanya milik aku, forever mine and if you break it, I'll hunt you down. Kau tak akan pernah lepas dari aku... Selamanya milik aku... " Elvis bersuara lagi. Kali ni aku rasakan pandangannya dingin seketika, mata hijaunya jelas memberi amaran walaupun senyuman masih terukir di wajah. Senyuman sinis.

Jeda seketika. Mataku tak lepas dari memandangnya. Ayat yang berbaur amaran itu membuatkan aku sedikit ragu tapi aku rasa Elvis cakap macam tu hanya kerana dia mungkin takut kehilangan orang yang dia cinta.

Aku angguk perlahan-lahan kepalaku membuatkan Elvis tarik senyum lebar. Tanpa segan silu, ciuman terus didaratkan pada pipiku membuatkan aku terpaku. Darah terus menyerbu ke wajah.

"Thank you sweetheart... Aku akan jaga kau baik-baik sampai bila-bila... My Beautiful... Beautiful... Beautiful Medina.... Selamanya kau milik aku... Ingat tu." Belakang jari telunjuknya diusap perlahan pada wajahku membuatkan aku tersenyum lebar.

"You're blushing." 

Aku dapat rasakan ibu jari Elvis mengusap perlahan pipi kananku. Alahai mamat ni memang buat jantung aku tak tenanglah!

"Ja-jadi kiranya, awak boyfriend saya sekarang ni?" Tanyaku inginkan kepastian. Tak naklah aku seorang aje yang perasan lebih walhal ayat yang Elvis berikan jelas-jelas menujukkan dia inginkan aku tapi tak salah kalau aku bertanya untuk mendapatkan kepastian, kan?

"Your future husband...." Elvis bersuara membuatkan aku tergelak kecil. Entah kenapa aku rasa betul-betul bahagia saat ni. Bagaikan di sini hanya aku dan dia saja. Mungkinkah sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan Elvis tanpa aku sedar? Ah, aku sendiri tak tahu tapi apa yang aku tahu sekarang ni, aku nak rasa nikmat disayangi macam orang lain.

Mungkin mama dan papa tak mampu berikan kasih sayang yang aku inginkan selama ni, mungkin mama dan papa tak mampu nak berikan perhatian sepenuhnya pada aku dan mungkin mama dan papa tak mampu untuk selalu ada dengan aku tapi...

Mungkin Elvis akan berikan semua tu pada aku. Mungkin dia kebahagiaan yang aku cari selama ni. Tak salah untuk aku berikan dia peluang, kan?

?? FUFULIEYAMAT ??
?? 16 January 2019 ??
©? January 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience