BAB 4

Romance Series 12050

Memandangkan hari ni hari lahir papa, aku buat keputusan untuk batalkan kelas dan buat persiapan untuk buat kejutan padanya!

Sengaja aku tak beritahu papa yang aku nak datang ke rumahnya. Saja nak buat surprise! Papa mesti gembira kalau jumpa aku, kan? Lagipun aku dah lama tak sambut birthday papa.

Kereta aku pakirkan agak jauh dari pintu rumah papa. Sempatlah juga aku beli kek dan pesan makanan dari food panda. Sekejap lagi sampailah tu.

Kakiku melangkah ke melepasi pintu pagar memandangkan pintu pagar tak kunci dan pintu rumah pun sedikit renggang. Senanglah aku nak masuk.

Dahiku berkerut bila terdengar suara orang sedang menyanyi lagi Selamat Hari Jadi.

"Pa..." Aku terus matikan suaraku bila melihat papa meniup kek yang berada di atas meja.

Oh, mereka sekeluarga menyambut hari lahir papa.

Tanpa aku.

"Selamat hari lahir, Ayah!" Suara adik tiriku kedengaran. Dia berlari memeluk papa yang tersenyum lebar.

Papa duduk melutut dengan sebelah kakinya. Tubuh kecil gadis itu ditarik rapat dan dipeluk erat.

"Ayah nak hadiah apa?" Betah gadis kecil itu menyoal.

"Apa yang princess Ayah ni boleh bagi?"

Princess. Boleh tak kalau aku cakap yang aku tak suka bila papa panggil adik tiriku dengan panggilan yang papa pernah berikan pada aku tu?

Tapi aku tahu yang aku tak boleh buat apa-apa dan aku pun tak boleh nak menghalangnya.

"Kiss!" Terus pipi papa dicium mengundang tawa lelaki paruh baya tu.

Papa bangun dan memeluk pula Ibu tiriku. Bahagia jelas terlakar di wajahnya.

"Maaf abang, majlis tak seberapa."

Ya majlis papa serba ringkas tak macam yang kami sambut bersama dulu tapi kehangatan kasih sayang sungguh terasa di sini. Terasa membahagiakan.

Papa menggeleng.

"Tak apa, ada sayang dengan anak kita ni pun dah cukup bermakna pada abang. Abang tak perlukan apa-apa yang lain lagi. Cukup keluarga kita bahagia." kata papa. Pipi Ibu tiriku dicium sekali lagi.

Aku gigit bibir bawah. Entah kenapa aku terasa dengan kata-kata papa. Aku tahu yang papa bahagia dengan keluarga sekarang dan aku tahu yang papa tak perlukan aku.

Papa dan ada keluarga baru, dah ada anak permata baru dan tak lama lagi akan ada anak lelaki pula. Untung jadi adik tiri aku tu, walaupun tak pernah kenal dengan ayah kandung dia tapi papa aku dah beri kasih sayang yang lebih pada dia.

Aku tahu yang papa sayangkan dia dan aku perlu terima hakikat yang gadis kecil itu pun penting pada papa. Cemburu? Ya aku cemburu.

Papa boleh beri kasih sayang dan masa pada anak tirinya tapi macam mana pula dengan aku?

Perlahan aku langkahkan kaki mengundur keluar dari kawasan rumah papa. Tak apalah, aku tak nak ganggu kebahagiaan papa saat ni.

"It's okey, Medina. Papa bahagia, kau pun bahagia, kan?" Aku tarik nafas panjang-panjang. Ada rasa sebak dalam diri aku tapi aku tahankan saja.

Masuk saja ke dalam kereta, telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Panggilan dari mama.

"Hello, ma?" Sapaku.

"Medina, mama balik hujung minggu ni ya? Dina Okey Aje kan duduk seorang diri dekat rumah? Lagipun Abang Man dan Mak Mah boleh jaga Dina, Kan?"

Aku hela nafas berat.

"Ya Ma, Dina Okey." Balasku ringkas. Apa lagi yang aku boleh katakan? Aku tak boleh nak halang mama untuk bahagia dengan keluarga baru dia.

Aku tak boleh pentingkan diri. Aku perlu biarkan mama dan papa aku bahagia dengan keluarga mereka. Cuma terkadang aku tertanya juga, mereka langsung tak bahagia ke bila bersama aku?

"Dina jangan kasar sangat dengan Aida tu. Dia budak lagi. Tengokan dia sekali ya?" Pesan Mama lagi. Seperti biasa, takut sangat aku buli adik ipar dia tu.

"Hm."

"Okey bye sayang. Love you." Panggilan terus dimatikan. Aku renung kosong rumah papa. Tak akan aku nak masuk semula, kan? Tak naklah ganggu kebahagiaan mereka.

Aku tersentak bila tingkap cermin di ketuk dari luar. Cepat-cepat aku turunkan cermin kereta.

"Cik Medina? Ada pesan makanan, kan?"

"Ya, Abang tolong hantar dekat rumah depan tu ya? Terima kasih." Kataku. Mataku hanya menghantar saja langkah abang Food panda ke rumah papa.

Enjin kereta aku hidupkan. Terus kereta aku keluar perlahan-lahan dari kawasan perumahan tu.

Baru beberapa minit aku di atas jalan raya, telefonku sekali lagi berbunyi menandakan panggilan masuk tapi kali ni dari papa. Cepat-cepat aku berhentikan kereta di bahu jalan.

"Ya papa?" Sapaku bila panggilan dijawab.

"Dina pesankan makanan untuk papa?"

"Selamat hari lahir papa." Kataku ringkas. Aku gigit bibir bawah bila kolam mataku rasa panas.

"Dina hantar sebab hari ni birthday papa, kan? Kenapa tak datang sekali?"

"Tak apalah, Dina ada kelas. Maaf papa." Tipuku. Tak apalah tipu sunat. Aku tak nak buat kehadiran aku menganggu majlis papa sekeluarga.

Aku tahu yang mereka pun tak selesa kalau aku ada bersama.

"Tak apa, terima kasih untuk semua ni."

"Sama-sama. Dina doakan papa sentiasa bahagia dengan keluarga baru papa." Ujarku ikhlas.

Jeda. Papa terdiam di hujung talian dan aku pun mendiamkan diri seketika sebelum aku berdebar kecil.

"Em, tak apalah pa. Dina ada kelas ni. Bye." Terus panggilan aku putuskan.

Aku renung kosong ke jalan di hadapanku. Ada rasa sebak, ada rasa sesak dan ada rasa cemburu. Aku cemburu kerana aku juga harapkan untuk ada keluarga yang bahagia tapi mungkin bukan rezeki aku.

Tak apalah.

×××

Aku termenung di kawasan taman. Entah apa mimpi aku duduk dekat taman tasik ni tapi ini antara tempat yang boleh tenangkan fikiran aku.

Waktu pagi macam ni tak ramai sangat orang beriadah jadi tak adalah aku rasa terganggu sangat.

Aku peluk tubuh memandang kosong ke arah tasik. Apa aku boleh buat? Aku bukannya ramai kawan pun, keluarga aku pun sibuk dengan keluarga masing-masing jadi bila aku ditinggalkan sendirian, memang aku akan datang ke sini.

"Peeewit, ada awek."

Aku tarik muka masam bila sekumpulan budak-budak lelaki berjalan ke arah aku. Menyampah betullah!

Pagi-pagi macam ni bukannya nak pergi belajar ke apa? Nak juga datang melepak macam tak ada tujuan hidup lepastu kacau anak dara orang! Huh! Menyusahkan!

"Hai cik adik, sorang aje?" Tegur salah seorang dari dua lelaki yang aku rasa lingkungan umur mereka lebih kurang umur aku saja.

"Buta ke apa?" Desisku seraya segera bangun dari bangku. Ini bukan menenangkan fikiran, makin menyerabutkan fikiran aku adalah.

Dah nampak aku seorang aje kat sini, masih lagi nak tanya?

Aku merenggus bila terasa tanganku ditarik.

"Jangan kurang ajarlah!" Marahku. Aku rentap tanganku dari pegangan lelaki berbaju hitam tu. Menyakitkan hati betul!

Makin sakit hati aku bila mereka hanya tertawa seolah-olah kemarahanku hanyalah satu hiburan bagi mereka. Mereng agaknya!

"Nantilah sekejap... Nama apa ni?" Seorang lagi pegang tangan aku tapi kali ni pegangannya sememangnya kuat.

"Lepaslah!"

"Sekejaplah-argh!" Suara lelaki itu kedengaran tepat saat aku memijak kakinya kuat. Padan muka!

"Itu makan dia! Lepaslah tak guna!"

"Kau ni biadap!"

Aku rasa pipiku berpijak dan terus saja aku terjelupuk ke tanah. Auch!

Aku rasa rambutku dipegang namun hanya seketika bila lelaki berbaju hitam tadi sudah terjelupuk ke tanah.

Mataku membulat bila melihat seorang lelaki yang aku kenali. Dia tumbuk perut lelaki berbaju merah itu hingga lelaki itu turut terjatuh di sebelah rakannya.

"Elvis!" Panggilku bila lelaki itu seakan masih lagi tidak puas hati membelasah kedua lelaki yang menggangguku tadi.

Aku segera bangun mendapatkannya. Kalau dibiarkan mahunya mati budak berdua tu.

"Elvis, awak! Sudah!" Aku peluk pinggangnya, cuba tarik dia menjauh dari mereka yang sudah teruk dibelasah. Ngeri pula aku melihatnya.

"Kau sentuh dia sekali lagi mampus kau, aku kerjakan!" Marah Elvis.

Kedua lelaki itu terus bangun melarikan diri. Sedikit pun tidak menoleh lagi ke arah kami.

"Elvis..." Aku bersuara bila aku rasakan tubuh lelaki itu menegang. Perlahan-lahan aku lepaskan pelukannya saat dia membalikkan tubuh menghadapku.

Dek kerana dia lebih tinggi dari aku, aku terpaksa mendongak memandangnya. Mata hijau indah itu menyapa mata hitamku. Cantiknya mata dia!

Aku sedikit tersentak bila merasakan tangan Elvis menyentuh pipiku. Ibu jarinya mengusap perlahan kesan tamparan dari lelaki yang menggangguku tadi.

Wajahnya jelas tergambar riak risau dan marah. Mata hijaunya tak lepas dari memandangku.

Dan waktu-waktu macam ni lah aku rasa jantung aku berdegup kencang. Anak-anak Itik mula berjoget dalam perut!

"Sweetheart... Kau okey? Sakit ke?" Suara serak-serak basah itu kedengaran lembut menusuk telinga. Kelu lidah aku jadinya.

"Si-sikit je." Kataku tergagap apatah lagi bila pandangannya terus menerus menikamku dengan jarinya mengusap lembut pipiku seolah-olah cuba menghapuskan rasa sakit.

Argh! Jantung aku! What a world!

?? FUFULIEYAMAT ??
?? 4 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Jangan lupa vote, comment and share!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience