Argh! Gila! Macam mana aku boleh lupa yang hari ni aku ada kelas?!
"Dina? Marilah makan dulu." Suara Papa kedengaran saat aku melintasi meja makan yang kecil tu. Sempat aku memandang pada Ibu tiriku yang sedang menghidangkan nasi goreng ke atas meja.
"Tak apalah, papa makanlah. Dina dah lambat ni. Dina lupa yang hari ni Dina ada kelas. Barang-barang yang Dina nak bawa semua ada dekat rumah. Tak sempat." Aduku kesal dengan kecuaian sendiri. Sudahlah jarak rumah mama dan papa bukan main jauh lagi.
"Nanti kalau tak makan, perut tu masuk angin." Sampuk Ibu Fatini pula. Dia mendekatiku dengan pinggan yang berisi nasi goreng. Sudu yang disendukkan dengan nasi goreng disuakan padaku. Kaget aku jadinya. Dia nak suap aku ke?
"Makan sikit, nanti Dina sakit." Lembut Ibu Fatini memujuk. Melihatkan harapan di matanya tu aku tak sampai hati. Sempat aku mengerling pada papa yang menanti reaksi aku. Teragak-agak aku buka mulut.
"Pandai anak Ibu ni." Tangan Ibu Fatini mengusap kepalaku. Hati aku rasa sesuatu yang lain tapi aku tak tahu apa dia. Mungkin juga kerana mama tak pernah melayan aku macam ni. Selalunya aku makan sendirian saja dan kadang kala pembantu rumah yang membantuku.
Tubuh aku mengeras seketika. Terkebil-kebil aku memandang Ibu Fatini yang melemparkan senyuman manis padaku. Aku tahu yang dia ikhlas, ini bukan pertama kali dia cuba mendekati aku sejak berkahwin dengan papa, cuma aku saja yang tidak membuka hatiku padanya.
"Nak lagi?" Tanya Ibu Fatini menyentakkan aku dari lamunan. Kepala aku automatik angguk sendiri. Eh? Dah kenapa aku ni?
Ibu Fatini hanya tersenyum. Tangannya menyuap aku hingga separuh nasi dalam pinggan itu habis.
"Amboi bukan main lagi. Isteri papa tu." Usikkan dari papa mengundang semu merah di wajahku.
Bila Ibu Fatini menyuakan lagi sudu berisi nasi goreng padaku, aku menggeleng. Kenyang sudah. Mungkin sebab aku makan makanan berat pagi ni.
"Te-terima kasih. Dina dah kenyang. Dina minta diri dulu ya." Aku segera bangun bersalaman dengan papa. Bila lalu disebelah Ibu Fatini, teragak-agak aku bersalaman dengannya.
"Dina hati-hati ya." Pesannya. Aku hanya mengangguk dan melangkah keluar. Mencari keretaku.
Eh sekejap....
Aku mana bawa kereta! Mampuslah! Semalam kan Elvis yang hantarkan aku ke sini! Ya Allah, bongoknya kau Medina Haura!
Dalam aku tengah berkira-kira untuk melefon grab car. Sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah papa.
Aku kaget bila cermin kereta diturunkan. Macam mana pula mamat ni boleh ada dekat sini? Laju langkah aku mendekatinya.
"You buat apa dekat sini?" Tanyaku hairan sewaktu mendekati kereta Hazry. Macam mana pula dia boleh tahu yang aku ada dekat sini?
"I datang cari you tapi mama you beritahu yang you ada dekat sini." Ujarnya. Dahi aku berkerut seketika tapi aku tak pelik pun.
Mesti mama ada telefon papa untuk bertanya pasal aku. Tanya pun mungkin sebab Hazry yang cari, kalau tak, hampehlah.
"Oh, you nak apa cari I?" Tanyaku hairan. Kali terakhir bertemu dengannya di rumah keluargaku haritu kemudian dia selalu menghantar mesej padaku tapi biasalah, aku malas nak layan.
Kalau tak ada hal yang penting, lebih baik tak payah mesej aku.
Hazry tarik senyum hingga menampakkan lesung pipinya. Mamat ni memang aku tak nafikan yang dia kacak tapi tak boleh lawan kekacakan teman lelaki akulah. Hahaha. Hambar.
"Temankan I keluar beli barang sekejap? Esok my mom birthday."
Lah, itu Aje? Nak buang masa aku ke apa mamat ni? Pilih jelah hadiah apa-apa pun. Mengada.
"Tak bolehlah, I ada kelas. Ni pun dah lambat." Aku kerling jam di tangan. Argh! Memang dah lambat ni.
Aku dengar Hazry hela nafas berat. Dia pandang aku penuh pengharapan.
"You ponteng ajelah hari ni? Okey? Please?"
Aku gigit bibir bawah. Berfikir seketika. Rasanya lebih baik aku ponteng saya dari kena sembur dengan Prof aku tu. Lagipun kalau aku balik ambil barang di rumah mama dan kemudiannya baru pergi kolej, memang sama juga, aku akan terlepas dua kelas pertama.
"Okeylah." Tanpa berlengah, aku masuk ke kereta Hazry. Senyum memanjang saja lelaki kacak tu.
Hazry bawa aku ke Pavvy Mall. Aku pun tak tahulah jenis hadiah apa yang dia cari untuk mamanya tu. Aku pun jarang ikut serta masa birthday mama.
Kenapa? Macam mana aku nak ikut serta kalau setiap kali sambut hari lahir, mama akan melencong ke luar negara dengan Aida dan Ikram.
Mati pun aku tak akan ikutlah mereka tu. Menyakitkan hati Aje. Semua yang mereka guna tu semua duit mama. Bukannya Ikram tu kerja pun. Eh silap, kerja kikis duit mama.
"So what kind of present you looking for?" Tanyaku saat kami berdua melangkah masuk ke dalam mall.
"I don't know. Any suggestions?"
"Beg? Hijab? Heels? Banyak yang you boleh pilih." Kataku. Mata melilau ke sekeliling mencari barang yang mungkin menarik perhatian aku.
"I know tapi tak akanlah I nak beli semua yang ada dekat sini, right? You tolonglah I pilih."
"Kalau macam tu, kita beli bag untuk your mum. Channel is the best." Jari aku tunjuk ke arah kedai
"Sure, my lady."
Aku tak membalas, hanya langkahku saja yang masuk terlebih dahulu ke dalam kedai mewah itu. Malas nak layan Hazry.
Aku pandang sekeliling. Mencari begnya aku rasa bagus untuk mama Hazry.
Baru saja aku ingin mendapatkan Hazry yang sedang berbual dengan sale girl telefon bimbit aku berbunyi.
Terpapar nama Elvis di skrin.
"Kau kat mana?" Soalan terus diterjah padaku. Ada nada dingin dalam suaranya. Kenapa pula ni?
"Saya kat kedai dengan kawan saya. Ada apa?"
Elvis diam. Tidak membalas pertanyaanku. Aduhai, dah kenapa pula ni?
"Elvis?"
"Nothing. Tengah hari nanti aku jemput kau." Aku segera kerling jam di tangan. Ada beberapa jam lagi sebelum tengah hari.
"Nak ke mana?"
"Ikut je." Ringkas dia membalas lalu panggilan dimatikan.
Eh? Kenapa pula dengan Elvis ni? Tiba-tiba saja dingin dengan aku?
× ELVIS MEDINA ×
"Lama lagi ke? I penatlah." Rengekku sewaktu kali melangkah ke kereta. Punya lama mamat ni pilih hadiah, naik lenguh kaki aku.
Mengalahkan perempuan!
"Lah, kenapa you tak beritahu I awal-awal? Kalau tak, boleh kita berhenti minum sekejap?"
Aku menggeleng.
"I tak nak minum. I nak balik."
Baru saja nak sampai ke kereta, Hazry tarik tangan aku. Menghalang langkahku.
"Dina, Okey, kita makan dulu kemudian I hantar you balik, Okey? I laparlah. Eh, Dina kereta!"
Seketika, aku rasa tubuhku hampir saja melayang namun sempat Hazry memegang aku erat. Menghalang aku dari jatuh ke jalan.
Street!!!
Sebuah kereta Lamborghini Sian berhenti tepat disebelahku. Berasap jalan dek brek yang dia lakukan secara tiba-tiba.
Aku terkejut bila seorang lelaki keluar dari kereta. Dingin saja wajahnya.
"Woi gila ke?! Kau tak boleh bawa kereta elok-elok?! Gila punya orang!" Marah Hazry namun sedikitpun tidak terkesan pada kekasihku tu.
"Aku punya." Serentak itu aku rasa tubuhku ditarik dan jatuh ke pelukan Elvis.
Aku dongak kan kepala memandang mata hijaunya tu.
"Elvis? Kenapa awak buat macam tu? Kalau terlanggar tadi macam mana?!" Marahku kesal.
Dia ni memang tak sayang aku ke?! Kalau mati tadi macam mana?! Melepaslah aku nak ada anak kacak macam bapak dia!
Elvis hanya angkat bahu. Tanganku ditarik rapat padanya. Rambutku dimainkan dengan jarinya.
"Siapa ni?" Suara Hazry menarik perhatian aku. Berkerut seribu dahinya seolah-olah tak suka bila Elvis menyentuhnya.
"Oh ni, teman..." Aku kerling pada Elvis yang sudah menaikkan sebelah keningnya. Menunggu aku menjawab soalan yang sebenar.
"My boyfriend, Elvis. Elvis, kenalkan ni my childhood friend, Hazry."
Elvis hanya tarik senyum senget. Tampak angkuh mendengar jawapanku. Puas hati agaknya.
"Bo—boyfriend? You ada boyfriend? Mama you beritahu I yang you tak ada sesiapa?"
Aku diam seketika. Memang mama tak tahu pun dan aku tak merancang untuk beritahu mama mengenai aku dengan Elvis.
Aku tak nak mama mahupun Ikram ambil kesempatan pada Elvis. Mereka kan gila harta. Haih.
"Kami masih baru. Why? Any problems with that?" Soal Elvis pula.
Diam. Hazry tak membalas. Hanya matanya saja memandang
"Okeylah, My beautiful Medina, jom..." Tangan aku ditarik ke kereta namun baru beberapa langkah, sebelah lagi tanganku dipegang.
"Dina wait—" Hazry tersentak bila tangannya ditepis kasar.
Elvis tarik aku ke dalam pelukannya. Matanya menyorot Hazry tajam.
"Aku tak suka kau sentuh hak aku."
"Apa masalah kau? Dia ni kawan aku." Bentak Hazry tak puas hati. Tak terima dengan kata-kata yang baru saja Elvis lemparkan.
"Tch, sudahlah. Hazry, I'm so sorry, I dah janji dengan Elvis nak keluar dengan dia tengah hari ni. I pergi dulu." Aku tarik tangan Elvis supaya masuk ke kereta.
Tak naklah mereka bergaduh dekat sini pula.
"Dina..."
"Nanti masa birthday your mom, kita jumpa lagi." Kataku sebelum pintu kereta Elvis aku tutup.
Tak sampai beberapa minit, kereta Elvis terus meluncur laju meninggalkan kawasan parkir kereta.
Dalam perjalanan aku dapat rasakan aura tegang diantara kami. Walaupun masing-masing hanya diam, tapi suasana terasa menegangkan.
Elvis marah aku keluar dengan Hazry ke?
"Elvis? Kenapa? Diam je?"
"Aku tak suka jantan tu." Laju Elvis menjawab. Seolah-olah memang dia tunggu aku menanyakan apa-apa soalan untuk dia membuka mulut.
Dahi aku berkerut seketika. Jantan mana pula ni?
"Who? Hazry?"
Elvis diam mengiyakan dalam kesunyian yang
"Dia cuma kawan saya. Tak lebih pun. Janganlah cemburu." Pujukku. Tapi tak akan dengan Hazry pun cemburu?
Elvis mengerling aku tajam untuk seketika. Seolah memberi amaran.
"Of course I'm jealous Medina... Aku tak nak hilang kau." Tangan kiri Elvis memegang tanganku. Mengusapnya perlahan.
"Kenapa tangan awak luka ni? Ya Allah, tangan awak lebamlah Elvis! Awak ada bergaduh dengan sesiapa ke?" Soalnya kaget bila melihat buku lima Elvis berwarna merah dan agak lebam.
"Nothing." Tangannya ditarik dari genggamanku. Wajahnya sedikit berubah.
"Tell me! Now!" Tegasku. Aku tak naklah Elvis terlibat dengan benda-benda bukan-bukan macam tu. Aku tak suka.
Elvis hela nafas berat seketika. Dia jeda seminit dua sebelum membuka mulut.
"It's just a normal sore. Biasalah, aku pukul samsak tak pakai sarung tangan." Ujarnya memberi alasan buatkan aku hembus nafas lega.
Samsak tu memang nak kena pukul dengan aku agaknya. Berani dia buat tangan kekasih aku ni lebam? Hish!
"Awak ni buat saya risau aje. Lain kali hati-hati." Aku tarik tangannya semula lalu aku usap lembut tangan kirinya tu. Cuba mengurangkan rasa sakit.
Namun hanya untuk seketika sebelum Elvis menarik tangannya semula dan kedua tangannya memegang stereng.
Elvis hanya senyum kecil dengan matanya masih lagi tertumpu ke jalan. Kenapa ya? Alasan yang dia berikan tu seolah-olah otak aku tak dapat menerimanya.
Dia tak tipu aku kan? Tak akanlah dia bergaduh pula?
?? FUFULIEYAMAT ??
??19 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??
Share this novel