"Where are we?" Tanyaku sebaik saja Elvis memberhentikan kereta di hadapan jeti yang agak asing bagi aku. Nak pergi mana ni?
Elvis tidak menjawab sebaliknya, tangannya tarik tangan aku supaya mengikutnya.
"Elvis, beritahulah saya kita nak pergi mana?" Tanyaku lagi. Agak gusar kerana aku tak biasa datang ke sini. Macam mana kalau Elvis ada niat jahat pada aku? Eh? Tapi tak akanlah? Aku kan kekasih dia.
Langkah Elvis terhenti. Dia diam menatapku lama. Jemarinya naik menyelak rambut depanku ke belakang telinga.
"Kau percayakan aku tak?" Suara garaunya kedengaran lembut bertanya. Pandangan mata hijau itu membuatkan aku terdiam seketika. Menatap lama mata indahnya tu.
"Pe—percaya." Balasku teragak-agak. Mata masih lagi melekat pada mata indahnya tu seolah-olah ada magnet yang membuatkan mata aku melekat terus menerus disitu.
Tangan Elvis mengusap lembut pipiku. Pandangan mata redupnya memandang aku lama.
"My beautiful Medina..." Bisiknya perlahan. Ibu jarinya mengusap pipiku lama dan saat ni aku rasakan tubuh aku mengeras. Aku tak dapat menolak dan tak dapat juga melepaskan diri.
Terasa bagaikan dipukau oleh cara dan tatapannya.
"Come with me." Elvis tarik semula tangan aku menuju ke sebuah bot yang ada di situ.
Aku terpegun seketika melihat bot mewah yang agak besar sudah menanti kami. Seumur hidup aku tak pernah lagi aku naik bot dan sememangnya aku tak nak naik!
"Awak Sekejap!" Aku tarik tangan Elvis kuat menghalang dia dari melangkah. Aku pandang Elvis separuh merayu.
"Saya tak nak nak naik bot tu."
"Kenapa?" Dahi Elvis berkerut. Mungkin pelik melihat reaksi ku yang beria-ia tak nak naik bot tu padahal aku yakin yang keselamatan kami sudah pastinya akan terjamin.
"Saya takut. Kalau jatuh nanti macam mana?"
Aku lihat Elvis kemam bibir cuba menahan senyuman yang ingin terukir. Eish! Dia ingat aku main-main ke?
"Dia takkan buat kita jatuh, My beautiful Medina." Sekali lagi tanganku ditarik namun cepat saja aku tarik semula tangannya. Argh! Aku tak nak naik!
"Jatuh nanti. Saya takutlah. Kalau kena makan dengan Jerung macam mana?"
Kali ni tawa Elvis terburai. Entah apa yang kelakar pun aku tak tahulah. Tak nampak ke aku punya gerun nak naik bot tu macam nak terberak dekat sini?
"Kenapa kau comel sangat ni?" Elvis cubit pipi aku geram. Aku pun rasa geram nak hempuk dia juga sekarang ni.
"Kalau Jerung nak makan kau, aku makan dia dulu Okey?"
Aku menggeleng. Mamat ni nak kenakan aku ke apa?! Penatlah aku macam ni!
"Elvis! Janganlah main-main. Saya takut betul-betul ni." Rengekku. Aku rasa macam nak menangis aje. Aku dahlah tak pandai berenang, kalau kena ngap dengan Jerung pula, sia-sia saja aku hidup selama ni.
Elvis balikan badan memandangku. Tanganku dipegang erat lalu diusap perlahan.
"Medina, don't worry. Aku ada." Pujuk Elvis menyakinkan aku. Aku bukan apa, aku takut pula bila selalu tengok movie tentang Jerung dari negara Eropah sana tu. Macam mana kalau ianya terjadi dekat sini? Menakutkan.
Nak tak nak aku gagahkan juga langkah aku mengikuti Elvis. Lambat-lambat aku panjang tangga kecil untuk naik ke atas bot.
"Argh!" Aku peluk Elvis erat bila aku rasa lantai bergoyang. Aku tak tahulah kalau dia memang bergoyang atau ianya hanya mainan perasaan aku sebab Elvis dan pekerja yang lain tenang saja.
Mereka pula yang hairan melihat tingkah aku. Elvis pula sembunyi senyum. Ish! Mamat ni kan.
×Elvis Medina×
Aku terpegun melihat hiasan meja makan yang ada di situ. Betul-betul di bahagian kanan kapal. Ada meja yang sudah dihias cantik. Mujur juga hari ni mendung jadi tak adalah panas gila kat situ.
"Come." Elvis tarik tangan aku. Perlahan-lahan saja langkahnya. Mungkin dia tahu yang aku masih takut naik ke atas bot.
Elvis tarik kerusi dan persilakan aku duduk sebelum dia duduk di hadapanku.
"Kita makan dekat sini?"
"Ya, aku memang dah lama nak buat ni dengan kau. Makan berdua. Just us. Do you like it?" Mata hijau milik Elvis bersinar memandangku. Aku tarik sengihan.
"Saya suka cuma saya takut. Takut jatuh." Jujurku. Banyak lagi tempat lain yang dia boleh pilih, tempat yang aku takut jugalah dia tertarik.
"Kalau kau jatuh, aku akan selamatkan kau, Okey?" Ujarnyanya. Aku hanya angguk. Steak dihadapan aku pandang lama.
"Makanlah."
Tak tunggu lama, aku potong daging itu jadi kepingan kecil sebelum masukkan ke dalam mulut. Aku capai pula satu sudu besar potato Smash. Em sedap tapi—kenapa aku rasa macam ada sesuatu bermain di lidah aku ni?
Puh!
"Elv—eh, apa yang? Cincin?" Dahi aku berkerut seribu. Manusia bengong mana yang letak cincin dalam makanan aku ni? Kalau aku tertekan tadi macam mana? Nak aku mampus ke?!
"It's for you."
Aku angkat wajah memandang Elvis dengan kerutan di dahi. Mamat ni pun kalau ya pun nak bersweet janganlah sampai nak bunuh aku. Kalau dibuatnya tadi aku tak mamah makanan tu, terus saja telan macam ular sawa macam mana?
Tak ke aku juga yang kena bedah sebab cincin ni Aje? Tapi tak sampai hati pula aku nak bebel kat dia. Kesian dia dah penat-penat buat kejutan untuk aku.
"Cincin ni untuk apa?"
Elvis tak jawab sebaliknya dia bangun mendekati aku. Aku sedikit terkesiap bila dia duduk melutut di hadapanku. Cincin diambil dari tanganku.
"Cincin ni untuk aku lamar kau jadi isteri aku. Will you marry me?"
Aku tergamam. Biar betul Elvis ni? Memanglah aku nak kahwin dengan dia suatu hari nanti tapi bukan sekarang.
"El—elvis, awak tak rasa ke semua ni terlalu cepat? Saya masih muda. Saya—eek!" Kata-kata aku tersekat bila Elvis tiba-tiba saja bangun dan tangannya mencengkan daguku. Memaksa aku memandang matanya.
"Kau nak lari dari aku?" Keras soalan itu keluar dari mulutnya. Mata hijau indah miliknya tu menatap tajam. Memberi amaran.
"Bu—bukan saya nak la—larikan diri cuma saya rasa ianya bukan masa sesuai." Aku pegang tangan Elvis. Cuba meleraikan cengkamannya. Terlerai, aku terus menjauhkan sedikit badanku dari darinya.
Elvis masih diam menatap tajam.
"Kau ada hubungan dengan jantan tadi? Jujur Medina!"
Aku terkesiap. Dah kenapa pula Hazry terlibat dalam hal ni? Tak ada maknanya lah aku nak suka mamat tu. Aduh! Sempat pula kekasih hati aku ni salah faham!
"Bukan! Maksud saya, ianya belum masa yang sesuai sebab awak belum jumpa keluarga saya lagi. Sebelum saya terima awak, mestilah saya nak awak kenal keluarga saya dulu. Semua keputusan terletak di tangan keluarga saya." Terangkum memberi alasan.
Separuh alasan dan separuh lagi kebenaran. Alasan untuk aku tak nak kahwin awal dan kebenaran kerana aku inginkan perkahwinan yang direstui baik dari mama mahupun papa.
Elvis diam lama. Mata hijau miliknya melembut. Ada senyuman kecil di bibirnya. Tangannya naik mengusap pipiku.
"Mereka akan terima aku. Aku akan buat mereka terima aku walau macam mana sekalipun." Kedua tangannya menekup kedua belah pipiku.
Hilang terus aura kemarahannya
Yang tinggal hanyalah kehangatan kata-kata manisnya yang terdengar agak menyeramkan.
"Alright my beautiful Medina, kita sambung makan." Pintanya sebelum duduk dihadapanku semula. Senyuman masih terukir di bibirnya.
Aku serba tak kena seketika. Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang aneh dengan Elvis?
Share this novel