×××
Aku menjerit geram melepaskan kemarahan yang terbuku di hati. Sakit jiwalah dengan hidup aku sekarang ni! Sehari pun tak boleh nak tenangkan aku!
"Rileklah Medina, tak akanlah kau nak marahkan nyamuk, kilang racun serangga kau nak musnahkan?" Erin bersuara memujuk.
Mungkin dia tak nak pelajar lain pandang serong pada kami bila aku jelas-jelas melepaskan amarah di pintu utama kolej.
"Macamlah kau tak tahu si Mona tu memang dah lama tak puas hati dengan kau? Sengajalah tu dia buat macam tu untuk sakitkan hati kau." Erin bersuara lagi.
Huh! Sengaja nak panaskan hati aku ke apa ni?
"Aku tak kesah tau kalau dia nak sakitkan hati aku. Sedikitpun aku tak heran tapi masalahnya sekarang ni apahal dia nak hasut pensyarah tua tu gagalkan aku?! Ei! Siaplah perempuan tak guna! Tahulah aku nak ajar kau!"
Siapa aje yang tak sakit hati bila asyik jadi tumpuan pensyarah tua tu?! Suka hati dia aje nak gagalkan aku! Dahlah semua ujian aku dia beri markah sedikit! Huh! Bukannya aku tak tahu yang musuh aku dari zaman sekolah si Mona tu memang sengaja hasut Encik Wahab untuk gagalkan aku!
Kalau setakat nak jual badan kat pensyarah untuk dapat markah penuh boleh pergi matilah! Menyakitkan hati betul!
"Sabar Dina..."
"Dahlah, aku balik dulu. Duduk dekat sini menyakitkan hati aje!" Tanpa berlengah aku terus meminta diri dari Erin. Memandangkan aku tak bawa kereta hari ni, nak tak nak terpaksalah aku jalan kaki ke pondok bas sana untuk naik teksi. Nak tumpang Erin pun, dia lambat lagi nak habis kelas.
Kalau tak disebabkan kereta mama rosak memang aku tak akan beri pinjam kereta aku dekat mama. Tak nak bagi karang kesian pula mama kena ulang alik naik teksi.
Dalam aku tergesa-gesa berjalan tu tanpa sengaja aku terlanggar tiang di pintu utama kolej dan perkara ini membuatkan hati aku bertambah panas.
"Ish tiang ni apahal hah?! Tak nampak ke aku nak lalu ni?!" Marahku pada tiang yang aku langgar tadi. Masa aku tengah panas hati inilah dia nak duduk depan aku huh!
"Sabar Medina... sabar..." Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum mengatur langkah menuju ke pondok bas. Baru saja aku nak melintas dari simpang tiga, aku rasa badanku terhumban ke depan bila sebuah kereta melanggarku dari tepi.
Memang tak kuat tapi tergolek jugalah aku ke tepi jalan. Aku mengaduh sakit seraya cuba untuk bangun.
Eish buta ke apa?! Aku punyalah besar gedabak tak akanlah langsung tak nampak aku?!
Kereta berwarna hitam yang melanggarku tadi terus berhenti tak jauh dariku. Keluar seorang lelaki berkaca mata hitam yang tergesa-gesa mendapatkanku.
"Shit! I'm sorry!" Dia cuba membantuku bangun tapi cepat saja tangan aku menepisnya
"Kau buta ke apa?! Mata letak dekat lutut ke hah?! Sakit tahu tak?!" Marahku geram.
Kedua lututku berdarah dan tercalar. Sudahlah aku pakai skirt atas lutut debgan baju blouse lengan pendek. Memang jadi makanan tarlah!
"Sorry, aku tak sengaja." Katanya lagi membuatkan aku merenggus.
Memanglah dia tak sengaja! Kalau dia sengaja memang aku hentak kepala dia dekat jalan tar ni biar dia tahu apa itu erti penyesalan!
"Dahlah, tepi!" Aku tolak tubuhnya menjauh. Menyibuk aje nak duduk dekat dengan aku!
Lelaki di hadapanku itu melepaskan keluhan. Cermin matanya ditanggalkan membuatkan aku terpaku melihat iris matanya yang berwarna hijau itu.
Cantiknya mata dia!
"Sorry, I'm really sorry. Aku bawa kau ke hospital ya? Teruk kau luka ni. Boleh bangun tak?" Tanyanya menyentakkan aku dari lamunan.
Aku sekadar mengangguk. Dalam susah payah aku cuba bangun dek rasa sakit di lutut dan siku, aku rasa tubuhku melayang bila dia dengan senangnya mengangkat aku.
"Hei! Apa ni!" Aku meronta. Mamat ni nak culik aku ke apa? Jangan mentang muka dia kacak, mata dia cantik, dia boleh suka hati aje nak culik aku!
"Lambat sangat. Biar aku angkat aje. Kau duduk diam-diam." Perlahan-lahan dia meletakkan aku ke tempat duduk hadapan dan menutup pintu.
Tak sampai beberapa minit, dia masuk semula dengan beg dan buku-buku aku.
"Aku bawa kau ke hospital." Katanya sebelum kereta mewah yang dia pandu bergerak membelah jalan raya.
***
"Auch! " Kakiku tertarik sendiri ke belakang mengelak dari terkena cairan ubat berwarna merah gelap tu.
Tindakan refleks bila cecair ubat itu terasa menyengat di lututku.
"Nita! Do it slowly." Suara penuh ketegasan itu memenubi ruang bilik rawatan membuatkan aku mengerling pada lelaki yang sedang berpeluk tubuh memandangku.
"Maaf Tuan." Jururawat yang sedang merawat lukaku sedikitpun tidak berani untuk mengangkat wajah. Entah kenapa aku rasa yang dia takut dengan kehadiran lelaki yang menolongku tu.
"Move." Lelaki itu mendekatiku. Terus jururawat yang dipanggil Nita itu menundukkan sedikit badannya sebelum meminga diri untuk keluar. Tergesa-gesa saja langkahnya.
Ada masalah ke? Tapi melihatkan wajah kacak yang mengantikan tempat nurse tu tadi hanya beriak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Nama awak apa?" Tanyaku pada lelaki yang sedang melutut menyapu ubat di lututku sementara aku duduk di birai katil hospital.
"Elvis." Ringkas dia membalas membuatkan aku berkerut dahi. Elvish? Jarang aku dengar nama lelaki macam tu, mungkin juga sebab dia bukan orang melayu?
Sekali pandang pun dah dapat agak yang dia bukannya orang melayu tapi disebabkan dia fasih cakap bahasa melayu, aku cakap ajelah bahasa melayu.
"El—vish?"
"Elvis without the H." Katanya lagi tanpa sedikitpun memandangku. Dia terlalu tekun membalut luka di lututku.
"Owh... Terima kasihlah bawa saya ke hospital ni walaupun awak yang langgar saya." Sindirku di hujung ayat. Aku perasan yang hujung bibir Elvis naik sedikit sebelum mata hijau itu memandangku dengan senyuman manisnya.
"My mistake."
Haih mamat ni. Senyum senget macam tu pun cantik. Rambut hitam pekat, hidung mancung, bibir pink, kulit putih dan mata hijau menawan. Auch! Indah betul ciptaan tuhan!
"Dah puas tengok muka aku? Dah jatuh cinta ke?" Soalnya membuatkan aku mencebik bibir.
Perasan lebihlah pulak mamat ni.
"Ey, perasan. Saya tengok ajelah. Dah Tuhan ciptakan awak sebagai lelaki yang kacak, biarlah saya cuci mata." kataku selanmba.
Dahi aku berkerut bila Elvis terus menerus memandangku tanpa berkelip dalam keadaan dia masih lagi melutut di hadapanku.
Dah kenapa pula mamat ni?
"Dah kenapa awak tenung saya?" soalku tak selesa. Tenung macam terkeluar biji mata dah kenapa? Karang ada melihat pakai kaki kang.
"Sebab Tuhan ciptakan kau cantik. Biarlah aku cuci mata." balasnya senada dengan senyum sengetnya hingga menampakkan lesung pipit yang elok terbentuk.
Alahai! Kacak!
"Eish, tepilah." aku tolak pipi dia perlahan. Buat aku segan aje bila dia tenung macam tu.
"Tuan," seorang jururawat perempuan masuk bersama dulang makanan. Terus saja Elvis bangun mengambil dulang makanan itu dari jururawat dan tanpa sepatah kata juga jururawat itu terus cepat-cepat berlalu.
"Kenapa nurse dekat sini panggil awak Tuan?" Tanyaku hairan sebaik saja Elvis duduk di kerusi berhadapan denganku.
Elvis angkat bahu. Riak wajahnya seakan menunjukkan yang dia sedikitpun tak peduli dengan pertanyaanku.
"Entah. Apa kata kau tanya dia."
Eh mamat ni. Aku tanya dia, dia suruh aku tanya jururawat tu. Haish.
"Makan." Elvis suakan sandwich dari subway yang dihantarkan oleh jururawat tadi.
Pelik juga macam mana pula ada makanan segera dekat sini? Oh, mungkin juga Elvis yang memesannya di luar memandangkan hospital ni adalah hospital swasta.
"Saya tak lapar. Saya nak balik." Ujarku. Aku kerling jam di dinding bilik. Walaupun bilik ni selesa tapi aku tetap nak balik. Banyak lagi kerja yang aku perlu siapkan dari memanjakan diri aku disini.
Luka pun bukannya terus mana cuma sakit sikit bila bergerak tapi lantaklah. Selagi aku boleh berjalan, ianya tak akan jadi masalah.
"Makan dulu. Kau tengah sakit,kan?" Sekali lagi Elvis suakan sandwich ke mulutku seolah-olah ingin menyuapk.
"Saya boleh makan sendiri." Tolakku. Aku luka sikit aje dekat siku, bukannya aku patah tangan sampai nak bersuap bagai.
"Aku suap-"
Aku rampas sandwich dari tangan Elvis. Pandangan tak suka aku lemparkan padanya. Boleh tak jangan paksa aku?
"Tangan saya tak patah lagilah. Jangan nak over sangat boleh tak?" Soalku kesal.
Tolonglah jangan nak romantik sangat! Aku dengan dia bukannya kenal rapat pun!
"Alright. Just trying to help." Evlis bangun dari duduknya. Membiarkan aku makan sendiri sementara dia bergerak ke meja di hujung katil.
"Medina... Haura..."
Aku palingkan wajah padanya bila terdengar namaku diseru. Berkerut dahi aku pandang dia yang merenungku lama.
"Mana awak tahu nama saya?"
"Kad laporan ni ada nama kau." Jari Elvis mengetuk kad laporan yang berada di atas meja.
Oh, itu kad laporan yang Doktor merawat aku tinggalkan tadi.
"Ha'ah. Panggil je Medina." Balasku lalh memberi perhatian semula pada sandwich di tangan.
"Sweetheart."
"Ha?" Aku pandang dia semula. Aku ada salah dengar dia panggil aku sweet heart ke tadi? Nak tanya karang kalau silap aku juga malu kalau dia cop aku ni perasan.
"Nothing." Hujung bibir Elvis ternaik sedikit dengan matanya terus menerus memandangku.
Kenapa ya?
Aku rasa dejavu?
??Fufulieya Mat ??
??2 JANUARY 2021??
© JANUARY 2021
??Gadis Dambaan Setan??
Jangan lupa vote, comment and share!
Share this novel