Aku menjeling bosan mendengar gelak ketawa mama dengan seorang lelaki asing tak aku kenal. Dari tadi lagi mereka bermesra di ruang tamu, sedikitpun tak malu dengan aku yang berada di dalam rumah.
"Mama..." Panggilku. Menayangkan muka bosan bila mama berpura-pura terkejut dengan kehadiranku.
"Ya sayang? Kenapa?" Tanyanya. Aku sempat menjeling tajam pada lelaki yang baru saja beberapa hari lepas memegang gelaran sebagai ayah tiriku.
Lelaki itu senyum manis padaku.
"Dina nak keluar sekejap. Malam ni Dina tak balik." Kataku.
Mama mengerutkan dahi tak suka.
"Dina tidur mana? Dina tu anak dara, bahaya keluar malam-malam macam ni. Mama tak sukalah."
Aku lepaskan keluhan berat.
"Suka hatilah. Duduk dalam rumah ni bukannya boleh buat apapun, hadap mama dengan jantan ni, menyakitkan mata aje." Balasku lancang.
Berubah air muka mama mendengar kata-kata biadapku tapi aku buat bodoh aje.
"Medina Haura! Jaga kata-kata tu bila bercakap dengan mama!" Marah mamaku. Dia sudah bercekak pinggang memandangku tajam.
"Mama pun tak ada nak jaga percakapan mama bila bercakap dengan papa dulu? Salah mamalah, Dina jadi macam ni." Balasku lagi membuatkan mama terdiam. Mungkin kerana apa yang aku katakana semuanya betul.
"Dahlah, Dina keluar dulu." Tanpa menunggu balasan dari mama, aku terus melangkah ke pintu.
"Dina, papa rasa tak perlulah Dina nak keluar sampai tak balik rumah. Lelaki dekat luar tu bukannya baik mana. Bahaya-" Tak sempat lelaki itu ingin menghabiskan ayatnya, aku pantas berpusing dan memintas kata-katanya.
"Eh, hello? Aku ada tanya kau ke? Kau ada dengar aku sebut nama kau? Umur baru setahun jagung ada hati nak suruh aku panggil kau papa? Kau nak aku muntah hijau dekat sini ke?" Cemuhku geram.
Wajah lelaki yang sama umur denganku itu jelas terkedu dengan kata-kataku.
"Medina!"
"Kau tak payahlah nak kata dekat luar tu banyak jantan tak guna. Ini, depan aku ni, dalam rumah aku sendiri ni, kau ni pun sama aje jantan tak guna. Kikis harta perempuan!" Tengkingku. Langsung tak pedulikan amaran yang mama lemparkan.
"Medina! Sudah! Mama dan Ikram dah kahwin, tak boleh ke Dina terima aje jodoh kami?"
Aku merenggus.
"Apa? Tak betul ke apa yang Dina cakap? Kahwin pun sebab tangkap basah ada hati nak nasihat orang!"
Memang pun aku tak boleh terima dengan perkahwinan. Baru dua minggu lepas aku dikejutkan dengan mereka yang berkahwin kerana tangkap basah.
Malu? Sumpah aku malu dengan semua orang tapi itu aku boleh tahan lagi tapi aku malu dengan papaku sendiri! Bila papa tahu, dia hanya diam dan mengatakan yang dia sudah tahu apa yang mama aku buat tu dah lama.
Sebelum ni aku fikir papa tinggalkan aku sebab curang dengan mama tapi rupanya mama yang curang dengan papa!
"Sorry, I just nak berbaik-"
"Kau tak payah nak berbaik dengan aku. Jantan macam kau tak layak bercakap dengan aku. Taraf kau bawah tapak kaki aku ni je. Dengan mama aku bolehlah kau nak bodohkan tapi bukan aku tau!"
Benci betul aku tengok muka mamat ni. Kalau ikutkan hati aku memang aku lempang sampai aku puas hati! Aku benci!
"Medina! Sudahah tu! Tak boleh ke kalau satu hari Dina tak mengamuk? Mama rimaslah!"
Aku tergelak kecil. Kelakar dengan kata-kata mama seolah-olah aku pula punca semua ni berlaku. Pergi mampuslah!
"Kalau mama rimas, mama boleh keluar dari rumah ni! Ini rumah Dina! Arwah Tok Ma yang hadiahkan rumah ni pada Dina sebab Dina satu-satunya cucu yang dia ada! Kalau mama rasa mama rimas dengan Dina, dipersilakan keluar dari rumah ni, bawa jantan tak guna ni sekali!" Bentakku geram.
Tak habis-habis nak pertahankan jantan tak guna tu! Menyakitkan hati betul!
"Dina halau mama?" Mama memandangku tak percaya membuatkan aku mengeluh berat.
"Dina tak halau tapi kalau mama nak keluar, Dina tak halang. Macam mana papa keluar dari rumah ni, mama pun boleh ikut keluar!" Tanpa menunggu lama, terus aku melangkah meninggalkan rumah.
Panggilan mama langsung aku tak pedulikan. Argh, lantaklah!
×ELVIS MEDINA×
Aku pandang lama rumah yang jauh lebih kecil dari rumahku tapi rumah ni bersih dan kemas.
Beg plastik yang aku bawa aku pandang. Aku hanya bawa makanan datang ke sini. Sekejap tadi sempatlah aku beli barang-barang lain tapi banyak pula aku nak bawa seorang diri.
Aku betulkan pakaian yang aku pakai. Kena sopan-sopan sikit kalau nak ke sini. Nanti kena bebel.
"Assalamualaikum..." Sapaku. Sesekali aku kuatkan salam bila pintu masih belum dibuka.
Dah tidur semua ke?
"Waalaikumussalam, kakak!" Satu suara kedengaran di balik jeriji yang pintunya sudah terbuka. Aku seyum kekok bila seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 7 tahun berlari memelukku.
"Ayah mana?" Tanyaku pada budak perempuan yang sedang tersenggih-senggih memandangku.
"Ada dekat dalam, tengah pasang kipas."
"Oh,"
"Wah, ada KFC! Yeay! KFC!" Dia sudah melompat teruja membuatkan aku tersenyum kecil.
"Arissa, kenapa tu?" Suara perempuan dari dalam rumah menegur. Pantas kanak-kanak itu berlari mendapatkan ibunya.
"Ibu, Kak Medina datang! Dia bawak KFC!"
"Dina... susah -susah aje..." Ujar Ibu Fatini yang merupakan ibu tiriku.
"Papa mana?" Tanyaku sebaik saja plastic bertukar tangan.
Aku bukannya rapat mana dengan ibu tiriku yang baru saja berkahwin 3 tahun dengan papaku ni tapi dek kerana dia selalu berbuat baik denganku, aku tak adalah nak benci dia pula.
Mereka berkahwin pun setahun selepas mama dan papa bercerai.
Aku tarik senyum bila seorang lelaki berumur tapi masih nampak sihat itu melangkah dengan senyuman lebar.
"Dina? Eh, princess papa? Lewatnya datang?" Tubuhku ditarik ke dalam pelukan.
"Maaf papa, lupa nak beritahu papa yang Dina nak datang."
"Tak apa, datang aje bila-bila tapi kalau lewat malam sangat kena ketuk kuat sikit, takut tak dengar pula."
Aku hanya mengangguk.
"Dina bawa KFC? Susah-susah aje." Ujar papa bila matanya terpandang anak tirinya tu membawa ayam KFC ke kerusi. Ya, Arissa bukannya anak papa tapi anak tiri papa disebabkan ayahnya meninggal sewaktu dia kecil.
Dia menumpang kasih papa dan aku tak ambil hati kerana dia pun layak untuk bahagia cuma terkadang tu masih terselit rasa cemburu sebab aku yang selalu papa manjakan.
"Benda kecik je... Em, papa, boleh tak kalau Dina nak tinggal dekat sini?" Tanyaku membuatkan papa tersenyum kecil.
Tahu sangat yang aku bergaduh dengan mama. Papa hanya mengangguk.
"Kenapa pula tak boleh, nanti Ibu siapkan bilik untuk Dina." Sampuk Ibu Fatini.
Baru saja aku ingin membalas, sebuah kereta berwarna hitam berhenti di sebelah keretaku. Dahiku berkerut bila ayah bergegas keluar dari rumahku.
"Siapa tu?" Tanyaku pada Ibu Fatini yang sudah tampak gelisah tu.
"Tak tahu, kawan ayahlah kot." Jawab Arissa bila Ibu Fatini terus menerus mendiamkan diri.
"Kawan ayah datang malam-malam buta macam ni?"
"Selalunya sebab duit." Laju saja Arissa menjawab tapi dia terus mengunci mulut bila Ibu Fatini menjenggilkan mata ke arahnya.
"Duit?" Aku pandang Ibu Fatini yang sudah menggeleng kecewa tu. Tanpa menanti lebih lama, kaki terus melangkah keluar dari rumah mendekati papa.
"Papa!"
"Eh, Dina masuklah. Jangan keluar. Papa ada hal ni." Suara papa kedegaran gusar.
"Hal apa? hutang? Duit?" Soalku tak puas hati. Tak akanlah papa sanggup pinjam duit dengan Ah Long pula?
"Dina, papa boleh selesaikan sendiri. Medina pergi masuk dalam." Arah papa tegas.
Aku merenggus kecil. Dua lelaki yang berbadan tegap memandangku tu aku jeling.
"Kenapa papa tak beritahu Dina? Kalau papa perlukan duit, papa boleh minta dengan Dina, kenapa sampai nak meminjam?"
"Dina... kita bincang nanti, okey? Sekarang ni Dina masuk dulu." Pujuk papa tapi aku menggeleng. Salah seorang dari mereka aku dekati.
"Tell me, how much?" Soalku.
Lelaki dihadapanku ini menarik senyum sinis.
"Kau boleh bayar ke? Papa kau pun tak boleh nak-"
"Ada aku tanya kau ke yang kau rasa aku mampu bayar ke tak? Tak ada, kan?" Pintasku. Menyampah pula mamat ni. Lain yang aku tanya, lain yang dia jawab!
"Medina..." Papa cuba tarik tanganku tapi pantas aku menarik semula.
"Bos kau tak ajar ke macam mana nak jawab soalan? Dulu tak sekolah ke?"
Tiada jawapan balas yang aku terima apatah lagi bila telefon berdering menyatakan panggilan masuk. Lelaki di hadapanku, mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Ya, Tuan? Baik Tuan." Dia memandang pada rakannya yang berdiri di sebelah.
"Let's go."
"Hei! Tak dengar ke apa yang aku cakap? Mana Tuan kau?" Bengang pula aku bila mereka sedikitpun tidak menghiraukan aku.
Mataku terpandang pada samar lelaki berkaca mata hitam yang memandangku dari dalam kereta di bahagian belakang. Walaupun wajahnya tak jelas tapi aku pasti itu mesti Tuan mereka.
"Hello? Let me talk to you sir!" Pintu kereta aku ketuk kuat tapi tanganku terus ditarik kasar.
"Hei, jangan-"
"Tuan kau tu pengecut ke apa? Hei, keluarlah!" Tengkingku. Aku meronta bila papa menarikku menjauh.
"Kalau berani sangat, keluarlah!" Jeritku geram bila mereka semua sudah masuk ke dalam kereta. Tak sampai beberapa minit, kereta hitam itu meluncur keluar.
"Medina! Jangan buat macam tu, Dina tak tahu dia tu baik ke jahat!" Marah papa.
Hish!
"Dah memang sah-sahlah jahat. Papa, kalau papa ada masalah, papa beritahu Dina, bukannya orang luar!"
Aku dengar papa melepaskan keluhan berat.
"Papa tak nak menyusahkan Dina. Tak akanlah Dina yang nak tanggung keluarga papa?"
Aku sedikit tersentap dengan kata-kata papa walaupun aku tahu yang papa tak maksudkannya.
"Dina ni anak papa, apa masalahnya kalau Dina tolong papa? Ke papa dah tak nak anggap Dina ni anak papa?" Soalku geram. Air mata yang sudah mulai bertakung aku tahan sekuatnya.
"Bukan macam tu. Papa cuma tak nak susahkan Dina. Dina masih ada kehidupan yang Dina nak kena uruskan. Dina-"
Aku melepaskan keluhan berat. Tak mahu mendengar penjelasan dari papa lagi. Kakiku terus melangkah ke dalam rumah.
Tidur ajelah!
?? FUFULIEYAMAT ??
?? 1 JANUARY 2019 ??
©?1 JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??
Jangan lupa vote, comment and share!
Share this novel