BAB 17

Romance Series 12050

Kecoh. Itu yang aku boleh katakan. Kenapa kecoh? Macam mana tak kecoh kalau berita mengenai aku ialah teman wanita Elvis Adriano King tu tersebar ke seluruh institusi pengajian aku. Gila? Memang!

Kerana hal ini kecohlah aku baru dapat tahu yang lelaki ni merupakan salah seorang lelaki jutawan muda. Aku search di googlies memang ada dia sebagai salah seorang usahawan yang berjaya malah bukan saja di Malaysia tapi di luar negara juga.

Apa yang aku tak terkejut hanyalah dia berasal dari Itali. Apa yang nak dikejutkan kalau memang terang Pang Pang yang dia tu mat Salleh tapi boleh cakap bahasa melayu.

Apa nak dipeliknya, kalau orang melayu boleh cakap bahasa Itali, tak akanlah orang Itali tak boleh, kan?

Tapi itu bukan masalahnya sekarang ni! Masalahnya sekarang ni aku dah mula dapat perhatian hampir seluruh warga kolej! Huh! Aku tak suka perhatian ni semua!

"Medina!" 

Aku kalihkan tubuh ke kiri. Wajahku berkerut bila Erin berlari anak mendapatkanku. Dari tadi lagi dia tersenggih-senggih macam kerang busuk memandangku.

"Kenapa you tak pernah beritahu I yang you ada boyfriend?! Damn, it's Elvis! He's so popular, you know?! Kecoh satu kolej ni! " Erin bersuara teruja. Badanku digoyang-goyangkan. Eh, minah ni ada juga aku hempuk dengan buku ni. Aku tarik tubuhku menjauh darinya.

"Elvis je pun, apa yang jadi isu kecohnya? Dia masih juga manusia biasa." Balasku.  Aku abaikan pelajar-pelajar perempuan yang berbisik mengenaiku dan tak kurang juga yang sengaja menyindir aku sewaktu berpapasan. Eish! Semua salah Elvis!

Malas mahu terus menjadi perhatian, aku terus melangkahkan kaki menuju ke kelas. Erin di sebelah hanya menurut saja langkahku.

"Tak jadi isu, you cakap? You tahu tak yang Elvis tu antara jutawan yang terkenal? Hotel Queena yang kita pergi tu salah satu hotel dia tahu tak? Untungnya you Medina!" Erin kembali bersuara sebaik saja kami berdua melabuhkan punggung di kerusi.

Lah, tak habis lagi rupanya.

"Apa yang untungnya? Setakat jual badan dekat lelaki kaya bolehlah sembang." Sampuk Mona yang kebetulan hanya selang dua kerusi saja dari tempat dudukku. Heh, sempat pula ya dia pasang telinga?

"Apa masalah kau ni, Mona? Kau sebenarnya cemburu dengan Medina, kan?"

"Euw, tak ada masa aku nak cemburu. Setakat jadi perempuan simpanan apa kelas?"

Perempuan ni memang nak makan tapak kasut tumit tinggi aku agaknya ni? Nak saja aku tanggalkan kasut ni lepastu hempuk mulut dia berkali-kali. Asal buka mulut je menyakitkan hati. Huh!

"Kau kalau bercakap tu baik sikit. Kalau aku ni perempuan simpanan sekalipun aku lebih untung kot dari kau? Yalah, Elvis tu dahlah kaya, jutawan pula tu. Yang paling penting, dia masih muda dan kacak bukan macam pensyarah kesayangan kau tu." Sindirku.

Tawaku dan Erin terburai melihat wajah merah padam Mona. Rasa geli hati mengingatkannya. Nak sangat cari pasal dengan aku, kan? Ini Medinalah!

"Kau kenapa tak habis-habis nak sakitkan hati aku?!" Suara Mona memetir hingga menarik perhatian pelajar yang lain.

Eh, minah ni!

"Amboi kau? Kau sakitkan hati aku, sindir aku, buat fitnah pasal aku, tak apa pula? Bila aku balas kau nak marah?" Soalku sinis.

Kalau mental mudah koyak, jangan main gunting. Ni tak, dah tahu mudah koyak, lagi dia nak main gunting.

"Entah kau Mona? Aku dengar dari tadi lagi kau sindir Medina. Sudah-sudahlah tu, kau bukannya perfect pun." Sampuk salah satu pelajar lelaki yang duduk agak dekat dengan kami. Mungkin dia juga mendengar apa yang kami gaduhkan.

"Tak payahlah kacau dia lagi. Dia pun tak kacau kau, kan?"

Aku kaget seketika bila beberapa orang mula memarahi Mona dan menyebelahiku. Aku kaget kerana ini bukan pertama kami bergaduh tapi ini kali pertama ada yang masuk campur dan menyebelahiku.

Mona bangun dengan kasar hingga kerusi yang diduduki terjatuh ke belakang. Wajahnya merah padam.

"Kau jangan nak masuk campurlah! Mentanglah dia kekasih jutawan terus korang semua nak back-up dia kan?! Padahal sebelum ni korang pun dua kali lima ajelah dengan aku!" Bentak Mona. Tanpa sepatah kata lagi, barangnya diambil lalu berlalu keluar dari kelas.

Aku terdiam. Tak tahu reaksi apa yang harus aku berikan. Sempat juga berpandangan dengan Erin bila ramai yang menyuruhku untuk bersabar.

Mungkinkah kerana aku teman wanita Elvis? Mereka cuma baik dengan aku kerana hal tu?

×Elvis Medina×

Aku betul-betul rasa nak baling kamus dewan bahasa pada lelaki kacak yang sedang menunggu di hadapan pintu gerbang kolej.

Gila ke apa mamat mata hijau ni?! Dia sengaja nak malukan aku ke apa?! Dahlah dia bawa kereta sport mewah dia tu! Habis semua mata memandang ke arah dia yang selamba saja duduk bersandar di kereta dengan sejambak bunga ros ditangan dan ditambah lagi dengan kaca mata hitam. Argh!

"Pergh, sweet gila teman lelaki kau!" Erin cucuk pinggang aku. Mengusik. Argh! Memalukan!

Langkah aku terus laju mendekati Elvis. Aku tak tahu mana nak sorok muka aku sekarang ni. Semua mata memandang ke arah kami!

"Elvis, apa awak buat dekat sini?" Soalku dengan nada yang tinggi tapi masih terkawal. Aku tak mahu yang lain mendengar perbualan kami.

Elvis tayang senyum manisnya. Alahai mamat ni, datang sini makan gula dulu ke apa?

"Aku datang nak jemput kekasih hati aku ni. Nak ajak keluar date."  Jemari Elvis naik menyelitkan rambut depanku ke belakang telinga.

"Kenapa awak tak beritahu saya dulu? Awak tahu tak yang awak buat hampir satu kolej ni beri perhatian pada awak?"

"Aku dah terbiasa dapat perhatian. So apa masalahnya?"

Aku menjulingkan mata ke atas. Aku tahulah dia hot and famous tapi dia kena tahu yang teman wanita dia ni hanyalah seketul kentang yang bercinta dengan potato chips!

"Memanglah awak terbiasa dapat perhatian tapi masalahnya saya tak! Saya tak suka jadi perhatian."

"Here, for you." Elvis sukakan jambakan bunga ros padaku. Senyuman manis dilemparkan seolah-olah dia langsung tak mendengar apa yang aku katakan tadi. Eish!

"Terima kasih tapi awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" Soalnya tak puas hati. Tak suka betul bila orang buat tak tahu dengan apa yang aku katakan.

"Aku dengar. Jom, kita pergi makan?"

"Tapi awak macam tak layan saya aje." Aku tarik muncung. Rasa nak hempuk muka kacak dia dengan bunga ni. Biar padan muka dia.

Elvis masih sama. Senyum manis. Tangannya mengambil buku dan begku membuatkan aku kaget. Eh?

"My beautiful Medina. I promise you, aku tak akan buat macam ni lagi. Agak-agak berapa lama kita nak berbual dekat sini? Semua mata pandang kita ni, tahu tak?"

Eh! Aku terlupa. Seolah-olah baru tersedar yang kami masih jadi perhatian. Aku tarik tangan Elvis ke kereta. Cepatlah! Aku nak balik!

Elvis lepaskan tawa kecil melihat tingkahku. Dia segera masuk ke dalam kereta.

"Kau tahu?"

Aku pandang Elvis dengan kerutan di dahi. Apa yang tahunya?

"My beautiful Medina nampak comel sangat bila dia tengah marah."

Aku rasa darah menyerbu ke wajah. Eish mamat mulut manis ni! Nak kena cucuk insulin agaknya!

"Mengarut jelah!" Nafiku. Aku kalihkan pandangan ke luar tingkap. Tak mahu dia melihat wajahku yang merah padam.

?? FUFULIEYAMAT ??
??17 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience