BAB 7

Romance Series 12050

?

Aku angguk kepala. Dek kerana terlampau emosi aku iyakan saja kata-katanya.

"Kalau boleh saya memang nak semua orang yang sakitkan saya mati. Saya tak nak hadap semua ni lagi." Tangisku. Aku biarkan saja bila Elvis terus menerus memelukku dan mengusap rambutku.

Tenang saja aku rasakan saat ni. Reda dengan segala perasaan aku, aku renggang kan pelukannya. Mata hijau milik Elvis aku renung.

"Ma-maaf sebab saya terlanggar kereta awak." Aku lap air mata dengan belakang tapak tangan. Baru sedar yang kami tengah buat drama dekat tempat umum.

Elvis tarik senyum.

"It's Okey, sweetheart. Bukan masalah besar pun." Katanya membuatkan aku melopong. Apa yang bukan masalah besarnya?!

Belakang kereta dia kemek teruk dan kalau kereta dia pun teruk macam mana pula dengan kereta aku?!

Aku cepat-cepat menghampiri bahagian depan kereta kesayangan aku. Terus aku tepuk dahi.

"Damn! Rosak kereta aku!" Aku merungut tak puas hati. Bodoh betullah kau, Medina! Siapa nak bayar kalau rosak macam ni?!

Aku kerutkan dahi bila tawa Elvis kedengaran. Eh mamat ni, dalam keadaan macam ni, boleh pula dia bergelak ketawa ya?

"Kenapa awak ketawa? Tak kelakarlah! Awak tengok tu, kereta awak pun rosak teruk! Kalau bawa pergi bengkel ni mahunya menangis tak berlagu." Keluhku kesal.

Mesti mama membebel kalau dia tahu kereta aku rosak! Aduhai!

"Kau nampak bertambah comel bila gelabah macam ni." Kata Elvis membuatkan aku mencebik.

Ayat semanis gula!

"Saya tahu saya comel." Aku juihkan bibir. Malas nak melayan. Karang kalau aku tidakkan nanti dia akan terus menerus kata aku comel jadi aku membenarkan sajalah.

Elvis tarik senyum.

"Agak-agaknya berapa ya kos kereta awak ni? Haih, maaf saya langgar awak tapi saya betul-betul tak sengaja. Semua ganti rugi tu saya akan bayar." Aku pandang Elvis minta simpati supaya dia maafkan aku.

Aku terlebih emosi tadi sampai buat semua benda ikut perasaan kecewa dan marah aku. Tak pasal-pasal kereta Elvis yang jadi mangsa.

Tak pasal-pasal juga duit aku yang melayang! Memang nak kena guna duit simpanan akulah jawabnya! Lebih baik guna duit sendiri dari kena bersoal jawab dengan mama tu. Malas!

"Betul kau nak bayar semua kos ganti rugi kereta ni?" Sebelah kening Elvis ternaik. Matanya memandang aku dari bawah hingga ke atas.

Dah kenapa pula mamat ni? Teragak-agak aku angguk kepala.

"Kalau macam tu apa kata kau..." Elvis tarik senyum sinis membuatkan aku bertambah resah dengan caranya.

Dia nak suruh aku buat apa?

Tak akan dia nak suruh aku bayar pakai badan aku pula kot? Gila ke apa?! Memang aku pelakung kepala dia cukup-cukup!

"Buatkan aku kek?" Tanyanya dengan senyuman.

Terkebil-kebil aku memandangnya. Kek? Bukan dia nak badan aku?

Eh! Apa kau fikir ni Medina?! Aish! Otak kau lagi kotor dari otak dia! Itulah banyak sangat baca !

Dalam diam aku mengutuk diri sendiri. Lain yang Elvis ingin minta, lain yang aku fikirkan! Memang balik rumah nanti aku kena cuci otak aku dengan clorox!

"K—kek?"

Elvis angguk. Senyum malaikat dia pamerkan padaku. Kacak betul mamat ni!

"Kau pandai buat kek? I love red velvet cake."

"Tapi kos buat red velvet cake lagi berjuta kali murah dari kos ganti rugi kereta awak! Seriouslah, Elvis! Saya tak ada masa nak main!" Bengang pula aku jadinya.

Dia nak menganjing aku ke apa? Apa dia ingat red velvet tu sama mahal dengan kereta dia ke? Aku ketuk otak dia buat kek baru tahu!

Elvis hamburkan tawa kecil. Entah apa yang kelakar pun aku tak tahulah! Eish! Otak dia dah mereng sebab kena langgar tadi ke apa? Asyik ketawa Aje! Nasib baiklah dia kacak!

"Kereta ni is not a big problem, Sweetheart. Kau tak perlu bayar pun. Cukup dengan Kek Red Velvet kau."

"Serious? Cukup bayar dengan Kek Red Velvet? Jangan nanti tiba-tiba awak heret hal ni ke mahkamah sudah." Sindir ku di hujung ayat. Geram pula aku dengan dia ni. Main-main!

"Yes. I'm serious tapi aku nak rasa air tangan kau. "

"Baik, saya boleh buat." Balas aku dengan senang hati. Selamat duit simpanan aku tapi tak adalah selamat sangat sebab kereta aku pun kena masuk bengkel juga.

"Alright then, jumpa aku dekat King Holding."

"King Holding?"

Elvis angguk kepalanya. Dia keluarkan sesuatu yang berbentuk segi empat berwarna silver lalu dihulurkan padaku.

"My office." Katanya ringkas menjawab persoalan yang ada dalam fikiranku.

"Till we meet again, Sweetheart." Dia usap kepalaku perlahan sebelum langkah di buka ke arah kereta.

Mataku masih lagi memandangnya lama hingga kereta mewah miliknya hilang dari penglihatan aku.

×ELVIS   MEDINA ×

Pagi esoknya aku balik ke rumah dengan teksi. Semalam aku bermalam di Maxwell Hotel dan kereta pun aku dah hantar ke bengkel. Karang kalau dibiar kereta tu rosak lama-lama, susah pula aku nak ke sana ke mari.

Masuk Aje dalam rumah mataku sudah tercemar dek adegan mesra yang mama dan lelaki tak guna tu tunjukkan. Huh! Menyakitkan mata betul!

"Dina tidur mana semalam?" Soalan itu keluar dari mulut mama saat matanya memandangku. Serius saja muka mama saat ni. Huh, adalah tu mulut jahat hasut mama.

Mama pun bukannya reti nak baca ayat kursi biar terbakar semua Setan dalam rumah ni! Menyebalkan!

"Hotel." Ringkas aku membalas seraya melangkah ke tangga. Mengabaikan pandangan dua beradik yang selalu menyakiti hati aku tu dan aku perasa ada senyum sinis di wajah Aida seolah-olah mengatakan yang dia sudah menang.

Apa yang menangnya pun aku tak tahulah. Kalau dia nak kata dia menang sebab berjaya buat mama marah aku semalam, tahniah aku ucapkan. Dia dah buat aku bertambah-tambah benci dengan dia dan abangnya yang murahan tu.

"Hotel mana?"

"Maxwell." Ringkas aku menjawab. Kaki sudah mencecah anak tangga pertama untuk ke tingkat atas tapi terpaksa aku lambatlah langkah kerana mama masih ingin berbicara.

"Sejak bila Dina pandai tidur hotel ni? Dina buat apa dekat sana?" Mama sudah berpeluk tubuh tak puas hati.

Haih, apalah yang mereka hasut mama ni? Mama ni pun satu, lagi percaya orang luar dari anak sendiri.

"Hotel tu tempat tidur dan berehat. Tak akanlah Dina nak pergi baiki basikal dekat situ." Sindir ku geram. Apa punya soalanlah! Sengaja nak timbulkan topik untuk bergaduh dengan aku ke apa ni?

"Eleh, mengaku ajelah kau pergi hotel tu dengan jantan, kan?" Aida tiba-tiba saja menyampuk.

"Oh, macam kau pergi hotel dengan Lecturer kita tu ke?" Soalku semula membuatkan Aida terdiam.

Aku tarik senyum sinis.

"Ops, sorry. Ish, jahat betul mulut aku ni." Aku tepuk bibirku berpura-pura seperti tersalah bicara padahal aku sengaja.

Mama dan abangnya sudah memandang dia semacam dan aku puas hati dapat kenakan dia.

"Dina jangan nak main sebarang tuduhan macam tu." Tegas Mama membela adik iparnya.

Jujur aku terasa. Kenapa bila aku dituduh, mama hanya diam dan mengiyakan segalanya. Aku pandang mama dengan pandangan mendatar seolah-olah tak terkesan dengan bicaranya.

"Jadi apa yang dia tuduh Dina tu betul ke? Mama percaya?" Aku tenung mata Mama yang sudah tampak serba salah tu tapi masih juga dia tak nak nampak yang seolah-olah dia membelaku.

Nak jaga hati jantan tak guna tu sampai sanggup terima Aje anak sendiri kena hina. Tak guna betul.

"Mama tak suka Dina buat perangai keluar masuk hotel dengan jantan! Jangan buat diri tu macam murah sangat, Medina."

Aku ketap bibir mendengar kata-kata mama. Rasa mahu tertawa sekarang juga. Rasa kecewa yang teramat sangat.
Aku gigit bibir bawah lalu memandang mama dingin.

"Jangan samakan Dina dengan mama." Datar aku membalasnya membuatkan mama terdiam.

Tanpa menunggu balasan, aku terus daki anak tangga ke tingkat atas dengan hati yang sakit. Sakit bila terus diperlakukan macam ni!

?? FUFULIEYAMAT ??
?? 7 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Jangan lupa vote, comment and share!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience