“Intai sape tu mate?” Pelik Ira melihat Azie terhendap-hendap di tepi tingkap.
“Takde sape.”
“Mate, pukul empat setengah pagi ni. Jangan mate. Kang muncul wajah yang mengerikan baru tau. Demam seminggu.”
“Ok.” Azie kembali duduk di meja study dengan wajah ceria.
Tak boleh jadi ni. Dia tengok siapa sampai terus mood cantik. Bingkas Ira bangun menuju ke tingkap. Lampu jalan menghiasi suasana gelap dinihari di luar tingkap. Sunyi.
“Siapa mate? Takde sesiapa pun.”
“Memang takde sesiapa. Aku tengok bulan je tadi.”
Bulan? Mana ada bulan. Lampu jalan adalah. Biar betul roommate aku ni.
“Kau nak jadi warewolf ke tengok bulan beria-ria.” Perli Ira sinis.
“Taklah. Jadi wareprincess.”
“Puih! Malas aku layan.” Ira kembali bersandar di kepala katil. Buku dibuka kembali.
Menjadi kebiasaan Azie dan Ira bangun seawal empat pagi untuk mengulang kaji pelajaran. Setiap kali lewat dinihari, Azie akan mula gelisah. Telinganya sentiasa dipekakan sebaik mungkin.
Sayup-sayup telinga Azie menangkap bunyi selipar seseorang berjalan dari hostel siswa menuju ke surau kampus. Bilik mereka terletak di bangunan hostel siswi paling hujung. Maka mereka dapat melihat dengan jelas sesiapa sahaja yang melalui lorong pejalan kaki tersebut.
Entah mengapa pendengaran Azie serta-merta menjadi sangat tajam bila melibatkan bunyi selipar Izuan. Salah seorang siswa yang tergolong sebagai ‘mat surau'.
“Sampai dah.” Seraya berbisik sendiri, Azie bingkas bangun sambil tersenyum.
Kali ini Ira tak lepaskan peluang merungkai misteri. Kalau dah setiap hari mengintai. Mesti ada sesuatu.
“Oh… kau intai abang surau tu.”
“Shhh…”
“Dia tak dengarlah. Jauh tu. Kita kat tingkat tiga lagi pun.” Ira kembali duduk di kerusi.
Setelah abang surau menghilang masuk ke dalam surau, barulah Azie kembali menyambung bacaannya.
“Kau suka dia ye.”
“Entah.”
“Sukalah maknanya tu. Kalau dah sampai tiap hari terhendap-hendap. Sabor jelah aku.”
“Kau jangan bagitau sesiapa tau.”
“Tak kuasa akulah nak cerita kat orang. Macam takde kerja lain.”
“Terima kasih mate. Sayang kau.”
Ira menggeleng. Bibir mengukir senyum sendirian. Tidak disangka teman sebiliknya yang warak selama ini ada menaruh hati kepada seseorang. Sungguh cinta itu tidak mengenal siapa. Warak dan alim macam mana pun mereka tetap manusia biasa.
Azie merupakan siswi tahun dua Fakulti Teknologi Maklumat . Manakala Ira merupakan pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial. Kebetulan memang dia kenal benar dengan Izuan abang surau yang menjadi buah hati rahsia teman sebiliknya. Ya, Izuan adalah pelajar akhir tahun Fakulti Sains Sosial.
“Kau tak nak approach dia ke?” Tanya Ira semasa mereka berdua makan tengahari di Café kampus.
“Hah?” Terpinga-pinga Azie bila ditanya secara tiba-tiba.
“Maksud aku, kau tak nak approach abang Izuan tu ke? Kirim salam ke, hantar Wattsap ke, bagi kiasan kat IG ke. Approach kat messenger Fac pun ok dah.”
“Taknaklah aku. Buat malu je. Perigi cari timba.”
“Eh, kau ni duduk zaman mana ni? Zaman sekarang ni perkara biasalah kalau perempuan yang mulakan dulu.”
“Takpelah. Takde makna pun sebenarnya. Dia tak pandang aku ni. Siapalah aku ni kan. Aku ni tak cantik mana. Tak macam Rozi tu. Cantik, ayu, putih mulus.”
"Dah apa sangkut menyangkut dengan Rozi pulak tiba-tiba?"
"Rozikan ramai peminat. AJK surau. Abang-abang surau ramai apa yang menaruh hati kat dia. Siapalah aku ni. Takde pun orang surau yang nak pandang."
“Siapa engkau? Woi, kau sedar tak kau cakap apa ni. Kau tu ramai yang nak tau tak. Cuma kau je yang jual mahal. Penatlah aku.”
“Nak buat macam mana. Yang datang semua bukan ciri-ciri yang aku nak.” Azie mula berisa sedih.
Sedih kerana semua rakan seusrahnya telah berpunya. Antara minah-minah surau, hanya dia sahaja yang tidak laku. Tiada seorang pun ahli surau atau mat-mat usrah yang mendekatinya.
“Mate, tak semestinya mat surau tu baik. Tak semestinya orang tak pernah pergi surau tu tak baik. Cubalah buka sikit minda kau tu.”
Azie sekadar menundukkan kepala. Menyuap makanan perlahan-lahan. Siapalah yang akan faham keadaannya.
@@@@@@@@@@@
Hujung minggu, Azie bersama beberapa siswi keluar ke bandar Kuching. Merehatkan minda sambil cuci mata melihat keindahan waterfront di Sungai Sarawak.
“Asalamualaikum.” Seorang lelaki menghulur flyer.
Azie tergamam. Salam tidak dijawab.
“Asalamualaikum.” Lelaki itu sekali lagi memberi salam kepada Azie sambil memaniskan muka.
Kawan-kawan semua memandang Azie pelik. Kenapa tak jawab salam?
Azie mengambil flyer sambil mengucapkan terima kasih. Senyuman diberikan kepada lelaki itu. Namun Azie tetap tidak menjawab salam.
Lelaki itu tersipu-sipu malu. Selepas mengangguk beberapa kali, dia berlalu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Kenapa kau tak jawab salam orang tu tadi mate. Kesian dia. Mesti dia malu.”
“Entahlah. Aku nak jawab pun jadi serba salah.”
“Kenapa?”
“Muka dia mati.”
“Mati?” Berkerut Ira dibuatnya. Apanya yang mati?
“Kalau kau nak tahu, muka orang tadi tu tak ubah seperti lukisan yang mati. Tak hidup.”
“Hah???” Serentak semua mereka berlima tercengang.
“Takpelah. Lupakan. Jom balik. Petang dah ni. Tengok langit sebelah sana tu mendung. Macam nak hujan.”
Malam itu Azie dan empat rakan pergi menghadiri ceramah di surau.
Memandangkan mereka agak lewat balik dari bandar, mereka terlepas solat maghrib berjemaah. Ketika mereka masuk ke dalam surau, tirai tempat solat siswi telah dibuka. Ustaz jemputan pula telah memulakan ceramah.
Azie adalah yang terakhir masuk. Sebaik sahaja melangkah pintu surau, Azie menoleh ke arah penceramah.
“Ya Allah.” Perlahan Azie bersuara.
Namun semua yang melihat perasan riak wajah Azie yang terkejut seolah melihat hantu sebaik sahaja dia memandang ke arah wajah ustaz. Tambahan pula Azie segera menutup mukanya dengan buku nota. Terus bergegas ke tempat duduk siswi.
Sepanjang sesi ceramah, banyak pasang mata kerap melirik ke arah Azie. Mereka semua pelik dengan sikap Azie yang ketara terkejut dan panik. Penuh pertanyaan dalam hati mereka. Azie nampak apa? Nampak rupa ustaz hodoh ke? Nampak saka ke? Atau Azie pernah nampak Ustaz seorang yang jahat? Ustaz pernah mengurat Azie? Ustaz ahli keluarga Azie? Atau ustaz bakal suami misteri Azie?. Bermacam-macam telahan dibuat. Namun Ustaz penceramah tetap tenang meneruskan ceramahnya.
Sesekali Azie akan mengangkat kepala dan memandang ke arah ustaz. Bila ustaz menyedari, pasti dia akan mengangguk kepala dan memberikan senyuman.
Semua yang menghadiri ceramah kehairanan. Drama apakah ini?
“Mate, aku nak tanya sikit boleh tak?” Sebelum tidur, Ira menyusun kata-kata untuk bertanya.
“Kau nak tanya pasal kat surau tadi ke?”
“Ha ah. Kenapa ye. Kau nampak apa masa kau tengok ustaz tu?”
“Aku nampak cahaya. Sebab tu aku tutup muka dengan buku. Mata aku rasa silau.”
Jeda. Ira tidak tahu respon bagaimana yang perlu diberi.
“Masa aku tengok muka ustaz tu. Tiba-tiba keluar cahaya dari kening kanan dia. Terang gila cahaya tu. Macam lampu suluh. Silau mata aku. Aku pun tutuplah muka dengan buku untuk elakkan silau tu. Sekali jelah silau tu terpancar dari kening dia. lepastu takde dah. ”
Perlahan-lahan Ira bangun dari katilnya dan duduk di katil Azie. Ditenungnya Azie . Kedua-dua tangan Azie dicapainya.
“Mate, kau ni kashaf ke?” Perlahan suara Ira bertanya.
Azie mengangkat kedua-dua bahu. Dia sendiri pun tidak pasti. Kashafkah dia. Wallahua’lam. Dia tidak berani mengaku. Siapalah dia. Hanya seorang pelajar tahun dua Fakulti Sains Teknologi Maklumat.
“Azie, wajah abang Izuan bercahaya tak?”
“Taklah bercahaya macam aku nampak ustaz tu tadi. Tapi abang tu wajah dia ada nur.”
“Nur tu cahaya juga kan?”
“Iye. Tapi taklah sampai silau mata aku macam kena suluh lampu tepat ke mata.”
“Oh ya, dulu kau pernah kata kau suka tengok wajah Dr Taha kan. Dia pun ada nur ke?”
“Ada. Tapi nur dia lain.”
“Lain? Nur pun ada jenis-jenis ke?”
“Bagi aku ada. Kalau bagi orang lain tu aku tak taulah.”
“Cer cerita detail. Wah menarik ni.” Segera Ira ubah posisi duduknya dan bersila menghadap Azie.
“Nur pada wajah abang surau tu biasanya nur orang yang kaki solat malam.”
“Ohhh.. Lagi, lagi?”
“Nur yang pada wajah Dr Taha tu maknanya dia istiqamah solat dhuha.”
“Iye? Kenapa boleh berbeza ye?”
“Manalah aku tahu. Dah itu yang aku nampak. Dulu aku tak faham juga bila tengok nur berbeza-beza. Bila aku siasat, barulah aku tahu. Semua orang yang rajin qiamullail nur wajah mereka sama. Dan semua yang rajin solat dhuha nur wajah mereka juga sama.”
“Pergh… hebatnya kau mate.”
“Takde yang hebatlah. Dah rezeki Allah nak bagi aku nampak.”
“Habis tu mate, yang lelaki kau tak jawab salam dia tu, apa kes pulak?”
“Kalau orang solat, wajah mereka hidup. Macam kita. Muka hidup.”
“Ok. Muka hidup.” Kehairanan Ira mendengar istilah wajah yang hidup. Memang mereka hidup. Belum mati.
“Wajah lelaki tu, mati. Macam lukisan yang hidup tapi mati.”
“Chop-chop. Aku tak faham. Wajah mati macam lukisan yang hidup tapi mati. Macam mana tu mate?”
“Macam ni mate, kau pernah tengok lukisan potret tak, kat Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif?”
“Pernah.”
“Lukisan tu semua macam hidup kan?”
“Ha ah betul. Memang macam hidup.”
“Tapi sebenarnya lukisan tu tetap mati kan?”
“Ye.” Ira masih belum faham.
“Samalah dengan orang yang tak pernah solat atau orang bukan Islam. Wajah
mereka mati. Macam lukisan hidup yang mati.”
“Oh sebab tu kau tak jawab salam lelaki tu?”
“Ye. Sebab itulah. Sebab aku tak pasti dia tu Islam yang tak solat ke atau memang orang kafir. Kan tak boleh jawab salam orang kafir. Ada cara nak jawabnya tapi aku tak tahu cara tu.”
“Ohhh… patutlah.”
“Sekarang kau dah faham?”
“Patutlah kau macam memilih. Ramai yang approach tapi kau tak nak.”
“Bukan memilih mate. Tapi aku dah terbiasa nampak semua tu. Jadi mestilah aku nak yang ada nur. Takkan nak yang kusam-kusam je.”
“Oh kira aku ni kategori kusamlah ye.” Ira tersengeh malu.
“Taklah. Kau biasa je. Sama macam aku.”
@@@@@@@@
Telefon bimbit Azie berbunyi menandakan ada pesanan whatsapp. Berkerut dahi Azie membaca pesanan.
“Kenapa mate. Lain macam muka. Problem ke?”
“Taklah. Kak Latifah dengan beberapa AJK muslimat surau lain nak jumpa.”
“Dia orang nak tegur kes kau tutup muka dengan buku malam tadi agaknya mate. Mesti dia orang sangka kau tak hormat penceramah.
“Mungkin. Aku pun rasa macam tu.”
“Good luck mate. Banyakkan bersabar tau.”
Segera Azie bersiap untuk ke surau. Kisahnya hanya Allah Yang Tahu. Semoga ustaz tidak berkecil hati dan semoga AJK surau tidak memarahinya.
Semasa tiba di pekarangan surau Azie nampak Izuan dan beberapa rakannya sedang berbual-bual di wakaf. Padahal baru jam 11.00 pagi. Kebiasaanya waktu begini surau akan kosong kerana waktu zohor masih jauh lagi.
Sebaik sahaja melihat Azie, Izuan memberi salam dan mempersilakan Azie masuk. Aik. Mimpi apa dia bagi salam ni.
“Asalamualaikum.” Azie memberi salam sebaik sahaja melihat beberapa AJK muslimat.
“Ha, panjang umur. Masuklah Azie.”
“Ada apa kakak-kakak semua nak jumpa saya ye?”
“Macam ni Azie. Ada orang berkenan dengan Azie. Dia minta kami AJK surau tolong tanyakan Azie. Dan kalau Azie tak keberatan, dia merancang untuk meminta keluarganya bertemu dengan keluarga Azie. Untuk masuk merisik dan meminang.” Kata Kak Latifah.
Terkebil-kebil mata Azie seketika. Cepatnya. Biar betul. Kenapa tak berkenalan dulu?
“Boleh saya tahu siapa kak?”
“Ustaz Hafizi Al-Hafiz.”
“Ustaz Hafizi? Yang mana satu saya tak kenal.”
“Yang bagi ceramah malam tadi.” Jawab Kak Latifah sambil tersenyum.
“Oh…” Azie tunduk. Terharu. Tak sangka lelaki itu melamarnya. Terima kasih Ya Allah. Jodohku dah sampai.
Share this novel