Mikayla

Fantasy Series 616

“Sayang, kenapa Kayla nangis ni.” Cikgu Nita memeluk Mikayla yang menangis di hujung padang permainan.

“Siapa buat Kyla? Bagitau cikgu.” Pujuk Cikgu Nita lagi.

Mikayla yang merupakan murid Tadika Cahaya Nur hanya menggeleng. Dipeluknya Cikgu Nita kuat. Sejuk tangannya. Badan meggeletar

Nampak apa-apa lagilah agaknya ni. Keluh Cikgu Nita sendirian.
Cikgu Nita telah hampir 10 tahun mengajar di Tadika Cahaya Nur. Ini pengalaman pertamanya menangani anak tadika yang boleh melihat makhluk halus. Memang tidak dapat diterima akal.

“Dah jom masuk. Kayla pergi basuh muka ye.” Tangan kecil Mikayla dipimpin lembut.

“Anak-anak semua masuk dalam. Rehat habis dah. Masa untuk belajar sayang-sayang semua!”

“Kenapa Nita?” Tanya Cikgu Liz seraya menghampiri Mikayla yang masih teresak-esak.

“Nampak lagi agaknya. Ngusik.” Jawab Cikgu Nita.

Cikgu Liz membaca beberapa surah pilihan. Kemudian dia menghembus ke telinga kanan dan telinga kiri Mikayla. Sekadar berusaha mana yang mampu.

“Kayla ok ke dah. Ada rasa takut lagi tak?” Cikgu Liz memegang kedua belah pipi Mikayla dengan lembut.

Mikayla tersenyum sambil menggeleng. Telapak tangan kecilnya mengesat sisa-sisa air mata. Lega hati Cikgu Nita dan Cikgu Liz.

“Kalau macam tu Kayla boleh masuk kelas ye sayang. Cikgu Umie dah masuk kelas tu.” Lembut suara Cikgu Liz memujuk sambil memimpin tangan Mikayla masuk ke kelas tahap satu. Kelas untuk murid-murid yang berumur empat tahun.

Cikgu Umie yang merupakan guru baru di tadika mengangguk kepada Cikgu Liz tanda menyapa.

******

Petang itu Puan Syakila datang untuk menjemput anaknya.

“Macam mana hari ni cikgu. Kayla ada masalah apa-apa tak?”

“Sama macam semalam puan. Teruk dia menangis masa waktu rehat tadi.” Jawab Cikgu Nita.

Puan Syakila muram seketika. Nafas dihela memulihkan kekuatan. Puas sudah dibawa anaknya berubat. Masih juga tiada perubahan.

********

“Kayla lukis ganbar siaapa tu?” Puan Syakila memerhati lukisan anaknya.

“Ni mama, ni baba, ni Kayla, ni abang Kayla.”

“Abang Kayla?”

“Abang Kayla dulu dia mati masa dia baby.” Selamba Mikayla jawab sambil melukis taman sebagai latar belakang gambar yang dilukisnya.

Terkedu Puan Syakila seketika. Anak sulongnya meninggal dunia dua minggu selepas dilahirkan kerana komplikasi sakit kuning. Peristiwa yang berlaku hampir 7 tahun lalu tidak pernah diberitahu kepada Mikayla.

“Ni gambar apa sayang.” Pelik ada objek seperti jantung yang dilukis Mikayla tapi seperti terapung di atas awan.

“Ni adik Kayla.” Dengan gembira Mikayla jawab.

Baru Puan Syakila teringat yang dia telah terlewat datang uzur lebih dua minggu. Bergenang air kata di tubir matanya. Tangannya menyentuh dada. Sebak.
Subhanallah. Engkau Maha Tahu apa yang terbaik Ya Allah. Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Kayla, tadi cikgu kata Kayla menangis kat sekolah. Kayla ada nampak apa-apa ke?”

Mikayla tunduk. Wajah serta-merta berubah sedih. Bibir diketap menahan tangis.

“Mama, Kayla sayang Cikgu semua.”

Puan Syakila menarik anaknya ke dalam dakapan. Dibelai rambut Mikayla. Dia turut bersedih. Ya Allah hapuskanlah kesedihan anakku.

Mikayla mula menangis teresak-esak. Dipeluk mamanya. Muka disembamkan ke perut mamanya.

“Dah… dah… Kayla jangan nangis. Mama tak marah pun. Cikgu pun tak marah. Mama tanya je.” Meskipun cuba memujuk anaknya, Puan Syakila sendiri berasa galau.

*******

Keesokan paginya, Tadika Cahaya Nur ditutup selama tiga hari secara mengejut. Cikgu Liz dan Cikgu Nita kemalangan jalanraya semasa pulang daripada kerja. Kereta yang dipandu Cikgu Nita hilang kawalan sehingga memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

Cikgu Liz yang duduk di tempat duduk penumpang telah terkorban di lokasi kejadian. Cikgu Nita pula telah menghembus nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada malam hari yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience