Zul dan Man masuk ke bilik doktor sebaik sahaja mendengar nama Zul dipanggil.
“Assalamualaikum doktor.”
“Waalaikumsalam. Amboi sampai dua orang masuk ni.” Usik Doktor Dewi.
Biasanya pesakit kanak-kanak je yang ditemani ibu dan bapa atau pesakit giatrik yang dah terlalu tua. Ni dua-dua muda dewasa. Macam-macam ragam.
“Sakit apa encik.” Dengan lembut Doktor Dewi bertanya. Senyum dihadiahkan kepada kedua-dua jejaka yang duduk di hadapannya.
“Macam ni doktor. Kami datang ni nak minta tolong doktor bagi MC esok. Boleh?” Tanya Zul penuh mengharap.
“Sini tak jual MC encik. Kalau betul-betul sakit baru saya boleh bagi MC.”
“Saya minta tolong sangat ni doktor. Kawan saya memang tak boleh masuk kerja esok.” Bersungguh-sungguh Zul menerangkan.
“Awak sakit apa sampai tak boleh kerja esok?” Tanya Doktor Dewi sambil memandang tepat ke arah Man yang duduk di sebelah Zul.
“Err… bukan saya yang sakit doktor.” Jawab Man dengan perasaan serba salah.
“Eh, tak boleh macam tu, salah ni. Orang yang sakit tu yang kena datang jumpa saya sendiri sepatutnya. Siapa yang sakit?” Dewi mula mempamerkan riak serius.
“Salah seorang jiran kami.”
“Dah tu, kenapa tak bawa dia sekali?”
“Aduh…” Man baru kepala.
Jeda seketika. Doktor Dewi perhatikan kedua-dua lelaki di hadapannya. Muka seperti serba salah. Sakit hati pula Doktor Dewi dibuatnya.
“Oklah. Cuba awak berdua terus terang dengan saya. Saya dengar dan saya akan cuba fahami.”
“Macam ni doktor. Pelajar perempuan tu kesurupan. Ustaz kata ada kemungkinan ambil masa untuk pulihkan dia. Jadi kawan-kawan serumah dia minta tolong ambilkan MC untuk kelas esok. Sebab esok sepatutnya dia ada presentation.”
“Oh… student. Dah tu kenapa pelajar perempuan tu tak di bawa ke sini?”
“Susah nak bawa doktor. Sebab dia tengah kesurupan.”
“Histeria ke?”
“Bukan.”
“Kerasukan macam orang menurun tu ke?” Doktor Dewi terbayang adegan dalam filem apabila tok bomoh menurun nombor ekor!
“Bukanlah doktor. Issh… doktor ni sampai ke situ pulak.”
“Dah tu?”
“Secara spesifik, kami sebut kemasukan makhluk halus. Tapi tak di rasuk.”
“Wah! Ada beza ke?”
“Ada doktor. Kalau doktor tak percaya doktor boleh datang tengok sendiri.”
“Kat mana tu?”
“Kat Taman Perumahan belakang klinik ni je doktor. ”
“Semua pelajar perempuan yang menyewa rumah tu. Kami sekadar datang teman ustaz untuk merawat je. “
“Ok. Balik nanti saya singgah tengok.”
Setelah berbincang, Doktor Dewi setuju untuk melawat pesakit di rumah yang diberitahu setelah tamat waktu bertugas.
Aku singgah kejap. Lepas tu kalau teruk sangat, aku call ambulan . Ni mesti psychiatric disorder ni. Doktor Dewi mula merancang.
Setibanya Doktor Dewi di rumah yang diberitahu, kelihatan rumah teres dua tingkat tersebut terang benderang.
Aik dah pukul 11 malam ni. Macam ramai je dalam rumah ni.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam doktor. Jemput masuk.” Zul segera medapatkan Doktor Dewi yang berdiri di luar pintu masuk.
“Duduk sini doktor.” Seraya mempelawa Doktor Dewi duduk di salah sebuah kerusi sofa di penjuru paling hujung.
Suasana hening walaupun hampir 15 orang yang berada di ruang tamu.
“Asalamualaikum Doktor Kencana Dewi binti Haji Awang Murshid. Sampai dah peminat sejarah melayu. Doktor baru habis baca buku silalatus Salatin kan?” Sapa seorang wanita berbaju kurung kuning sambil mengoyak senyuman.
Selendang putih menutupi sebahagian rambutnya yang panjang melepasi paras pinggang. Ada tiara terletak betul-betul di hadapan sanggul.
“Erk?” Terpinga-pinga seketika Doktor Dewi.
Siapa pulak perempuan cantik ni? Ajen perisik ke apa. Tapi ajen perisik takkanlah pakai pakaian tradisional kot? Kalau betul ejen perisik, buat apa nak risik latar belakang aku pulak?
“Doktor ok ke?” Tanya Zul.
Semua yang ada pelik melihat doktor Dewi menatap pelajar perempuan yang sedang kesurupan. Kedua-duanya berdiri dan saling menatap satu sama lain.
Doktor Dewi memandang dengan pandangan penuh tanda tanya. Manakala pelajar perempuan yang sedang kesurupan itu memandang Doktor Dewi seolah-olah telah lama kenal!
“Dia ni ke yang kesurupan? Elok je saya tengok.” Tanya Doktor Dewi kepada Zul dan Man.
Doktor Dewi pandang wajah seorang lelaki tua berserban yang sedang duduk di satu sudut. Lelaki itu sekadar tunduk membilang biji tasbih.
“Siapa yang pakai kan dia baju cantik-cantik ni? Kesurupan pun sempat berhias ke? Siap pakai tiara dan barang kemas lip lap lip lap lagi.”
“Doktor ke ni?” Zul yang berdiri di sebelah Doktor Dewi berundur beberapa tapak. Wajah cuak. Takkan doktor ni pun kesurupan juga.
Semua pasang mata berkalih memandang Doktor Dewi dan pesakit silih berganti. Masing-masing kehairanan. Pada pandangan mata mereka, pelajar IPT yang sedang kesurupan itu hanya memakai seluar jeans dan baju kemeja-T lengan panjang. Rambut pula mengerbang kusut masai.
“Macam mana dia tahu latar belakang saya dan buku apa yang saya baru selesai baca?” Tanya Doktor Dewi lagi.
“Hah?” Masing-masing tambah terpinga-pinga. Sedari tadi mereka hanya melihat Doktor Dewi dan pesakit saling pandang memandang. Bila masa pula dua orang ni berkomunikasi? Tak dengar apa-apa pun.
“Cuba doktor tutup mata, baca surah al-Fatehah dan kemudian baru buka mata semula.” Ujar lelaki berkopiah yang duduk tidak jauh di sebelah kanan pesakit.
Doktor Dewi melakukan apa yang disuruh.
Setelah membuka mata, doktor Dewi tergamam. Matanya mencari-cari seseorang.
“ Doktor ok ke?” Tanya Zul meminta kepastian.
“Kenapa tadi saya nampak budak ni lain. Rupa dan pakaian dia lain?”
Jeda seketika. Tiada siapa yang menjawab.
“Mana lelaki berserban putih yang duduk kat tepi tu?”
Man dan semua yang hadir terpinga-pinga . Ustaz yang merawat pesakit sekadar menggeleng-gelengkan kepala.
Zul pula tergelak kecil. " Tadi masa kat klinik doktor tanya macam-macam. Ni doktor pula yang jadi."
“Yang doktor nampak tadi tu puteri jin yang merasuk pesakit ni. Dan lelaki berserban tu sekadar datang bertamu.” Jawab ustaz perawat.
“Oh.” Perlahan-lahan Doktor Dewi melabuhkan punggung di kerusi sofa.
“Semua orang memang nampak juga ke macam yang saya nampak?”
“Tak nampak.” Beberapa yang hadir menjawab serentak.
“Allah…” Keluh Doktor Dewi.
“Bersyukurlah doktor. Tak semua orang berpeluang untuk ada kemampuan melihat seperti yang doktor mampu lihat.” Ustaz perawat sedaya upaya mengurai ketegangan dalam fikiran Doktor Dewi.
Doktor Dewi hanya mengangguk. Membenarkan. Cuma esok dia sendiri perlu ambil MC sebab migriannya dah mula datang. Rasa nak demam pun ada.
Share this novel