Sirr

Fantasy Series 616

“Assalamualaikum Pak Wan.” Tangan dihulur seraya memberi salam. Tangan lelaki tua itu dikucup hormat oleh Halim.

“Walaikumussalam.” Bahu Halim ditepuk mesra.

Pak Wan merupakan seorang pengusaha Pondok Kaseh. Sebuah pondok yang didirikan untuk pemuda-pemuda bekas penagih dadah. Di pondok itu mereka diajar hidup bersederhana dan menjaga amalan wajib serta sunnah. Juga dididik untuk menjaga hati dan fikiran agar menjadi pendinding dari musuh nombor satu negara.


Pak Wan bersama beberapa rakannya berinisiatif mendirikan Pondok Kaseh demi membantu negara memerangi dadah yang diisytihar negara sebagai musuh paling utama.

Majlis kesyukuran yang diadakan pada hari itu adalah sempena meraikan salah seorang penghuni yang mendirikan rumahtangga.

“Itu ke doktor klinik tempat kamu kerja tu Lim?”

“Ye Pak Wan. Itulah Doktor Qayrah. Kebetulan dia bagi saya tumpang tadi, saya ajaklah dia singgah.”

“Alhamdullah.” Pak Wan angguk beberapa kali.

“Kenapa Pak Wan. Takpe kan saya pelawa di makan sekali dengan isteri-isteri jemaah?”

“Eh tak pe. Alhamdulillah. Tambah berseri majlis kita.”

“Berseri?” Berkerut kening Halim seraya memandang ke arah Doktor Qayrah.

“Doktor tu bukan calang-calang. Ada amalan istiqamah. Saya kurang pasti amalan apa. Yang pasti dia rajin rajin buat sirr.”

Halim mempamerkan rona wajah sedikit terkejut. Kemudian segera mengukir senyum. Bangga.

Keesokan harinya sewaktu tiada pesakit di klinik, Doktor Qayrah keluar dari bilik doktor dan pergi ke ruang rehat menyertai Halim dan Zakuan yang sedang berbual.

“Doktor sihat hari ni doktor?” Halim memulakan perbualan.

“La, mestilah sihat. Kalau tak sihat saya dah cuti dah.” Ujar Doktor Qayrah sambil tangan kanan menekan penapis air Coway dan tangan kiri memegang gelas.

Doktor Qayrah melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan Halim dan Zakuan. Badan disandarkan. Air sejuk diteguk sedikit dan kemudian gelas yang masih berbaki separuh diletakkan di atas meja kecil tepi sofa.

“Kamu berdua macamana. Ok tak kerja sini. Rasanya dah tiga bulan kan. Dah comform kerja ke?”

"Zakuan dapat surat comform dah minggu lepas doktor. Saya lagi seminggu genaplah tiga bulan.”

“Alhamdulillah.” Segaris senyuman Doktor Qayrah hadiahkan.

Melihat Doktor Qayrah asyik membelek risalah, Halim menyiku lengan kiri Zakuan. Zakuan pula mengerling Halim memberi isyarat sambil menendang lembut kasut Halim. Masing-masing serba salah ingin mengutarakan soalan.

“Asyik senggol-menyenggol, tolak menolak tu kenapa? Ada apa-apa nak bagitau saya ke? Kalau nak minta cuti saya tak boleh luluskan. Saya sendiri pun makan gaji. Kena tanya Doktor Romzi.” Mata tetap pada risalah meskipun soalan ditujukan kepada Halim dan Zakuan.

“Taklah doktor. Kitorang nak tanya sesuatu ni. Tapi kalau doktor tak nak jawab takpe. Takde hal. Kitorang ok je. Cuma teringin nak tahu.”

Risalah dilipat dan diletakkan kembali ke tepi sofa.

"Apa dia?” Mata tunak memandang Halim dan Zakuan silih berganti.

"Doktor ada buat apa-apa amalan secara istiqamah ke?” Tanya Zakuan perlahan.

“Amalan? Amalan macamana tu? Saya bukan jenis rajin beramal."

“Macam ni doktor. Semalam Pak Wan kata doktor ada amalan yang istiqamah. Lagi satu Pak Wan kata doktor rajin buat sirr.” Jelas Halim.

“Sirr tu apa? Amalan apa tu?” Riak wajah Doktor Qayrah hairan.

“Sirr tu zikir dalam hati doktor.”

“Ohh… itu sirr ye. Hehe saya tak tahu.” Sengeh Doktor Qayrah.

“Ye doktor. Itulah namanya sirr. Doktor memang rajin buat sirr ke?”

“Ermm… bolehlah. Masa drive, masa tak tau apa nak buat saya zikirlah dalam hati. Macam tu jelah. Takde masa specific. Tapi yang pasti masa drivelah.”

Bulat kedua-dua mulut Halim dan Zakuan. Tak sangka Doktor sirr cara macam tu. Sangka mereka doktor sirr cara seperti yang mereka belajar. Sirr duduk dengan penuh khusyuk.

“Macam mana Pak Wan tau?”

“Err… Pak Wan tu jenis kasyaf sikit doktor.”

“Ohh… Alhamdulillah.”

Suasana jeda seketika. Sehinggalah kedengaran bunyi penggera pintu masuk menandakan ada pesakit yang masuk ke dalam klinik.

"Ok ye Halim, Zakuan. Saya masuk bilik dulu.”

Setelah Doktor Qayrah berlalu, Zakuan dan Halim masing masing memandang antara satu sama lain.

“Simple je amalan dia” perlahan Zakuan bersuara.

“Betullah. Aku pun nak start jugakla”

"Kan. Jom kita start sama-sama lepas ni. Insya-Allah. Amin”

"Amin.”

Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience