Get the app for full experience
SETELAH Danial pergi, Rania mempelawa Raja Noah masuk ke dalam rumahnya kerana dia tahu bosnya itu pasti menuntut seribu penjelasan dari mulutnya walau sudah boleh agak perkara yang sebenar terjadi. “Jemput duduk tuan,” pelawa Rania kemudian pergi ke dapur untuk ambil minuman buat Raja Noah. Raja Noah saat ini berasa kekok. Apalagi bila teringat kembali kata-katanya yang berbaur janji untuk membahagiakan setiausahanya itu tadi. “Jemput minum, tuan,” ujar Rania yang sudah meletakkan segelas air di atas meja lalu duduk di sofa bertentang dengan Raja Noah. Raja Noah yang tiba-tiba rasa gugup itu terus mengambil gelas tersebut. Entah kenapa dia tiba-tiba ...