Bab 6 part 1

Action Series 6800

yee...diorang dah mati,
Dan aku yang bunuh diorang...balas shahrul

"shah Kau gila ke haa...untuk apa Kau bunuh diorang ,kalau Kau belum kenal pasti siapa dalang disebalik semua ni..soal Aiman dengan marahnya..

"Aku cuma bunuh Dua orang jee Man,lagi Dua orang aku simpan sebagai tebusan...
Aiman mula mengeluh panjang sungguh dia tidak dapat memahami sikap shahrul yang panas baran ini...

"huhhhhhhh....

"shah aku memang tak fahamlah dengan Kau ni...Aku tahu Kau CID tapi itu bermakna Kau boleh bunuh orang sesuka hati Kau je...

"Man....diorang follow anak aku Man

"Anak aku ......?

Dan diorang Cuba untuk bunuh dia pagi tadi...suara Shahrul mula berubah ,matanya juga Mula kelihatan merah...
"Aku tak boleh terima orang yang Cuba untuk bunuh anak aku Man ,
Dan apatah lagi aku tak kan boleh terima orang yang follow Afiyah Selama ni.
"Aku tahu fiyah sengaja rahsiakan Dari aku sebab dia tak nak aku risau ,tapi aku tak sangka dah Dua Kali diorang Cuba nak serang dia sewaktu dia ambik Hani dari sekolah..jelas shahrul panjang lebarnya..

"shah...Kau tenang okey,
aku tahu Kau tengah serabut ni ,
tapi aku harap Kau akan bertindak lebih bijak lagi lepas ni,
sebab aku tak nak Kau terburu-buru dalam mengambil keputusan shah...
tengok hari ni jee Kau dah bunuh Dua orang ,kalau Kau tak boleh kawal perasaan Kau ni ,aku risau shah....

"Man...kau tahukan yang Fiyah Dan Hani tu nyawa aku, kelopak mata shahrul Mula berair,
dan aku tak kan boleh terima sesiapa pun Man yang Cuba sentuh mereka berdua ,
lagipun Kau tak perlu risau sangat sebab Dua lelaki tu memang buruan polis pun..

dia orang berdua telah menjadi sasaran polis sejak tahun lepas lagi ,jadi kalau rekod mereka berdua mati pun tidak akan menjadi satu masalah,

"Man... pistol ni aku nak Kau simpan untuk keselamatan Hani...
Bagi aku tiga hari jee untuk selesaikan semuanya semula Man,Dua orang bodyguard aku akan awasi Kau sekeluarga tanpa Kau sedar jadi Kau jangan risau...jelas shahrul sebelum Mula melangkah,

"tiga hari....Kau nak pergi mana wey,
soal Aiman dengan riak wajah bingungnya,

"Aku nak jumpa Ayah kandung aku Man ,sebab dah tiba masanya untuk aku settledkan kes Shahril,

" jumpa Ayah kandung Kau ,Maksud Kau shah....
"Kau nak jumpa Assistant commissioner polis (ACP) Khairul Zaman...

" yee...balas shahrul singkat..

"jadi lepas Kau settle kan kes Shahril ni,
Kau perlu serahkan Hani semula pada kembar kaulah kan...?
soalan yang diajukan oleh Aiman ketika ini tidak mampu dibalas dengan perkataan hanya titisan air mata berlinangan dipipi , shahrul segera berpaling lalu Mula mengatur langkahnya......

"Man...tolong jaga anak aku ,
ujar lelaki itu sambil Mula menaiki kereta Mercedes Benz mewah berwarna hitam yang sepertinya sudah lama menanti kelibat lelaki itu untuk menaiki kereta tersebut....

sebaik kereta Mercedes Benz itu Mula hilang Dari pandangannya lantas Aiman turut simpati dengan keadaan kawannya itu..."Aku faham shah,
yang Kau mesti tengah sedih sangat sekarang ni , Dan aku yakin Kau pasti akan terluka saat terpaksa menyerahkan Hani pada Ayah kandungnya semula...bisiknya dihati...

"Subramani...
awak dah tahukan lokasi sebenar ACP Khairul Zaman sekarang ni,

"yaa King,saya dah tahu ...
"Bagus.... sekarang saya nak awak arahkan semua geng kita untuk kempong kawasan yang ACP Khairul Zaman berada ..

"Baik king....

Shahrul tergumam seketika setelah melihat subramani membawanya ke kawasan laut..
terdapat sebuah kapal layar mewah juga turut berada di kawasan tersebut...

Kenapa kita datang sini subramani,
"King ...ACP Khairul Zaman akan berlayar hari ini dengan seorang wanita pelacur yang baru sahaja dibeli oleh beliau di Philippines,

"ouhh,jadi ...dia booking seluruh kapal nilah yee subramani...soal Shahrul lagi sambil menyelitkan pistol di bahagian belakang pocket seluarnya itu,

"yaa King dia dah booking seluruh kapal ni,

"wow....kaya jugak dia yee...sinis sekali kata-kata shahrul,

"tapi king ....king jangan risau ,sebelum kapal mewah ni berlayar ,semua geng kita sudah pun menyorok di setiap sudut kapal ni , Dan dijamin beliau tidak akan dapat lari lagi dari kapal ni sebaik kapal layar mewah ni Mula berlayar nanti...
"good....balas shahrul singkat sebelum Mula menaiki kapal layar tersebut ...

"sebelum kapal itu Mula berlayar sempat juga shahrul mencari kelibat wanita pelacur yang dikatakan oleh bodyguardnya itu...
kelibat wanita Philippines itu,dapat ditemui dengan pertolongan subramani ,
pakaian yang dikenakan oleh wanita itu sungguh tidak menyedapkan mata shahrul,

wanita ber singlet warna merah Dan seluar Pendek Paras lutut itu disapa oleh shahrul Dari arah belakang...

what is your name....? soal shahrul tegasnya.

Nama saya Ayuni,
kaget juga shahrul mendengar wanita itu Mula berbicara dalam bahasa melayu....

"laah...orang melayu...?
awak tak malu ke buat keje ni semua..soal shahrul dengan kasarnya...
"saya malu Encik tapi saya perlukan duit untuk perubatan Adik saya ,

perubatan Adik ,apa ni saya tak faham...soal shahrul kembali,

"sebelum ni saya kerja dekat bar jee Encik , tempat keje saya sebelum ni cuma perlu layan customer jee tapi tak sangka hari ni saya perlu tidur dengan customer Baru .,Dan saya pun tak tahu macam mana saya boleh dijual ke Malaysia.....

kejap...awak orang Malaysia tapi macam mana awak boleh duduk Philippines ni,
"Mak Ayah saya pindah ke Philippines jadi saya warga Negara Philippines Encik...

shahrul segera meninggalkan jacket hitamnya lalu diserahkan pada wanita tersebut...
"awak jangan risau ,
awak ikut jee lelaki ni ,Dan dia akan bawak awak semula ke Philippines semua kos perubatan Adik awak saya akan tanggung tapi buat masa ni awak kena keluar dari kawasan ni secepat yang mungkin...
jelas Shahrul lagi sebelum mengarahkan bodyguardnya untuk membawa wanita bernama Ayuni ni segera keluar dari kapal layar mewah ini....

"king....
ACP Khairul Zaman dah masuk dalam kapal ni,
"it's okey subramani ,sekarang awak bawak dia keluar dari kapal ni secepat yang mungkin , pastikan tiada siapa pun yang nampak wajah dia ...arah shahrul tegas sebelum Mula menyorok di dalam bilik suite tersebut......

"Honey...where are you....

"Honey.....

suara ACP Khairul Zaman,yang sedang memanggil -manggil wanita pelacur yang telah dibeli oleh beliau di dalam bilik suite itu telah membuatkan shahrul merasa geli untuk mengaku bahawa lelaki itu adalah Ayah kandungnya....

Eerrrr....ni ke Ayah kandung aku ,
nasib baik aku tak duduk dengan dia ...
kalaulah aku tinggal dengan dia mesti perangai aku pun macam dia jugak...bisik Shahrul dengan riak wajah sinisnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience