Bab 19 part 1

Action Series 6800

Hari sudah pun larut malam dengan kesempatan ini ,
seorang jururawat yang ditugaskan pada malam itu sedang Cuba mengambil peluang untuk menerjah masuk ke dalam wad milik Hani .
belum pun sempat jururawat itu memulas tombol pintu wad ...dua orang lelaki yang berjacket hitam di pintu masuk wad milik anak kecil itu menghalangi jururawat itu untuk masuk kebilik Hani..

eh...japp ,awak nak buat apa masuk wad ni Nurse ,soal Dua lelaki itu serentak sambil memandang wajah Nurse yang Masih memakai mask diwajahnya itu...

dah lewat malam nikan ,kenapa Nurse nak masuk wad ni soalnya lagi dengan penuh rasa curiga...

"ye saya tahu dah lewat malam ni,
Dan saya hanya jalankan tugas saya...
balas wanita itu dengan nada tegasnya..

"tugas...tugas apa..?
setahu saya tadi doctor dah check keadaan anak boss kami ,Dan doctor kata Anak boss kami sedang berehat .jadi untuk apa Nurse nak masuk jaga dia lagi.

"Encik...saya ni ditugaskan untuk jaga Hani sementara Isteri encik Shahrul pulang kerumah untuk ganti pakaian..
encik fahamkan atau perlu ke saya jelaskan secara terperinci lagi pada Encik berdua ni..balas Nurse itu dengan nada suara marahnya...

"Maaf Nurse,kami cuma jalankan tugas kami jee ,sebab tuan Shahrul akan marah kami nanti kalau kami tak inform dekat beliau kalau ada yang masuk ke bilik ni tanpa pengetahuaan dia..jelas dua lelaki berjacket hitam itu dengan rasa malunya...

"tak pe..jangan risau ,saya diarahkan oleh Isteri dia jadi arahan Isteri dia adalah arahan dia korang berdua janganlah risau yee ...saya hanya ditugaskan untuk jaga Hani kalau korang berdua tak yakin dengan saya ,korang boleh je tunggu dekat depan pintu bilik ni sampai saya keluar nanti...

baiklah Nurse kami percayakan Nurse....balas Dua lelaki itu sambil membuka kan pintu bilik wad itu buat jururawat tersebut.

perlahan-lahan jururawat itu Mula melangkah kearah katil
raut wajah anak kecil itu dipandangnya dengan titisan air mata...
perlahan-lahan wanita itu menghadiahkan kucupan hangat didahi Hani...

Hani segera membuka mata,
lalu menolak tangan Jururawat itu Dari terus menyentuhnya...
tak nak...Hani tak nak kena cucuk
Hani tak nak kena cucuk...
lantas jururawat itu segera menekup mulut Hani dari terus bersuara...
kerana jururawat itu sungguh risau akan Dua lelaki berjacket hitam itu akan menerjah masuk ke dalam wad tersebut sebaik sahaja mendengar suara anak kecil itu menangis...

"Hani....ini ummi sayang...
ini ummi...nak...? wanita itu segera menanggalkan mask diwajahnya..

sebaik sahaja mask diwajah Nurse itu ditanggalkan ...lantas anak kecil itu segera memeluk tubuh Afiyah dengan titisan air mata..

ummi....ummi..pergi mana,
Hani rindu ummi...
ummi...Hani rindu ummi..?
Afiyah sudah tidak mampu menahan sebak didadanya ,lantas pelukan anak kecil itu dibalasnya dengan erat...

sorry sayang ..ummi pun rindu kamu nakk..rindu sangat ,ummi mintak maaf yee sebab ummi dah tinggalkan kamu Dua minggu ni...
maafkan ummi ye,
maafkan ummi ye sayang...dikucupnya wajah anak kecil itu berkali -kali....
air mata yang Cuba diseka tadi kini Mula bercucuran...

Ummi...ummi janganlah nangis ye,ummi tak Salah pun ,ummi kan pergi jumpa Rumah Allah kat Makkah kan,
jadi ummi tak Salah papa yang Salah ,papa jahat sebab papa Hani sakit....
sungguh wanita itu terharu mendengar putrinya yang cukup memahami keadaannya .

"sayang ...papa tak jahatlah nakk ,papa baik..
perlahan-lahan air mata dipipi anak kecil itu disapunya dengan lembut...

"tak ummi...ummi tak tahu ..
papa jahat ..papa jahat sangat sebab papa pukul Hani ummi ..Anak kecil itu kembali menangis dengan teresak -esaknya ..wajah Afiyah dipandangnya dengan rasa sebak .
ummi nak tahu tak " papa tak bagi Hani makan,papa kurung Hani dalam bilik gelap...
Hani lapar ummi ,Hani lapar...jelas anak kecil itu dengan tanggisan

Allahu akbar....
Astagfirullahazim.... Astagfirullahazim...
Afiyah menutup mata dengan
tangan kirinya,
wanita itu sepertinya sudah tidak sanggup mendengar penderitaan yang dialami oleh anak kecil itu.disembunyikannya seketika air mata yang Masih menitis dipipinya itu .
setelah menenangkan diri seketika lantas
wajah anaknya itu kembali dipegang olehnya dengan penuh kasih sayang.

Hani...ummi nak Tanya Hani ni,
Hani paling sayang ummi atau papa..

anak kecil itu terdiam seketika lalu Mula memberi reaksi..
Hani sayang papa...Hani sayang sangat dengan papa tapi papa jahat...?
papa jahat ummi..

"Hani....tengok ummi,cakap dekat ummi
apa perbezaan papa ..kalau Hani sayang papa mesti Hani tahu beza siapa papa Hanikan ...
Hani mengelengkan kepalanya tanda tidak memahami maksud sebenar Afiyah saat ini...

lah Hani tak faham ye Maksud ummi tadi .okey tak pe kejap ye ummi jelaskan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience