sebaik tiba di Chennai,
shahrul telah dijemput oleh dua orang bodyguard yang telah pun papa angkatnya sediakan untuk dirinya..
kehidupan shahrul di Chennai akan di kawal dengan ketat oleh semua orang suruhan papanya.. kerana musuh Samser papa angkatnya itu berada di merata tempat...
sewaktu belajar di kolej lagi shahrul pernah ditembak di bahagian kaki oleh Salah seorang musuh papanya...
semenjak kejadiaan itulah shahrul dilarang sama sekali itu keluar rumah seorang diri tanpa pengawal peribadi..
oleh kerana terlalu kasih dan sayangnya pada shahrul Samser papa angkatnya itu telah mengupah beberapa bodyguard untuk sentiasa membantu dan memastikan keadaan puteranya dalam keadaan Selamat....
shahrul merasa pelik dengan traffic jam di kawasan bandarnya itu..
" huihhh banyaknya manusia ni,selalu jalan nak masuk Rumah papa ni tak delah sesak macam ni ,
kenapa hari ni kereta nak jalan pun semput -semput ini bisiknya di hati sebelum Mula mengajukan pertanyaan pada pengawal peribadinya itu...
"subramani....
kenapa kawasan ni traffic jam dia teruk sangat ini...selalu jalan ni okey je..ujar shahrul dengan harapan bahawa bodyguardnya itu akan Cuba menjelaskan keadaan lalu lintas dikawasan bandar tersebut ..
biasalah tu king hari ni kan cuti umum..,
balas bodyguardnya itu,
king adalah gelaran shahrul saat berada di Chennai,
nama gelaran itu telah pun diberikan oleh papa angkatnya Samser sejak lelaki itu berusia dua tahun lagi....
shahrul Masih merasa pelik ,
tampak jelas kelihatan diwajahnya rasa tidak puas ,dia cukup yakin pasti ada terjadi sesuatu di bandarnya itu..
tapi dipendamnya sahaja tanpa kembali menyoal bodyguardnya itu lagi..
setibanya dia di rumah ,reaksi diwajahnya pun mulai berubah setelah
melihat suasana kawasan di perkarangan rumahnya itu dipenuhi dengan orang ramai,
perlahan-lahan lelaki itu Mula melangkah keluar Dari kereta PEUGEOT
papanya itu,
Air mata di pipinya Mula menitis setelah melihat poster gambar papanya yang telah pun digantung dengan kalung bunga dileher,
Dan hampir semua orang yang mengujungi papanya Samser membawa kalung bunga Dan kalung bunga yang dibawa oleh mereka turut disusun dengan rapinya di atas meja berhampiran dengan poster gambar papanya itu..terlihat jelas juga di bawah gambar poster tersebut tertulis tarikh kematiaan beliau..
Shahrul terkedu... semangat dijiwa anak muda ni hilang seketika sebaik mengetahui papa angkatnya telah pun meninggal Dunia ...
No...No...
papa okey ,aku tahu ni semua tak betul bisiknya dihati sambil memberi harapan palsu pada dirinya yang kini seolah-olah tidak mampu untuk berdiri dengan tegaknya lagi...
seorang lelaki tua Mula mengatur langkahnya sambil berlari anak ke arah shahrul yang kini sedang menuju masuk ke dalam rumah ,
tubuh shahrul yang sasa itu turut juga dipeluk dengan eratnya..
"shahrul....(Ayya)...
dibiarkan sahaja pak ngahnya itu memeluk tubuhnya seketika..
tanggisan lelaki tua itu yang Masih
teresak -esak itu di tarik perlahan dari terus memeluk dirinya saat ini.....
(Tamil)...
citapaa... (Pak Cik)
Appa ke Yenna acchi citapaa,
citapaa sollenge Appa ke Yenna acchi.
pak Cik..
"papa kenapa,hemm ,
cakaplah pak Cik papa saya kenapa,
macam mana papa boleh meninggal Dunia ,papa nampak sihat je , sebelum saya pergi Delhi ,tapi. kenapa...kenapa..
tanggisan shahrul Mula kedengaran sebaknya...
kebisuaan pak ngahnya itu telah membuatkan shahrul marah,
pak Cik cakaplah papa saya ,huhhh....papa saya sihat jee kan ,cakaplah pak Cik...suara shahrul kedengaran agak sedikit terjerit...
"Shahrul...papa kena heart attack,
Dan kali ni dah masuk 3 Kali beliau kena serangan jantung,
wajah lelaki tua itu ditatap dengan penuh rasa sebaknya...
"Heart attack,...
macam mana papa boleh kena Heart attack,Dan kenapa saya tak tahu yang papa sakit Selama ini
shahrul,papa sengaja suruh rahsiakan sakit beliau Dari kamu ,kerana beliau tak nak kamu susah hati....
tak mungkin papa tinggalkan saya ,
tak mungkin....pak Cik
papa sihat jee Selama ni ,macam mana papa boleh terkena heart attack Dan kenapa papa perlu rahsiakan semua ni Dari saya.."kenapa pak Cik....kenapa
ujarnya dengan tanggisan...
Shahrul terduduk dengan lemahnya...
bahu anak muda itu di tepuk perlahan..
shahrul maafkan pak Cik, sebab pak Cik terpaksa uruskan jenazah papa secepat mungkin,
kalau ikut adat India kita boleh simpan jenazah selama tiga hari ,tapi
sebelum papa meninggal beliau sempat masuk Islam ,Dan mengucap,
wajah pak ciknya itu dipandang sekilas..
"papa masuk Islam bisiknya perlahan...
sebab tu jenazah beliau telah
diuruskan oleh orang Islam ,
pak Cik faham kamu mesti sedih sebab tak dapat nak tengok papa buat Kali terakhir,
maafkan pak Cik sebab tak dapat nak tunggu sehingga kamu balik nakk,
pak Cik dah Cuba hubungi kamu beberapa Kali shahrul,
tapi fhone kamu switch off,
sebab tulah pak Cik terpaksa meminta orang Islam untuk menguburkan papa kamu, ujarnya lagi...
shahrul kamu pergilah berehat yee,mesti kamu penat Petang nanti ..pak Cik akan bawak kamu ziarah kubur papa yee..bisiknya perlahan...
"pak Cik.. perlahan -lahan shahrul Mula berdiri,
"ada apa shahrul....soalnya sambil menatap wajah anak muda yang pada Mulanya Putih kini telah pun berubah warna menjadi merah ,
"tolong buang gambar papa yang berkalung bunga tu,
sebab papa sekarang ni Islam bukan India.. ucapnya sebelum berlalu pergi menuju ke bilik tidur,
Yelah...balas pak Cik tua itu perlahan sambil mengarahkan beberapa orang suruhan untuk mengikuti permintaan shahrul...
Share this novel