Matanya Masih belum lagi terlepas pandang sambil mencari kelibat Ayuni ,hampir gugur juga jantung lelaki itu setelah melihat kelibat isterinya yang telah pun diikat di tiang hujung gudang usang itu,
" ya Allah Ayu......?
nama Ayuni disebutnya perlahan,
wajah Afiyah yang Masih sedang melihat putri mereka bermain ketika ini tetap juga menjadi tumpuan utamanya ,Kerana lelaki itu tidak mahu membahayakan nyawa tiga orang yang amat penting dalam hidupnya itu... sesekali kelibat Shahril diperhatikannya juga.
kenapa kelibat Shahril Masih tak muncul ye...bisiknya dihati..
"Fiyah Awak tunggu sini kejap ye...saya akan Cuba cari jalan untuk selamatkan Ayu dulu..
ujar Shahrul sambil mencuba cari jalan untuk melepaskan ikatan tangan Ayuni ditiang itu,sementara tiga lelaki bertopeng sedang berbual -bual sambil ketawa terbahak-bahaknya didalam gudang usang itu .
belum pun sempat Shahrul melangkah ,langkahan kakinya mati setelah Shahril tiba-tiba sahaja muncul bersebelahan dengan isterinya Ayuni....
"Shahril.......?
Shahrul segera kembali ke sisi Afiyah semula , lelaki itu benar-benar risau akan keselamatan Afiyah Kerana. dia takut Afiyah akan diapa -apakan jika dia menjauhkan dirinya dari Afiyah...
"Hi.... Shahrul.....?lama kita tak jumpa,
kau mesti rindu aku kan ...
lembut dia menyoal dalam nada sindiran lelaki itu mula berbasah basi dengan kembarnya itu ...
"kau nak apa Ril sebenarnya ni...Haaa
kau tahukan apa yang engkau lakukan sekarang ni Salah dari sisi undang-undang..
hurmmm..Salah dari sisi undang-undang mana yang kau belajar ni Rul......setahu akulah , kalau aku culik anak orang lain iyalah Salah tapi masalahnya sekarang ni, aku just ambik anak aku dari benih aku sendiri itu kau nak kata Salah...?
panas sekali kata -kata yang diucapkan oleh kembarnya terhadap dirinya ketika ini...
"yee... aku akui dia memang benih kau ,anak kau ..tapi kau jangan lupa Ril...dia tetap anak yang aku jaga Selama 5 tahun ni....balas Shahrul dengan tegasnya .
"ouhh ...jadi sekarang ni kau nak ambik balik Hani semulalah yaa..
soal Shahril lagi sambil mendukung anaknya itu dengan senyuman...
"iya...aku akan ambik dia semula ,Dan aku nak kau pulangkan anak aku sekarang balas Shahrul sambil Cuba melangkah perlahan -lahan kearah Shahril....
"Shahrul... stop....jangan tergesa -gesa , selangkah lagi kau Cuba dekati aku Dan anak aku ,aku bunuh Ayuni... pistol kini telah pun kemas dihalakan kearah Ayuni yang ketika ini sedang mengerang kesakitan akibat tangannya yang telah pun diikat dengan ketatnya di tiang ...
langkahan kaki Shahrul mati,
setelah Shahril mengugut akan membunuh isterinya jika selangkah sahaja dia Cuba mendekati putrinya itu...
"Ril...stop.... I'm sorry...
aku merayu dengan kau ,jangan apa -apakan Ayu,kau hanya inginkan aku betul tak ,jadi please lepaskan mereka bertiga ...aku janji akan serahkan diri aku sepenuhnya pada kau...
balas Shahrul dengan reaksi tangannya yang mulai geletar ..
" shah....Shah...
"dulukan Shah ,maybe aku nak kau mati ,tapi sekarang aku tak nak kau mati sebab aku nak seksa kau dipenjara Dan lepas tu bolehlah aku bersenang -senang dengan tempat dan kedudukan kau sekarang ni...
" tempat kedudukan,kejap ..."Aku tak faham apa maksud kau ni Ril....
soal Shahrul lagi dengan penuh rasa ingin tahunya...
huhhhh...senang cerita macam nilah Shah ,aku rasa ada baiknya kalau kau gantikan tempat aku dipenjara Dan aku pulak gantikan kau sebagai anak mafia terkenal di Chennai...itu pun kalau kau setujulah,
tapi.. kalau kau tak setuju pun ,tak pe Shah sebab aku ada cara lain untuk buat kau setuju...ujar lelaki itu lagi sambil menepuk kedua tapak tangannya sebanyak Dua Kali ..
Sikap Shahril ketika ini seolah-olah sedang memanggil beberapa lagi orang suruhannya untuk masuk kedalam gudang usang itu..
Afiyah yang disedari sejak tadi berdiri dibelakangnya kini sudah pun berlari anak kearah Shahrul,wanita itu yakin Shahril pasti mempunyai muslihat lain lagi...
"shah ..Awak jangan dengar cakap dia ,dia sengaja nak umpan Awak jaa Shah..ujar Afiyah dengan riak wajah takutnya..
"iya saya tahu fiyah ...Awak jangan risau ekk ,and please stay belakang saya jee ..balas Shahrul dengan senyuman sambil melihat kelibat sekumpulan geng India sepertinya kumpulan geng India itu terlalu familiar dengan Shahrul...
Subramani...ni bukan citpaa (pak Cik)ke..soal Shahrul dengan yakinnya...
"yes king ini memang geng citpaa (pak Cik),balas Subramani sambil menelan air liur..
wajah Shahrul seketika kelihatan mati,
seribu tanda Tanya mula membelengu di fikirannya..
bagaimana mungkin pak ciknya sanggup untuk mengkhianati dirinya...
setelah munculnya kelibat lelaki 60 an tu ,lantas Shahrul segera menyoal lelaki tua itu dengan riak wajah kecewanya..
citpaa...(pak Cik)
kenapa pak Cik boleh ada dekat sini ,soal Shahrul dengan harapan agar pak ciknya itu akan menjawab soalan yang menenangkan hatinya ...
"aku datang sebab aku nak bunuh kau King....balas pak Cik tua itu dengan nada spontannya diikuti juga dengan riak wajah sinisnya..
Kali ini benar-benar Shahrul sudah pun kelihatan kecewa dan matanya mula berlinangan air mata sungguh Shahrul tidak menyangka bahawa lelaki tua yang Selama ini terlalu dia percayai dan dianggap seperti Ayah kandungnya sendiri ingin membunuh dirinya...
"bunuh saya.....ulang Shahrul sekali lagi
"tapi kenapa citpaa(pak Cik)
bukan ke saya ni macam anak citpaa jugak
soal Shahrul dengan sebaknya..
"macam .tapi kau bukan anak aku Dan kau bukan pewaris Samser sebab kau tu hanyalah anak angkat dari Samser. ,
"sebenarnya aku dah lama benci dengan kewujudan kau ,sebab kewujudan kau nilah anak aku tak boleh nak warisi harta Samser yang banyak tu walaupun sedikit Dan disebabkan kau jugaklah semua geng Mafia mula insaf Dan tak nak ber urus niaga lagi dengan aku ,
Shahrul mengelengkan kepalanya beberapa Kali sebelum kembali menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kearahnya saat ini..
citpaa...kalau sebab harta jaa,citpaa nak bunuh saya .kenapa citpaa tak pernah nak mintak dengan papa sendiri, saya pun tak naklah
harta tu semua, balas Shahrul dengan linangan air mata...
"kau ingat aku tak mintak ke haa,aku dah mintak ...aku siap merayu dengan Abang aku untuk sisakan sikit je harta dia untuk anak aku ,
tapi dia tak nak bagi sikit pun,harta dia dan dia tak sudi nak bagi sebab dia kata anak aku buat bisnes jahat Dan dia kata anak aku ni tak layak dapat harta dia walaupun sesen ...jelas Lelaki tua itu dengan berangnya
" Dan disebabkan tulah aku sendiri
main kan peranan aku sebagai Adik kandungnya dengan membunuh Abang kandung aku sendiri..?
"papa mati dibunuh...
bisik Shahrul dengan sebaknya...
"kau tahu king ...aku kasihan sangat dekat Abang aku tu tak pasal -pasal mati dibunuh , sepatutnya kau yang mati Dan gantikan tempat dia ...
"tapi tulah apa gunanya aku bunuh dia pun aku tak tahu , sebab harta dia semua dah jatuh ke tangan kau ,aku sengaja halau kau balik Malaysia untuk uruskan semua wasiat Abang aku tu tapi tak sangka..
lawyer tetap bagi tahu aku yang Harta ni hanya boleh diwarisi oleh kau seorang jee ..sebab tulah aku terpaksa bekerja sama dengan kembar kau Shahril untuk hapuskan kau...
bulat Mata Shahrul setelah mendengar Ayah angkatnya meninggal dunia bukanlah Kerana Sakit ,tapi Kerana telah dibunuh oleh Adik kandungnya sendiri.... Shahrul mengerling tajam kearah citpaanya (pak ciknya)
"Shahrul... sabar...Shahrul ....Jangan bertindak lagi sebab kau hanya akan bahayakan nyawa Afiyah ,Ayuni Dan Hani jaa sekarang ni jika kau mulai bertindak...bisik Shahrul dihati sambil mengurut dadanya seketika...
"baiklah...kalau bunuh saya adalah keinginan citpaa ( pak Cik ),bunuh jeelah saya ,tapi please lepaskan mereka bertiga ujar Shahrul dengan nada suara perlahannya...
"Shah. apa merepek ni,Awak pasti ada cara lain lagikan,saya yakin pasti Awak ada plan something betul tak ..bisik Afiyah sambil memeluk tubuh Shahrul supaya lelaki itu tidak meneruskan langkahan kakinya kearah pak ciknya itu.
Share this novel