Bab 7 part 2

Action Series 6800

Setelah diteliti kes Shahril lebih mendalam lagi ,dan dipersetujui oleh semua pihak atasan Dan didakwa bahawa Shahril didapati tidak bersalah, anak muda itu telah pun dibebaskan dari segala hukuman ,namun pangkatnya sebagai seorang police officer telah pun dibatalkan dan shahril tidak dapat lagi menjadi seorang anggota polis setelah ini ,kerana rekod jenayah masa lampaunya Masih terikat ...meskipun anak muda itu telah terbukti bahawa dia tidak bersalah sepanjang dia dipenjarakan Selama 7 tahun di penjara tersebut...

sebaik sahaja Shahrul mengetahui bahawa shahril akan dibebaskan dari penjara , shahrul segera menemui kembarnya di depan pintu penjara Sungai Buloh..

"senyuman lebar dibibir shahril Mula terukir setelah melihat kelibat shahrul lantas dia segera memeluk kembarnya itu ,

terima kasih shah...terima kasih sangat -sangat sebab Kau dah tolong aku keluar dari penjara ni ,ujarnya
aku bersyukur sangat shah sebab aku ada seorang ahli keluarga yang sangat memahami aku dan sentiasa ada di pihak aku...

"Ril..tak yahlah ucap terima kasih ,dah menjadi tanggungjawab aku untuk tolong orang yang tak bersalah ,
lagi-lagi Kau kembar aku kot tak kan aku nak biarkan Kau dihukum atas segala kesalahan yang tak pernah Kau lakukan...

"shahril hanya tersenyum lalu Mula memandang ke kiri dan kanannya shahrul..

"Kau cari apa Ril...
soal shahrul kembali sambil Mula melihat kiri dan kanannya juga ,

"Aku cari Hani shah ,anak aku...?
anak aku tak ikut sekali kee,soal shahril dengan riak wajah excitednya ..

Shahrul tersentap seketika ,sebaik mendengar Shahril menyebut bahawa Hani anaknya ...
"Hani...yelah , Hani bukan putri aku tapi sebaliknya putri Shahril ...
bisiknya didalam hati,

"tapi kenapa aku rasa cemburu bila aku dengar Kau cakap Hani
anak kau, Ril.....?
"shah Kau tak boleh ada rasa cemburu shah ,Hani bukan putri Kau ......
lalu shahrul segera menepis segala fikiran yang Mula mempengaruhi fikirannya ketika ini..

"ouhh..aku tak bawak Hani tadi ,maaf ye Ril,nanti aku jelaskan semuanya pada Kau yee ..tapi sebelum tu aku nak Kau ziarah kubur arwah papa dulu,

"papa...dia bukan papa aku
balas shahrul sebelum Mula melangkah laju ,

"ehh Ril... Kau nak pergi mana ni ...?

soal shahrul sambil mengenggam erat pergelangan tangan kembarnya..
"Aku nak jumpa Hani dan aku nak bawak dia tinggal dengan aku ,jelas lelaki itu dengan nada tegasnya,

"yee...nanti kita jumpa Hani, tapi sekarang ni kita ziarah kubur arwah papa dulu yee...?
shahrul Masih Cuba memujuk kembarnya itu sambil menarik tangan kembarnya untuk menaiki kereta Mercedes Benz mewah miliknya itu..

genggaman tangan shahrul yang Masih mengenggam kemas pergelangan tangannya itu ditepis perlahan ,

"wey shah...kalau Kau nak ziarah arwah papa ,Kau ziarah je arwah tu seorang diri jangan ajak aku sekali ,sebab aku tak de seorang Ayah yang macam tu.. tegas sekali kedengaran tutur bicara Shahril kearah shahrul saat ini..

"Ril ...aku faham Kau tengah marah Dan Kau sedih tapi apa pun dia tetap Ayah kandung kita berdua kan, Shahrul Masih mencuba untuk memujuk Shahril pergi ke tanah perkuburan ACP Khairul Zaman.

"Ayah kandung...?
Kau kata apa ...?
"dia Ayah kandung kita Shah,

huhhhh.....
shahril mengeluh panjang,

"shah ..dia pisahkan aku dengan anak aku shah ,dia biar aku terlantar dipenjara Selama 7 tahun shah ,
Dan dia juga membuatkan aku kehilangan pekerjaan yang amat aku kagumi ,itu Kau kata Ayah kandung...ouh pleaselah shah ,

Aku penat shah ,Aku penat ,air mata diwajah Shahril Mula mengalir dengan lajunya..

aku dibuang kerja , dia masukkan aku ke penjara ...Isteri aku meninggal pun aku tak boleh nak jenguk ,anak aku pulak kelaparan shah, tiga hari anak seusia dua tahun tu duduk dengan mama dia yang dah berulat tanpa sebarang suara shah ,aku Masih tak boleh imagine bila aku tengok gambar Hani dalam surat Khabar yang Masih menyusu ditubuh arwah Isteri aku yang berulat tu ...
jujur aku tak boleh nak imagine Shah...
aku tak boleh...

Shahrul turut menitiskan air mata saat melihat wajah Shahril yang kelihatan amat menyedihkan ketika ini..

jiwa aku meronta -ronta untuk keluar Dari penjara ni Shah,
Aku nak lari peluk tubuh anak aku ,tapi aku tak boleh Shah ,Aku tak boleh jumpa anak aku shah...Aku tak diizinkan...

Dan sekarang Kau nak aku maafkan orang tua tu dan ziarah kubur dia ,
I'm sorry shah aku tak de Iman yang cukup untuk terima semua ni...

Dan setahu aku ,Kau pun tak pernah dilayan seperti anakkan ,jadi untuk apa shah Kau nak ziarah dia,
dia tak layak dapat penghormatan Dari anak-anak dia pun,dia memang tak layak shah..dia tak layak langsung ...
suara shahril Mula kedengaran agak sedikit terjerit...

" aku nak bagi penghormatan pada dia Shahril Dan aku perlu lakukan ni ...

"sebab apa Kau nak bagi penghormatan pada dia shah haaa..

"sebab apa...
aku tak fahamlah dengan Kau ni Shah..
kita dah terpisah sejak kita kecil lagi ,Dan kita berpisah pun disebabkan dia ,sekarang Kau nak lupakan semua tu dan maafkan dia macam tu jee..

Aku perlu bagi penghormatan pada dia sebab dia aku lahir dekat Dunia ni Ril ,Dan hanya kerana itu aku Cuba lupakan segala yang pernah dia buat pada aku..
tapi aku faham ,Kau mesti perlukan masa ,jadi hari ni kita tak kan pergi ziarah kubur arwah dan aku akan tunggu sehingga Kau betul -betul bersedia okey...

"ikut suka kaulah Shah ,tapi yang pasti aku tak nak Kau letak harapan tinggi pada aku ,sebab bagi aku ,ACP Khairul Zaman bukan Ayah kandung aku lagi ujar Shahril dengan nada tegasnya sebelum menuju masuk kedalam kereta Mercedes Benz mewah milik kembarnya itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience