Get the app for full experience
SELEPAS meninggalkan kawasan parkir di hadapan lot-lot kedai tadi, Syed Farees memandu kereta Izelda untuk menghantar bekas isterinya dan anak mereka pulang ke rumah. Keretanya pula disuruh pemandu peribadinya datang mengambil di lokasi yang dimaklumkan. “Bye-bye papa,” ucap Alesya dalam mimik muka sedikit monyok kerana harus berpisah dengan papanya. Belum puas bermanja sebenarnya. “Bye, princess. Lain kali kita jumpa lagi ye. Icha masuk berehat okey.” Syed Farees mengucup ke pipi anaknya. Dia tidak mahu mengganggu. Memahami pasti Izelda dan Alesya juga sedang kepenatan. Ketika ingin menyerahkan kunci kereta kepada Izelda, Syed Farees bagaimana pun menyedari sesuatu. Jemari sebelah kanan Izelda ...