"Ril...kehidupan aku dengan Kau berbeza Ril ,aku dijaga dan dijadikan anak angkat oleh Samser Dan Alhamdulillah sepanjang aku tinggal dengan beliau ,beliau tidak pernah kurang memberikan kasih sayang pada aku, Dan aku bahagia sepanjang aku jadi anak angkat papa aku.......
" ouhhh,jadi Black cards ni milik Ayah angkat kaulah yee,soal shahril dengan spontannya..
"senyuman indah Cuba diukirkan sambil menganggukkan kepalanya,
"yee black cards tu memang milik papa aku tapi cards tu sengaja papa aku daftarkan dengan nama aku....
"wow...untung Kau Shah dapat Ayah angkat yang baik macam Samser tu,sedangkan aku ni hurmmm...Kelihatan jelas sekali diwajah Shahril yang mengeluh dengan keadaan dirinya saat dijaga dan dirawat oleh Ayah kandung mereka...
"Ril...setiap orang dah tertulis jalan ceritanya ,jadi aku harap Kau terima kisah hidup Kau yang lalu , dengan seikhlas hati dan jalani kehidupan Kau Dan Hani dengan lebih
baik lagi lepas ni,
aku harap sangat ,yang Kau dapat berikan kasih sayang yang mencukupi buat Hani sebab sepanjang aku tinggal dengan dia ...dia tak pernah pun menyusahkan aku ..dia memang seorang putri yang baik sangat Ril.....
jelas Shahrul dengan kelopak matanya yang Mula berair..
"shah...Kau memang dah tak nak jumpa Hani lagi ke ....?soal Shahril setelah melihat perubahan yang amat ketara diwajah kembarnya ketika ini...
Shahrul mula menitiskan air mata sambil memandang wajah kembarnya yang kini seolah-olah mengajukan soalan yang tidak mampu dibalas olehnya.
kebisuaan Shahrul ketika ini jelas menunjukkan bahawa lelaki itu seolah-olah sudah tidak mahu lagi mendekati putrinya .
"Shah ......
"Kau kan bapak saudara Hani, jadi tak Salah pun kalau Kau nak jumpa dia sekali -sekala aku izinkanlah ,Dan lagi satu tak da masalah pun kalau kita bertiga tinggal dalam satu rumah yang sama ...
aku tak kan kecik hati pun percayalah Shah....
Shahrul mengelengkan kepalanya..
Ril...aku percaya dengan Kau tapi
buat masa sekarang ni aku tak kan ada dalam chapter hidup korang berdua .jelas Shahrul lagi dengan senyuman.
"tapi kenapa Shah,Kau kan kembar aku kenapa Kau tak nak tunjuk wajah Kau pada Hani ...aku yakin kalau Kau jumpa dia nanti dia akan fahamlah Shah.... Sambung Shahril lagi dengan harapan Shahrul akan menerima ajakannya untuk tinggal bersama - sama dengan putrinya Hani.
"Ril... walaupun Kau Ayah kandungnya tapi aku Ayah angkatnya Ril... dan aku kenalHani macam mana,
jadi aku harap Kau faham
keadaan aku ...
Shahrul berharap sangat bahawa Shahril akan memahami keadaannya yang tak mampu menahan rasa cemburu disaat mendengar Hani memanggil kembarnya dengan sebutan papa kelak harinya nanti...
baiklah...."kalau itu kemahuaan Kau Shah ,aku tak kan paksa Kau lagi,aku faham mungkin Kau perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan antara kita bertiga ,yang tiba -tiba sahaja berubah sekarang ni betul tak.....
Shahrul menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata -kata yang diucapkanlah oleh kembarnya itu.
"tapi Shah....kalau Kau bagi rumah Kau Dan kereta Kau ni dekat aku , nanti Kau nak tinggal mana Shah....soalnya lagi dengan perasaan ragunya.
"ouh kalau pasal itu Kau jangan risau ,
sebab buat masa ni Ril aku tak kan cari rumah dulu, sebab aku terpaksa pergi ke Philippines ada beberapa kes lagi yang perlu handle , jadi dalam tempoh masa tu aku yakin Hani akan Mula terima Kau sebagai Ayah kandungnya...
senyuman pahit Cuba juga diukirkan kearah Shahril sebelum menyuruh kembarnya untuk pulang dengan kadar segera sebelum putrinya itu bangun...
"Ril....aku rasa eloklah kalau Kau gerak balik sekarang ni ,sebab nanti kalau Hani bangun susah pulak aku nak pujuk dia nanti....ujar Shahrul sambil Cuba menahan air matanya yang hampir menitis ketika ini..
"yelah...Shah, aku balik dulu tau,
tangan Shahrul sempat juga digenggam dengan kuat sambil mengucapkan terima kasih sebagai tanda telah menjaga putrinya Selama 6 tahun yang lalu.
Shah...terima kasih banyak -banyak tau sebab dah sudi tolong aku dengan jaga anak aku Selama ni .jasa Kau tak kan pernah aku lupa...
Assalamualaikum....
waalaikumusalam...
sebaik kereta Mercedes Benz mewahnya itu Mula berlalu pergi ..
bercucuran air mata Mula mengalir dipipi Shahrul....
"maafkan papa sayang,maafkan papa..
papa terpaksa pisah dengan kamu dengan cara ni,
Shahrul terduduk melutut dengan lemahnya didepan rumah kawan baiknya itu..sambil melihat kelibat kereta Mercedes Benz mewahnya yang kini sudah pun hampir hilang bayangannya...
"Aiman yang disedari sejak tadi Masih berdiri dibalik pintu kini segera berlari anak menuju kearah kawan baiknya itu..tubuh Shahrul yang Masih terduduk lemah itu diangkat olehnya hingga lelaki itu Mula berdiri dengan tegaknya kembali....
"Man...anak aku dah pergi Man,Anak aku dah pergi dengan Ayah kandungnya Man ..
tanggisan Shahrul kini turut telah membuatkan Aiman menitiskan air mata...
"Shah dahlah tu ...janganlah menangis lagi ,aku tahu Kau akan jadi macam ni ,sebab tulah aku suruh Kau tunggu sampai Hani bangun tadi .tapi Kau tak nak dengar , tengok sekarang ni Kau sendiri tak boleh nak terima hakikatkan..
"Man...aku bukan tak nak tunggu Hani bangun Man ,tapi aku tak nak Hani keliru ,Dan kalau dia tahu aku yang jaga dia Selama ni ,dia tak kan dekat dengan Shahril walaupun dia tahu Shahril tu Ayah kandungnya.sebab tulah aku yang mengalah ,suara Shahrul mula kedengaran ter esak -esaknya
"Shah...even kalau Kau buat cara macam ni pun ,satu hari nanti dia tetap akan tahu yang jaga dia sekarang ni bukan Ayah yang dia nak , percayalah cakap aku.sampuk Aiman dengan sebaknya.
"Man...Kau nampak kan tadi , yang Shahril Dan aku tak da perbezaan langsung jadi aku rasa lebih baik dan lebih Selamat kalau Hani tinggal dengan Shahril ,sebab aku bukan Ayah kandung dia pun Dan aku sendiri tak tahu berapa banyak musuh yang aku harus hadapi bila bersama dengan Hani sebab tu aku ambik keputusan untuk biar Shahril yang jaga Hani.....
ujar Shahrul dengan nada sebaknya..
"Man...nanti Kau tolong tengok-tengokkan Hani yee,aku takut dia kurang selesa tinggal dengan Shahril, kalau Hani ada call Kau nanti.aku nak Kau janji dengan aku yang Kau tak kan pernah explain apa-apa pun pasal aku pada Hani,janji ye Man...
"yee...aku janji ,yang aku tak kan cerita apa -apa pun pasal Kau pada Hani
" tapi Kau nak pergi mana Shah...
kenapa Kau nak aku yang jaga Hani,
"Aku ada urusan Man mungkin Dua minggu aku tak kan ada dekat
Malaysia nanti.
jadi aku harap sangat yang Kau boleh tolong jaga Hani dari jarak jauh,kalau ada apa -apa Kau contact aku jee terus okey...aku balik dulu
Assalamualaikum....
jelas Shahrul lagi sebelum Mula melangkah laju menaiki kereta PEUGEOT hitam yang sepertinya sudah lama menunggu dirinya saat ini.
waalaikumusalam... balas Aiman dengan nada perlahan..
Share this novel