seusai solat subuh berjemaah dengan isterinya Ayuni ,di dalam wad anaknya itu.Shahrul Mula berdoa ke Maha yang Esa (Allah s.w.t.) agar anaknya dapat menerima dirinya kembali,perlahan sekali suaranya berdoa kerana dia tidak mahu membuatkan Hani tidak selesa dengan kehadirannya.....
sebaik selesai berdoa ,
sejadah ditangannya itu diambil perlahan oleh Ayuni untuk dilipatkan dan dimasukkan kedalam beg baju yang dibawanya itu tadi..
lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya tanda ucapan terima kasih kerana sudi melipatkan sejadahnya.
Hani yang Masih tertidur dibuai mimpi indah itu dipandangnya dengan penuh rasa kasih dan sayangnya..
"Hani....papa sayang kamu tahu nakk,
papa sayang sangat dengan kamu..
bisik Shahrul tanpa menghadiahkan kucupan hangat buat putrinya itu.
kerana Shahrul cukup yakin dengan sikap Hani, jika dia Cuba untuk mencium putrinya itu pasti Hani akan mula tersedar akan kehadirannya...
belum pun sempat Shahrul Mula melangkah pergi...lantas tangan Shahrul digenggam oleh Hani dengan eratnya ..
"papa.....?
bercucuran air mata Shahrul setelah mendengar putrinya menggelar dirinya dengan sebutan Papa...
pantas sekali lelaki itu berpaling kearah putrinya yang Masih terbaring ketika ini...
"Hani....Hani panggil apa tadi...?
soal lelaki itu kembali dengan titisan air mata...
"papa....Hani panggil papa...
papa kan papa Hani...balas anak kecil itu sambil Mula berdiri,
Allahu akbar....Allahu akbar...
"ye sayang .. ni papa ,
"papa memang papa Hani nakk...
papa memang papa Hani nakk...?
diulanginya perkataan yang sama sebanyak Dua Kali bagi menyakinkan Hani bahawa dia bukanlah Shahril...
tubuh anak kecil itu turut dipeluknya dengan erat ...tidak putus-putusnya Shahrul mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi...
"Alhamdulillah ya Allah.... Alhamdulillah anak aku ingat aku ya Allah
.. Alhamdulillah.....
sempat juga ciuman hangat dihadiahkan kepada Hani...
Ayuni yang Mula sedar akan moment gembiranya Shahrul bersama anaknya itu ,Cuba mengambil peluang untuk keluar dari wad tersebut....tanpa membuatkan Shahrul dan Hani sedar akan kehadirannya....
"papa ...papa janganlah nangis lagi,nanti tak handsomelah papa Hani ni...
Ujar anak kecil itu sambil menyapu sisa air mata dipipi Shahrul...
Shahrul Mula tersenyum bahagia setelah mendengar Hani yang sedang mengusik dirinya ketika ini...
Hani.... sekarang ni...Hani dah tak takut dengan papa lagikan sayang ..soal Shahrul sambil menyandarkan putrinya kembali ke bantal..
"tak..Hani tak takut dah .
"sebab papa tak pakai subang...
"ummi kata Hani kena pandai bezakan papa macam upin -ipin...
Shahrul terdiam seketika...sambil mendengar cerita penuh dari putrinya itu.
"upin -ipin.....?
"tapi ...apa kena mengena upin -ipin ni sayang..soalnya lagi..
"ummi kata kalau satu hari nanti ipin pakai baju kuning ,Hani kena pandai bezakan...
Dan sekarang Hani dah tahu Kalau ipin pakai baju kuning dia tetap ipin sebab upin ada rambut sehelai dekat atas kepala dia...Dan ipin pulak dia tak de rambut betul tak papa...
"yee...betul tapi papa tak faham kenapa Hani nak bezakan papa...
" sebab ummi kata papa ada kembar ,Dan kembar papa tulah yang jahat .tapi sekarang Hani dah tahu bezakan papa dengan kembar papa..
"papa Hani handsome, dan papa Hani tak pakai subang macam budak perempuan ,tapi kembar papa pakai subang...sebab tulah Hani kenal papa...balas anak kecil itu dengan panjang lebarnya...
ouhh..kiranya banyak jugaklah ummi Ayu dah cerita dekat kamu ni ye sayang.... Alhamdulillah kalau kamu boleh faham...
siapa ummi Ayu papa,
Hani ada satu ummi jelah Ummi Afiyah...jelas anak kecil itu dengan nada suara marahnya...
bulat mata Shahrul setelah mendengar putrinya menyebut nama Afiyah...
"Fiyah...bila masa ummi Afiyah datang hospital ni sayang ...soal Shahrul dengan nada terkejutnya..
"malam tadi ummi datang papa...ummi kata ,papa nangis teruk sangat dan ummi tak sampai hati nak tengok papa sedih macam tu sebab tulah ummi datang jumpa Hani cakap dekat Hani yang papa ada kembar Dan Ummi suruh Hani pandai bezakan papa dengan kembar papa lepas ni...
"betul ke sayang Ummi datang malam tadi ,kalau ummi datang Hospital kenapa ummi tak jumpa papa dulu.
soal Shahrul dengan riak wajah peliknya...
hahahahaha...
papa... mana boleh papa jumpa ummilah..balas Hani dengan senyuman.
" aikk ...kenapa papa tak boleh jumpa Ummi pulak ni sayang haa...
" ye arr...."sebab ummi kata itu mimpi Hani Dan hanya Hani je yang boleh jumpa ummi semalam....
ummi pesan kalau pagi nanti ummi tak de itu maknanya mimpi dan ummi kata lepas balik dari rumah Allah nanti ummi datang Jumpa Hani...
balas anak kecil itu sambil bermain -main dengan anak patung beruang yang telah dibelikan oleh Shahrul.
Betul ke Hani hanya jumpa Afiyah dalam mimpi je ni,tapi pelik macam mana Hani boleh tahu tentang Shahril ..." arr...tak mungkin ...aku rasa tak mungkin Afiyah datang hospital maybe Hani mesti berkhayal je kot tentang kehadiran Afiyah malam tadi......bisik Shahrul didalam hati sambil memandang putrinya dengan tatapan leganya setelah Hani Mula menyayaginya seperti biasa. ......
Share this novel