Bab 6 part 2

Action Series 6800

Eerrrr...gelilah,
tak padan dengan umur nak ber honey -honey bagai...
sindir shahrul sambil mula memunculkan dirinya di depan Ayah kandungnya itu....

ACP Khairul Zaman Mula tergumam seketika setelah melihat kelibat shahrul yang sedang berdiri tegak dihadapannya kini.....

"Shahril....? nama Shahril disebut dengan nada perlahannya..

"macam mana Kau boleh terlepas dari penjara ni,
soal ACP Khairul dengan riak wajah bingungnya...
meletus juga ketawa Shahrul melihat wajah Ayah kandungnya yang kini Mula kelihatan agak sedikit terkejut sebaik melihat kelibat dirinya...

Hahahahaha....
kenapa ,aku tak boleh keluar ke dari perjara tu ...
balas shahrul dengan riak wajah sinisnya sambil memainkan watak sebagai shahril ketika ini...

"tak mungkin,Kau tak mungkin boleh keluar shahril,sebab aku dah pastikan yang Kau akan dihukum shahril ujar ACP Khairul sebelum Mula menghalakan pistolnya tepat kearah shahrul,

ouhh...jadi anak kandung pun Kau sanggup bunuhlah yee...
ujar shahrul sambil mengelengkan kepalanya.
"tapi tak pe sebelum Kau nak tembak aku ni,
aku nak Kau tahu yang sebenarnya aku bukan anak Kau shahril...ujar shahrul sambil tersenyum santai,

wajah bingungnya ACP Khairul yang sedang meneliti wajahnya dari arah jauh itu di amati dengan senyuman..

"Ehh,Kau jangan bodohkan akulah ,walaupun aku ni dah tua ,itu tak bermakna aku tak kenal kau ...
aku kenal kau ,Kau memang shahril ,tak kan aku tak kenal anak aku sendiri kot ...balasnya lagi sambil menarik picu pistol kebelakang.

"Kau yakin ke shahril sorang je anak Kau...soalnya lagi,
ACP Khairul terdiam seketika lantas Cuba melihat kearah telinga anak lelakinya itu,

kenapa wajah dia seiras dengan Shahril,tak mungkin dia ni adalah...?

lantas lelaki tua itu Cuba mendekati shahrul tanpa rasa takut,
Aku yakin Kau mesti shahril lalu telinga shahrul dipandang dengan lamanya...

"kenapa telinga Kau tak bertindik,
ujar ACP Khairul kearah shahrul,
" ehh shahril....Kau sengaja tutup tindik telinga Kau kan...soalnya lagi dengan riak wajah marahnya..

sebab aku bukan shahril ,
Aku shahrul kembar shahril...
balas shahrul sambil menghalakan pistolnya tepat kearah ACP Khairul,
"jadi Selama ni untuk bezakan kembar seiras kami ni,Kau sengaja tindik telinga shahrillah yee..soal shahrul.

"yee..aku tindik telinga shahril sebab kadang aku pun sebagai Ayah kandungnya tak mampu nak kenal anak aku sendiri kerana mereka berdua terlalu seiras..

tapi...betul ke kamu shahrul anak papa ni..

"yee...aku shahrul balas shahrul singkatnya.

"ya Allah shahrul......

ACP Khairul Zaman Cuba untuk memeluk shahrul,namun tangan lelaki tua itu ditepisnya dengan perlahan...

"jangan sentuh aku ,sebab aku bukan anak yang Kau jaga ,Dan aku bersyukur sangat sebab aku tak dijaga dan dirawat oleh seorang pegawai polis yang jahat macam Kau ni...
ujar shahrul dengan jelingan mata tajam...
ACP Khairul Zaman terdiam seketika sambil memandang shahrul dengan linangan air mata.

"Shahrul...papa faham ,yang kamu mesti bencikan papa sekarang ni ,tapi apa yang papa buat Selama ni hanya untuk selesaikan masalah shahrul...
percayalah...balas ACP Khairul dengan sebaknya...

"selesaikan masalah...wow,

"ouh jadi cara Kau selesaikan masalah adalah dengan cara Kau biar anak kandung Kau yang bernama Shahrul dibawa oleh Samseng ke luar Negara sejak anak itu berusia 2 tahun lagi ,tanpa Khabar berita pun dari anak tu , sama ada dia mati ke dia Masih hidup ke Kau tak kisah pun yang penting Kau boleh hidup bahagia ,

Dan sekarang ni pulak cara Kau selesaikan masalah lagi ,Kau biar anak Kau Shahril dalam penjara Dan Kau pulak berfoya -foya dengan seorang wanita pelacur dalam kapal layar ni ,.. jadi itulah cara Kau untuk selesaikan masalah Kau Selama ni yee.....

"ouh pleaselah Jangan buat cerita aku ni jenis pantang dengar cerita menipu tahu tak..
pedas sekali tutur kata Shahrul kearah ACP Khairul ketika ini...

"Shahrul....papa tahu,Dan papa faham apa pun yang papa Cuba explain sekarang ni mesti shahrul tak boleh nak terima ,tapi satu jee papa nak shahrul tahu ..yang papa sentiasa menanti shahrul kembali ketanah air nakk,

"yee...aku balik Ke Tanah Air semula ,tapi aku balik sebab aku nak Selamatkan kembar aku shahril bukan sebab Kau...

Air mata dipipi ACP Khairul Zaman mula menitis dengan lajunya...

jangan Pura -pura menanggis please,aku rasa menyampahlah,
Kau dah buat anak Kau masuk penjara Dan hampir dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup , sekarang ni Baru Kau nak menanggis bagai..

"shahrul....dengarkan papa dulu nakk,

kejap...aku belum habis cakap lagi tau.
shahrul segera menepis setiap kata -kata yang Cuba diungkapkan oleh ACP Khairul kearahnya

aku sebenarnya nak ucapkan terima kasih banyak -banyak dekat Kau sebab
"Aku rasa bersyukur sangat yang aku dilahirkan didunia ini dalam keadaan sempurna ,Dan paling aku bersyukur lagi adalah ,aku tak dirawat oleh ayah seperti Kau,
sebab orang macam engkau ni memang tak layak dipanggil seorang Ayah ,kerana Kau lebih suka melihat anak-anak Kau dalam derita dibandingkan bahagia...

"Shahrul...papa tak pernah ada niat macam tu shah,papa sayang kedua putra papa dan papa buat semua ni sebab shahril memang....bers.....

belum pun sempat ACP Khairul Zaman menghabiskan ayatnya ,
satu das tembakan telah pun hinggap dengan kemas didada beliau...tubuh
ACP Khairul Zaman yang hampir terjatuh kelantai ketika ni dengan sepantas kilat disambut oleh shahrul kedalam pelukan...

paa...jerit shahrul secara spontannya,
anak muda itu kelihatan panic seketika setelah melihat darah yang bergitu banyak sedang mengalir keluar dari tubuh Ayah kandungnya itu ,
lelaki itu segera memalingkan wajahnya kearah belakang...
sempat juga anak muda itu melihat kelibat seorang lelaki yang sedang berlari keluar Dari bilik suite tersebut,

papa...tunggu kejap yee, shahrul nak tangkap penjenayah tu dulu ,ujar shahrul sambil Cuba menyandarkan tubuh Ayah kandungnya itu kearah sofa...
lantas ACP Khairul Zaman mengenggam kuat tangan puteranya itu sambil mengelengkan kepalanya,

"shah...papa tak kan hidup lama shah,suara ACP Khairul Zaman Mula kedengaran serak,

"paa...papa akan okey ,kejap jee shah call ambulance yee..
ACP Khairul Zaman Mula tertawa kecil..
kapal dah berlayar shah..mana ada ambulance dalam kapal layar ni...

air mata Mula berlinangan dikelopak mata shahrul..
paa...kejap paa tahan kejap jee lagi,
shah akan suruh anak buah shah pusing kapal ni semula ...

"subramani.... subramani
jerit shahrul dengan nada suara kuat dan lantangnya ,
selang beberapa minit subramani Dan anak buahnya yang lain mula memunculkan diri,

yes.king....
balas subramani setelah melihat shahrul yang agak kelihatan panic ketika ini...

"suruh kapten untuk pusing kapal ni secepat yang mungkin..Dan saya nak awak suruh anak buah kita yang lain cari lelaki yang bertopi ,Dan jacket hitam di tubuhnya ...
dia Baru sahaja berlari keluar Dari bilik ni ,cepat...
arah shahrul dengan nada suara yang agak tegasnya...

semua anak buahnya Mula menjalankan tugas masing-masing sebaik sahaja menerima arahan daripada shahrul...

"paa...papa jangan risau,
shah janji papa akan okey..ujar shahrul sambil Mula menekan dada ACP Khairul dengan sehelai kain ,dengan sedaya upaya shahrul Cuba untuk menghentikan darah yang Masih mengalir dengan bergitu banyak Dari tubuh Ayah kandungnya itu...

senyuman diwajah ACP Khairul Masih juga kelihatan riangnya...
"shah....papa bangga dengan kamu nakk,kamu sekarang dah jadi Ketua CID Dan kamu dijaga dengan cukup baik oleh Samser,maafkan papa sebab tak pernah datang jenguk kamu Selama ni,

suara ACP Khairul Mula kedengaran sangat perlahan...

"paa...papa simpan tenaga okey ,papa jangan cakap lagi ,
"shahrul...papa sayang sangat dengan kamu nakk, walaupun sebelum ni papa tak pernah jenguk kamu tapi....."papa nak kamu tahu yang papa tak pernah abaikan anak-anak papa,
orang yang kamu sangka baik bukan seperti yang kamu sangkakan nakk...

ingat shahrul...shahril bukan ...anak yang.....

ACP Khairul Zaman menghembuskan nafas terakhirya diriba puteranya shahrul...

"paa....paa...
ya Allah papa ,paa bangun paa
papa bangunlah ..shah mintak maaf paa,shah mintak maaf ,tak sepatutnya shah sebagai seorang anak menghina papa macam tu...
tubuh ACP Khairul digoncang dengan kuatnya...

shahrul Baru je jumpa papa ,tapi sekarang papa dah pergi selamanya tinggalkan shahrul,ini tak adil paa,
ini tak adil...
papa bangunlah paa...papa bangunlah please...

"papa....papa..., jeritan shahrul telah membuatkan semua anak buahnya berkumpul di dalam bilik suite tersebut.......

"king....suara milik subramani telah membuatkan shahrul sedar seketika Dari terus memeluk tubuh Ayah kandungnya itu...
perlahan -lahan tubuh Ayah kandungnya itu diangkat lalu dibaringkan diatas katil....

siapa....siapa lelaki tu,
soal shahrul dengan marahnya...

I'm sorry king...lelaki tu dah mati...

Shahrul mula melemparkan riak wajah marahnya kearah semua anak buahnya yang kini Masih menundukkan kepala dihadapannya....

"saya suruh korang tangkap dia ,bukan bunuh ....jerit shahrul dengan kuatnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience