Sebaik tiba di hospital , Shahrul segera menuju ke kaunter bilik kecemasan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang putrinya itu.belum pun sempat Shahrul menyapa jururawat yang sedang bertugas ketika ini..lantas Aiman yang sedang menuju kearahnya mula menepuk perlahan bahu Shahrul dari arah belakang...
"Shah...
Shahrul segera memalingkan tubuh badannya setelah mendengar suara Aiman yang sedang menyapa dirinya dari arah belakang saat ini...
Man...wajah Aiman ditatapnya seketika dengan penuh ketakutan.
Hani mana Man haa,kenapa Hani boleh admit ke hospital ni,dia sakit apa Man....
kedua bahu Aiman dipegang oleh Shahrul dengan eratnya ...
Kelopak mata Aiman mula berair..
lelaki itu kini seolah -olah sudah tidak sanggup lagi untuk menjelaskan keadaan Hani yang sebenarnya kearah Shahrul...
"Man...jawab Man anak aku macam mana Man ...kenapa anak aku boleh masuk hospital ni Man..
suara Shahrul mula kedengaran agak sedikit terjerit...
kebisuaan Aiman telah membuatkan Shahrul panic seketika...
"Man..kau tahukan Hani tu nyawa aku..
baik kau cakap dengan aku..kenapa Hani boleh sampai masuk Hospital ni...jawablah Man..jerit Shahrul sekali lagi.
"Shah.....
perlahan -lahan suara mula keluar dari mulut Aiman yang disedari Sejak tadi hanya mampu menitiskan air mata sahaja....
Hani .... Hani ....coma shah...,
"coma...?
"macam mana anak aku boleh coma Man ..soal Shahrul lagi dengan nada suara seraknya
Hani coma dah hampir seminggu Shah...Dan aku jumpa dia dekat rumah banglo yang kau bagi dekat Shahril seorang diri tanpa sesiapa pun disisi....
Air mata mula mengalir dipipi Shahrul tanpa hentinya...
seorang diri...bisiknya dihati
kau tahu tak Shah , aku tak boleh terima keadaan Hani Masa aku jumpa dia dalam keadaan hampir nazak...dia sempat cakap dengan aku yang dia lapar sangat Masa tu...ujar Aiman dengan penuh emosinya...
lapar Man......anak aku lapar ,apa maksud kau Man,
" yee..Shah...Hani ditinggalkan dalam keadaan lapar ,selama tiga hari dan dia turut ditinggalkan dalam bilik yang gelap Shah....
air mata yang Cuba diseka itu kembali menitis dengan sangat laju..
"Man..anak aku mana Man,anak aku mana,
Shahrul bergegas lari untuk mencari anaknya yang Masih di rawat ketika ini..
tubuh anak kecik berusia 7 tahun itu diamati dengan penuh rasa sebaknya sebaik pintu bilik anaknya itu dibuka oleh Aiman.....
perlahan -lahan Shahrul mula menyentuh lembut tangan anaknya itu.
.
"Hani....ni papa sayang...
tangan anak kecik itu digelusnya lembut sebelum ciuman hangat mula hinggap dengan kemasnya di tangan kecik milik putrinya itu.
papa datang dah ni nak....
bangunlah ,papa mintak maaf sebab papa tak jaga kamu dengan baik nak .papa mintak maaf....
dahi anaknya itu turut diciumnta dengan penuh rasa sebaknya.
"Man..anak aku elok je kan Man sebelum aku pergi Philippines ..macam mana boleh jadi macam ni Man.
"macam mana boleh jadi macam ni ,
apa yang Shahril dah buat dekat Hani Man....
"Shah.... sebenarnya Shahril bukan orang yang baik Shah.
lepas kau pergi ke Philippines satu -satu belang dia aku nampak Shah.
aku rasa kau patut siasat tentang Shahril lebih terperinci lagi...jelas Aiman dengan penuh keyakinanya..
Shahrul menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan apa yang sedang dikatakan oleh Aiman pada dirinya saat Ini...
"Shah....kau rehatlah dulu biar aku tolong tengok-tengokan Hani dekat Hospital ni,mesti kau pun penat kan.
ujar Aiman sambil menawarkan dirinya untuk menjaga Hani...
"tak pe man..aku nak ada disisi Hani sampai dia bukak mata nanti..
terima kasih sebab kau sudi tolong jagakan Hani untuk aku selama ni Man..ucap Shahrul dengan rasa sebaknya..
"Shah..tak yahlah kau nak ucap terima kasih sangat sebab Hani tu dah macam anak aku jugak..
"Shah...tadi aku nampak ada seorang perempuan pakai Tudung ikut kau datang ke hospital ni,siapa perempuan tu soal Aiman dengan spontannya...
ouuhh..dia isteri aku Man...
"Haa...isteri..?biar betul kau Shah ,masa
bila kau khawin ni Shah...?
soal Aiman dengan penuh rasa bingungnya.
" Man...Nanti ada Masa aku cerita dengan kau okey ..balas Shahrul perlahan sebelum menuju keluar bilik untuk bertemu dengan Ayuni yang ketika ini Masih berdiri di luar pintu bilik anaknya itu.
"Shah dah khawin... ya Allah
jadi macam mana dengan Afiyah...
bisiknya dihati seketika sebelum berlalu keluar dari bilik Hani.
sempat juga Aiman menganggukkan kepala Dan melemparkan senyuman tipis dibibirnya kearah isteri Shahrul sebagai tanda hormat...
Share this novel