Sepanjang perjalanan pulang kerumah ,Ayuni hanya membatukan dirinya dihujung sit kereta belakang tanpa menyoal kearah Shahrul yang ketika ini Masih dalam keadaan sedih setelah mendengar ayat lemparan yang keluar dari mulut tunangnya itu...
"Ayu... walaupun Shahrul suami kau tapi dia tetap milik orang lain ,kau kena ingat tu..jadi lebih baik kau jangan masuk campur Hal mereka berdua ucapnya perlahan sambil Cuba menyibukkan diri dengan bermain telephone....
setibanya dirumah Shahrul menyuruh Ayuni untuk masuk kedalam rumah ,
tanpa banyak menyoal dituruti sahaja keinginan suaminya tanpa bertanya selangkah sahaja wanita itu masuk ke dalam rumah ,
enjin kereta sudah pun dihidupkan kembali ,
Shahrul keluar dari rumah tepat jam 2.30 pagi.
ikutkan hatinya ingin sahaja Ayuni bertanya ,kemanakah hala tuju suaminya yang ingin keluar walaupun jam di dinding telah pun menunjukan jam 2.30 pagi ,
"tak penat ke dia ni....
bisiknya perlahan sambil
disimpannya soalan -soalan yang Mula berlegar di dalam otaknya saat ini,
kerana dia percaya soalan itu hanya akan membuatkan Shahrul makin stress ,jadi pilihan yang ada saat ini adalah dengan membiarkan sahaja Shahrul melakukan segala hal tanpa menyakiti hati suaminya itu...
setiap Kali Shahrul stress Dan ada masalah dia akan berlari ke taman permainan di ujung Kampong arwah Aiman tinggal ,dan tempat itu cukup dikenali oleh Afiyah.
malam ni ditemankan dengan bunyi cengkerik , Shahrul duduk seorang diri di buaian itu,biasanya tunangnya Afiyah akan turut menemaninya bermain buaian di kawasan taman permainan tersebut,
dihayunnya buaian itu perlahan-lahan sambil menutup mata ...
sesekali matanya Mula melihat ke langit tinggi ,bintang -bintang yang turut menyinari malam yang sunyi ini ditatapnya dengan titisan air mata...
huhhhhhh.... Shahrul mengeluh panjang sambil menatap puas wajah Afiyah didalam telephone touch skrinnya itu....
" memang betul apa yang Fiyah cakap tu ,aku tak pernah percayakan dia Selama ni...
setiap Kali dia tanya soalan jee aku yang akan selalu mengelak ,
Allahu akbar ,apa aku dah buat ni,
"Aku bukan rapatkan hubungan aku dengan Fiyah tapi aku lebih menghancurkan hubungan kami Selama ni .
aku ingat lepas aku balik Malaysia semua masalah aku boleh handle rupanya ,aku adalah penyebab masalah menjadi lebih rumit lagi...
bisiknya perlahan sambil meraup wajahnya.
"sekarang ni aku kena kuat,aku kena selesaikan misi untuk tangkap Shahril dulu , sebab aku dah janji dengan Mak arwah Aiman untuk pastikan Shahril dihukum,Dan lepas tu barulah aku boleh fikir macam mana cara untuk pujuk Fiyah kembali kepada aku semula ......luahnya seorang diri...
"Tapikan.... aku betul-betul tak faham ,macam mana aku boleh terlepas pandang tentang Shahril sebelum ni yee...
"kenapa dekat mata aku Shahril adalah seorang lelaki yang baik,
huhhh... aku rasa aku ni telah dibutakan dengan rasa kasih sayang yang palsu dari dia.
tak boleh jadi ni ,aku kena siasat semula tentang Shahril,aku yakin uncle Usman pasti tahu tentang Shahril,kerana sebelum ni uncle Usman pernah warning aku tentang Shahril tapi aku yang sengaja buat tak endah kerana aku terlalu percaya dengan pujuk rayunya Shahril.
hmmm...
laju sekali lelaki itu mendail nama dibahagian contact number yang tertera di telephone touch skrinnya itu...
"Hello Assalamualaikum uncle...
"Hello waalaikumusalam ni Shahrul kee.....
ada apa ni nakk call uncle malam-malam macam ni...
"malam... Shahrul segera memandang jam tanganya itu sambil Cuba mencari alasan kukuh untuk mengawal rasa malunya kerana telah menghubungi pak ciknya itu lewat malam ..
ya Allah ...."dah lewat malam ni mesti semua orang tengah tidur... Astagfirullahazim, Shah ..kenapa kau call nganggu orang malam-malam macam ni bisiknya didalam hati sambil bernada suara perlahan....
"Errrr....sorry uncle tadi Shah ada kes yang perlu diselesaikan jadi terlupa dah lewat malam dah ni...Shah call uncle esok pagi jeelah maaf ye uncle ujarnya sambil Cuba untuk mematikan taliaan telephone...
"ala...rrr tak pe,dah terlanjur kamu call ni,bagi tahu jeelah kamu nak uncle buat apa ni...hmmm...
"ehh tak peelah uncle ,Shah Seganlah pulak sebab dah call uncle malam-malam macam ni , tak pe uncle restlah ye ,esok pagi Shah call uncle semula...
ataupun kita jumpa jeelah terus .
"Shah ...kalau boleh buat masa ni Shah elakkanlah yee berjumpa dengan orang yang Shah kenal...?
suara lelaki tua itu telah membuatkan Shahrul mulai gelisah.
"uncle kenapa ...uncle cakap macam tu,Shah dah tak boleh jumpa uncle dah kee...soalnya lagi
" bukan tak boleh Shah cuma Mungkin lepas Shah jumpa uncle esok , selama -lamanya Shah dah tak kan dapat jumpa uncle lagi, kerana mayat kedua yang akan sampai dirumah Shah adalah mayat uncle...
Kejap ..Shah tak faham,apa maksud Uncle ni ,kenapa uncle kata mayat kedua adalah mayat uncle...soalnya lagi dengan panic.
"sebab ... Shahril bukan orang biasa -biasa Shah, uncle tahu kamu akan hubungi uncle malam ni sebab tulah uncle dah email everything tentang Shahril pada kamu...
kalau dia tahu kamu jumpa uncle,dia akan bunuh uncle sebab tulah Uncle sengaja tak munculkan diri uncle di masjid petang tadi...
cuma uncle harap sangat yang Shah akan Cuba elakan diri jumpa sesiapa pun selepas ni ....
jaga diri nakk ,ingat pesan uncle ni...?
Assalamualaikum...
Waalaikumusalam....
mayat kedua ,jangan jumpa sesiapa...
ya Allah aku Baru balik jumpa Fiyah....
Shahrul segera menghubungi orang suruhannya untuk memastikan keadaan Afiyah .
Hello.... Subramani,awak dekat rumah Afiyahkan ,
hello yaa king...saya Masih dekat kawasan apartment Afiyah..
"awak ada nampak orang yang mencurigakan ke dekat kawasan apartment Fiyah...
setakat ni semua okey ,Dan Selamat King,king jangan risau...
okey baguslah .."haa Subramani
dekat rumah saya Simon dan anak buah dia yang lain adakan...soalnya lagi untuk kepastiaan.
"yaa king ..saya dah suruh diorang untuk jagakan Puan sehingga king balik .
okey Thank you Subramani...
sebaik sahaja Shahrul mematikan talian telephonenya , Shahrul Masih jua,merasa tidak tenang kerana dia tahu bahawa pasti Shahril mempunyai rancangan lain lagi untuk menyakitinya...
Share this novel