Shahril mula terlihat ketakutan setelah tangan adiknya Shahrul mula dihalakan kearahnya kini...
lelaki itu mula mencari idea agar Adik kembarnya itu tidak akan melepaskan tembakan kearahnya...
pelbagai cara dan usaha Shahril mencuba untuk merayu agar Shahrul dapat memaafkan dirinya semula...
" wey ..Shah...aku kembar kau kot ,tak kan kau nak bunuh aku macam tu jee kita Masih saudarakan ,and aku rasa kita Masih ada masa lagi untuk berbincang .....kebisuaan Shahrul saat ini telah membuatkan Shahril makin gelabah.
Shah... okey....okey ...iyaa .... ?
"aku faham......"and aku tahu aku Salah sebab aku dah peralatkan kau Selama ni ,tapi itu tak bermaksud pun yang aku akan bunuh kau ,jadi tak sepatutnya pun kau nak reaksi lebih betul tak Ayu apa yang I cakap ni ..soalnya pula kearah Ayuni yang kini kelihatan tergetar -getar saat berhadapan dengan Shahrul...
satu patah perkataan pun tidak dibalas oleh Ayuni kearah Shahril...wanita itu hanya mampu berdiam diri bersebelahan dengan kekasih hatinya kerana dia yakin bahawa saat ini Shahril tidak mampu lagi untuk menyelamatkan nyawanya..
"Shahrul mula berbisik kearah orang suruhannya...
selang beberapa minit tiga orang suruhannya mula membawa Ayuni keluar dari gudang usang tersebut..
"hey ...korang nak bawak dia pergi mana ni haa..jerit Shahril dengan marahnya sambil tangan Ayuni dipegangnya dengan erat...
lepaslah...... jangan sentuh dia jerit Shahril lagi dengan nada berangnya.. setelah melihat tangan Ayuni disentuh oleh tiga orang suruhannya Shahrul...
Shahril tolong saya Shahril please ,Ayu takut ...ujar Ayuni dengan nada suara menjeritnya...
" Ayuni........?
"sekali lagi aku dengar engkau menjerit Ayu...aku bunuh kau sekarang jugak .ugut Shahrul sambil mengerlingkan matanya kearah Shahril supaya genggaman tangannya pada Ayuni dilepaskan dengan Kadar segera...
Ayuni terdiam membisu setelah diugut oleh Shahrul ..diikutkan sahaja kemahuan Orang suruhannya Shahrul untuk dibawa kemana sahaja..setelah gengaman tangan Shahril mula dilepaskan..
sebaik sahaja kelibat Ayuni mulai hilang dari pandangan ..wajah Shahrul ditatapnya dengan penuh kebenciaannya
" shah.... sampai hati kau iya shah ..
"apa bezanya kau dengan aku haa Shah..kau pun samakan..
kau sama -sama binatang macam aku jugak..kau sengaja nak balas dendam atas apa yang aku dah buat dekat Afiyah tadi pada Ayuni balik betul tak...
" aku tahu plan busuk kau Shah ..kau mesti sengaja biarkan orang suruhan kau tu semua rogol and bunuh Ayuni agar dendam kau tu dapat terhapuskan...soal Shahril dengan nada marahnya .....
" hey Ril.......?kau jangan main cakap ikut sedap mulut kau jee yee...?
kedengaran agak kuat sekali suara garau milik Shahrul setelah difitnah oleh kembarnya itu...
"kau dengar sini baik -baik Ril.....aku bukan kau , dan aku tak kan pernah jadi lelaki keji macam kau ni...
sebab aku bukan lelaki yang tak ada agama macam kau ,yang tak tahu nak membezakan antara yang mana baik Dan yang mana buruk..aku rasa kau tak perlu tahu pun kemana hala tuju Ayuni selepas ni sebab dia bekas isteri aku Dan aku akan cuba lindungi dia sehingga dia benar -benar berubah .. balas Shahrul kembali dengan tegasnya.
" errrr...sorry Shah... sebab aku tuduh kau macam -macam ,aku ingat kau nak buat benda yang tak baik pada Ayuni sebab tu aku jadi marah ..aku mintak maaf ekk Shah......jelas Shahril dengan tatapan gusarnya setelah membangkitkan api kemarahan pada kembarnya itu tadi...
sekarang ni ,aku dah faham dah yang kau Masih nak bagi peluang kedua pada Ayuni sebab tu kau bawak dia keluar dari gudang nikan ..terima kasih Shah sebab kau sudi maafkan Ayu,
kalau macam tu , kau bagilah aku pun peluang kedua jugak Shah..
"aku janji dengan kau Shah yang aku akan cuba berubah...ujar lelaki itu sambil mula tersenyum..
"baiklah...aku akan bagi kau peluang kedua Ril.....tapi sebelum tu aku nak kau hubungi partner kau yang di kalkutta untuk kembalikan 30 orang anak gadis yang kau dah berjaya Jual bulan lepas tu semua kembali kepada ibu bapa mereka semula boleh...?
"kalau kau boleh buat benda yang aku suruh ni ,aku akan lepaskan kau pergi dengan rela hati aku Ril ,
aku janji ....balas Shahrul dengan harapan Shahril mampu menunaikan hasratnya itu...
Shahril mengelengkan kepalanya beberapa Kali ...
"Sorry Shah....I'm so sorry
selain dari itu mungkin aku boleh dapatkan untuk kau , tapi kalau soal 30 orang anak gadis tu aku mintak maaf Shah ...aku tak boleh nak tunaikan permintaan kau ni...
air mata mula berlinangan dikelopak mata Shahrul ....wajah kembarnya itu ditatap dengan penuh rasa kecewanya..
" kenapa.... kenapa kau tak boleh nak dapatkan 30 orang anak gadis tu semula kenapa ye Ril.. bukan ke kau boleh contact partner kau tu..?
soal Shahrul lagi meskipun lelaki itu sudah pun mengetahui jawapan yang bakal dijawab oleh kembarnya itu..
"Shah ..kau pun dah tahukan jawapannya..
mana -mana anak gadis sekali pun kalau dah masuk ke negara kalkutta jawapannya simple...mereka tak kan pernah dapat menemui jalan pulang semula ...balas Shahril dengan wajahnya yang agak sedikit tertunduk..
dengan sebaknya Shahrul meraup wajahnya dengan tapak tanganya...air mata dipipinya itu sempat juga disapu dengan lembutnya ..
" Ril...aku nak Tanya soalan terakhir dekat kau Ril...Dan please sebagai kembar aku ,aku nak kau jawab dengan jujur boleh...
Shahril menganggukan kepalanya tanda setuju dengan apa jua soalan yang bakal disoal oleh kembarnya itu..
"pernah tak Ril...sekali je .... ?
"dalam hati kau walaupun sekumit, pernah tak engkau rasa menyesal sebab dah hantar 30 orang anak gadis tu ke negara kalkutta sebelum ni...soal Shahrul dengan harapan Shahril akan menyesal dengan perbuatannya itu...
" Shah...aku tahu kau tak suka orang menipukan jadi aku akan jujur dengan kau , sebenarnya bukan 30 orang anak gadis je yang pernah aku hantar sebelum ni,tapi lebih daripada tu..sebab tulah nama gelaran aku Aryaan...King Aryaan..Dan aku tak tahu menahu pun nama gelaran kau pun king di Chennai.
jelas Shahril dengan jujurnya....
"Astagfirullahalazim...(3kali)
Shahrul mula mengucap dengan mengunakan kalimah Allah secara perlahan.. sebelum kembali menyoal kembarnya itu semula..
" Rill...aku nak Tanya soalan terakhir dekat kau ni ,selain dari kau Ril ... ada tak geng kau yang lain berani hantar anak gadis-gadis ni semua ke negara kalkutta.soalnya lagi dengan sebaknya .
"tak...sebab bisnes ni hanya aku yang mampu selesaikannya...balas Shahril dengan yakinnya..
are you sure Ril....
hanya engkau sahaja yang mampu lakukan bisnes ni...
soalnya lagi demi kepastiaan..
"yes very sure..
balas Shahril singkat...
Shahrul terdiam seketika dikumpulnya semua tenaga sebelum kembali bersuara kearah kembarnya itu...
" Shahril...aku nak ucapkan Terima kasih sangat -sangat dekat kau atas hadiah yang engkau berikan pada aku Selama ni Ril...
aku sangat hargainya dengan kewujudan Hani..aku janji akan jaga Hani selamanya seperti putri kandung aku sendiri tanpa dia tahu akan adanya kewujudan kau Ril...
"wey Shah..engkau cakap apa ni...aku kan dah jujur dengan engkau tak kan kau nak bunuh aku lagi kot soal Shahril dengan gelabahnya...
" sorry Ril ..aku terpaksa bunuh kau...kerana Aku hanya jalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh semua ibu bapa yang berada disemua negara yang anak mereka kau culik Dan hantar ke luar negara tanpa adanya jalan pulang.....
"Shah....janganlah macam ni Shah...
Shah aku takutlah Shah...
Shah...aku janji aku akan berubah Shah..
Shah...tolonglah aku Shah ,jangan kejam macam ni dengan aku Shah....
Air mata yang Cuba disekanya itu kembali menitis...
Shahrul segera memalingkan wajahnya tanpa melihat wajah Shahril buat Kali terakhir...
"Kill him......?
sebaik sahaja arahan Shahrul dikeluarkan setiap pelosok gudang usang itu mula melepaskan tembakan kearah kembarnya itu..
suara jeritan milik Shahril hanya mampu didengari olehnya, tanpa kembali menoleh kearah Shahril
Shahrul mula melangkah keluar dari gudang tersebut..
"kau janji dengan aku yang kau akan berubah Ril ..tapi kenapa kau sanggup upah orang untuk bunuh Hani Dan Fiyah sepanjang perjalanan dia orang berdua ke hospital tadi,Hani tu anak kau Ril....anak kau tapi engkau tak pernah hargai dia seperti putri kandung yang selayaknya..why Ril....why....
bisiknya didalam hati dengan penuh rasa kesalnya ..
segala pengurusan jenazah arwah Shahril telah diuruskan sepenuhnya oleh Shahrul dengan sempurna ,
sebelum jenazah kembarnya itu masuk kedalam liang lahad sempat juga Shahrul memandang wajah kembarnya buat Kali terakhir...
air mata yang mula jatuh dipipinya itu segera dihapusnya...
sebelum menaburkan sedikit tanah ketubuh kembarnya itu...
" Ril....aku harap sangat engkau tenang di alam sana Ril ....
"Dan Aku janji dengan engkau Ril... walaupun engkau tak pernah hargai Hani putri kandung engkau sendiri..aku akan pastikan Hani datang mengunjungi rumah Baru kau ni bila ada kelapangan nanti insya Allah . bisiknya dihati....
"Aku hanyalah manusia biasa, tapi hatiku sering Kali terluka dek sikap segelintir manusia yang tak tahu menghargai ..
Share this novel