Datin Alifah menuang air kopi ke dalam cawan suaminya . Dia menyendukkan mee goreng buatannya pada pinggan suaminya .
Datuk Abdul Hadi yang baru turun dengan tangan kirinya memegang kot dan briefcasenya dari tingkat atas terus ke meja makan .
"Selamat pagi abang" tutur Datin Alifah ceria . Dia duduk di kerusi bersebelahan suaminya .
"Selamat pagi sayang" Senyum Datuk Abdul Hadi lalu menyisip air kopinya lalu meletakkan ke atas piringnya semula . Matanya meliar mencari kelibat anak daranya .
"Mana Ann , sayang ?" berkerut dahi Datuk Abdul Hadi . Selalunya anaknya dah ada dah di meja makan .
"Tak turun lagi . Kejap lagi turun la tu" Datin Alifah menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya .
"Aik ? Dia tak kerja ke ?" soal Datuk Abdul Hadi pelik .
"Tak abang . Ann semalam demam dengan sakit kepala tu yang saya suruh dia cuti . Kalau ikutkan dia tu mana nak cuti . Sibuk dengan kerjanya" Datin Alifah mencebik . Tahu dah perangai Ann tu . Degil .
"Ohh..patutlah semalam dia tak pergi kerja . Ni awak dah bawak dia pergi klinik ke belum ?"
"Tak . Saya puas dah ajak dia pergi klinik tapi taknaknya dia . Tapi saya dah bagilah dia makan panadol . Rasanya dah kebah sikit tu"
"Morning walid ,ummi" tutur Ann ceria yang tiba-tiba muncul . Dia mencium pipi umi dan walidnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah walidnya dan menyendukkan mee goreng .
"Anak walid ni , dah baik belum demam tu ?" soal Datuk Abdul Hadi risau sambil meletakkan tangannya di dahi anaknya .
"Dah walid . Esok Ann dah boleh pergi kerja dah" Ann mengerling sekilas ke arah umminya . Mesti umminya marah dia pergi kerja esok .
"Awak tu dah sihat betul ke belum ? Nanti sakit kepala lagi" ujar Datin Alifah bersama riak mukanya yang risau .
"Dah ummi . Ann dah ok dah ni . Esok boleh masuk kerja dah . Kesian Ashraf sorang-sorang handle office tu takde Ann" tutur Ann sungguh-sungguh untuk meyakinkan umminya .
"Ha cakap pasal Ashraf . Ni bila Ann nak kenalkan umi dengan walid dengan calon suami Ann ? Umi masih menunggu tau ni" senyum lebar Datin Alifah bila bercakap perihal itu . Tak sabar nak dapat menantu !
Tersentak Ann tatkala mendengar soalan uminya itu . Aduh ! Uminya ingat lagi soal ni .
"Err...in sya Allah umi , hujung minggu ni Ann bawak bakal menantu umi balik rumah jumpa umi dengan walid" Ann senyum segaris pada umi dan walidnya . Huh ! Taktaula apa yang jadi hujung minggu ni .
Serentak Umi dan Walidnya berpandangan sesama sendiri . Biar betul apa yang anak mereka cakap ?
"B..betul ke ni Ann ? Ann nak bawak dia datang hujung minggu ni ?" Soal Uminya untuk dapatkan kepastian dari apa yang Ann cakapkan barusan tadi .
"Betul umi ." Ann mengorak senyum ikhlas pada uminya . Muka uminya nampak ceria benar bila dia memberitahu untuk bawa calon menantunya jumpa mereka berdua .
"Tak sabar Walid nak jumpa siapa bakal menantu walid ni ." Walidnya menggosok perlahan kepala Ann . Sungguh dia sayang akan puteri-puterinya . Semoga bakal menantunya boleh menjaga jantung hatinya ini dengan baik .
Ann hanya tersenyum hambar . Tidak tau apa yang harus dirasakan tika ini . Dia cintakah pada Ashraf ? Sungguh dia keliru dengan hatinya . Dia hanya mengikut sahaja kata hatinya untuk mengahwini Ashraf . Sedangkan dia masih mencintai Aariz . Ahh ! kusut .
••••••••••••••
AndaraAshraf & Partners - Peguam Syarie counsel .
Rita mengorak langkah untuk menuju ke bilik Ashraf dengan membawa mug berisi air Nesacafe . Dengan lenggang-lenggok menggodanya dia berjalan . Saja untuk menarik perhatian !
Sesampai sahaja di hadapan pintu bilik Ashraf dia mengetuk pintu dan masuk setelah mendengar Ashraf memberi keizinan untuk masuk . Dengan lenggok mengodanya dia masuk dan meletakkan mug itu ke atas meja Ashraf .
Ashraf menjongkit kening .
"Kenapa you yang hantar air ni ? I mintak mak biah yang hantarkan ." tutur Ashraf serius tanpa mengalihkan pandangannya dari laptopnya .
"Mak biah sibuk ada kerja sikit . Jadi i dengan rela hati hantar air ni untuk Encik Ashraf" Rita senyum menggoda . Dia yang mengenakan skirt pendek separas peha berwarna hitam dan baju kemeja warna merah yang fit tidak ada rasa malu dengan keadaannya tika ini . Singkat semuanya !
"Ohh..you dah tukar kerja ke ? Jadi tea lady dah sekarang ? Buat part time ke ?" tutur Ashraf sinis .
"boleh je kalau i jadi tea lady personal untuk Encik Ashraf sorang" Rita senyum menggoda dan tidak heran dengan sindiran Ashraf . Lagi Ashraf jual mahal lagi dia suka !
Ashraf yang sudah hilang rasa sabar terus menikam wajah Rita dengan pandangannya yang tajam .
"You takde rasa malu ke dengan i ? I ni Boss you tau tak ? Ni office bukan club . Jangan pakai lagi macam ni lepas ni . This is my last warning"
"Kenapa Encik Ashraf tak suka ke i pakai macam ni ? Ok apa . Cantik right ?" Rita memusingkan badannya 360darjah . Saja untuk menggoda Ashraf . Dia langsung tidak takut dengan ugutan Ashraf .
"You keluar sekarang dari bilik i . Sebelum i heret you keluar" Ashraf sudah hilang sabar dengan Rita yang sibuk menggodanya ni .
Rita menghampiri Ashraf dan memegang tali leher Ashraf berpura-pura untuk membetulkannya .
"You keluar sekarang Rita . You dah gila ke ?" Naik seoktaf suara Ashraf . Dia menepis tangan Rita dan bangun terus meluru ke pintu dan membuka untuk menghalau Rita keluar .
"You keluar sekarang . Jangan sampai i hilang sabar !" naik turun nafas Ashraf menahan marah yang semakin membuak-buak . Nasib takde siapa dekat office time lunch hour ni . Kalau tak dah kecoh dah .
"Jangan marah sangat Encik Ashraf . Nanti tak hensem" Rita mahu memegang muka Ashraf tapi laju ditepis olehnya .
"Get out !" jerkah Ashraf . Marahnya dah sampai tahap maksimum dah ni . Giginya diketap dan rahangnya bergerak-gerak menahan marah .
Rita terus mengorak langkah keluar dari bilik Ashraf dengan wajah tidak bersalahnya .
Ashraf duduk semula di kerusinya dan menyandar kepala pada kerusi . Sakit kepalanya dengan kejadian tadi !
•••••••••••••••
Natasha melabuhkan duduknya di sebelah Aireena . Dia merenung muka Aireena dan tersenyum kecil sambil menggeleng kepalanya perlahan .
Aireena yang perasan akan perlakuan Natasha terus menjongkit kening .
"You kenapa ? Gila ke babe ? Tersengih sorang-sorang . Ada apa-apa ke ni ?" Aireena senyum senget . Dia terus mengalihkan pandangannya ke wajah Natasha . Siaran tv sudah tidak diendahkan .
"I yang sepatutnya tanya you ada apa-apa ke nak share dengan i" Natasha juga senyum lebar . Seakan ada makna disebalik senyuman itu.
"N..nothing. Takde apa pun" Tergagap-gagap Aireena menjawab . Muka Aireena sudah cuak dengan soalan Natasha . Aduh ! Jangan cakap natasha nampak dia dengan Aamir dekat cafe haritu .
"You ada apa-apa eh dengan mamat yang langgar you haritu ?" Natasha menuding jari telunjuk nya di hadapan wajah Aireena .
"M..mana..a..ada . I tak ada apa-apalah dengan dia . Mandai je you ni Nat" nafi Aireena bersama senyum palsu . Kalau Natasha tahu habislah aku !
"Eleh tak nak mengaku eh . You ingat i tak nampak ke you dekat cafe haritu ? Bukan main eh cik Aireena kita ni tersengih-sengih macam orang nak terkoyak dah mulut tu.." Natasha tersenyum mengejek . Haritu tak suka sangat dengan 'mamat' tu . Tup-tup boleh keluar sama . Suka la tu !
Mata Aireena membulat tatkala Natasha nampak yang dia dengan Aamir date di Cafe haritu . Habislah aku ! Haritu tak suka sangat dengan si Aamir tu. Lepastu tiba-tiba keluar pulak . Habislah kena bahan dengan Natasha .
"Sebenarnya kan babe , i....dengan dia dah...kawan dah pun" tutur Aireena takut-takut . Mesti Natasha terkejut .
"Whatttt !" Jerit Natasha .
Aireena yang tahu Natasha akan menjerit terus tersenyum kekok .
"Sorry la babe , i tak bagitahu you . Semuanya jadi terlalu cepat"
"I seriusly tak percaya yang you Aireena Zahrah perempuan yang tak suka berkawan dengan lelaki boleh berkawan baik dengan lelaki . I tak percaya !" Muka natasha masih lagi terkejut . Hm pelik selalunya aireena akan tolak kalau lelaki nak kawan dengan dia . Ni boleh pulak Aireena kawan . Pelik , pelik !
"entahlah babe . I rasa yang dia ikhlas nak berkawan dengan i . Lepastu i rasa sesuatu yang i tak pernah rasa sebelum ni" jujur Aireena . Dia tersenyum sendiri sambil melabuhkan kepalanya di bahu Natasha .
"You rasa apa ?" Soal Natasha hairan .
"I rasa yang..i dah jatuh cinta !"
"What ? You biar betul reen ? Baru beberapa kali jumpa you dah jatuh cinta dengan dia ? Like seriously ?" Tutur Natasha tidak percaya .
"Yes . Hati i kuat mengatakan yang Aamir tu jodoh i . In sya Allah"
"Who's Aamir ? The guy that terlanggar you haritu ke ?"
"Yup . Her name is Abdul Aamir" senyum Aireena apabila sebaris nama yang dicintainya itu disebut . Sah dah angau !
"I doakan you dengan dia ada jodoh . Tapi you jangan letak harapan tinggi sangat pada dia , takut nanti you kecewa ok babe ?" Natasha menggosok perlahan lengan Aireena. Dia sayang pada Aireena seperti adiknya sendiri .
"Thanks Nat . Ameen" Aireen senyum lebar .
•••••••••••••
Di Rumah Aamir .
Aamir yang sedang baring di atas katilnya . Tangan diletakkan atas dahinya . Fikirannya melayang kepada 'seseorang' .
Dia akui yang dia sudah terjatuh hati pada Aireena Zahrah . Sungguh hatinya tidak dapat menafikan lagi . Ini kali pertama dia jatuh cinta . Sebelum ini perempuan yang selalu mendambakan cintanya tapi sekarang dia yang mendambakan cinta perempuan yang dia sudah cintai . Ah ! Dia amat cinta pada Aireena .
'Aku akan bagitahu kau pada masa yang tepat . Just wait my Aireena Zahrah' desis hati kecilnya. Dia tersenyum sendirian .
••••••••••••••••
Ann yang baring di atas katil mula rasa bosan . Sudah dua hari dia tidak datang kerja . Uminya menyuruh dia berehat di rumah . Jadi terpaksalah dia menuruti . Kalau tidak kenalah mendengar uminya itu membebel . Tapi Ann tidak rasa rimas kerana dia tahu uminya sayangkan dia . Jadi nak taknak ikutkan saja.
Dia bangun dan menyandar pada katil . Iphone 12 miliknya dicapai . Dia meng'unlock' dan jarinya laju menekan apps 'whatsup' . Dia menekan pada contact Ashraf .
Ann : Salam Ash . You busy ke ? I ada benda nak cakap .
Dia menaip dan menghantar . Tidak sampai beberapa minit Ashraf membalas . Ann tersenyum sendiri .
Ashraf : Wasalam Ann . Im not busy now . What do you want to talk about ? Im hear :) .
Ann : I dah bagitahu umi dan walid i nak bawak calon menantu dia datang hujung minggu ni . Are you ok with that ? Ke you ada apa-apa hujung minggu ni ? .
Ashraf : Really ? Im ok with that . Hujung minggu ni i datang . Tunggu ok sayang ;) .
Ann tersenyum segaris .
Ann : Ok . Bye Assalamualaikum .
Ashraf : Bye sweetheart . Wait for me . Anything i'll inform you ok .
Ann menutup Iphone 12 nya dan diletakkan di tepi meja katilnya . Dia termenung sendirian .
'Ya Allah jika Ashraf adalah jodohku kau permudahkanlah ya Allah' desis hati kecilnya .
****************
BERSAMBUNG......
heppi reading guyss... sorry sebab dah lama tak update . staysafe.stayhealthy.
Share this novel