LLYB BAB 7

Romance Series 8481

Ashraf termenung memikirkan soal rancangan kahwinnya dengan Ann . Taktau apa yang perlu difikirkan sekarang ni . Dia memang mencintai Ann . Tapi Ann cintakah pada dia ? Keliru dirasakan tika ini . Dahinya berkerut memikirkan soal ini .

Bahunya ditepuk dari belakang . Dia menoleh sekilas . Aiman tersengih seperti kerang busuk .

"Termenung jauh nampak . Teringat awek ke tu bro ?" Tegur aiman . Dia melabuhkan punggungnya sebelah aiman .

"Banyak la kau . Awek pun takde " jawab ashraf senada .

"Dah tu kau fikir apa ? Dari tadi aku tengok kau termenung . Lepastu muka tu berkerut je "

"Takde apalah " ashraf cuba berdalih .

"Cerita la dekat aku kalau kau ada masalah . Atleast kurang la sikit masalah yang kau tanggung bila kau cerita dekat aku "

"Pasal Ann " ucap ashraf ringkas . Mata nya masih lagi tertumpu pada skrin tv . Rancangan yang disiarkan langsung tak menarik minatnya .

"Ann ? Kenapa dengan Ann? Ada masalah ke dengan dia ?" Soal aiman . Berkerut dahinya menuturkan soalannya .

"Aku nak kahwin dengan dia " tutur ahsraf tanpa nada .

"Ohh...kahwin rupanya "
Jawab aiman tanpa mencerna ayat yang barusan dikatakan oleh ashraf tadi .

"Ehhhhhh..kejap kahwin ? Kau biar betul ?" Membulat mata aiman tatkala sedar apa yang ashraf kata tadi .

"Iye encik aiman " ashraf senyum segaris . Tahu dah aiman mesti terkejut .

"Aku betul-betul tak percaya . Kau ni biar betul ash . Jangan dibuat main benda kahwin-kahwin ni "

"Iya la . Buat apa aku nak tipu . Takde faedahnya pun kalau aku tipu . Bukan dapat apa ."

"Tapi kenapa tiba-tiba je ?" soal aiman curiga . Jangan-jangan....

"Ha kau jangan nak fikir bukan-bukan eh . Aku tak buat benda tak senonoh tu " tegas ashraf .

"Takdela cuma pelik . Macam tiba-tiba je ."

"Cuba cerita dekat aku benda yang  sebenarnya ." Kata aiman lagi . Rasa curiga dihatinya masih lagi bersisa .

"Parents Ann nakkan ann kahwin . Tapi ann takda boyfriend . So , aku lah yang kena tolong dia ." Tutur aiman tenang . Sikit-sikit rasa beban masalah yang ditanggunya tadi mulai hilang .

"Tolong macam mana ? Menyamar jadi boyfriend dia atau kena kahwin ?" soal aiman yang penuh dengan tanda tanya .

"Kahwin dengan dia ." tutur ashraf tanpa nada . Bila bercakap soal itu hilang terus moodnya . Dia pun taktahu kenapa .

"Oh . Ok la tu . Bukan ke kau dah lama suka dekat Ann . Patutnya kau happy . Ni tak muka macam ayam berak kapur je ."

Ashraf menjeling tajam ke arah aiman .

"Memang la aku suka dekat dia . Tapi dia tu suka ke dekat aku ?"

"Itu ke yang kau fikir sekarang ni ?Ash ,  Kalau dia tak suka kau takdanya dia setuju nak kahwin dengan kau ." tutur aiman untuk meyakinkan ashraf .

Ashraf diam . Otaknya ligat memikirkan apa yang dikatakan oleh aiman tadi . Betul jugak ? Kalau dia tak suka aku dia tak kan setuju kahwin dengan aku .

Jeda .

Masing-masing diam .
Aiman memikirkan sesuatu . Beberapa minit selepas itu dia bersuara untuk memecahkan kesunyian .

"Aku ada idea . Apa kata kau tanya ann apa perasan dia pada kau . Kau akan dapat jawapannya . Takdela muka tu macam ayam tengah mengeram ." tutur aiman dan ayatnya yang last saja untuk mengusik ashraf . Member broken rupanya !

"Amboi...sedap kau je cakap muka aku macam ayam tengah mengeram ." tutur aiman menahan geram .

"Sama wehh..hahahaha" mengekek aiman ketawakan ashraf . Pertama kali dia tengok kawannya tu seperti orang  putus cinta .

Ashraf menjeling geram .

"Malu la man nak tanya ann macam tu . Aku rasa dia anggap aku tak lebih dari seorang kawan ." aiman menayangkan wajah sedih .

Aiman mengetuk kepala ashraf .

"Aduhh..sakit la gila..." tutur ashraf menahan sakit .

"Kau ni kang kalau aku cakap bodoh kau marah..tapi memang bodoh pun . Kau tanya pun tak lagi dah buat kesimpulan sendiri ." marah aiman .

"Tapi dia tak pernah cakap tentang perasaan dia pada aku pun . Maknanya dia memang anggap aku kawan je la "

"Tanya dulu . Baru kau tau . Dah aku nak keluar ni " aiman bangun dari duduknya dan mengambil kunci di peti .

"Kau nak pergi mana pulak tu woi ?"

"Keluar la pergi makan . Naik kebulur dah perut aku ni dengar cerita kau . Nak join ?"

"Boleh jugak . Aku pun tak makan lagi ni " tutur ashraf . Perutnya minta diisi dari petang tadi lagi tapi dia tidak sempat untuk makan . Kerja banyak .

"Hebat jugak penangan ann eh sampai tak makan kau " usik aiman .

Ashraf menjeling tajam . Eh ada yang kena buku lima kejap lagi ni .

"Dah la jom lambat pulak nanti kedai makan tutup . Kebulur aku sampai ke pagi ."

Aamir menyelak buku yang berada di tangannya . Dia memang suka mengabiskan masa di perpustakaan kalau ada masa terluang . Kawan-kawannya juga sudah sedia maklum tentang tu . Mat buku !

Aamir tekun membaca buku yang berada di tangannya . Sesekali matanya meliar ke sekeliling ruangan itu . Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang . Macam kenal ? Miss kepochi ?

Aamir menghampiri gadis itu dari arah belakang . Gadis itu tidak menyedari kehadirannya . Gadis itu juga sedang membaca buku dengan khusyuk sekali sampai tak sedar ada orang di belakangnya .

Aireena yang terasa seperti ada seseorang di belakangnya terus menoleh ke belakang . Alangkah terkejutnya dia bila ada orang di belakangnya . Dekat pulak tu !

"Oh mak kau !" melatah aireena . Terkejut punya pasal .

Aamir menutup mulut aireena . Kuat sungguh suara perempuan tu . Orang yang berada di ruangan itu tunak memandang ke arah mereka .

"Shhh..jangan la jerit . Orang dengar " bisik aamir yang masih lagi tidak melepaskan tangannya dari menutup mulut aireena .

"Ish..tak payahlah pegang orang . Suka hati je ." aireena menepis tangan aamir . Suka-suka kau je pegang aku !

"Sorry ." Ucap aamir yang sedar akan perbuatannya yang suka-suka hati je pegang anak dara orang .

"Ha buat apa dekat sini ? Intip orang ?" Soal aireena . Keningnya dinaikkan sebelah .

"Eh sorry sikit eh . Dah datang perpustakaan buat apa lagi ? Baca buku la . Apa ingat perpustakaan ni awak punya ke ." Sindir aamir pedas . Hah ! Nak sindir orang sangat kan . Rasakan !

Aireena menahan geram . Mamat ni memang suka cari pasal dengan aku .

"Dah tu macam mana awak boleh ada belakang saya ? Dekat pulak tu . Memang mengintip saya la kan ?" soal aireena tegas . Kecik besar saja lelaki yang ada di depannya sekarang ni .

"Saya nampak awak baca buku dekat sini tadi . Ingatkan datang nak tegur . Tapi bila dah macam ni menyesal pun ada ." selamba aamir menutur kata . Saja nak sakitkan hati miss kepochi ni . Baru kau tau siapa aamir ni . Huh !

Aireena menjeling aamir tajam .

"Lainkali tak payah tegur . Buat je taktau . Kalau datang tegur nak sakitkan hati orang baik tak payah " bidas aireena pedas . Mukanya merah menahan marah tika ini .

Aamir terkedu . Sebenarnya dia datang nak minta maaf . Boleh jadi lain pulak .

"Sorry ok saya tak sengaja nak sakitkan hati awak ." aamir berkata perlahan .

Aireena menoleh sekilas muka lelaki di sebelahnya ini .

"Pardon ? Apa awak cakap tadi ? Saya tak dengar . Ke saya salah dengar " saja aireena bertanya padahal dia dengar aja apa yang aamir cakap .

"I'm sorry . I tak patut marah you haritu . Memang salah i . Forgive me ?" Pinta aamir bersama senyuman segaris . Dia tau yang aireena sengaja bertanya lagi .

Aireena terdiam . Terpegun dengan senyuman yang dipamerkan tadi . Lelaki di depannya ni betul-betul ikhlas minta maaf padanya .

"Ok i maafkan you . But with one condition " tutur aireena bersama muka yang masih lagi dingin . Saja taknak lelaki ni mempermainkannya .

"What is it ?" berkerut dahi aamir . Main syarat-syarat pulak dah .

"Belanja i coffee yang you terlanggar haritu ." aireena senyum segaris .

Aamir seakan terpegun bila melihat aireena senyum . Cantik ! Pertama kali wanita ni senyum padanya . Masa jumpa mula-mula pun muka marah je .

Aamir berdehem untuk menghilangkan rasa nervousnya .

"Err..ok no problem . Anything for you " aamir senyum lebar .

"Ok let's go " aireena bangun dan mengemaskan buku-bukunya . Begnya disandang di bahu .

"Kejap you..." aamir menahan aireena yang hendak berlalu pergi tu .

"Yes..?" Aireena berkerut dahi melihat lelaki di hadapannya ini .

"Apa nama you ? Haritu tak sempat nak tanya ." Aamir menggaru kepalanya yang tak gatal . Aamir sejak bila kau sopan ni ? Ish .

"Oh . Nama i Aireena Zahrah . Just call me aireena . And you ?" Aireena senyum segaris .

"Abdul Aamir . Just call me aamir ." Aamir juga tersenyum pada aireena .

"Oh ok . Nice to meet you aamir ." Aireena menghulur tangannya pada aamir .

Aamir menyambut huluran tangan aireena .
"Nice to meet you to aireena ."

"Ok so i tunggu you dekat cafe ok ." soal aireena .

"Sure . I datang kejap lagi . Nak kemas beg dulu and then i'll go to you ." Jawab aamir dengan senyuman yang tak lekang lagi dari bibirnya . Nasib tak koyak je mulut tu !

"Ok . Bye " aireena senyum dan berlalu pergi .

"Bye" tuturnya perlahan .

Aamir tersenyum keseorangan . Sah dia sudah angau dengan aireena . Tulah dulu tak suka sangat . Sekarang dah kenal , pandang pun tak nak lepas .

BERSAMBUNG..........

Sorry guys dahlama tak updatee....Esok saya janji akan update ya... syg korang....stay safe....enjoy reading... Boleh follow i untuk dapatkan notification tiap kali i update . Boleh juga follow ig untuk dapat update drpd i....tq . ig : author_sn

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience