Tepat jam satu tengah hari , aku mula mengemas-ngemas fail di atas meja , pen aku masukkan semula ke dalam bekasnya dan fail aku susun kemas . Kang lambat nanti tak pasal-pasal kena bebel dengan mamat tu . Erk malas aku nak mendengarnya .
Aku menyangkut Beg Channel pada bahuku , lalu bangun dan membetulkan bajuku yang berkedut setelah lama duduk di atas kerusi .
Aku berjalan menghampiri pintu , dan memulas tombol pintu lalu keluar dan menutup semula pintu .
Aku menghampiri meja Hana untuk memberitahunya aku hendak keluar lunch bersama Ashraf . Sempat budak tu menyakat aku dengan memesan , "jangan jatuh hati pulak ya...lunch-lunch juga...hihi.." katanya diselangi tawa besar . Setelah itu aku berjalan menuju ke bilik Ashraf . Dari luar biliknya aku lihat dia sedang mengemas fail yang digunakannya , dan bersedia untuk keluar .
Aku mengetuk pintunya dari luar . Dan beberapa saat itu , terpacul wajahnya bersama segaris senyuman yang dihadiahkan buatku . Dah macam pasangan kekasih la pulak kitaorang ni ek .
"Aku baru nak panggil kau tadi...ingatkan dah lupa nak lunch dengan kita..." kataku bersama muka yang masam .
Dia tersengih , "eh , mana boleh lupa lunch dengan buah hati pengarang jantung ni.." katanya berserta sengihan yang lebar .
Aku mencebik . Dia tersenyum lalu menggeleng perlahan kepalanya .
Kami keluar dari office dan berlalu ke lif untuk turun .
**********************************
Ashraf menghentikan kereta di hadapan Cafe , Padi House . Aku dan dia turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam cafe itu .
Kami memilih tempat yang agak tersembunyi di Cafe tu . Pelayan cafe itu kemudian menghampiri kami dan mengambil pesanan yang kami hendak makan . Setelah itu , dia beredar meninggalkan meja setelah mengambil pesanan kami .
"Ann , kau ada jumpa Aariz tak ? " soal suara garau itu . Aku yang sedang bermain dengan telefon terus mengangkat muka memandangnya . Dahiku berkerut seribu , cuba mencerna apa yang ditanya .
"Kenapa kau tanya ? Kau jumpa dia ke..? "
Balasku laju .
"Tak la , aku tak jumpa dia pun . Aku tanya kau manala tau dia ada jumpa kau lepas kejadian 5 tahun lepas untuk nak minta maaf dengan kau " tuturnya tenang .
" dia tu nak minta maaf dekat aku ? Haram la weh . Lepas kejadian tu pun dia macam rasa tak bersalah je . Sepatah kata maaf pun tak keluar dari mulut dia ." Kataku beserta muka yang tegang apabila bercakap soal'nya' . Rasa luka pada hati ni masih bersisa . Amarah terhadapnya pun masih belum berkurang apabila mengingat kembali kejadian 5 tahun lepas .
Terbantut sebentar perbualan kami , tatkala pelayan itu menghantar hidangan yang dipesan oleh kami tadi . Aku mengucapkan terima kasih .
" Kiranya lepas kejadian tu , dia tak de jumpa kau untuk perbetulkan keadaan . Atleast Say apologise to you for what has happened ." Soalnya dengan kerutan yang terbit di dahi .
Aku menyisip air tembikai . Lalu meletakkan gelas kembali ke atas meja . "Minta maaf pun tak , apalagi nak jump.Dia hilangkan diri macamtu je , langsung takde rasa sekelumit pun rasa bersalah dekat aku " ucapku .
"Dahlah Ash , tak payah cakap pasal dia la , marah aku ni tak hilang lagi pada kejadian lepas . Silap besar aku kenal dia . " tuturku keras . Aku menyambung lagi .
"Sorry Ann , Aku tak berniat nak bangkitkan hal lama..aku...."
Baru sahaja Ashraf hendak berkata , laju aku memotong , "No need to say sorry . Except aku yang kena berterima kasih banyak dekat kau , sebab hadir dalam hidupk aku pada waktu yang tepat dan menjadi pembimbing untuk aku saat aku terkapai-kapai mencari arah tujuan hidup"
Tuturku ikhlas . Aku tersenyum segaris padanya .
"Ann , tak perlu nak berterima kasih banyak kali , apa yang aku buat pada kau , aku ikhlas tolong sebagai saudara sesama islam . Menolong saudaranya sendiri . Walaupun kau takde pertalian darah dengan aku . Tapi kita kan tetap saudara sesama islam ." Ujarnya beserta senyuman manis . Aku boleh nampak keikhlasan pada matanya saat menutur kata-katanya . Aku tersenyum .
"Tambahan , kau dah jadi orang terpenting dalam hidup aku selain ibubapa aku...." katanya lagi bersama senyuman yang dipamerkan kepada aku . Aku cuba mengadam kata-katanya . Orang penting ? Adakah dia menganggap aku lebih dari seorang kawan ?
Dia bangun dan menuju ke kaunter untuk membayar . Aku ditinggalkan terpinga-pinga bersama kenyataan yang diucapkan sebentar tadi pada aku . Aku cuba menyelongkar maknanya di sebalik ayat yang diucapkan sebentar tadi , apa maksud dia ?
Kami berlalu keluar dari cafe dan masuk ke dalam kereta . Kereta pun bergerak keluar dari perkarangan cafe dan menuju ke pejabat semula . Lunchour dah habis . Ni semua gara-gara soalan dia tadi tu . Haih .
********************************
Tiba di Pejabat .
Aku dan Ashraf beriringan masuk ke dalam pejabat . Suasana pejabat kelihatan tenang sehinggalah......
Sotong kurita tu muncul di hadapan kami . Siapa lagi kalau bukan Rita bajet tu . Ei menyampah aku . Sabar Ann sabar . Kau kan dilahirkan penyabar . Ceh .
"Eh Cik Ashraf , keluar dengan Cik Ann tadi pergi mana ? Soalnya bersama nada suara manja yang cuba di lunak-lunakkan .
Tanya lagi pergi mana . Lunch our kan . Pergi makan la takkan nak hadap muka kau pulak . Macam la aku tak tahu , mesti kau dah tanya Hana mana Cik Ashraf pergi . Eiii . Sabar Ann sabar .
"Saya pergi lunch dengan Ann..."ucap Ashraf ringkas bersama segaris senyuman .
Yang dia ni pun satu , takkan dia tak perasan yang Minah ni nak try dia . Heih la Ashraf oi , masih lagi sama dengan perangai dia yang suka sangka baik pada orang . Tak salah sangka baik , cumanya kalau dengan manusia yang bernama Rita , bawak-bawaklah sangka buruk .
"Pergi dengan cik Ann ke....?" Tuturnya dan menjeling aku yang berdiri di sebelah Ashraf .
Aku diam tak berkutik . Malas nak bergaduh hal remeh-temeh ni . Not my class . Ceh ! . Aku membiarkan Ashraf saja yang membalas .
Ashraf yang melihat wajah Rita yang menjeling pada Ann terus membuka mulut , "haah....kenapa ? Salah ke saya keluar dengan Cik Ann ? " katanya bersama kerutan yang terbit di dahi .
"Eh , tak la Cik Ashraf...bukan itu maksud saya.....saya.."
Sebaik sahaja Rita hendak menyambung ucapannya , Ashraf laju memotong , "dengan siapa saya nak keluar itu bukan masalah awak dan saya ada hak untuk keluar dengan sesiapa saja...u have anything problem with that ? Soalnya panjang lebar bersama muka yang tegang dipamer pada Rita . Dia cukup pantang kalau orang sibuk hal dirinya . Nak-nak lagi melibatkan Ann . Dicari orang yang sakitkan hati Ann tu .
Berubah terus wajah Rita apabila melihat wajah tegang milik Ashraf . Suka la perempuan tu ada orang backup dia . Tunggu kau perempuan aku tak kan lepaskan Ashraf desisnya dalam hati .
"Sorry cik Ashraf..."katanya lalu menudukkan wajahnya memandang karpet di bawah .
"Lainkali jangan masuk campur hal peribadi orang , dahla saya masuk bilik dulu , Ann aku buat kerja dulu " ucapnya pada Ann lalu menghadiahkan senyuman . Surut terus marahnya apabila melihat muka Ann yang redup itu .
Aku menganggukkkan kepala seraya tersenyum hambar . Aku menghantar pandangannya ke dalam bilik . Apabila dia sudah masuk ke dalam bilik , aku hendak mengangkat kaki untuk menuju ke bilik .
Lenganku dipegang kejap oleh Rita . La , tak bla lagi sotong kurita ni lepas kena sound tegak dengan Si Ashraf tadi .
"Aku akan pastikan Cik Ashraf jadi milik aku , kalau aku tak dapat dia takde orang lain dapat dia " tuturnya keras padaku .
Dia beredar meninggalkanku disitu . Aku hairan , dia ni psiko ke sebenarnya . Dia punya cakap macam pembunuh bersiri dah gayanya . Heih kau ni Ann kesitu pulak fikirnya . Buatnya dia nak bunuh kau , tak cukup tanah kau berlari . Astaghfirullah . Merepek je kau ni .
Aku beredar dari tempat itu dan bergerak menuju ke bilik aku .
********************************
Di Rumah Bungalow Danau Suria , Presint 16 Putrajaya , milik Ibu dan bapa Ann ,
Mercedes , milik Dato Abdul Hadi meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah .
Dia yang duduk di tempat belakang pemandu membuka pintu dan menutupnya . Dia mengucapkan terima kasih pada Pak Hashim , drivernya . Dia sekarang ni kurang memandu sendiri . Mata sudah tidak terlalu awas . Jadinya Pak Hashim la yang memandu untuknya pergi ke tempat kerja dan lain-lain tempat .
Datin Alifah yang sedang duduk di Gazebo miliknya di rumah itu , mengajak suaminya untuk minum petang bersama-sama . Ajakannya dibalas 'ok' oleh Dato Abdul Hadi . Lalu dia kembali menyisip air teh yang dibuat olehnya dan membaca Majalah dekorasi rumah sementara menunggu sang suami mandi untuk turun minum petang bersama .
Setelah hampir 15 minit mengambil masa untuk membersihkan diri . Akhirnya Dato Abdul Hadi turun ke bawah dan menuju ke Mini tamannya yang dibuat olehnya dan si si isteri yang terdapat gazebo padanya .
Datin Alifah menuangkan air teh dalam cawan dan disuakan pada Suaminya .
Dato Abdul Hadi menyisip air itu .
Setelah itu , Dia mengambil cekodok pisang yang dibuat oleh si isteri lalu menyumbat ke dalam mulut .
"Kerja ok ke abang...ada new projek ke ?"soal si isteri dengan nada lembutnya .
"Ok saje.....Ada new projek dengan Dato Sulaiman...Anak dia yang lelaki pun ada join sekali untuk bussiness kali ni...katanya nak tau selok belok bussiness...tak lama lagi dia jugak yang kena handle Syarikat Nadi holdings tu...." ujarnya panjang lebar . Dan memasukkan lagi cekodok ke dalam mulutnya . Feveret ni .
Dato Abdul Hadi sememangnya berkawan baik dengan Dato Sulaiman . Dah lama mereka berkawan sejak mula-mula dalam bussiness lagi . Dato Sulaiman sangat rapat dengan Dato Abdul Hadi sehinggakan ramai yang fikir mereka ni ada pertalian darah . Padahal sekadar kawan baik saja .
"Ohh..anak lelaki dia yang nama Aariz tu kan ? Lama dah tak jumpa dia...mesti dah besar panjang dah...adik dia yang perempuan pun dah lama saya tak jumpa....last time jumpa pun masa diorang kecik jelah , masa dia datang sini main dengan anak-anak kita Sulaiman dengan Rania bawak...." tutur Datin Alifah bersama senyuman yang terlakar di bibir .
Datin Alifah juga berkawan baik dengan Isteri kepada Dato Sulaiman iaitu Datin Rania . Mereka sering keluar bersama-sama dan selalu ke Persatuan 'Datin-Datin yang diadakan bersama . Kiranya keluarga mereka dengan Dato Sulaiman dah lama kenal dah . Cumanya anak mereka yang tidak tahu-menahu .
"Haah Aariz namanya...dia pun dah habis belajar dah...tu yang balik sini dan belajar uruskan syarikat bapa dia tu...." katanya .
Deruman enjin BMW X6 , milik Ann meluncur masuk ke perkarangan rumah , dan memakirkan keretanya di sebelah kereta milik walidnya .
"Balik dah anak dara kita tu...." kata Datin Alifah , beserta senyuman segaris .
Aku berjalan menghampiri umi dan walid . Aku mencium pipi umi dan walid lalu berdiri di sebelah umi yang sedang duduk di kerusi .
"Ha...dating tak ajak Ann pun..." usikku .
"Eh dah nama dating , memang tak boleh ada orang ketiga.." usik walid padaku seraya ketawa . Aku tertawa halus . Umi hanya senyum saja . Dah biasa dengan suaminya yang bersikap bersemut itu .
"Dahla Ann mesti penat kan....masuk , mandi lepastu nanti dinner sama dengan umi dan walid eh....umi masak special harini...." tutur umi padaku .
"Ok tak sabarnya nak makan . Ann masuk dulu ya umi , walid " ujarku dengan muka yang ceria .
Mereka mengangguk perlahan dan masuk ke dalam rumah dan menuju lif untuk naik ke tingkat atas . Malas nak mendaki tangga . Penat pun tak hilang lagi dari badan .
********************************
BERSAMBUNG........
HAPPY READING EVERYONE ! BOLEH FOLLOW S.N. UNTUK DAPATKAN NOTIFICATION TIAP KALI S.N. UPDATE OK..HIHI.... SO ADA KE NI #TEAMRITA....HAHAHAHA
BOLEH JUGA FOLLOW S.N. DI IG @author_sn . THANKYOU ! LOVE U GUYS . STAY SAFE .
Share this novel