Ann duduk termenung di laman rumahnya . Harini dia tidak kerja disebabkan kepalanya pening dan rasa tak sedap badan . Semuanya sebab aariz !
Dia masih lagi tak percaya yang dia berjumpa aariz semula . Walau jauh di sudut hatinya , dia masih lagi cinta pada aariz tapi disebabkan perbuatan aariz yang dulu rasa benci pada lelaki itu belum lagi padam . Malah bila bertemu semula rasa marah tu lagi meluap-luap .
Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk . Di skrin telefon tertera nama 'Hanis Sayang' . Laju dia menjawab . Tersenyum ann sendiri .
"Assalamualaikum orang di sana " ann memberi salam terlebih dulu .
"Waalaikummussalam juga orang di sana . Buat apa tu ? Tak rindu aku ke ?" jawab hanis riang .
"Gila tak rindu orang tu... aku tak buat apa pun , duduk-duduk je ni ."
"Eh kau tak kerja ke harini ." soal hanis pelik . Selalunya waktu-waktu macam ni ann dekat office lagi .
"Aku cuti harini . Sakit kepala dengan tak sedap badan ." tutur ann lemah .
"La...kesiannya kawan aku sorang ni . Dah makan ubat belum ? Dah pergi klinik ? tanya hanis risau .
"Aku dah makan panadol dah tadi . Sekarang dah ok sikit dah kepala aku ni ."
"Hanis...?" ann bersuara lemah . Tangisnya cuba di tahan .
"Ya ann . Kenapa ni ? Kau ada masalah ke " soal hanis risau . Risau dengan kawan baiknya ni . Tadi bukan main ceria . Sekarang suara nak nangis pun ada .
"Aku jumpa aariz...?" tutur ann serak . Akhirnya tangisnya tak dapat lagi ditahan . Teresak-esak dia menangis . Sungguh dia tak boleh nak menahan perasaannya bila bercakap tentang aariz . Hatinya tak kuat .
"Bila kau jumpa dia ? Kat mana ? Dia ada buat apa-apa kat kau tak ? . Soal hanis dengan suara yang meninggi tiba-tiba . Sungguh dia sakit hati dengan apa yang aariz buat pada ann dulu . Lelaki tak guna !
"Kebetulan je hanis . Haritu aku pergi lunch dekat zawara coffee tiba-tiba bila nak balik dia terlanggar aku . Aku taktau nak fikir apa masa tu . Aku betul-betul tergamam ." tutur ann dengan suara yang beransur dari seraknya . Dia mengelap mukanya yang basah dengan air mata .
"Dia ada cakap apa-apa tak dekat kau ?" soal hanis tak puas hati .
"Ada . Dia minta maaf kat aku lepastu dia ajak aku kahwin dengan dia . Dia nak bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada aku ."
"Berani eh dia ajak kau kahwin lepas apa yang dia dah buat pada kau . Ei aku memang geram lagi la dengan si aariz tu . Kenapa baru sekarang dia nak bertanggungjawab . Kenapa tak 6 tahun lepas ." marah hanis .
"Aku pun taktaula hanis . Aku buntu . Patut ke aku maafkan dia . Tapi apa yang dia buat pada aku dulu aku tak boleh lagi nak lupakan . Dalam masa yang sama aku masih lagi cinta aariz ."
Manik halus terbit keluar dari mata ann . Dia menangis teresak-esak . Rasa sayunya tak dapat lagi dibendung . Patut ke dia menangis sedangkan perpisahan ini dia yang cipta ?
Suasana di corong telefon sunyi . Hanya kedengaran esak tangis ann yang kian surut .
"Belajar lepaskan sesuatu yang tak pernah jadi milik kita , ann ." . Pesan hanis . Nafas dihela berat . Hanis tau tak mudah untuk ann merawat luka yang ditinggalkan aariz . Hatinya terkoyak dalam .
"Meranakah dia tanpa aku selama ni ." Soal ann . Suaranya berlagu sendu . Menzahirkan rasa sayu yang payah untuk ditelan .
"Kau tak sanggup tengok dia merana , tapi kau sanggup biarkan diri kau jatuh tanpa ada yang sambut ?" Hanis menyoal lembut . Namun , soalan itu bagai pedang tajam yang menghunus jantung ann .
Lagi air matanya berlumba-lumba jatuh ke muka . Basah lencun muka ann dek air mata yang jatuh ke pipi .
"Ann mungkin susah untuk kau buang rasa cinta tu pada dia . Tapi kau kena cuba . Cuba padam memori hitam tu dari hidup kau ." nasihat hanis . Hanis tau bukan mudah ann nak lupakan aariz . Tambahan mereka pernah ada hubungan yang rapat sebelum ini . Itu lagi menyukarkan ann untuk buang aariz dalam hidupnya . Walaupun sudah 6 tahun benda itu berlaku .
"Aku cuba hanis . Aku akan cuba untuk lupakan dia ." tutur ann lemah bersama tangis yang masih bersisa . Sungguh dia tidak lagi mampu menanggung rasa ini . Hatinya sakit !
"Aku doakan kau jumpa bahagia kau dengan lelaki yang layak bersama dengan kau ann . Tak semestinya aariz je yang boleh bahagiakan kau . " tutur Hanis lembut . Dia amat menyayangi ann seperti adik beradiknya sendiri . Kerana dia anak tunggal , jadi ann sudah dianggap seperti adik beradiknya sendiri .
"Thanks hanis sebab kau ada masa aku susah senang . Aku sayang kau tau ." ucap ann bersama senyuman dibibir .
"Sebenarnya ada lagi cerita , tapi bila kita jumpa nanti aku cerita dekat kau ." kata ann lagi . Dia lupa nak bercerita soal ashraf pada hanis . Mesti hanis terkejut nanti .
"Aku pun sayang kau sangat-sangat ann . Nanti kita jumpa ok . Lama aku tak jumpa kau ."
"Ok hanis . Bye Assalamualaikum . Love you ." usai hanis menjawab salam ann terus menamatkan panggilan .
********
Sulaiman Holdings .
Aariz melabuhkan duduknya di kerusi leather . Badannya disandarkan pada kerusi . Matanya dipejamkan . Fikirannya melayang teringatkan ann . Sungguh dia tak sangka yang dia dapat jumpa ann semula setelah 6 tahun . Dia rindu pada ann . Tapi dia tau yang ann masih lagi benci padanya .
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar . Terjengul wajah Rayqal di muka pintu .
"Haii bro , tak lunch ke..?" soal rayqal yang merupakan kawan baik aariz .
Aariz masih lagi memejamkan matanya . Sungguh dia takda mood sekarang ni .
Meja ditepuk kuat oleh rayqal . Aariz terus membuka matanya .
"Pahal kau ni..?" soal aariz dengan muka yang tiada mood .
"Kau tu yang kenapa ? Dah macam orang mati bini dah aku tengok ." tutur rayqal selamba . Dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan aariz .
"Memang mati bini pun ." jawab aariz selamba . Kepalanya disandarkan balik pada badan kerusi .
"Kau kenapa ni riz . Beberapa harini aku tengok kau macam takda mood je . Cuba cerita dekat aku kalau kau ada masalah ." soal rayqal risau .
"Ann..?" jawab aariz tanpa nada .
"Ann..? Eh kau dah jumpa dia ke ? Kat mana ?" soal rayqal terkejut . Patutlah si riz ni macam orang mati bini je . Jumpa ann rupanya .
"Haritu...aku jumpa dia dekat zawara coffee . Tapi..dia masih marah dekat aku lagi la ray ." tutur aariz lemah .
"Mana tak marahnya . Lepas apa yang jadi kau takda minta maaf dekat dia pun . Kau tinggalkan dia tanpa sepatah kata . Cuba kau cakap dekat aku perempuan mana yang tak marah bila orang yang dia cinta buat tak senonoh dekat dia lepastu tinggalkan dia macam tu je ?" marah rayqal .
Ya . Dia tau apa yang terjadi antara aariz dengan ann . Dan dia tak salahkan ann kalau ann masih lagi marah pada aariz . Memang salah aariz .
"Aku sedar memang semua yang berlaku salah aku . Aku cuba minta maaf dekat dia . Tapi dia tak maafkan aku ." sayu suara aariz menutur kata. Sungguh dirinya dihenyak rasa bersalah .
"Aariz , kau kena faham . Apa yang kau buat pada dia tak mudah untuk dia maafkan kau . Benda tu bukan benda kecik . Melibatkan maruah dia jugak ." nasihat rayqal . Dia tahu yang aariz benar-benar dah menyesal dengan apa yang dia buat pada ann .
"Kau doa pada Allah minta dilembutkan hati ann untuk maafkan kau . Tapi dalam masa yang sama , kau kena jugak minta maaf pada ann . Cuba je lagi . Sampai dia maafkan kau . Mana tau hati dia lembut dan dia boleh maafkan kau . Kita taktahu riz . Hati kita Allah yang pegang ." Pesan rayqal .
"In sya Allah . Aku cuba minta maaf pada ann . Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat ." ucap aariz sayu .
Rayqal mengangguk kepala perlahan .
"Okla riz aku kena balik office aku semula . Apa-apa nanti kau call je aku . Aku selalu ada je untuk kau bro ." rayqal senyum segaris pada aariz .
"Thanks ray dengar masalah aku . Apa-apa nanti aku call kau ."
"No problem bro . Ok got to go . Assalamualaikum ." usai mengucap salam rayqal terus berlalu keluar dari bilik aariz .
'Waalaikummussalam' gumamnya perlahan . Aariz kembali menyandar kepalanya di kerusi .
***********
Aamir merenung aireena yang sedang khusyuk menikmati coffee di hadapannya .
'Sedap sangat ke cik adik coffee tu sampai tak pandang abang yang kat depan ni !' desisnya dalam hati .
Aireena yang sedar akan dirinya diperhatikan , mengangkat muka memandang aamir .
"Aamir ? Are you ok ?" Aireena melambai tangannya di hadapan muka aamir . Eh tenung orang pulak dia ni !
"Aa...a..you cakap apa ?" Aamir bertanya kembali . Tula yang kau pergi tenung anak dara orang tu dah kenapa mir ? Kan dia dah perasan .
"Tak . I tanya you ok ke tak . Sebab you tenung i macam nak makan ." ucap aireena yang tidak selesa akan pandangan amir terhadapnya . Aireena menundukkan wajahnya .
"I ok . Sorry kalau buat you rasa tak selesa . By the way you ambik kos apa kat sini ?" soal aamir untuk menutup rasa malunya dekat aireena . Malu oi !
"Oh , i ambik fashion designer . Since i suka fesyen . You pulak ambik kos apa ?" soal aireena ceria . Behave aireena behave !
"I ambik engineering . Mula-mula my parents suruh ambik bussiness but i'm not interested into it . So i decide to take engineering kos ." jawab aamir yang mula selesa untuk berbual dengan aireena .
"Oh my god . Sama la kita . I pun mula-mula my parents suruh ambik bussiness . But i doesnt like it . So here i am ." tutur aireena ceria . Tak sangka aamir pun sama sepertinya .
Dia sebenarnya tak suka memberitahu orang yang dia anak 'Dato' . Pada dia , biarlah orang mengenal dia sebagai orang biasa saja . Dia lebih selesa begitu .
Mereka ketawa halus . Tak sangka yang mereka mempunyai pemikiran yang sama . Jodoh sangat !
"Erm...aireena can we be friends ?" soal aariz segan . Pertama kali dia berkawan dengan perempuan . Selama ni perempuan yang nak berkawan dengan dia tapi dia tak minat . Kalini dia yang mulakan .
Aireena serba-salah . Nak cakap ke tak eh ?
"Erm..sebenarnya aamir i tak pernah kawan dengan lelaki sebelum ni . So i tak selesa sangat ." jujur aireena . Jangan la dia kecik hati pulak .
"Same to me aireena . Ni pun first time i kawan dengan perempuan . I'm a bit awkward . But bila i berbual dengan you , i rasa selesa ." Terang aamir .
Aireena tersenyum segaris .
"Ok la kita kawan . Since i pun rasa benda yang sama . Why not right ?" tutur aireena ceria . Dia pun selesa bila berbual dengan aamir .
"Ok thanks . We are friends now ." Aamir senyum lebar . Dia pun tak tahu kenapa bila berbual dengan aireena dia rasa selesa . Macam dah lama kenal ?
**********
happy reading guyss...... love u guys and stay safe .
Share this novel