LLYB BAB 5

Romance Series 8481

Angin subuh mula menggelitik ketika dia bangun mengira usia hari . Sudah menjadi kewajipan setiap muslim untuk bangun dan menunaikan solat fardhu . Dan dia adalah salah seorang darinya . Kiranya dulu dia sungguh liat untuk mengerjakan rukun islam yang satu itu . Tapi setelah kejadian yang berlaku antara dia dan kekasih hatinya dulu , dia telah kembali ke fitrahnya semula . Kerana rasa bersalah atas perbuatan terhadap 'dia' juga dia telah insaf dan kembali mencari kekasih hatinya untuk menagih kemaafan atas apa yang telah dilakukannya dahulu .

Setiap hari dia cuba menjejaki Andara Anwah , tetapi tidak diketemuinya . Dulu selepas sahaja insiden itu berlaku , dia sudah tidak berjumpa dengannya . Tetapi setelah sedar akan perbuatannya yang salah , dia cuba sedaya-upaya mencari semula Andara untuk memohon maaf atas apa yang telah berlaku .

Malangnya , dia mendapat tahu yang Andara telah pulang ke tanah air selepas diberitahu oleh salah seorang teman baik , Andara . Rasa bersalah yang menggunung terhadap kekasih hatinya kian menebal selagi tidak mendengar ucapan 'maaf' yang lahir dari bibirnya . Sungguh dia rasa berdosa atas apa yang telah dilakukan terhadap gadis yang dicintainya itu sepenuh hatinya .

Oleh itu , dia bertekad , selepas sahaja tamat belajar di luar negara dia akan mencari Andara di Malaysia nanti walau apa cari sekalipun . Bukan sahaja untuk menagih kemaafan , tetapi untuk menawan kembali hati si 'dia' untuk dijadikan 'halal buatnya' .
Itu tekadnya .

'Harap-harap aku jumpa kau balik ann . Aku rindu kau . Aku bersalah atas apa yang berlaku dulu . Aku akan cari kau . Untuk aku mohon keampunan dari kau . Dan in sya Allah kalau boleh , aku nak jadikan kau yang halal untuk aku ' . Desis hati kecilnya .

Dia turun dari tangga dan menghampiri keluarganya di meja makan itu untuk bersarapan sebelum pergi ke Syarikat Daddynya . Dia megenakan Sut blueblack dan membawa briefcase bersamanya . Selepas sahaja tamat belajar dan berehat selama sebulan di rumah , tanam anggur . Dia kini sudahpun masuk ke Syarikat Daddynya untuk belajar tentang selok-belok perniagaan Daddynya .

Tambahan juga , dia sahaja anak lelaki dalam keluarganya , jadi dialah yang akan menjadi pewaris syarikat itu . Ataupun bahasa mudah CEO SYARIKAT NADI HOLDINGS kepunyaan ayahnya . Nak harapkan adik perempuannya yang sorang tu memang takla nak kerja di Syarikat ni . Memandangkan adiknya mengambil kos Fashion Designer , sudah tentu lepas saja tamat belajar akan membuka butik sendiri atau jenama sendiri . Dan sebab itulah dia yang perlu menggantikan tempat daddynya .

Nasib juga dia mengambil kos Bussiness sewaktu di Universiti dulu . Jadi dengan ilmu yang dia ada , in sya Allah dia boleh menguruskan Syarikat itu dengan sebaiknya .

***********************************

"Morning daddy , Ma" ucapnya bersama segaris senyuman .

"Morning my son" jawab mamanya .

"Are you going to office , today , son ?" Soal daddnya .

"Yes , daddy . Why ? Do you have anything to ask me to do ?" Tuturnya bersama senyuman sumbing dituju pada daddynya .

"HAHA , look that you have know me well , son . No , just to inform you , you have an appointment with Dato Abdul Hadi today . You have to replace my schedule today . Because i have urgent meeting at that time . " kata Dato Sulaiman panjang lebar .

Berkerut dahinya .
'Dato Abdul Hadi ? Macam pernah dengar nama tu sebelum ni ? Kat mana eh ? Nama dia familiar sangat ?' Gumamnya perlahan .

"Why son ? Do you have anything problem ? Aren't you ?"
"No , daddy . Sure i'll meet Dato Abdul Hadi as your wish" .
"Ok . Thankyou son."

"Hello-hello . I'm still here" ucap Mamanya , Datin Rania . Sejurus itu melambai tangan pada mereka .

Tercetus tawa besar mereka . Datin Rania tak suka bila Anak dan Suaminya bercakap soal kerja di rumah . Baginya di rumah adalah masa untuk meluangkan masa bersama . Memandangkan mereka sahaja bertiga di rumah . Anaknya yang perempuan berada di luar negara , menyambung pelajarannya .

"Ya ma , i see you" ucap Aariz bersama tawa yang masih tersisa .

"Ya i see you too , Sayang" kata Dato Sulaiman .

"Ha baguslah kalau nampak , do you know where we are ?" Soal Datin Rania .

"Our house definitely" jawab Dato Sulaiman dan Aariz serentak . Tergelak lagi mereka . Haha . Suka betul kenakan mamanya .

"Ha tau pun , dekat rumah . Don't you guys remember my rules ?"

"House is where we spend time and make a memories together" jawab mereka serentak lagi .

"Good . So , stop talking about Work or etc .
I don't want to hear it again . Understand ?"

"Yes maam" tutur mereka bersama senyuman yang lebar .

"Buttt , i want to ask you riz , about one important thing ."

Berkerut dahinya mendengar soalan yang keluar dari bibir mama nya .
"What is it ma ?" Soalnya . Lalu , menyuapkan french toast ke dalam mulutnya .

"Do you have girlfriend ?" Jawab mamanya bersama senyuman yang lebar .

Amboi , senyum sampai ke telinga bila cakap bab ni . Tak sabar nak ada menantu lettew .

Huk ! Huk ! Huk !

Tersedak dia , bila mendengar soalan mamanya . Aik?! Mama ni tak ada angin tak ada ribut cakap pasal jodoh pulak ni .

"Why ma ?" . Dia menjawab dengan suaranya yang serak akibat tersedak tadi . Tercekik french toast tu dalam tekak aku .

"Saja . Mama teringin nak tengok riz kahwin . Umur riz dah nak masuk 26 dah , tapi mama tengok sorang perempuan pun riz tak kenalkan dekat mama . Riz ni straight or.....?"

Baru sahaja Mamanya nak menyambung ayatnya . Laju Aariz memotong

"Ma , im not gay ok..." tuturnya laju .
"Awak ni , Rania . Ke situ pulak fikir ." Ujar Daddy nya .

"Dahtu . Awak nak saya fikir apa ? Umur dah 26 . Nak kata tak hensem , hensem . Apa lagi alasan perempuan dekat luar sana yang tak nak anak kita ni ?"

"Mama punya cakap macam riz ni tak laku je kan . Dah kalau tak sampai jodoh nak buat macam mana ?" Jawabnya selamba .

"Eh , jodoh tak kan datang kalau riz tak cari "

"Sampai masanya nanti kahwin la jugak budak tu ." Ucap daddy sambil menggeleng kepalanya perlahan . Isterinya ni risaukan betul anak lelakinya ni . Padahal dah besar dah pun . Anak perempuan dia tak ada pun dia risau sampai macam ni . Pelik-pelik .

"Ha yela , abang pun sama dengan riz ni ."
"Aik . Merajuk pulak ?"
"Tidur luar , abang malam ni ."
"Eh-eh apa pulak . Yela , saya salah . Ha riz dengar kata mama kamu ni . Kang tak pasal-pasal malam ni tidur luar daddy jawabnya ."

Tergelak Aariz mendengar celoteh daddy dan mama nya . Ibu bapanya memang sangat sporting . Tapi bila masuk bab jodoh dah tak sporting dah . Jadi lain dah .

"Ok , ok . Riz cuba cari calon menantu untuk mama ok ." Ujarnya ringkas .

Bersinar-sinar mata Datin Rania tatkala mendengar anaknya berkata sebegitu . Yela mak mana yang tak suka bila anaknya nak kahwin . Lepastu nanti dapat cucu .

"Betul eh riz . Janji dengan mama ."
"Ye riz janji . Tapi mesti ada syarat kelayakan untuk perempuan yang riz nak cari kan ?" .

Tau sangat dah mama dia ni . Tak nak nya yang seksi-seksi . Terdedah sana sini . Nak yang sopan , cantik , bertudung , elok perangainya , beradab dan yang paling penting dari keluarga yang baik-baik .

"Eh haruslah , takkan yang nak kahwin dengan riz nanti perempuan yang bukan-bukan . Bukan boleh percaya riz ni . Ada kang nanti bawa mama kenal dengan model baju dalam ke . Haih , haru mama dibuatnya ."

"Eish mama ni . Kesitu pulak dia . Riz tak macam tu ok ." Ujarnya bersungguh .

"Ya itu mama tahu . Mama nak calon menantu mama yang bertudung , baik , sopan-santun , beradab . Itu semua yang penting . Kaya atau miskin mama tak kesah . Yang penting hati nya . Baik atau buruk . Darjat seseorang tak boleh diukur . Kalau kaya tapi busuk hati buat apa kan ?"

"Maknanya mama tak kesah kalau riz kahwin dengan bukan orang kaya ? Maksus riz miskin ?" Soalnya pada mamanya .

"Mama sikit pun tak kesah . Yang penting perempuan tu baik . Pandai jalankan tanggungjawab sebagai isteri pada riz . Hormat mama dan daddy sebagai keluarga mentua . Itu sudah memadai "

"Ok . I will lock this rules on my mind , mama . Oklah riz pergi pejabat dulu eh ."

"Ha eloklah riz pergi pejabat sekarang . Kang tak pasal tak ke kerja harini disebabkan dengar mama kamu membebel je ." Usik Dato Sulaiman bersama tawa-tawa halus .

"Eish membebel apa pulak . Saya membebel pun untuk kebaikan anak saya . Awak tu je asyik nak menyakat saya ." Tutur Datin Rania . Tahu suaminya bergurau .

Daripada dulu tugas mendidik anak-anak sudah diserahkan kepadanya oleh suaminya . Jadi , dia harus memegang amanah itu untuk membesarkan anaknya dengan baik . Alhamdulillah , semuanya menyenangkan dirinya bila anak-anaknya meningkat dewasa .

Aariz ketawa melihat perbalahan manja antara daddy dan mama nya . Daddy memang suka menyakat mama . Tapi mama tak ambil hati pun . Tahu daddy gurau . Kalau ada adiknya , lagila teruk disakat . Adiknya memang rapat dengan daddy . Jadi , geng la mereka berdua . Tapi riz rapat dengan mamanya . Kedua-duanya juga dia rapat , cuma dengan mamanya dia lebih mesra .

"Jangan lupa , appointment dengan Dato Abdul Hadi pukul 3 petang ." Ucap Dato Sulaiman .

Aariz yang sedang menyalam tangan mamanya selepas daddy nya hanya menganggukkan kepala .

"Ok . Riz pergi dulu eh ."
"Hati-hati riz . "
"Ok , bye Assalamualaikum ."
"Waalaikummussalam" . Serentak mereka menjawab salam anaknya .

Aariz menghampiri keretanya , Ferrari berwarna merah dan mengehenyak punggung di kerusi pemandu .

Tangannya memegang stereng . Dia membuang pandang ke luar dan termenung sejenak . Kata-kata mamanya untuk mencari Calon menantu berlegar-legar dalam fikirannya tika ini . Sungguh dia tak tahu apa yang sedang mengusutkan fikirannya . Adakah si dia ?

'Aku kena cari kau semula , Andara . Walau apa cara sekalipun . Untuk memohon maaf , dan menawan hati kau semula sekaligus menjadikan kau yang halal buat aku' desis tangkai hatinya .

Dengan lafaz bismillah dia mula memandu dan keluar dari perkarangan rumah banglo ibu bapanya . Hon ditekan pada Guard rumahnya , Pak Hashim dan mengangkat tangan untuk menunjukkan terima kasih .

********************************

AndaraAsyraf And Partners -Peguam Syarie &counsel .

Sampai saja di officenya , dia terus meluru masuk ke dalam bilik Ashraf . Hanya dia saja yang boleh tolongnya sekarang ni . Dia tak tau lagi nak minta tolong siapa . Sungguh buntu . Dengan permintaan walid dan uminya yang mahu dia berkahwin . Kusut fikirannya tika ni .

Dia merempuh pintu bilik Ashraf . Terkejut Ashraf tatkala mendengar pintunya kuat dikuak daripada luar . Ingatkan siapa tadi . Ann rupanya . Tak jadi nak marah . Sayang punya pasal . Hihi !

"Kau dah kenapa ni Ann . Nasib tak tercabut pintu aku tu . Kalau tak , tak berpintu la bilik aku ni ." usik ashraf .

"Sorryla , aku kusut sekarang ni . Ada benda yang paling penting sekarang ni . Kau kena tolong aku . Urgent !" Jawabnya bersama muka yang sarat dengan masalah .

"Apa bendanya ? Cuba cerita dekat aku ."
Soal Ashraf serius .

"Ok , cerita dia macam ni....." tutur ann susah payah untuk mengeluarkan ayat yang dikarang di dalam fikirannya untuk diceritakan kepada ashraf .

"Cerita dia apa ? Cuba cerita betul-betul ." soal ashraf tidak sabar .

"Umi dan walid nak aku kahwin ." Tutur Ann bersama muka yang lega . Hah ! Terluah pun apa yang aku nak cakap .

Berubah terus muka Ashraf tatkala Ann memberitahunya bahawa dia nak kahwin . Dengan siapa ? Baik ke orangnya ? Boleh ke jaga ann macam mana aku jaga dia ? . Soalan itu semua berlegar-legar di fikiran ashraf tika ini .

"Ash , kau dengar tak ni ?" Soal Ann sambil melayangkan tangan kanannya di muka Ashraf . Eih dia ni aku cakap dia boleh termenung pulak .

"Ha ?! Dengar-dengar . Umi dan walid kau suruh kahwin dengan siapa ? Dah lama ke kenal ? Kau dengan dia dah lama ke bercinta ? Apasal aku taktau ? .
Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ashraf .

"Wo wo....relax . Mana ada umi paksa aku kahwin . Aku cuma cakap umi dan walid suruh aku kahwinn . Maksudnya , aku yang pilih sendiri bakal suami aku . Faham ?"

Bersinar-sinar terus muka Ashraf tatkala Ann menyatakan hal sebenar . Maknanya dia ada peluang untuk memiliki gadis itu . Sungguh dia bersyukur .

"Maksudnya , sekarang ni kau tengah cari calon suami la ni ??" Soal Ashraf bersama senyuman senget .

"Macam tu jugakla . Weh ash , kau kena tolong aku . Mana aku nak cari calon suami tu ?" Soal Ann risau .

"Jangan risau . Aku tau siapa lelaki yang boleh tolong ." Jawabnya bersama senyuman yang lebar .

"Ha siapa ? Bagitaula ?" membulat mata ann memandang muka ashraf . 

"Aku la . Aku akan jadi suami kau . Boleh kan ?" Ucap ashraf sambil tangan telunjuk nya menghala ke arahnya .

"Boleh tu , memang boleh . Tapi takkan sampai kahwin . Main-main dahla . Setakat nak tunjuk umi walid je aku ada boyfriend ."

"Amboii kau . Lepastu , kau nak umi walid percaya dengan lakonan kita ? Kesian la diorang weh . Kena tipu hidup-hidup ."

"Ye tak ya jugak eh . Dah tu macam mana ?"

"Apa kata , kau bawak aku jumpa umi walid . Yela walaupun ini bukan 1st time aku jumpa diorang , tapi ni lain la . Ni perjumpaan aku dengan diorang sebagai teman lelaki kau . Bukan lagi kawan baik ."

"Hmm boleh jugak . Ok hujung minggu ni kita jumpa umi walid aku . Ok ?"

"Ok , cun . Nanti aku datang rumah family mentua aku ."

"Heih , bakal ok ." Terlanjur ann berkata .

"What , bakal ?? Kau setuju la ni aku kahwin dengan aku ? Aku ready je ni ." Soal ashraf bersama senyuman sumbing . Saja nak kenakan ann .

Ann yang menyedari keterlanjurannya mula malu . Berona merah mukanya . Dahla putih . Bila blushing , terus nampak merah di pipinya . Heish apa aku cakap tadi !? Mulut ni pun satu . Tak seiring dalam fikiran .

"Eh ta...kla . A..aku ter...s...salah cakap ." Tergagap-gagap dia menjawab .

"Kalau kau nak betul-betul pun boleh . Aku ok je ." Tutur Ashraf sambil mengenyitkan mata kanannya pada ann .

"Eh ha , ok la aku masuk bilik aku dulu eh ."ujar Ann . Sebenarnya dah malu tahap maksimum dah ni . Mulut ni la . Heish ?!

"Ok my future wife ." Ucapnya bersama senyuman yang lebar .

"In your dream " . Jawabku .

Tertawa besar dia . Suka la tu kenakan aku . Tampar kang baru tau .

*******************************

University Harvard .

Aamir yang baru keluar dari library Universitinya , sibuk membelek telefonnya , dan tidak melihat jalan di depannya . Sibuk berchat dengan kawan nya . Nak outing dekat mana malam ni .

Tiba-tiba........

"Excuse me ?! Buta ke ? Tak nampak ke orang jalan ni ? Mata tu sibuk main telefon"  marah Aireena Zahrah pada lelaki yang langgarnya tadi . Habis baju nya terkena coffee yang dibelinya tadi .

Dia pun tak tau kenapa dia boleh bercakap melayu pulak . Padahal dia taktau pun sama ada lelaki ni melayu ke tak .

"Eh nak cakap orang buta pulak . Awak tu lainkali jalan la betul-betul . Salahkan orang pulak ." Ujar aamir .

Terpegun Aireena tatkala lelaki tu mengangkat mukanya . Mak aih ?! Hensemnya . Helok betul ni .

"Helloooo....taula muka saya ni hensem takpayah la nak tenung macamtu ." ucap aamir berlagak .

Aireena yang tersedar apabila ditegur oleh lelaki itu terus saja buka mulut . "Ooo , orang Malaysia rupanya . Eh awak ingat awak tu hensem sangat ke ? Eh pakcik cleaner dekat university ni lagi hensem dari awak la ." tutur aireena sinis .

"Ehhh , sedap je awak cakap saya tak hensem kan . Habistu awak tu cantik sangat ke ?" Soal aamir .

"Ofc la...tapi saya takla belagak macam awak . Dahla langgar orang . Lepastu taknak minta maaf pulak . Eee nasib je saya ni baik tau , kalau tak dahlama muka awak tu kena buku lima saya ni ."

"Laaa , salah saya ke ?"

"Ehhh lagi nak tanya . Dah salah tu salah je la ."

"Whatever , Miss Kepochi . I got to go . Bye ."
Ujar aamir dan berlalu pergi dan meninggalkan Aireena terpinga-pinga .

"Eiii mamat ni memang nak kena dengan aku . Dahla panggil aku miss kepochi . Dahtu dia tu apa pulak . Mr biadab . Tunggu kau kalau aku jumpa lagi kau , aku tumbuk-tumbuk muka kau yang hensem tu ." Ujar aireena marah . Nasib helok .

Baru saja aireena hendak beredar dari situ , dia di sapa oleh rakannya .
"Eh babe , you dah kenapa ni . Habis kotor baju you dengan coffee kat baju ? What's going on ? " Soal kawan aireena iaitu natasha . Pelik dia tengok aireena . Tadi elok je baju dia bersih .

"Tah mamat melayu mana tah , pergi langgar i . Dahtu tak reti minta maaf pulaktu . Dia blah macamtu je . Sakit hati i ni ."

"Lah tak beradab betul mamat tu . You marah dia tak ?"

"Ofc la . Kena sembur dengan i tadi . Bukan salah i . Salah dia . Menonong jalan main telefon tak tengok orang . Memang kena la sembur dengan i " . Hatinya masih sakit lagi dengan kejadian tadi . Eih geram ?! .

"Ok ok . Relax babe . Cuma i nak tanya u , mamat yang langgar u to hensem tak ?" Ujar natasha dengan senyuman yang lebar .

Mencerlung mata Aireena melihat Natasha . "You boleh fikir lagi , soal tu ?"

"Takdela . You marah sangat dekat dia . Tu yang i tanya soalan tu . Mana la tau dia memang helokk kan ?" Usik natasha .

"Eiiii you ni kannnn . Dah jomla balik . Tak jadi i nak study dekat library ." Tutur aireena dan berlalu pergi .

"Herm , mesti mamat tu hensem . Kalau tak mesti dia dah cakap dah mamat tu tak hensem ." Senyum natasha sambil menggelengkan kepala perlahan .

BERSAMBUNG......

********************************

Hai guysss . Best tak chapter hari ni ? . hihi . Siapa Aireena ya ? hmmm . Kalau nak tau , kena tunggu bab seterusnya .
Korang boleh follow s.n. dekat novelplus dan follow ig s.n. @author_sn untuk dapatkan update ya .
Tq guys . Sayang korang . Stay safe .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience