LLYB BAB 10

Romance Series 8481

Hanis yang baru keluar dari 7eleven selepas membeli Air Slurpee nya . Dia membuka pintu dan tatkala dia membuka pintu badannya dirempuh oleh seseorang di hadapannya .

Secara tak langsung Air Slurpeenya yang baru saja dibeli tadi terjatuh gara-gara orang yang merempuh badannya tadi . Matanya membulat dan tangannya menekup mulutnya .

"Sorry...sorry miss . Saya terlanggar . Nanti saya ganti balik" ujar lelaki itu dengan rasa serba salah .

Hanis mengangkat wajahnya . Serasa seperti pernah mendengar suara itu !

"You...?" Hanis mencerlung matanya menikam wajah Aariz . Ya , orang yang langgarnya tadi adalah Aariz . Lelaki tak guna tu !

"H..hanis . Sorry i tak sengaja" Aariz serba-salah dibuatnya . Mesti Hanis marah sangat padanya .

"Apa sorry-sorry ? You sengaja je kan langgar i tadi . You memang dah nampak i nak keluar lepastu you langgar i kan ?" Marah Hanis bersama mukanya yang merah padam . Tangannya digenggam .

"No ! I betul-betul tak sengaja . Im sorry ok Hanis" Aariz memohon maaf pada Hanis .

Hanis berdecit .

"Dahlah tepi sikit i nak balik . Tak dapat i nak minum air slurpee i tu . Semuanya sebab you punya pasal !" baru Hanis hendak berlalu meninggalkan Aariz , Aariz memegang lengan Hanis .

"Eh ! Lepaslah ! Apa benda you ni !" Hanis menepis tangan Aariz yang memegang tangannya .

"Hanis boleh kita borak-borak kejap . I ada benda nak tanya pasal Ann . Please Hanis sekejap je" lirih suara Aariz merayu pada Hanis .

Hanis yang melihat Aariz jatuh kesian pula . Akhirnya dia setuju untuk berborak sekejap dengan Aariz .

×××××××××××

Rita mundar-mundar di dalam bilik tidurnya . Dia sedang memikirkan cara macam mana untuk dapatkan Ashraf . Dia sungguh nekad . Dia cinta pada Ashraf tapi lelaki tu pandangnya sebelah mata saja . Itu yang membuatkan dia geram dan tercabar .

Lebih-lebih lagi haritu dia dengar dari luar bilik Ashraf yang Ashraf bersetuju untuk berkahwin dengan Ann . Oleh itu , dia merancang untuk buat sesuatu . Dia sungguh benci pada Ann . Kerana perempuan tu Ashraf menolaknya .

Dia mengambil Iphone 11 nya dan mula menelefon seseorang untuk menjalankan misinya . Dia harus berbuat sesuatu untuk mendapatkan Ashraf .

"Hello , aku nak kau follow perempuan yang aku bagi gambar dalam wasap tu . Aku nak kau follow dia . And then kau inform aku . Nanti aku transfer duit lepas je kau settle buat kerja tu" senyuman sinis terlakar pada bibirnya .

"Baik boss . Kau jangan risau , aku follow perempuan tu mulai esok" ujar suara garau di talian itu .

"Ok bye !" Rita mematikan panggilan dan mencampak iphone 11 nya ke atas katil .

'Kau tunggu je la Ann apa yang aku buat pada kau . Ni Rita la , kalau dia tak dapat siapa-siapa pun takkan dapat' tuturnya sendirian bersama senyuman sinis .

×××××××××××××××

Aariz berdiri di balkoni biliknya . Saja dia hendak mengambil angin di luar untuk menghilangkan rasa sesak di dada . Masih terngiang-ngiang perbualan antara dia dan Hanis haritu .
Dia mengeluh perlahan dan meraup wajahnya .

FLASHBACK .

Hanis mengacau air teh o ais nya bersama muka yang ketat . Sesekali matanya meliar ke sekeliling kedai mamak itu . Pandangannya beralih pada Aariz yang diam menyedut airnya . Eh dia ni . Tadi kata nak berbual ni diam je . Baik aku balik !

"You ni nak cakap apa dengan i ? Takde nak cakap apa baik i balik . Buang masa je tunggu you diam macam tu" marah hanis .

Aariz tersentak apabila Hanis bersuara . Jauh betul dia termenung .

Aariz berdehem untuk menghilangkan rasa kekok antara mereka .
"Er..r i nak tanya you pasal Ann" ucap Aariz serius .

"You nak tanya apa ? Bukan ke you yang tinggalkan dia dulu . And now sibuk-sibuk nak tanya pasal dia pulak !"
marah Hanis .

"Ya i know . Memang salah i sebab tinggalkan dia dulu dan buat macamtu pada dia . And now i nak minta maaf pada Ann . You tolong la bagitahu i mana Ann i nak cari dia" rayu Aariz . Air matanya ditahan untuk tidak tumpah . Bila bercakap soal Ann air matanya laju saja mahu turun .

"Kenapa lepas 6 tahun Aariz ? Kenapa ?" Soal Hanis . Matanya mencerlung wajah Aariz .

Aariz tergamam . Tidak tahu apa yang hendak diucapkan . Mulutnya seakan terkunci rapat dan tidak membenarkan sebarang suara keluar .

"Aariz you ingat apa yang you buat pada Ann tu benda kecik ke ? You fikir benda yang terjadi antara you dengan Ann tu senang ke untuk Ann lupakan ? Kehormatan dia you ragut tanpa dia rela . You cakap you cinta dia tapi apa yang berlaku menggambarkan ke apa yang you cakap dekat dia ? If i la yang  berada di tempat Ann , i tak rasa i boleh senang-senang maafkan you . Luka yang you tinggalkan pada dia masih lagi berdarah , Aariz" tegas Hanis panjang lebar . Puas hatinya selepas dapat meluahkan amarahnya pada Aariz . Lelaki ni memang kena diberi pengajaran .

"I yang menjadi saksi di atas setiap derita yang Ann lalui . Lepas apa yang jadi , you boleh tinggalkan dia . Langsung tak minta maaf atas apa yang berlaku . You buat seolah-olah Ann ni perempuan murah !" Ucap hanis tinggi sedikit .

Aariz terdiam sepi . Matanya menekur lantai . Tangannnya dirapatkan sesama sendiri . Apa yang dicakap oleh Hanis memang betul . Dia lelaki tak guna . Patutnya dia lindungi Ann .

"And now , selepas 6 tahun you datang balik and nak minta maaf ? You fikir boleh ke dia maafkan you ? You ingat senang-senang ke dia boleh lupakan apa yang you buat pada dia dulu" Hanis tersenyum sinis . Kepalanya digeleng perlahan .

"Ann terluka teruk disebabkan you . Hati dia koyak you buat dia macam tu . Walaupun dalam masa yang sama dia masih lagi cinta pada you Aariz" tutur Hanis perlahan .

Telinga Aariz menangkap ayat last yang Hanis cakapkan . Apa ? Betulkah ? Ann masih cintakan dia ?

"Ann masih cintakan i ? Betul ke ni?" Soal Aariz terkejut .

"Ya Aariz . Ann masih lagi cintakan you lepas apa yang you dah buat pada dia . Dia masih lagi cinta pada you . She really loves you" ucap Hanis tenang . Dia sebenarnya rasa kesian apabila Aariz bersungguh-sungguh hendak minta maaf pada Ann . Dia rasa yang Aariz dah berubah . Sudah tidak seperti dulu .

"M..macam mana you..tahu ?" soal Aariz yang tak hilang lagi rasa terkejutnya .

"I tau la . I kan kawan dia . Masa i call dia haritu pun dia ada cakap yang dia masih lagi cinta pada you"

"Tapi kenapa you cakap semua benda ni pada i ? Bukan ke you benci pada i?" tanya Aariz pelik .

"Sebab i rasa you dah berubah . And i rasa you je lelaki yang boleh bahagiakan Ann . Takde orang lain dah"

Aariz tersenyum tawar . Ya . Dia memang dah berubah pun . Cuma yelah , takkan nak bagitahu orang . Dia sudah meninggalkan perangainya yang tidak elok itu . Dia sudah insaf dan bertaubat . Dia menyesal dengan apa yang dia dah buat pada Ann dulu .

"Tapi satu je i nak pesan pada you . Jangan sakitkan hati Ann lagi lepasni please...kalau you dengan dia dah berbaik semula . Cukuplah apa yang Ann dah tanggung 6 tahun lepas . I tak sanggup tengok dia menderita lagi" lirih suara Hanis perlahan . Air matanya jatuh . Cepat-cepat dia menyeka dengan jarinya .

"I janji i takkan sakitkan hati dia lagi . I memang nak minta maaf banyak-banyak pada dia atas apa yang i dah buat . And thanks to you sebab dah jaga Ann sebaiknya" ucap Aariz .
Dia tersenyum tawar . Hanis memang kawan yang baik , semasa Ann susah dia yang menolong . Untung Ann ada kawan seperti Hanis .

"I dah anggap Ann tu macam adik i sendiri . Sakit dia sakitla i jugak . Cubit paha kiri , paha kanan juga terasa . I nak yang terbaik untuk dia . And i harap you boleh jadi penawar di atas kekecewaan dia selama ni . Walaupun you juga yang menjadi racun untuk dia , tapi you juga boleh menjadi penawarnya . I yakin" tutur Hanis ikhlas . Dia melihat jam tangan casionya sudah pukul 10malam . Aduh ! Berborak sampai tak sedar dah jauh malam .

"Eh okla Aariz . I kena balik dah ni , dah malam . Apa-apa you mesej je i . Assalamualaikum" Hanis bangun dan hendak berlalu meninggalkan Aariz .

"Hanis..thankyou so much" tutur Aariz bersama senyuman ikhlas . Dia bangun .

"sama-sama" senyum Hanis dan berlalu pergi meninggalkan Aariz .

Aariz kembali duduk dan menyandarkan badannya pada kerusi .
Dia tersenyum sendirian . Haritu dia berjumpa dengan Ann dan bertanya soal hatinya Ann menafikan . Tapi tadi Hanis memberitahunya yang Ann masih lagi cinta padanya . Sungguh dia sangat bersyukur kepada Allah .

END FLASHBACK .

Aariz tersenyum sendirian dan kepalanya digeleng perlahan . Sungguh dia masih lagi cinta pada Ann . Tapi boleh ke Ann maafkan dia ? Walaupun Ann masih lagi cinta padanya mesti , luka yang lama itu masih ada parutnya dan sukar untuk sembuh . Dia bungkam seribu bahasa .

Bahunyaa ditepuk dari belakang oleh seseorang . Dia menoleh , rupanya mamanya . Dia tersenyum segaris . Ingat siapalah tadi !

"Riz buat apa kat luar ni sorang-sorang ? Ada masalah ke ? Tak nak share dengan mama ?" Lembut suara Datin Rania . Dia menggosok belakang badan anaknya perlahan .

"Saje ma ambil angin kat luar . Riz takde masalah apa pun . Mama masuk bilik riz ni ada apa?" tuturnya lembut pada Sang ibu .

Dia taknak bercerita tentang masalahnya takut nanti mamanya risau pulak . Masakan dia nak bercerita tentang Ann ? Kena marah la dengan mamanya nanti . Biarlah dia saja tau akan hal itu .

"Mama nak bagitahu , esok kita ada dinner dekat rumah Datuk Abdul Hadi . Kawan baik papa tu . Riz balik awal eh . Kita pergi sama"

"Datuk Abdul Hadi tu yang riz pernah jumpa dulu tu kan ? Dia kawan baik papa ke ?" soal Aariz . 'Ish , aku macam kenal la nama Datuk ni . Tapi kenapa aku lupa pulak eh' Monolognya dalam hati .

"Yes . Dia kawan lama papa . Dulu dia pindah sekejap dekat luar negara sebab dia sambung belajar . And dia dah lama balik dah pun cuma mama yang tak tahu . Jadi terputusla kejap relationship tu . Sebabtu yang nak jumpa balik" senyum lebar Datin Rania seakan ada makna yang tersirat .

"Yang mama senyum ni kenapa ? Ada apa-apa ke? hmm?" mata Aariz mengecil melihat mamanya . Hm mesti ada sesuatu ni !

"Dia ada anak perempuan tau . Cantik pulak tu . Educated . Mama ingat nak jodohkan dia dengan riz . Riz nak tak ?" soal Mamanya bersama senyuman yang lebar .

"Riz dah agak dah . Ala ma , riz bukan apa , biarlah riz sendiri yang cari calon isteri riz . Yang riz suka" jawabnya lembut agar tidak menyinggung hati mamanya .

"Ala , riz kenal-kenal la dulu . Kalau riz tak berkenan , mama tak paksa" senyum Mamanya yang berharap pujukannya mengena si Anak .

"Ok riz kenal je dulu eh . Kalau riz tak berkenan mama jangan marah pulak" Aariz tertawa halus .

"Ye mama tak marah . Janji riz dah kenal-kenal . Mama pun taknak paksa anak mama"

"Ok la mama keluar dulu , riz jangan tidur lambat sangat eh . Goodnight ." Datin Rania menepuk lembut bahu anaknya dan berlalu keluar .

Aariz mengeluh perlahan . Rambutnya disebak ke belakang . Tengkuknya diurut perlahan . Haih , satu lagi masalah datang . Takpela Aariz kenal-kenal je dulu bukannya nak kahwin pun kan !

Dia masuk ke biliknya dan menutup sliding door lalu merebahkan badannya ke katil untuk tidur . Lampu ditutup . Suasana gelap gelita dan hanya bertemankan lampu tidur yang terpasang .

×××××××××××××

BERSAMBUNG.....

heppi reading guysss (^_^) lepasni slow update sikit sbb i dah ada class online :) korang komen la banyak-banyak berkenaan cerita ni , baru i semangat nak menulis ! ok love u guys , stay safe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience