LLYB BAB 11

Romance Series 8481

Pada pagi ini , Ashraf sudah berjanji pada Ann untuk ke rumah keluarganya untuk sesi suai kenal dengan teman lelaki Ann . Meskipun ini bukan kali pertama berjumpa dengan ibubapa Ann , Ashraf gugup juga , yelah nak pergi jumpa bakal mak mertua kot ! Nak-nak ibubapa Ann taktahu yang dialah calon menantunya . Mahunya tak takut .

Dia mengenakan baju kemeja biru dan seluar jeans hitam . Rambutnya dirapikan , dan menyembur perfume Hugo Boss . Dia memakai jam tangan berjenama rolex . Handphonenya yang sedang dicas ditutup suisnya dan jarinya menatal skrin 'unlock' .

Mesej dari Ann dilihat . Tersenyum sendiri dia melihat . Buah hati mesej !

Ann : Salam Ash , you dah gerak ke ?

Ashraf membalas mesej itu dengan senyuman yang tak lekang dari bibir .

Ashraf : Wasalam , i baru nak gerak ni . Kenapa ? Dah rindu i ke ? Emoji orang sedang berfikir dihantar .

Dalam 5 minit mesej itu berbalas .

Ann : Rindu la sangat kan...kalau i je rindu you , you tak rindu i tak guna jugak kann...

Ashraf menguntum senyum . Aik orang kat sana dah bagi hint ni ! Biar betul Ann rindukannya ?

Ashraf : Siapa cakap i tak rindu you...you je yang jual mahal dulu . Okla you i nak gerak dah ni...nanti i dah sampai i call you ok .

Ann : Ok..you drive safely ya .

Ashraf menutup handphonennya dan memasukkan ke dalam kocek seluarnya . Dia melihat sekilas penampilannya buat kali yang terakhir dari cermin lalu beredar keluar dari biliknya .

Dia bergerak turun dari tangga . Baru sahaja pintu hendak dibuka ada satu suara yang menerjah masuk ke pendengarannya . Siapa lagi Aiman la !

"Kau nak pergi mana Ash , pagi-pagi ni . Kan sabtu hari ni , takkan kerja jugak" soal Aiman yang sedang menoleh ke arah Ashraf . Dia yang sedang menonton tv tadi terkejut apabila melihat Ashraf bersiap-siap , wanginya jangan cakap la . Dah macam lori minyak wangi terbalik dah gayanya !

"Oh lupa aku nak bagitau kau semalam . Ann ajak aku pergi rumah dia makan-makan biasalah nak kenalkan menantu kat ummi walid dia" ujar Ashraf bangga .

"Eh eh bakal ya...kot ya pun janganlah kau pakai perfume macam lori terbalik pefume...sakit hidung aku ni bau kau tau tak" Aiman menggosok hidungnya . Dia menjeling Ashraf . Tak sabar sangat la tu !  Belum kahwin ya Ash !

"Eleh jeles la tu kan . Orang single diam eh ! Ok la aku gerak dulu dah lambat kaula ni ajak sembang pulak marah nanti dek Ann" Ashraf ketawa kecil . Jeles la tu orang ada partner ! Team single diam-diam eh .

"Tak lari mananya pun si Ann tu...dah dah  pergi cepat kang nanti kau salahkan aku pulak kalau lambat" halau Aiman . Dia mengeleng kepalanya perlahan . Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum segaris .

"Bye bro...jangan sendu-sendu" mengekek tawa Ashraf . Amboi kenakan Aiman ya !
Ashraf berlalu keluar dan masuk ke dalam keretanya . Tak sampai beberapa minit keretanya hilang dari pandangan .

"Kuaja kau kan ?" Laung Aiman . Entah Ashraf dengar ke tidak .

'Aku suka tengok kau happy Ash , akhirnya kau dah jumpa separuh dari hati kau' desis Aiman dalam hati .

Dia bersyukur Ashraf dan Ann akhirnya bersama . Ashraf telah lama menyimpan perasaannya pada Ann . Cuma Ann saja yang tidak tahu .  In sya Allah jika tiada aral yang melintang
mereka akan berkahwin .

×××××××××××

Ann mundar-mandir di pintu utama rumahnya . Mana taknya Ashraf tak sampai lagi ni . Tak senang duduk dibuatnya . Padahal Ashraf tak lambat pun , cuma dia yang nervous . Yelah hari ni ummi walid akan tahu siapa teman lelakinya merangkap menantu umi walid . Nervousnya jangan cakap . Sekejap duduk sekejap berdiri . Tangan diusap beberapa kali menghilangkan debaran yang bertandang di hati tika ini . Harap-harap semuanya berjalan lancar . Dia tak sangka semuanya akan jadi secepat ni .

Begini ceritanya , Ann menyuarakan yang dia sudah ada teman lelaki pada ummi dan walid , ingatkan ummi walid hanya respons biasa saja kan..tuptup Ummi walid suruh bawa boyfriend nya jumpa dengan mereka . Kecut perut dibuatnya ! Yelah dia dengan Ashraf tak la seserius ni...mereka saja cipta hubungan untuk mengaburi mata ibu bapanya . Haih tak sangka pulak yang mereka serius . Habisla aku ! Apa nak goreng nanti bila umi tanya macam-macam .

Datin Alifah yang baru sahaja berura-ura untuk naik ke tingkat atas untuk memanggil suaminya terus terbantut niatnya apabila melihat anaknya tak senang duduk itu lalu terus dia hampiri . Kepalanya menggeleng perlahan . Apalah yang dirungsingkan sangat tu ! Macam ada masalah negara je lagaknya !

Dia menepuk lembut bahu Ann . "Ann ok ke tak ni . Umi tengok ann sekejap duduk , sekejap berdiri . Kenapa ? Nervous ya ?" Senyum senget uminya . Dia melabuhkan duduknya di sebelah Ann di sofa .

"Err..r ma-manada nervous umi . Ann ok je ni" nafi Ann . Dia senyum palsu .  Umi nampak ke apa aku buat tadi ? Eish kau ni Ann !

"Yelah tu kan umi nampak tadi apa Ann buat . Ni mana bakal menantu umi ? Tak sampai lagi ke ?" Soal Datin Alifah . Matanya meliar ke sekeliling rumah .

"Er..r sekejap lagi sampai la tu umi . Tadi Ann dah mesej dah dia . Ni walid mana ummi ?" Ujar Ann mengubah topik perbualannya . Umi taktahu ke aku tengah nervous ni . Ni kalau tau dek yani ni kena gelak aku ! Tambah sekali si Aamir tu . Ada je benda nak sakat aku !

"Walid ada kat atas tengah Solat Dhuha rasanya . Umi nak panggil dah tadi tapi bila tengok Ann kat sini tak senang duduk tu umi sapa Ann" ujar Datin Alifah bersama senyuman tenang .

"Ni yani dengan aamir mana umi ? semalam si Yani tu beria suruh Ann kejut dia katanya nak tengok bakal abang ipar la apala..." Ann senyum lalu geleng kepala perlahan . Macam² si Yani ni .

"Ada kat atas tu entah apa dibuatnya..aamir macam biasala jogging kejap lagi balik la tu" 

"Lagi satu , lupa umi nak bagitahu yang malam ni ada orang nak datang rumah , kawan lama walid...Semua kena ada tau sebab dah lama kita tak jumpa dia" beritahu Datin Alifah .

Ann mengangguk saja mengiakan . Tiba-tiba terdengar bunyi deruman enjin dari luar rumah . Mesti Ashraf ! Huh tarik nafas hembus ! Senyum Ann senyum ! Jangan nervous sangat , rileks !

"Ha tu dah sampai tu rasanya , mama nak naik atas nak panggil walid dengan yani . Ann ajak la dulu dia masuk ya" Datin Alifah bangun meninggalkan Ann sendirian .

Ann bangun lalu menuju ke muka pintu rumahnya . Jantungnya jangan cakap dah mengepam laju dah ni . Seakan mahu tercabut !

Buka sahaja pintu rumahnya muka Ashraf terjengul di muka pintu . Tersenyum sampai ke telinga lelaki di hadapannya ini . Suka sangat ke tu !

Ashraf terpegun melihat Ann yang cantik  memakai dress sama warna sepertinya . Tudungnya pula warna senada . Solekan tipis wanita itu menambah kejelitaan si pemilik muka .
Ah semuanya sempurna ! Cantik !

"You...you" Ann melambai-lambai tangannya di hadapan Ashraf . Eish termenung pulak dia depan pintu ni !

Ashraf tersentak . Jauh sangat dah aku ni termenung ! Dia menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal mengusir debaran halus yang bertandang . Jangan jatuh lagi Ash !

"Sorry..er..r you look beautiful in that dress" pujinya ikhlas bersama senyuman yang lebar .

"Thank you...you pun apa kurangnya...always handsome..sebabtu ramai suka dekat you" sindir Ann lalu tersenyum mesra . Eish sama la pulak warna baju !
Ni dikatakan jodoh ni !

"Eh masuk la dulu , berbual dekat luar pulak..you la ni..umi dengan walid dah tunggu" ajak Ann pada Ashraf .

Mereka masuk ke dalam rumah lalu Ann mempersilakan Ashraf duduk di ruang tamunya .

"You tunggu sekejap eh , i panggil umi dengan walid" ujar Ann . Baru berura-ura dia hendak naik ke atas , umi dengan walid beserta adiknya Yani dah pun turun .

"Ha sampai dah ya orangnya" ujar Datin Alifah teruja .

Ashraf yang duduk membelakangi mereka terus bangun .

"Assalamualaikum umi , walid" ucap Ashraf lembut . Tangan Dato Hadi diraih lalu dikucup perlahan .

"La...Ashraf ke ni ? Ingatkan siapa la tadi...Ann pun tak bagitahu apa-apa dengan walid siapa orangnya" Dato Hadi senyum lalu menepuk lembut  bahu Ashraf . Datin Alifah tersenyum lebar saja .

Ashraf hanya tersenyum saja mendengarnya . Lain pulak dengan Ann yang nervousnya tak hilang lagi .

Yani sudah tersenyum-senyum lalu  mengenyitkan matanya pada Ann . Saja mengusik . Ann pula menjeling sekilas . Saja la tu nak sakat aku kan !

"Eh apa berdiri ni jom kita sarapan sekali . Ashraf belum sarapan lagi kan ?" Soal Datin Alifah .

"Belum umi" Ashraf menggelengkan kepalanya perlahan . Senyuman tak lepas dari bibir . Sememangnya dia murah dengan senyuman . Tu yang ramai terpikat !

"Ah kalau macam tu jom kita sarapan sekali lepastu baru kita bincang apa yang patut ya" ujar Datin Alifah . Semuanya bergerak ke meja makan untuk sarapan bersama .

Ann duduk di sebelah uminya berhadapan dengan Ashraf manakala Yani duduk bersebelahan Ann . Manakala Dato Hadi berada di tengah-tengah antara mereka .

Mak kiah menuangkan air pada cawan masing-masing dan setelah selesai dia berlalu ke dapur . Mereka mula menyendukkan makanan yang terhidang  kepinggan mereka . Dato Hadi menyuruh Ashraf membacakan doa makan . Usai sahaja membaca doa mereka mula menyantap makanan .

"Kau tak bagi tahu pun kak yang kau punya boyfriend Abang Ashraf . Kau dah pandai eh rahsia dengan aku" bisik Yani perlahan di telinga Ann .

Ann yang sedang makan tersentak apabila dibisik begitu . Eih budak ni tak sabar-sabar nak aku cerita kan .

"Nanti la aku cerita kau ni pun , bagila aku makan dulu lapar ni tau tak" bisik Ann geram pada Yani . Dia senyum pada Ashraf yang merenungnya . Ashraf juga membalas senyumannya itu . Manis !

"Eleh lapar ke bila buah hati dah ada depan mata" bisik Yani saja mengusik Ann .

Uhuk ! Uhuk !
Terbatuk Ann tatkala Yani berbisik begitu . Budak ni memang nak cari pasal ! Yani ketawa kecil je melihat respons Ann . Tula berahsia lagi dengan orang !

"Eh Ann kenapa ? Pedas sangat ke mee goreng ni ?" Soal Datin Alifah risau . Dia menghulurkan air pada Ann . Belakang badan Ann digosok perlahan .

Ann yang sudah reda dengan perit tekak terbatuk tadi hanya tersenyum saja .
"Pedas ma , pedas sangattt" ujarnya lalu menjeling sekilas ke arah Yani . Yani hanya selamba menghabiskan mee goreng dalam pingannya .

"Sorry la mama  buat pedas sangat kot ni" kata Datin Alifah yabg tidak tahu maksud kata-kata anaknya itu .

"Ni Ashraf tambah lagi mee ni" ujar Datin Alifah . Dia tersenyum lebar melihat Ashraf . Sungguh hatinya senang melihat Ashraf rupanya calon menantunya . Tak perlu la dia risau lagi tentang jodoh Ann .

"Takpe umi , Ashraf dah kenyang dah , sedap mee goreng ni umi masak" ujarnya ikhlas . Senyum saja Ashraf . Dia mengelap mulutnya dengan tisu .

"Ashraf jangan balik awal ya harini , banyak benda nak kena bincang , tanya ni" kata Dato Hadi bersama senyumannya . Dia menyisip kopinya .

"Baik walid" senyum segaris Ashraf . Dia merenung Ann di hadapannya . Ann juga merenung Ashraf hanya senyuman saja dihantar pada Ashraf .

"Sedapnyaaa bau...dari luar tadi aamir dah terbau-bau mee goreng umi masak ni" ujar Aamir tiba-tiba . Dia baru saja balik dari jogging . Masuk masuk pulak bau mee goreng . Berkeroncong terus perutnya .

"Ha kalau aamir nak makan pergi mandi dulu . Berpeluh-peluh ni . Busuk la anak umi ni . Nanti boleh berbual-bual dengan Abang Ipar aamir ni" ujar Datin Alifah seraya tersenyum memandang Ashraf yang juga melihatnya .

"Eh abang Ashraf pun ada . Ada apa-apa ke ni ? Abang ipar ? Apa yang terjadi ni ?" Soal Aamir tidak faham . Yelah dah lama tak balik kan apa yang ditahunya .

Ashraf hanya menunduk senyum tipis saja . Segan bila ditanya begitu . Dahla depan umi walid Ann . Ann pulak sudah geram dengan soalan Aamir . Eish budak ni kot ya pun , tanya cuba la berlapik sikit !

Ann menghantar isyarat mata pada Aamir supaya berlalu pergi . Dia menjeling tajam pada Aamir . Aamir yang tahu akan pandangan itu terus saja hendak berlalu pergi . Seram weh ! Macam nak tercabut dah biji mata tu !

"Ah..h takpalah Aamir naik dulu . Nak mandi tak sabar nak makan mee goreng ni !" Aamir terus berlalu naik ke atas untuk mandi .

Mereka pun meneruskan sesi sarapan mereka berteman dengan gelak tawa dan soalan-soalan yang diajukan dari Dato Hadi dan Datin Alifah itu . Sudah seperti sebuah keluarga bahagia . Bahagia saja nampaknya .

××××××××××

Lain pula dengan keadaan di luar Kediaman Dato Hadi dan Datin Alifah . Ada mata-mata yang memerhati dengan teliti . Siapa lagi kalau bukan orang suruhan Si Rita !

Lelaki itu memakirkan keretanya di tepi jalan tetapi sedikit tersorok oleh kerana dia memakirkan keretanya agak jauh , jadi tiada siapa yang akan curiga memandangkan Rumah-rumah di sini adalah kediaman orang kaya sahaja . Dia hanya menaiki kereta Proton Wira . Sudah tentu akan ada yang syak .

Lelaki yang memakai hoodie hitam itu membuat panggilan pada Rita untuk melaporkan info pada 'Bossnya' . Beberapa detik panggilan berjawab . Dia melorekkan senyum sinis .

"Aku nak inform kau ni . Lelaki tu datang rumah perempuan yang kau bagi aku gambar tu" jelas lelaki bernama 'khai' itu bersama suara yang tegas . Dia membelek jari-jemarinya sambil mendengar apa yang Rita katakan .

"Entah , tak sure pulak aku dia datang sebab apa ? Tapi macam ada benda penting je . Aku bukan spy pun sampai tahu apa yang diorang cakapkan" sindirnya bila Rita gelabah bertanyakan apa yang Ashraf buat di Rumah keluarga Ann . Kecoh perempuan ni !

"Aku akan tunggu sampai lelaki tu keluar . Apa-apa maklumat yang baru aku dapat aku akan update . Chaw !" Terus saja dia mematikan panggilan itu tanpa menunggu Rita menghabiskan kata-katanya .

Khai termenung seketika . Dia tersenyum sinis sambil mengunyah chewing gum di dalam mulutnya .

"Apa yang hebat sangat lelaki ni pun aku tak tahu sampai si Rita ni sanggup bayar aku ? Tapi takpe sebab dia bagi aku payment . Kalau tak jangan harap lah aku nak buat kerja dia . Ingat aku kuli batak dia ?" Gumamnya perlahan tapi cukup dia saja yang dapat dengarinya

Matanya masih lagi awas meninjau ke rumah itu . Dia harus fokus . Jangan sampai targetnya terlepas . Dia tidak suka membuat kerja yang tidak sempurna ! Apa yang sudah dimulakan harus dihabiskan . Itu motonya .

×××××××××××

Rayqal mengetuk kuat meja Aariz yang sedang asyik termenung jauh tu . Apa yang difikirkan tu agaknya sampai tak berkelip mata nuh !

"Hoii !" Laung Rayqal kuat . Serentak mematikan lamunan Aariz . Dia menggosok perlahan dadanya . Nasib tak ada sakit jantung !

"Yang kau ni dah kenapa . Jerit-jerit terkejut aku tau tak !" Ujar Aariz bersama jelingannya . Dia kembali melihat ke luar pemandangan biliknya .

"Yang kau ni dah kenapa . Dari tadi aku tengok asyik termenung je . Kau fikirkan apa ? Bangunan ni tak runtuh lagi la" seloroh Rayqal bersama senyuman dan gelengan kepala .

"Malam ni aku ada dinner date dekat  rumah kawan lama daddy" ujar Aariz . Dia menggaru kepalanya perlahan . Ish kenapa aku rasa serabut sangat ni eh ! Macam ada yang tak kena !

"Aik , dinner je pun sampai termenung macam tu sekali dah kenapa ? Ada apa-apa ke ?" Rayqal tersenyum sumbing . Dia mendekatkan wajahnya pada Aariz .

"Ni bukan pasal dinner bro...ni aku rasa tak sedap hati . Macam ada benda yang tak kena..aku taktau kenapa aku rasa macam ni . Like something going wrong ?" Keluhnya perlahan  . Dia bersandar pada kerusinya .

"Ala biasa la tu rasa tak sedap hati tu . Mesti ada apa-apa kan malam ni ? Mesti mummy kau ada cakap apa-apa dekat kau kan ?" Tebak Rayqal . Keningnya dijungkitkan sebelah . Tebakkannya memang tepat . Itulah yang dirungsingkan Aariz sekarang ni !

"Mummy aku nak kenalkan aku dengan anak kawan lama dia . Aku dah cakap dah dengan dia aku tak minat , tapi mummy aku beria suruh kenal-kenal dulu . Dia kata kalau aku tak suka tak apa . Dia tak marah . Kau tak rasa pelik ke ? Kenapa mummy aku tu beria-ria sangat eh ? Why ? Like theres something behind it" ujar Aariz panjang lebar . Kepalanya dipicit perlahan . Pening memikirkan hal ini .

"Ohh patutla . Aku dah agak dah mesti pasal benda ni . Ala apa nak risau kau kenal-kenal je la dengan dia dulu . Kalau tak suka cakap tak suka . Mana tau cantik ke perempuan tu ? Ha kau kan suka perempuan dahi licin ni semua" gurau Rayqal yang mengundang jelingan Aariz . Ketawa terus Rayqal dibuatnya .

"Sedap mulut kau je kan cakap aku macam tu . Aku dah berubah eh . Aku dah buang dah perangai aku semua tu . Hati aku hanya untuk..." baru saja Aariz hendak menyambung katanya Rayqal terus memintas .

"Ann kan ?" Kata Rayqal . Keningnya dijongkitkan sebelah . Faham sangat dah hati Aariz tu ! Rayqal membetulkan duduknya .

"Aku faham Riz apa yang kau rasa . Kau rasa bersalah . Kadang-kadang kita ni tak tahu yang perbuatan kita tu boleh menghancurkan apa yang kita miliki . Sebab kita ikut sangat kata hati . Kita tak sedar yang dalam masa yang sama , kita dah hancurkan orang yang kita sayangi" nasihat Rayqal panjang lebar . Dia melorek senyum ikhlas . Dia tahu yang Aariz sudah berubah . Sudah tidak seperti dulu lagi .

"Thanks Ray kau selalu nasihatkan aku .  Kau selalu ada masa aku susah senang . Susah nak cari kawan macam kau ni sekarang !" Ketawa halus Aariz juga Rayqal .

"Ok la aku keluar dulu . Lepasni aku dah tak payah dah jadi COO aku jadi ni je la kaunseling untuk kau . Tapi kau kena bayar ok , sejam rm100 itu belum pakej nasihat berbakul-bakul lagi" gurau Rayqal . Dia ketawa lepas . Suka betul bergurau !

"Ok got to go . See you when i see you bro !" Dia bangun lalu membetulkan kotnya . Dia senyum lalu menghulur kan tangannya untuk bersalaman dengan Aariz .

"See you too bro . Thanks atas nasihat kau juga !" Aariz berdiri lalu menyambut salam Rayqal . Dia tersenyum juga .

Rayqal terus beredar dari bilik Aariz dan meninggalkan Aariz sendirian di dalam biliknya .

Suasana jadi sepi . Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa dan hembusan nafasnya .

Dia melihat jam di pergelangan tangannya . Jam menunjukkan pukul 5 petang . Dia tak boleh lewat . Malam ni ada makan malam yang dia harus sertai . Lambat nanti bising mummnya . Aariz terus mengemaskan fail-fail di atas mejanya dan bangun dari kerusinya . Dia membetulkan kot dan memakai cermin mata hitamnya . Lalu berjalan keluar dari biliknya .

Dia menegur Shila PA nya untuk memberitahu yang dia balik awal . Shila hanya mengiakan saja dan mengucap kata perpisahan . Lalu dia terus meninggalkan pejabatnya .

××××××××××

Ashraf dan Dato Hadi duduk di gazebo laman miliknya . Dia hendak bercakap dengan Ashraf berduaan . Orang kata man to man talk .

Dato Hadi berdehem . "Jadi , Ashraf memang serius la ni kan dengan anak walid , Ann" soalnya untuk memulakan perbualan . Ashraf hanya melorek senyum manis . Ashraf mengangguk perlahan .

"Dah lama ke Ann dengan Ashraf ? Maksud walid hubungan ni dah lama ke ?" Soal Dato Hadi tenang . Dia menyisip kopinya .

"Lama la jugak Walid" jawab Ashraf ringkas . Dia hanya senyum kekok saja tak tahu nak jawab apa . Dah la tak plan dengan Ann nak jawab apa ? Tuptup Walid tanya . Habis la aku kalau statement aku lain dengan Ann .

Dato Hadi meletakkan cawannya semula . Dia senyum segaris . Sememangnya dia seorang yang tenang orangnya . Siapa saja yang berbual dengannya akan dapat aura-aura yang positif .

"Ashraf betul-betul ikhlas cintakan Ann ? Walid bukan apa , walid sayang sangat dekat Ann jadi walid nak lelaki yang Ann kahwini betul-betul ikhlas cinta dan sayangkan Ann . Walid tak nak Ann terluka . Terlukanya hati Ann , sama juga la pada walid . Dia ibarat pengarang jantung walid" tenang saja ucapannya . Dato Hadi melorek senyum ikhlas . Dia yakin Ashraf boleh menjaga Ann dengan baik .

"Ashraf ikhlas sayang dan cintakan Ann , walid . Rasa sayang tu dah lama mekar dalam hati ni cuma tak berkesempatan nak diungkapkan melalui kata-kata . Ashraf takut kalau terlalu awal bagitahu , Ann tak selesa jadi Ashraf kuburkan dulu niat tu . Alhamdulillah sekarang dah terungkap dah kata-kata tu" ujar Ashraf bersama senyuman ikhlas . Sungguh apa yang dikatakan semuanya lahir dari hati nuraninya . Dia ikhlas cinta dan sayangkan Ann selagi Allah mengizinkan .

"Walid harap Ashraf dapat bahagiakan Ann dengan izin Allah . Sayang dan cinta kan lah dia seadanya . Bimbing Ann ke jalan-Nya . Jika dia ada buat salah tegur lah dia ya" Dato Hadi menepuk lembut bahu Ashraf seraya tersenyum .

"In sya Allah walid . Saya janji , selagi saya hidup saya akan bahagiakan Ann semampunya . Terima kasih walid sebab percayakan Ashraf menjadi teman hidup Ann" dia memeluk Dato Hadi yang sudah dianggap seperti Ayahnya sendiri . Maklumlah ibu dan ayahnya sudah lama meninggal . Dia hanya ada adik perempuan sorang saja yang menjadi tanggungjawabnya untuk membesarkannya .

Dato Hadi menggosok lembut belakang badan Ashraf . Menyalurkan kekuatannya buat Ashraf yang dianggap seperti anaknya sendiri . Dia sayang pada pemuda itu .

Ashraf meleraikan pelukannya pada Dato Hadi . Lalu mengesat perlahan air matanya yang jatuh tadi .

"Terima kasih walid"ucapnya buat kali yang keberapa . Dia melorek senyum .

Dato Hadi hanya menepuk lembut bahunya seraya tersenyum . Dia membuang padangannya ke hadapan . Lega hatinya . Selepas ini , jika ajal datang menjemputnya , dia sudah tenang kerana ada yang menjaga anaknya . Dia sangat bersyukur .

×××××××××

TBC .

  

hi guysss..... sorry lama tak updateee... ai bussy sangat ni pun cuti CNY tu yg dpt menulis...ai rindu nak update... jadi bab 11 ni ada 3000 lebih pp . harap yuu all enjoy ok . komen byk ii spy ai semangat nak update . jangan lupa rate tauuu (^_^) love u guys and stay safe .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience