Andara Anwah Dato Abdul Hadi .Berusia 26 tahun. Seorang wanita yang dilahirkan sungguh sempurna dengan Mata nya yang bundar , hidungnya yang mancung , kulitnya yang putih mulus , bibir yang munggil , lesung pipit di sebelah kanan dan kiri yang menambahkan keayuannya , alis mata yang lebat dan mempunyai ketinggian yang biasa sahaja bagi wanita asia . Dia adalah wanita kacukan Arab dan india dari sebelah walidnya sebelah uminya adalah kacukan inggeris . Seorang wanita yang cukup diberi didikan agama terhadap dirinya , namun di salah gunakan olehnya.Namun sisi jahil wanita itu tiada siapa yang tahu melainkan dirinya . Hanya dirinya yang tahu.
Deringan alarm mematikan lamunan tidurku untuk aku menunaikan kewajipan pada sang pencipta yang suka akan hambanya bangkit pada sepertiga malam untuk mendengar hambanya merintih,memohon kepadanya. Dan aku adalah salah satu dari hamba-hambanya yang bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud untuk memohon keampunan ke atas diriku pada apa yang telah aku lakukan sebelum ini .
Aku menyelak selimut yang menutupi tubuhku , lalu berdiri dan menggeliat untuk menghilangkan rasa sakit pada sendi yang membelenggu diriku.Lalu, aku berjalan ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat.Setelah 10 minit di dalam bilik air aku keluar dan terus menuju ke arah tempat sejadahku , lalu memakai telekung yang berjenama Siti Khadijah pemberian daripada rakan baikku , Hanis Raihan pada hari ulang tahunku.
Setelah pada itu,aku mengalunkan zikir di tempat solat dan mengangkat takbir lalu tenggelam dalam pertemuan antara aku dan sang pencipta.
Selesai menunaikan solat sunat tahajjud , aku menunggu untuk menunaikan solat sunat subuh.Setelah selesai menunaikan solat sunat fardhu , aku terlelap di atas sejadah kerana penat yang teramat sangat , almaklumlah semalam aku membaca kes yang akan aku handle esok di Mahkamah.Kes itu berkaitan dengan Tuntutan fasakh yang dibuat oleh isteri pada suaminya.Maka jalan penyelesaiannya , kedua duanya di panggil ke Mahkamah untuk diselesaikan kes itu.
Tiba-tiba pintu dikuak perlahan dari luar dan terjengul wajah yani yang sudah siap mandi . Berseri-seri muka budak ni sejak-sejak pandai memilih skincare yang sesuai dengan kulitnya.Dia menghampiriku dan mengejutkanku untuk bersarapan bersama sama di bawah.
"Bahhhhh..."seloroh yani.
"oii terkejut la , kau ni nasib aku takde sakit jantung kalau tak dah gone dah.."
"tak sempat aku nak bersuami"ujarku.
"eh gatal kau kan long " ujar yani sambil ketawa.
"eh ketawa ketawa jugak , matahari dah tegak atas kepala , dia boleh tidur atas sejadah pulak ek" ujarnya.
"eh kau ni bisingla , aku tertidur lepas subuh tadi.."
"eleh yelah tuuu...tah tah sibuk ber otp dengan abang asyraf"seloroh yani.
"banyak la kau.....aku penat belek kes semalam seharian suntuk , takda maknanya nak otp dengan si asyraf tu"ujarku.
"whatever la Miss Andra Anwah , sekarang ni bangun , sarapan dekat bawah , umi dengan walid tunggu".
"yelah yelah....aku bangun la ni,kejap lagi aku turun"ujarku.
"ok bye" .
Yani keluar dan menutup pintu bilikku.
Aku bangun dari pembaringan lalu membuka telekung di kepalaku dan bergerak ke ampaian untuk mengambil tuala lalu terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan ke tempat kerja.
Aku bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja dengan mengenakan solekan yang nipis sahaja pada muka , aku tidak suka mengenakan mekap yang terlalu tebal , kalau dah cantik , cantik jugak , cehh. Aku memakai kemeja putih lengan panjang yang di tuck in ke dalam seluar slack warna hitam dan memakai tudung bawal hitam berjenama Ariani dan akhir sekali aku semburkan minyak wangi jo malone pada badanku dan menyangkut beg tangan channel pada bahuku dan menyangkut blazer hitam pada tangan kananku dan bergerak keluar dari bilik untuk turun ke bawah.
Sampai sahaja di tangga paling akhir , riuh rendah kedengaran suara seisi keluargaku yang sedang menikmati sarapan .
"Morning semua" ujarku berserta menghadiahkan senyuman yang manis buat semua .
Aku mengambil tempat di sebelah umi , bertentangan dengan yani dan Aamir dan Yani . Manakala ayah di tengah tengah meja.
"eh kak peguam kita dah bangun"ujar aamir berseloroh.
"kau tak payah nak perli along sangat eh...dia tu pun kalau umi tak kejut,tak adanya nak bangun"ujarku sengaja menyakiti hatinya balik hihi.
"But this time i woke up early ok , nak jadi imam dekat anak orang , ofc la bangun awal , tak gituu..?" ujarnya.
Aku membuat mimik muka nak termuntah.Semua tertawa dengan mimik muka yang aku buat.
Umi menyampuk , "eh dah la tu , kakak nak makan apa , umi ambilkan , nak nasi goreng ke roti bakar ?"
"Kakak nak roti bakar la umi" .
"Ann nak air teh ke coffee" ujar mak kiah , pembantu rumah yang telah berkhidmat 10 tahun dengan keluargaku.
"Air teh la mak kiah."
Mak kiah menuangkan air dan baru sahaja dia hendak berlalu masuk ke dapur aku bertanya ,
"eh mak kiah , makan la sekali."
Mak kiah menjawap ,"eh takpelah ann , mak kiah ada kerja nak buat kat dapur , ann makan je eh".
Sememangnya kami sekeluarga melayan mak kiah seperti keluarga kami sendiri.
Aku tersenyum , lalu dengan lafaz bismillah aku menyuapkan roti bakar ke dalam mulutku.
"Kakak masuk court ke harini ?" ujar walid padaku.
"Haah walid,ada kes harini , plus asyraf takde harini dia ada kes yang lain , tu yang kakak kena masuk court harini..."ujarku.
"eh haah along dengan dengan abang asyraf apa cerita eh...lama together...takde ke plan nak gitu-gitu.."seloroh aamir sambil melagakan kedua ii jari telunjuknya.
"haah ek , abang asyraf tu ok apa , full pakej , hensem pun hensem , kaya pun kaya , apa lagi yang tak cukup..?"ujar yani.
"eh korang berdua ni ek , along dengan dia hanya kawan baik merangkap bussiness partner sahaja ya , tak lebih dari tu.." ujarku.
"yelah tu"ujar aamir dan yani serentak.Aku membuat rolling eyes pada mereka berdua.Serentak mereka berdua ketawa.Suka nak kenakan kakakmu ini.
Jeda
"walid tak kerja ke harini..?"tanyaku pada walid kehairanan.
"tak,nak bawa umi kamu ni ha , menyopping , semalam walid dah janji dengan umi kamu ni ha,tak dibawakkan nanti kang tak pasal tidur luar walid malam ni sebab tak tepati janji nak bawa umi kamu ni pergi shopping , kamu bukan tak kenal Datin Alifah ni " jawab Dato Abdul Hadi dengan tenang diselangi tawa.
Umi mencebik.Kami bertiga ketawa apabila mendengar ucapan walid.Kasih sayang yang diberi oleh walid pada umi sangat utuh kasihnya.Ya Allah kekalkanlah kebahagiaan ini pada keluargaku ya Allah.
"ish abang ni , dia yang berjanji , kena la tunaikan , kalau tak , tak habis-habis dengan kerja dia tu je."ujar umi kepada walid.
"Yela , tak kerja nak bagi awak makan apa..? nak harapkan si achik ni ganti tempat saya , alamatnya mereputlah saya menunggu.."berseloroh walid.
Achik adalah Abdul Aamir adik bongsu kepada Andara Anwah yang berusia 23 tahun . Sedang melanjutkan pelajaran di University Harvard dalam bidang engineering.Seorang pemuda yang kacak dan digilai oleh ramai para wanita .Tapi jika ada perempuan yang mendekat padanya dia akan berkata "My love is for my future wife only".HAHA POYO SANGAT.Dia sememangnya kacak kerana campuran daripada umi dan walidnya di mana , uminya berketurunan inggeris manakala walidnya berketurunan india dan arab .Dia seorang anak yang baik dan taat pada walid dan uminya.Adakalanya suka menyakat kakak-kakaknya.erk!
"Ala , walid pun tahukan , achik tak minat dalam bidang ni , minat tak boleh dipaksa paksa waliddd..." ujar aamir.
"alah kau tu,banyak je alasannya.."ujar yani.
Aazeen Aiyani adalah adik keduanya yang berusia 24 tahun sedang menyambung pelajarannya di University of Buckingham dalam bidang Bussiness dan dalam semester yang terakhir.Seorang wanita berhijab yang lemah lembut , dan adakalanya tegas.Dia sememangnya rapat dengan Andara kerana jarak umur mereka yang tidak terlalu jauh dan mereka sering dianggap kawan rapat padahal mereka sememangnya adik beradik.
"ala angah ni banyak pulak cakap , susah susah angah jela ganti tempat walid...senang cerita"ujar aamir.
"angah memang la boleh gantikan tempat walid...tapi angah nak mula dari bawah dulu , nak rasa ada pengalaman , and then baru boleh sandang jawatan walid.."ujar yani.
"walid tak kisah...janji ada yang ganti tempat walid sudah cukup..".ujar walid tegas.
Aku hanya mendiamkan diri oleh kerana aku sudah mempunyai kerjaya dan firma sendiri , maka walid tidak boleh memaksaku , dalam masa yang sama walid sudah lama tahu yang aku sudah lama bercita cita untuk menjadi seorang peguam . Situasi menjadi sunyi dan hanya kedengaran sudu dan garfu berlaga . Sampai beberapa detik umi membuka mulut.
"Memandangkan kita semua dah lama tak pergi holiday , umi ada cadangan...apa kata hujung bulan ni kita pergi holiday di turki..?"ujar umi dengan penuh bersemangat.
"Abang on saje , cuma anak anak awak ni semua free ke?" .
"angah ok je "
"achik pun ok jugak,sebab sem break masatu".
"along boleh ke...?"tanya umi padaku.
"nanti along inform dulu pada asyraf..."ujarku.
"oklah , along gerak dulu eh.."
"kirim salam abang ipar achik tau.." ujar aamir.
"banyak la kau.."ujarku.
"kalau ya pun apa salahnya kakak.."ujar walid diselangi tawa . Apalagi budak si aamir tu suka la dia kenakan kakak nya ni . Erk !
"eiii walid ni pun sama jugak macam achik ni.."ujarku.
Semua ketawa mendengar cemberut ku .
Aku menyalam tangan umi dan walid dan menhadiahkan jelingan buat aamir dan dibalas dengan ejekan olehnya.Hei budak budak dah besar pun perangai macam budak kecik lagi.Geram sunggu aku !
Aku melangkah keluar dari dalam rumah , dan bergerak ke kereta BMW x6 ku . Aku menekan punat pada button kunci kereta untuk membolehkan ku masuk ke dalam kereta.Aku menghenyakkan punggung pada tempat pemandu .
Dengan lafaz bismillah , aku memandu kereta keluar dari perkarangan Rumah banglo 3 tingkat untuk menuju ke Putrajaya , tempat kerjaku .
Setelah 15 minit menuju ke destinasi tempat kerja , aku akhirnya tiba di Putrajaya dan daripada jauh sudah kelihatan bangunan firma ku dan apabila sampai di hadapan bangunan itu , terpampang nama "AndaraAsyraf and Partners " - Peguam Syarie & Counsel.
Aku memakirkan kereta di tempat kereta yang telah disediakan untukku dan bersebelahan dengan tempat parkir kereta Asyraf.
"eh si asyraf ni tak masuk kerja lagi ke , selalunya dia yang awal sangat " gumamku di dalam hati .
Aku menilik diriku di cermin sebelum keluar dari kereta sambil membetulkan tudung , dan mencapai beg dan disangkutkan ke bahu lalu keluar dari kereta.
Setelah itu aku mengunci pintu kereta.
Baru sahaja kaki aku hendak melangkah terdengar suara orang yang memberi salam dari arah belakang , aku tergamam sebentar .
Dannnn suara itu sudah lama tidak terdengar di corong telinga ku.
"Assalamualaikum Andara Anwah " ujar pemuda itu.
Bersambung......
p/s:Hi ! hihi sorry kalau lambat update , maaf kalau ada kekurangan ya , jangan lupa tau komen banyak banyak , rate , syg korang and stay safee ..anything saya akan update di ig @author_sn .
Share this novel