"Assalamualaikum Andara Anwah " .
Ujar Ashraf Awraq yang memakai kemeja berwarna putih , bersama segaris senyuman dan diselangi tawa halus.Suka la tu terkejut kan aku . Erk mamat ni.
Sebaik sahaja , aku menoleh ke belakang , rupa-rupanya........
"Waalaikummussalam , eh kau ni , ingat siapa lah tadi , rupanya kau" jawabku bersama wajah dingin aku pamerkan.
Terkejut aku , nasib takde sakit jantung kalau tak dah masuk rumah tiang dua dah jawabnya . Dia ni pun kalau nak terkejutkan pun agak agak lah . Lalu , kami berjalan berduaan masuk ke dalam bangunan firma . Semua mata tertumpu ke arah kami sebaik kami melangkah masuk ke dalam bangunan ini .
Dia sudah biasa melihat wajah cemberutku di pagi hari nan mentari ni . Eh apa kau merepek ni andara.Oh lupa aku nak kenalkan pemuda di hadapan ku ni .
Ashraf Awraq bin mohd Akif . Sebaya denganku . Maksud nama Awraq pun dah membawa erti memberi semangat . Memang dia hadir dalam hidup aku pada waktu yang tepat dan memberi aku semangat semasa aku hampir putus asa dulu dengan hidupku yang penuh dengan fana dulu tu .
Seorang lelaki yang kacak , baik hati , Tinggi yang boleh melepasi ukuran model la katakan , lain la macam aku , pendek macam tak cukup zat je . Erk haha . Single but not available katanya haha . geli aku nyah .
Dia juga rakan dari universiti ku dulu dan selepas saja kami tamat belajar , aku dan dia menyambung latihan di firma guaman untuk mencari pengalaman dan sebaik tamat intern di firma guaman kami bersepakat untuk membuka firma bersama dengan menggunakan modal yang diberikan oleh walid . Hihi yelah budak fresh graduate mana ada wangg . Sayang walid ketat ketat .
Suka pada ashraf ? Suka tu memang suka , tapi aku rasa aku dan dia tidak mungkin akan bersama , kau tengok je lah aku ni , terlampau banyak pincangnya kalau digandingkan dengan dia yang memang menjaga agamanya . Kalau dapat dia ni full pakej la kau nyah . Dan untungnya kalau aku yang menjadi zaujah untuknya.Erk melalut dah aku ni . Abaikan .
Ashraf boleh dikatakan kawan rapat aku semasa di U dulu selain Hanis Raihan . Ingat tak ? . Cumanya , Hanis tidak sama kos denganku , dia mengambil Tesl manakala aku law . Hanis ni kiranya kawan dari zaman sekolah menengah dululahh . Kiranya dia yang paling rapat dengan aku dulu , sebab aku tak suka sangat berkawan ni . Lebih selesa aloneee gitu . Sebab yang lain jugak diorang di sekolah menganggap aku ni anak orang kaya yang sombong , padahal tak pun . Serkap jarang je semua tu . Hergh !
"Haiii terkejut ke sayang saya niiii ?".
Ujar Ashraf diselangi tawa-tawa halus.
Dia ni memang suka sakat aku dari dulu lagi , tapi masa aku susah dia jugakla yang ada waktu aku perlukan orang untuk meluah perasaan . Aku sayang kau Ashraf.
Aku pamer wajah dingin , "Apa sayang-sayang , ni nak..." aku mengangkat penumbuk dan mengahalakan ke hadapan mukanya .
Dia hanya ketawa besar . Ha tau takut . Main-main lagi dengan Andara Anwah ni.
"Eh jap jap , bukan ke kau ada kes pagi ni.."
Soalku bersama muka kehairanan
Kami berlalu masuk ke dalam lif berduaan .
"Haah memang ada kes pun patutnya pagi ni , tapi dah anak guam aku ada hal , terpaksalah tangguh..."ujarnya dengan mengeluh perlahan .
Dia menekan punat di dalam lif untuk ke tingkat 45 . Bangunan ni ada 45 tingkat semua sekali , jadinya kami berada di tingkat paling atas sekali . Gayat weh . Kalau terjun mahu arwah terus . Dapat la gelaran , arwah baik orangnya .
*********************************************************
Kami berdua sahaja berada di dalam lif , memandangkan , hari sudah menginjak ke tengah hari . Suasana sepi dan sunyi sementara menunggu lif naik ke tingkat 45. Sampai suatu ketika .
Dia membuka mulut , "Ann , aku nak tanya satu soalan boleh" ujarnya sambik mengerdipkan matanya . Eleh ingat cute la tu . Eii tolonglaaa . Tapi memang cute pun . Eh gatal la kau ni Ann .
Aku laju menjawab , "nak tanya apa wahai cik ashraf...nak tanya , tanya jela tak payah nak soal jawab pulak..."ujarku lalu mempamerkan senyum sumbing .
Dia membalas dengan sengihan yang lebar , lalu menjawab , "Kau tak terfikir ke nak tamatkan zaman bujang kau ni..i mean married....yela umur kau pun dah meningkat kan ? Mesti umi dan walid kau nak menantu..." ucapnya lalu menggaru kepala yang tak gatal .
Eh mamat ni , sibuk pulak bab jodoh aku . Takkan dia taktahu hati aku ni dah tertutup untuk mana-mana lelaki selepas sesorang tu yang hancurkan hidup aku .
Aku laju menjawab , "eh kau ingat cari suami ni senang ke...nak cari yang baik pun satu dalam sejuta...lainlah kalau kau yang jadi suami aku..." ujarku spontan , dengan tidak sedar apa yang keluar dari mulut aku .
Dia segera berpaling dan menghadapkan mukanya ke muka ku , "kau cakap apa tadi...?" soalnya laju .
Padahal dia dengar saja apa yang keluar dari mulut Ann . Ann kalaulah kau tahu yang aku sangat mencintai kau sejak pertama kali lagi kita berjumpa . Tapi sayang aku tak mampu lagi nak lafazkan kata cinta tu pada kau , aku tau kau masih lagi terluka disebabkan kejadian yang dulu .
"Errrr....ak..u.u.." baru sahaja aku hendak menjawab pintu lif dari luar terbuka .
Fuhh selamat lif kau selamatkan aku , kalau tak mampus aku kena menjawab dekat Ashraf .
Tingggggggg...........
Pintu lif terbuka dari luar .
Aku dan Ashraf berlalu keluar daripada lif dan masuk ke dalam office .
Dia berhenti di hadapan aku , automatik aku juga berhenti selaras berhadapan dengannya .
"Ann aku tau sebab peristiwa dulu tu , kau tutup hati kau untuk mana-mana lelaki dan kau tak percaya dah pada mana-mana lelaki...tapi kau kena buka hati kau...terima orang yang akan datang dalam hidup kau...."ujarnya lembut padaku .
"Kau tak boleh nak expect semua lelaki sama dengan dia tu....kalau macamtu kau fikir...sampai bila kau nak bahagia..?" Ucapnya bersama mata yang redup memandangku . Mata kami bertautan buat seketika .
Aku akui lelaki di hadapan aku ni banyak memberi tunjuk ajar padaku sewaktu aku terjerumus dalam noda yang diciptakan oleh aku dan 'dia' . Jujur , aku juga menaruh hati padanya , kerana sikapnya yang prihatin terhadapku , sedikit sebanyak , merawat luka yang bertandang di hati ni dulu .
Aku tersedar dari tautan mata buat beberapa ketika .
Aku menjawab , "kau pun tau kan ash , disebabkan 'dia' aku jadi macam ni , aku tak boleh nak percaya dah mana-mana lelaki....kecuali kau la kawan lelaki yang aku percaya sekarang ni...."kataku bersama senyuman segaris aku hadiahkan padanya .
Dia tersenyum memandangku .
"Remember this , i will always be with you no matter what ok , always..." katanya bersama muka yang sarat dengan rasa cinta yang menggebu padaku .
Aku mengangguk perlahan dan menghadiahkan senyuman buatnya .
"Thank Ash for everything" ujarku .
"My pleasure" ucapnya ikhlas .
Selepas sahaja sesi luahan hati tu tamat , kami pun beriringan masuk ke dalam office .
Terpampang signboard di luar pintu office "AndaraAsyraf and Patners"- Peguam Syarie and counsel .
*********************************************************
Masuk saja ke dalam office , semerbak bauan lavender memenuhi segenap ruangan pejabat . Kami berlalu masuk dan mereka yang berada di dalam office mengucapkan selamat pagi . Aku dan Ashraf menjawab . Setelah pada itu , Ashraf memanggilku .
"Ann , nanti lunch dengan aku eh , aku belanja kau harini..."ucapnya bersama senyuman segaris . Heih dia ni kalau tak buat hati aku cair tak boleh la .
"Ok onz , nanti naik kereta kau la , pergi lunch...tak payah aku nak drive.."ujarku.
"Ok , nanti tepat pukul 1 kita lunch ok.."
Ucapnya bersama senyum segaris yang menampakkan lesung pipitnya . Lalu berlalu meninggalkanku untuk masuk ke dalam biliknya .
Aku hanya menggeleng kepala perlahan dan tersenyum nipis . Lalu , baru aku hendak berjalan menuju ke bilik , aku bertembung dengan Rita salah seorang pekerja , kerani di pejabat ni . Aku menghadiahkan senyuman segaris padanya .
Tapiiii dia membalas jelingan padaku dan berlalu pergi meninggalkanku bersama mug yang dipegang di tangan . Aku kehairanan . Apa kena dengan dia tu . Jeling-jeling korek biji mata tu baru tauuu .
Sampai sahaja di dalam bilik , aku meletakkan Beg Channel yang tersangkut pada bahu di atas meja , lalu menghenyakkan punggung ke atas kerusi .
Aku menekan butang interkom dan memanggil Hana , pembantuku untuk masuk ke dalam bilik untuk bawa fail yang aku minta .
Tokk ! Tokk ! Tokk !
Spontan ucapan masuk terbit dari bibir munggil ku . Hana memulas tombol pintu dan terjengul wajahnya . Dia berlalu masuk .
"Ni fail yang cik Ann minta"ucapnya lalu meletakkan fail di atas meja .
Hana adalah pembantu aku . Sudah lama dia bekerja dengan aku untuk uruskan fail-fail klien semua ni dan kadangkala dia akan ikut aku ke mahkamah . Kiranya dia ni macam PA aku la katakann . Aku dan dia memang rapat . Aku anggap dia seperti adik aku sendiri . Dia pun baik orangnya . Jadi kalau orang baik , kita pun automatik akan baik dengan orang tu . Giteww .
Dia bersuara lagi , "Cik Ann , lunch nanti jom join kitaorang makan dekat kedai baru dekat bawah tu nak...? ramai kata sedap..." katanya bersama sengihan yang lebar . Dia ni kalau bab makan nombor satu .
Aku membuka mulut , "ala hana , saya tak boleh nak join korang , saya dah janji dengan Cik Ashraf nak lunch sama...lain kali eh...kalau tak dah tentu saya join korang semua..." ujarku dengan sengihan lebar yang menampakkan gigi yang tersusun cantik dan menggaru kepala yang tak gatal .
"Haaaa , keluar dengan cik ashraf ehh , korang ni ada apa-apa ke ha...?" Ucapnya bersama senyuman yang besar sambil menudingkan jari kedepan .
Aku cakap dah . Orang kat office ni pantang kalau aku keluar dengan mana-mana lelaki , ada je la yang nak di matchmaker kan . Yang si Ashraf tu pun satu nanti kalau orang bersuara pasal tu , jawapannya , "doakan la ya " , "aameen,insyaAllah" . Tak ke kau rasa sakit hati tu . Herghh .
Aku menggeleng perlahan bersama senyuman segaris , "eh manada , saya dengan ashraf memang rapat , dah kami kawan dari dulu , and now jadi bussiness partner...sebabtu kami rapat" ujarku bersungguh untuk menutup muka pucatku dengan soalan yang diajukan tadi . Fuh nasib tak kantoii .
Hana laju menjawab , "eh , cik Ann kena baik-baik tau nanti ada orang jeles cik Ann keluar dengan cik Ashraf..." ucapnya sungguh-sungguh .
"Siapa yang jeles.....?" Soalku kehairanan.
"Siapa lagi kalau bukan Rita bajet cantik tu...."jawabnya sambil mempamer wajah menyampah .
"La....dia suka cik Ashraf ke...?"
"Yela....cik Ann tau , dia tu bajet la , pernah la sekali cik Ashraf makan lunch sama dengan dia kebetulan masatu dia ada kat kedai yang sama....lepastu balik office , kecoh la bercerita dekat kawan-kawan dekat office ni kononnya cik Ashraf teman lunchdate dia.....eiii nyampah saya dengar...berbulu je telinga ni dengar...." kata hana sambil menunjuk riak wajah menyampah . Hana ni memang Anti dengan si Rita tu . Sebab nya Rita jugak , suka cari pasal .
"Ohh patutla , dia jeling aku tadi , sebab aku masuk office sama-sama dengan ash rupanya....." gumamku perlahan .
"Apa cik Ann....?" Soalnya kerana tidak dengar apa yang aku cakapkan .
"Eh takde apa , okla hana , saya nak buat kerja dulu eh...."ucapku ringkas .
"Ok , saya keluar dulu cik Ann , apa-apa panggil saya ya..."katanya bersama senyuman manis .
"Ok thanks hana.." kataku .
Hana keluar dan menutup pintu bilikku .
BERSAMBUNG...............
*********************************************************
p/s: Happy Reading everyone ! Boleh follow S.N. untuk dapatkan notification tiap kali S.N update ok ! Boleh juga follow S.N. di ig . Thankyou ! Stay safe . Sayang korang .
ig : @author_sn
Share this novel