Mata Ann meliar sekeliling rumah mencari di mana walidnya dan Ashraf hendak diajak minum petang bersama . Ann keluar dari rumah dan menuju ke halaman rumahnya . Di sini rupanya !
Ann menyarungkan seliparnya dan bergerak menuju ke gazebo milik Walidnya . Dia berdehem untuk menamatkan perbualan mereka yang rancak itu . Amboi mesra sungguh !
"Amboi ! Rancaknya berbual , sampai tak sedar Ann kat sini kan ?" Guraunya yang ada nada merajuk di situ . Mulutnya dimuncungkan tanda dia merajuk . Tangannya mengurut lembut bahu walidnya .
Dato Hadi ketawa kecil begitu juga dengan Ashraf .
"Hah Ashraf , tengok tu merajuk pulak dah.." ujar Dato Hadi selepas tawanya reda .
"Ann nak panggil walid dengan Ashraf masuk dalam minum petang...jom" Ann mengukirkan senyuman . Tak merajuk lagi dah !
"Kamu pujuk dulu buah hati kesayangan kamu ni Ashraf , walid nak masuk dalam.." baru berura-ura Dato Hadi hendak masuk ke dalam , Ann menarik tangan Walidnya .
"Ehh walid temanla Ann...seganlaa" ujarnya meleret . Dia sebenarnya malu dengan Ashraf . Tidak tahu kenapa . Rasa tidak selesa berbual berduaan begitu .
"Kamu berbual la dulu dengan Ashraf , walid nak masuk dalam tak nak la kacau daun" usik Dato Hadi .
"Ann malu la walid.." bisik Ann perlahan di telinga walidnya . Tidak mahu didengari oleh Ashraf . Kalau dia dengar malu aku dah besar panjang macam ni manja lagi . Eh tapi suka hati aku la walid aku kan . Bukan walid dia .
"Ann , janganlah manja-manja macam ni dah besar panjang dah pun..tak lama lagi nak kahwin dah pun kan"
"Hah Ashraf , kamu jangan macam-macam" Dato Hadi menunjukkan isyarat eye to eye padanya .
"Baik walid.." Ashraf mengenyitkan matanya dan menunjukkan Thumbs up . Haih sama kena !
"Tapi jangan lama sangat , nanti masuk minum petang ya"
Dato Hadi lalu beredar dan masuk ke dalam rumah meninggalkan merpati dua sejoli itu .
"Amboi ! Mesra betul eh..bukan main" Ann menjeling manja . Saja dia menyakat Ashraf .
Ashraf hanya ketawa kecil saja .
"Mesra lah , bakal menantu ni" ujar Ashraf mendabik dada . Bangga la tu !
Ann mencebik .
"Apa yang you berbual dengan walid tadi . Macam ada sesuatu je.." Ann mengecilkan mata memandang Ashraf .
"Ehh mana boleh bagitahu , rahsiaa..ni hal lelaki je yang tahu" Ashraf menjeling sekilas ke arah Ann . Ohh dia ingat dia je boleh jeling aku ! Aku pun boleh .
"Finee..tak nak bagitahu takpee..tak kisah pun" Ann menundukkan mukanya dan jari-jemarinya dimainkan sesama sendiri . Tengah merajuk ni tau !
"Ha mulalah tu nak merajuk...you i tak cakap apa pun dengan walid , sembang-sembang kosong je" Ashraf memujuk lembut . Yang dia tahu Ann ni memang manja ! Tapi dengan orang tertentu saja !
"Man-mana ada i merajuk . Pandai je kan you ni" nafi Ann . Matanya meliar ke tempat lain . Padahal memang merajuk pun !
Beberapa minit mereka diam . Ann memecahkan suasana itu . Dia teragak-agak mahu memberitahu 'sesuatu' yang telah lama dirahsiakan daripada Ashraf .
"You sebenarnya beberapa hari lepas , i ada terjumpa dengan Aariz.." jelas Ann takut-takut . Dia sebenarnya takut untuk memberitahu dengan Ashraf . Yelah , sesiapa pun akan marah bila orang yang buat kita dulu , datang balik .
Membuntang mata Ashraf mendengar penjelasan Ann . Aariz ? Ann jumpa Aariz ?
"You jumpa Aariz ? Kat mana ? Bila ? Dia ada buat apa-apa tak dekat you" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ashraf . Mukanya juga sudah serius . Serupa hendak makan orang gayanya . Dia bukannya apa dia risau . Bukan boleh percaya si Aariz tu .
"I-i jumpa dia dekat cafe masa i tengah lunch . Yang i ada minta you temankan i lunch tapi you busy masatu , masa tu la i terjumpa dia..."
"Dia terlanggar i masa i nak keluar dari cafe tu . Tu je" jelas Ann . Mukanya ditundukkan ke bawah . Takut mahu bertentang mata dengan Ashraf . Dia tahu pasti Ashraf marah .
"Dia ada cakap apa-apa tak dengan you ?" Soal Ashraf dingin .
"A-ada dia cakap dia minta maaf dekat i , lepastu dia kata..." takut Ann untuk meneruskan katanya .
"Kata apa..?" Soal Ashraf dengan tak surut lagi amarahnya .
"Dia nak kahwin dengan i.." Akhirnya Ann melihat muka Ashraf sejurus dia menghabiskan kata . Jelas wajah Ashraf yang merah padam . Itu bermakna Ashraf sedang marah .
Ashraf mengeluh kasar . Dia meraup mukanya kasar . Aariz ni memang sedang bermain dengan api dengan aku ? Berani dia ajak Ann kahwin lepas apa yang dia buat ? Langsung tak rasa salah langsung ke ?
"You nak ke kahwin dengan dia" soal Ashraf selamba . Dia sebenarnya geram lagi . Tapi dia tak sengaja mahu menyinggung hati Ann .
Ann memandang muka Ashraf tak puas hati .
"Apa you cakap ni Ash ? You tahu kan apa yang dia dah buat dekat i ? Takkan la i ni bodoh sangat nak terima dia balik ?" Marah Ann .
Ashraf yang sedar keterlanjurannya berbicara terus tersentak .
"Sorry Ann i tak sengaja . I tak sedar apa yang i cakap . I marah sebab i sayangkan you . I taknak you jadi milik sesiapa . Sebab Andara Anwah adalah milik Ashraf Awraq selagi Allah mengizinkan" Ashraf melorek senyum ikhlas .
"Tapi Ash you tak kisah ke status i . I mean i dah tak ada dara , you boleh ke terima i yang kotor ni jadi isteri you ?" Lirih suara Ann menutur kata . Dia sedar dirinya tak layak untuk sesiapa kerana dia sudah tiada dara lagi . Layakkah dia untuk bahagia ?
"Ann , manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan . Semua orang pernah buat silap . Dan kita tidak terkecuali dalam hal itu . Dan kesilapan tu yang menjadi pengajaran dalam hidup kita . Kesilapan itu yang mematangkan kita.."
"Ann i tak pernah kisah pasal semua tu . I cinta you seadanya . I tetap cinta dan sayangkan you walau apa yang terjadi pada you . Mungkin satu hari nanti , rambut kita semakin memutih , i akan tetap cintakan you" Ashraf mengukir senyuman .
Ann mencarik senyum .
"Thank you Ash . Thank you so much . I pun cintakan you selagi Allah mengizinkan" katanya ikhlas . Ya , dia sudah membuka hatinya untuk mencintai lelaki lain selain 'dia' . Dia nekad , bahagianya boleh dicari selain adanya Aariz Abdul Rafi dalam hidupnya .
××××××××××××××
Aariz menatap wajahnya di cermin . Dia menilik mukanya buat kali yang terakhir untuk bergegas ke rumah kawan lama daddy nya untuk makan malam bersama . Dia mengenakan kemeja hitam dan seluar jeans berwarna biru . Dia menyemburkan perfume Paco Rabanne pada badannya . Setelah selesai semuanya dia bergerak keluar dari biliknya . Pintu ditutup rapat .
Baru sahaja dia hendak turun dari tangga , dia tiba-tiba mendapat idea nakal untuk mengenakan adiknya . Dia tersenyum sinis . Tak keluar lagi nampaknya budak ni ! Lama sangat bersiap macam dia punya kawan pulak eh ! Ok jugak kalau kacau sekejap .
Aariz bergerak menuju ke bilik adiknya . Dia terus meluru masuk ke dalam bilik adiknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu . Ah suka hati la !
"Ehem...bersiap mengalahkan menteri pulak ek ? Macam nak pergi rumah kawan kau pulak kan ?" Sindir Aariz selamba .
Aireena yang sedang memakai lipstick di depan cermin terus comot bibirnya . Memang nak kena dia ni ! Suka hati badak dia je masuk bilik aku tak ketuk pintu .
"Eii tengok ni reen punya lipstick dah comot tau tak ? Suka hati je kan masuk bilik orang tak ketuk pintu ?" Marah Aireena . Dia ni memang sengaja kan !
"Eh eh salah abang pulak ? You tu yang bersiap lama sangat ? Apa ingat nak pergi fashion show ke ?" Usik Aariz . Dia membelek barang yang berada di bilik Aireena . Penyibuk sangat gayanya ! Annoying betul abang aku ni kan !
"Eh orang dah siap la , mandai-mandai je eh serkap jarang" nafi Aireena . Dia bangun menggalas beg tangan Dior nya di bahu dan berlalu keluar dari bilik . Dia sengaja buat-buat tak nampak Aariz di situ . Siapa suruh annoying sangat ! Rasakan .
Kebetulan Aireena cuti sem jadi dia balik ke Malaysia meluangkan masa bersama keluarganya . Daripada duduk di negara orang baik balik negara sendiri .
Aariz terus cepat-cepat keluar dari bilik dan mengejar Aireena . Cepat betul dia ni jalan !
"Ehh , mana mama dengan daddy ?" Soal Aireena . Mata Aireena meliar mencari mama dengan daddynya .
"Mama dengan daddy dah pergi la . Tunggu you berasap kereta tau tak ? Lembap !" Ujar Aariz selamba . Dia terus masuk ke dalam Lamborghini nya .
"Eh suka hati cakap orang lembap ! Ingat you tu pandai sangat ke ?" Aireena menjeling abangnya sekilas dan meluaskan pandangannya ke luar tingkap kereta . Malas nak layan !
Aariz memulakan pemanduannya untuk menuju ke kediaman kawan lama daddynya di Putrajaya . Daddy dengan Mama nya dah pergi dulu jadi dia membawa Aireena bersama .
××××××××××××
Ann menolong uminya menyiapkan meja makan kerana sebentar lagi ada kawan lama walid nak datang . Jadi dia dan yani kena tolong . Tak pasal-pasal kena bebel sebab tak tolong ! Nak harapkan si Aamir tu hmph kiamat la baru nak tolong .
"Kak , siapa kawan lama walid tu ? Kau kenal ke ?" Soal Yani perlahan . Dia yang sedang menyusun pinggan di atas meja . Manakala Ann sedang menuangkan air di dalam gelas .
"Entah akak pun tak kenal ? Kata umi kawan lama walid dengan dia . Dah lama tak jumpa sebab kita kan pindah luar negara kan sekejap? Tu yang dah lama tak jumpa" terang Ann .
Aazeen Aiyani hanya mengangguk saja . tiba-tiba Aamir mencelah .
"Dah siap ke tu ladies ?" Soal Aamir . Tangannya disilangkan ke dada . Dia melihat makanan yang tersedia di atas meja . Wow memang makan besar ni !
"Ladies la sangat ? Sibuk pulak kau ek ! Pergi main jauh-jauh sana shuh shuh" ujar Yani .
Ann hanya menggeleng kepala perlahan . Faham sangat dah perangai yani dengan aamir ni . Bergaduh aja kerja !
"Ehh dishuhkan kita . Ok bye !" Aamir terus berlalu pergi .
Tiba-tiba bunyi riuh rendah di luar rumah . Dah sampai sudah keluarga Dato Sulaiman . Walid menjemput Dato Sulaiman dan Datin Rania masuk ke dalam . Diikuti Aariz Abdul Rafi dan juga Aireena Zahrah . Mereka duduk di ruang tamu .
Datin Alifah sudah berpelukan dengan Datin Rania . Rindu sungguh pada kawan lamanya . Begitu juga dengan Dato Abdul Hadi . Lama mereka tidak berjumpa .
Seusai mereka berpelukan . Dato Sulaiman mengenalkan anak mereka . Maklumlah dah lama tak jumpa , mesti tidak kenal .
"Ni anak lelaki aku , Aariz Abdul Rafi , dan yang perempuan ini Aireena Zahrah" ujar Dato Sulaiman seraya tersenyum .
Ann yang baru keluar dari dapur terhenti langkahnya apabila ternampak figura yang dia amat kenali . Kenapa dia ada di sini ?
"Ann..?" Panggil Uminya . Ann tersentak dari lamunannya dan mara menghampiri mereka . Dia duduk di sebelah uminya berhadapan dengan Aariz dan Aireena .
Ann tersenyum kekok pada mereka semua . Dia sedar mata Aariz asyik merenungnya . Dia tahu pasti Aariz terkejut !
"Ni anak aku yang sulong Andara Anwah , Aazeen Aiyani anak aku yang kedua dan yang bongsu Abdul Aamir" ujar Dato Hadi .
Mata Aireena tak berkedip melihat figura lelaki di hadapannya ini . Dia tidak sangka rupa-rupanya lelaki ini anak orang kaya ! Aamir pun tidak pernah memberitahunya apa-apa ?
"Ohh anak kau yang Andara Anwah ni ada legal firm kan ?" Soal Dato Sulaiman seraya melorek senyum .
"Haah , dia ada legal firm tapi dia partner dengan kawan dia" jawab Dato Hadi .
"Anak aku ni tak suka bussiness , tu yang dia ambik undang-undang dekat London dulu" jelas Dato Hadi .
"Ohh Andara belajar dekat mana dulu ?"soal Dato Sulaiman penuh minat .
"University of London" jawab Ann ringkas . Dia mengukir senyum tawar . Tidak mahu nampak kurang ajar sangat . Walaupun anaknya tersangat lah kurang ajar ! Cuma dia yang tak tahu .
"Ohh..kalau macamtu Andara sama University dengan Aariz la kan ? Tak kenal ke dengan Aariz ?" Soal Dato Sulaiman .
"Kenal..kenal sangat" Ann melirik tajam pada Aariz . Aariz hanya diam sahaja . Takut la tu ! Kau bagitahu la apa yang kau dah buat dekat aku !
"Bagus la kalau macam tu dah kenal" Dato Sulaiman senyum . Dia memandang isterinya juga yang sedang tersenyum . Senyum yang ada maksud tersirat di sebaliknya .
"Aariz ni handsome mesti ramai peminat kan !" Ujar Datin Alifah . Datin Alifah menyenggol lengan Yani yang duduk di sebelahnya . Yani juga sudah tersenyum-senyum . Mana tak senyum hensem gila kau ! Sampai tak ingat Rayyan dah dia punya hensem tu !
Ann tersenyum sinis . Umi tak tahu apa yang dia dah buat . Sekarang memang nampak baik je , tunggu satu hari nanti bila kebenaran dah terbongkar kita tengok la .
"Tak ada la aunty , biasa je" ujar Aariz merendah diri .
"Rania , anak lelaki kau ni dah berpunya ke ?" Soal Datin Alifah . Membuntang mata Ann mendengarkan soalan uminya . Aik lain macam ni !
"Tak ada lagi Alifah , aku nak carikan tak nak , nak pilih sendiri ? Tu sampai sekarang bayang menantu pun takde" Datin Rania ketawa kecil . Aariz hanya menunduk saja . Malu sebenarnya .
Aamir yang sedang bermain mata dengan Aireena semakin rancak . Amboi kau tak nampak ke kat mana ni ! Tak nyempat-nyempat . Aamir mengenyitkan matanya pada Aireena dan dibalas jelingan oleh Aireena .
"Ehh Aireena study dekat Harvard kan ? Sama dengan Aamir ni" ujar Dato Hadi .
"Haah uncle , study dekat Harvard dan kenalll sangat dengan Aamir ni" ujar Aireena perlahan tapi suaranya yang ditekan . Geram sebenarnya dengan Aamir . Sampai hati dia tipu aku ! Dia tersenyum lebar .
"Ok la kalau macam tu apa kata kita makan ? Dah siap dah semuanya" celah Datin Alifah .
Mereka semua bangun dan bergerak ke meja makan . Kecuali Ann dan Aariz yang masih duduk di situ . Beberapa saat kemudian , Ann bangun dari sofa tapi tangannya dipegang kejap oleh Aariz kerana dia merentap tangannya .
"Jangan buat perangai lama you dekat sini , i benci !" Ujar Ann perlahan ditekan tapi cukup dengar di telinga Aariz . Mukanya yang penuh dengan kebencian tidak dapat diselindung lagi
"I'm sorry..i taktahu pun yang my dad kawan walid you" ujar Aariz perlahan bersama pandangan redupnya melihat Ann di depannya . Dia masih cintakan Ann .
"Whatever ! I tetap benci dengan you . Forever. You kena ingat benda tu ! Tanam dalam otak you yang bijak sangat tu !" Ujar Ann tersenyum sinis . Dia terus berlalu pergi meninggalkan Aariz seorang diri di ruang tamu itu .
Aariz mengeluh perlahan dan meraup mukanya . Dia berjalan menuju ke ruang makan . Pasti mereka sudah tunggu .
×××××××××××××
TBC
yeppi readinggg..... jgn lupa komen byk ii sbb komen u guyss akan mnmbhkan semangat i untuk up lagi chapter okk... love u guys...
Share this novel