Kadangkala seseorang itu hadir dalam hidup kita tanpa disangka , mengisi ruang hidup kita tanpa diminta , Namun akhirnya pergi tinggalkan kita tanpa diduga .
Belajarlah untuk mengerti bahawa sesuatu
yang baik untukmu , tidak akan Allah izinkan pergi kecuali Allah gantikan dengan yang lebih baik .
Begitu juga dalam Hidup seorang Andara Anwah . Allah gantikan Ashraf Awraq untuknya , bagi merawat luka yang berdarah di hati Andara akibat kejadian yang berlaku . Manakala Allah menarik Aariz pergi dari hidupnya untuk kebaikannya . Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya . Cuma cepat atau lambat sahaja hikmah itu akan kelihatan . Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan bersyukur atas setiap kurniaan Allah ke atas kita .
************************************
Di Rumah Sewa Rita .
Dia sedang duduk di sofa ruang tamunya . Memikirkan sesuatu perkara sehingga menerbitkan muka yang tegang apabila teringat kejadian antara dia , ashraf dan ann semasa di pejabat tadi petang .
Hatinya sungguh sakit , tatkala Ashraf memarahinya kerana perempuan tak guna tu . Ya . Dia menggelarkan Ann sebagai perempuan tak guna . Dia dah lama sakit hati pada Ann disebabkan Ann begitu rapat dengan Ashraf . Sedangkan dalam diam , dia menaruh hati pada Ashraf sejak pertama kali dia bekerja di situ . Tetapi lelaki itu saja yang tidak perasan .
"Ei tak guna betul perempuan tu keluar dengan cik Ashraf tadi . Suka la tu . Takpe perempuan kau enjoy dulu hidup kau ."
"Aku akan pastikan takde siapa yang akan dapat cik Ashraf . Kalau aku tak dapat dia . Orang lain pun tak kan dapat .Terutamanya kau perempuan !" Gumamnya beserta mengepal jari-jemarinya .
"Oiiii cakap sorang-sorang.." gurau kawan serumahnya , Nadia . Lalu melabuhkan punggungnya dan menekan alat kawalan jauh untuk menonton televisyen .
"Mana ada cakap sorang-sorang" ucapnya ringkas tanpa segaris senyuman .
"Eleh aku dengarla , cerita la dekat aku kalau kau ada masalah . Aku kan kawan kau.." tutur Nadia beserta senyuman hambar .
Ya . Rita tidak mempunyai ramai kawan . Kerana sikapnya yang sombong dan tidak ramah , dia tidak punya banyak kawan . Nadialah satu-satunya kawannya . Di pejabat pun , hanya kawan sekadar kawan saja . Habis waktu kerja dia tak bersosial pun dengan mereka . Malas .
"Betul tak ada apa . Nanti kalau aku dah sedia nak cerita , aku cerita ok...?" Ujarnya dan membalas senyuman hambarnya . Dia tak bersedia lagi nak cerita pada Nadia tentang soal hatinya . Dia bangun dan menapak ke anak tangga untuk naik ke biliknya .
Nadia cuma mengangguk dan menghantar pandangannya pada Rita . Dia dah masak dah dengan perangai Rita . Susah nak bercerita tentang dirinya . Walaupun mereka dah lama kenal . Sikap Rita yang dingin kadangkalanya pun dia sudah biasa . Tapi dia tau bahawa yang Rita seorang yang baik dan tidak bersikap asli seperti itu . Dan dia tidak tau apa sebabnya . Tunggu jelah Rita buka mulut tentang keluarganya .
************************************
Di Bilik Ann .
Dia duduk berteleku di atas sejadah untuk menunggu Solat Isyak bersama telekung yang masih bersarung pada tubuhnya . Fikirannya kembali terlayar pada permintaan umi dan walidnya di meja makan tadi . Masih terngiang-ngiang kata-kata uminya barusan . Dia meraup mukanya perlahan . Ann menyelak langsir ingatannya .
************
FLASHBACK
Kakinya melangkah keluar dari lif oleh kerana dia malas untuk turun ke bawah menggunakan tangga . Dia sudah siap mengenakan pyjamas tidurnya dan melepaskan rambutnya separas pinggang itu . Bauan makanan kegemarannya sudah berada di awang-awangan . Perutnya sudah berkeroncong minta diisi .
Dia menghampiri umi dan walidnya dan menghadiahkan segaris senyuman buat mereka yang sudah berada di meja makan yang memuatkan 30 orang itu dan menghenyakkan punggungnya di kerusi makan yang ditempah khas oleh uminya daripada Italy . Hanya mereka bertiga sahaja yang makan di meja itu . Adakalanya Mak kiah pun akan makan bersama . Dia duduk bertentangan dengan uminya , manakala walidnya di sebelah kanannya .
Dia melihat hidangan di atas meja . Ada tomyam kegemarannya , Udang masak lemak cili api kegemaran walidnya , ulam-ulaman dan tidak lupa sambal belacan yang semuanya dimasak oleh umimya . Air liurku telan apabila melihat lauk-pauk di atas meja . Mataku bersinar-sinar apabila nampak makanan feveretku itu . Ahh sedapnya ! . Walaupun di rumah ada pembantu rumah , tetapi umi lebih gemar memasak sendiri . Air tangan seorang isteri dan ibu la katakan . Mak kiah hanya take over bahagian kemas-kemas saja .
"Ann , hulur pinggan tu . Umi cedokkan nasi ."
Aku menghulurkan pinggan dan diberi semula oleh umi padaku pinggan yang sudah berisi nasi .
"Thanks umi" ujarku .
"Welcome dear".
Umi mencedokkan nasi pada pinggannya . Pinggan walid sudah pun terisi nasi . Dia isi suami dia punya dulu la ofc . Haha ! .
Ha..mesti korang tertanya-tanyakan mana yani dan aamir ? Mereka sudahpun balik ke Universiti masing-masing sebab cuti dah habis . Jadinya dapatlah aku jadi anak tunggal sementara . Hahah .
Aku mencedokkan tomyam dan meletakkan ke dalam pinggan . Sama dengan umi dan walid yang mula mencedokkan lauk ke pinggan . Umi mencedokkan Udang masak lemak cili api dan disuakan ke pinggan walid lalu dibalas kenyitan mata oleh walid . Umi hanya tersenyum dan menggeleng kepala perlahan . Suka aku melihat kemesraan umi dan walid yang dari dulu lagi sweet walaupun sudah menginjak usia tua . 'Ya Allah kekalkanlah kebahagiaan ini pada keluargaku . Aku tak mampu meneruskan hidup tanpa mereka . Panjangkanlah umur mereka , untuk aku berbakti kepada mereka'. Aku termenung seketika .
"Ann kenapa tak makan . Termenung pulak dia ." Tegur umi lembut padaku . Tersentak aku dari lamunan beberapa saat itu .
Dengan lafaz bismillah , aku menyuapkan nasi ke dalam mulut . Sedapnya tomyam ni tak terkata oleh bibir . Over ek kau ni Ann . Rasanya tak pernah berubah kalau dimasak oleh umi yang tercinta . Melainkan makin sedap ada la .
"Kerja ok ke Ann ?" Soal walid bersama mukanya yang tenang .
Aku sememangnya agak rapat dengan walid berbanding kami 3 beradik . Rapat memang rapat , cuma kalau nak dibandingkan aku dengan 2 orang lagi tu , aku lebih rapat dengan walid .
"Alhamdulillah walid , everything going smoothly ." Jawabku .
"Erm....umi nak tanya Ann sesuatu boleh ?"
Soal umi dan memandang tepat ke mataku .
Keningku bercantum . Mukaku berkerut . Macam serius je ni . Lalu aku pamer senyum .
"Nak tanya Ann apa umi ?" ucapku ringkas sambil menyuapkan suapan demi suapan ke dalam mulut . Eih sedapnya la tomyam ni . Dan aku mencedokkan lagi tomyam lalu meletakkan ke dalam pingganku .
"Ann dengan Ashraf tu tak ada apa-apa ke ?" Soal umi bersama senyuman yang lebar .
Ok . Aku dah dapat tangkap dah kemana jauhnya perbualan ni selepasni . Ni mesti nak tanya bila aku nak serius dengan Ashraf ? Nak kahwin bila ? Umi ni lupa kot yang aku dengan Ashraf tu kawan je ? .
"Ada apa-apa tu umi ? Maksud umi ?" Soalku.
"Alah...takkan Ashraf tak ada cakap nak ajak Ann kahwin ke ?" Soalnya .
Tengok aku dah cakap dah . Aku dah agak dah .
Huk ! Huk ! Huk !
Tersedak aku dibuatnya apabila umi mengajukan soalan itu . Fuh . Nasib tak ada sakit jantung . Kalau tak dah ke kecemasan dah ni . Ee over kau ni Ann .
"Awak ni , Alifah . Cuba tanya lepas makan ke . Tersedak budak tu dibuatnya ." Kata walid .
Mak kiah yang semasa itu sedang menuang air markisa di dalam jug ke dalam cawan , terus menghulurkan air kepada aku untuk menghilangkan rasa perit pada kerongkong . Perit lagi soalan umi ni daripada tekak . Fuh .
Setelah lega tekakku dari perit akibat nasi yang tersekat di kerongkong tadi , aku pun membuka mulut .
"Ann dengan Ashraf kawan je umi . Tak lebih dari tu . Lagipun kami tak pernah bincang pun soal ni . Ann pun tak terfikir jauh macam ni.." balasku senang .
Yelah memang betul aku tak pernah ada hubungan apa-apa dengan Ashraf . Dia pun tak ada cakap apa-apa ? Takkan aku nak mandai-mandai . Nanti dia kata aku perigi cari timba pulak .
"Hmm...nampaknya lama lagi la umi nak timang cucu..."
"Awak tu bukannya makin muda tau...26 dah umur...mesti dah ada pasangan hidup yang akan jaga Ann nanti" tutur umi yang bernada hambar .
MasyaAllah umi fikir sampai ke cucu dah . Masak aku ni . Kang tak pasal-pasal umi cari jodoh untuk aku . Mati aku . Argh !? Aku taknak . Aku kena bagitau Ashraf hal ni !? . Dia mesti boleh tolong aku .
"Betul cakap umi tu Ann . Walid pun tak suka nak paksa-paksa anak walid . Semua dah besar . Boleh buat keputusan sendiri . Tapi satu walid nak pesan . Hidup walid dan umi dah tak lama . Kami dah tua . Sebelum kami menutup mata , kami nak tengok anak-anak kami dah ada yang jaga ." Tutur walid panjang lebar .
Aku tergamam . Sebakla pulak dengar walid cakap macamtu . Umi dan walid dah suarakan soal jodoh dah . Aku rasa bersalah . Aku pentingkan diri sendiri ke ? Adakah ini masanya untuk aku membuka hatiku semula untuk membenarkan lelaki selain walid masuk ke dalam hidupku buat kali kedua . Selepas peristiwa yang dulu tu .
"In sya Allah umi dan walid . Ann akan cari suami yang boleh jaga Ann macammana umi dan walid jaga Ann . Tapi Ann tak janji la dalam masa terdekat ni Ann boleh bagi umi , walid menantu . Tapi Ann akan cari ok" ujarku ikhlas . Ya Ann . Dah tiba masanya kau buka semula hati kau untuk benarkan lelaki masuk ke dalam hidup kau . Demi umi , walid . Aku lakukan ni semua demi umi dan walid .
Aku mengenggam tangan umi dan menghadiahkan senyuman pada umi dan walid . Umi dan walid berpadangan sesama sendiri . Mereka tersenyum .
"Alhamdulilllah . Thankyou Ann . Umi dan walid tunggu tau . Siapalah lelaki yang bertuah dapat anak umi yang cantik ni ."
"Walid harap , Ann jumpa dengan lelaki yang baik sebaik anak walid ni ya..." ujar walid sambil meletakkan tapak tangan di atas rambutku dan menggosok perlahan . Aku tersenyum hambar .
Kalaulah Umi , Walid tau apa yang Ann dah buat belakang umi walid , mesti umi walid kecewa dengan Ann . Ann minta maaf umi walid . Kerana darah muda Ann yang dulu , Ann berperilaku seperti itu . Ann menyesal sangat .
END FLASHBACK .
***********************************
Lamunanku terhenti . Aku kembali ke alam realiti sebaik sahaja ingantanku kembali menyinggah pada perbualan antara umi dan walid tadi yang meminta aku untuk mencari Suami .
Arghh ?! Kusut mindaku . Aku meraup perlahan muka . Sekarang ni misi mencari Suami pulak . Kalaulah umi tahu yang hati anak dia ini pernah terluka angkara 'Si Teruna' pasti umi tidak akan meminta Ann untuk berkahwin . Ah sungguh aku kusut tika ni . Wahai jodoh datanglah kau padaku .
*************************************
BERSAMBUNG.................
Share this novel