LLYB BAB 6

Romance Series 8481

University of Buckingham .

Aazeen Aiyani menunggu 'seseorang' di Cafe universitinya . Dia berjanji untuk berjumpa dekat cafe selepas tamat kelas . Setelah beberapa minit , 'seseorang'  telah pun sampai di hadapannya .

Rayyan Amir tercungap-cungap mengambil nafas . Penat dia berlari dari kelas ke sini . Awek punya hal , apalah sangat .

"Sorry . I lambat . Kelas jauh dari cafe ." ucapnya sambil tersengih-sengih .

"It's okay . I pun baru sampai ." jawab yani dengan senyuman segaris .

"You nak jumpa i kenapa ? Selalunya kita jumpa bukan dekat sini ?"

"Sebab ada benda penting i kena bagitahu ."

Rayyan hairan . "Benda penting apa ?"

"Kan you ada cakap . Lepas kita grad kan kita balik malaysia . Lepastu you nak masuk meminang i kan ."

"Yes definitely . Why ?" . jangan cakap tak nak pulak .

"Sebenarnya mama i cakap kita boleh kahwin kalau kakak i kahwin ."

"Okla kalau macam tu . Kahwin jelah sekali ." Ujar rayyan tanpa berfikir apa .

"Masalahnya sekarang ni . Kakak i takde calon . Macam mana dia nak kahwin ." Jawab yani .

"What ?? . It means kita tak boleh kahwin selagi kakak you tak kahwin la ni ??." Soal rayyan . Hurm tengok gaya lambat lagila aku nak kahwin ni .

"Nampaknya macam tu la ." tutur yani bersama muka monyok . Tapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu . Kesian juga kakaknya kena kahwin , disebabkan dirinya . Tapi nak buat macam mana .

"Kalau macam tu , you kena la cakap dekat kakak you yang selagi dia tak kahwin dan takde calon suami , kita tak boleh kahwin ."

"I kesian dekat kakak i . Sebabkan kita , dia kena kahwin ." lirih suara yani .

"Ye i pun kesian juga dekat kakak you . Tapi nak buat macam mana . Kalau mama you dah cakap macam tu . Kita tak boleh nak buat apa ." Kata rayyan bersama senyuman pahit .

"You kena bincang dengan kakak you elok-elok . Ni pun masa depan dia jugak . Perkahwinan bukan benda yang boleh  dibuat main . Melibatkan tanggungjawab antara kedua-duanya ." Nasihat rayyan pada yani .

"Ok nanti i akan call dan bincang dengan dia elok-elok . Thankyou sebab faham i ." tutur yani bersama senyuman hambar dipamerkan . Mujur ada boyfriend yang memahami ! Kau adaaa !

"Welcome sayang . Apapun yang terjadi i akan tetap dengan you ok ." Senyuman lebar menghiasi wajah tampannya . Sungguh sayangnya pada yani tak dapat dinafikan lagi .

"Elehh sayang banyak mana pada i ?" Soal yani saja untuk menguji rayyan . Dia tersenyum sumbing .

"Sayang tidak terkata . Infinity ." Jawab rayyan bersama senyuman yang lebar hingga menampakkan lesung pipit pada pipi kiri dan kanannya . Hensem !

Disambut dengan senyuman juga oleh yani . Mata mereka bertaut buat seketika .

Setelah tersedar dari tautan mata itu , Yani mula menyandang begnya di bahu dan membimbit buku di tangannya .

"Dahla jom . Kita masuk library . I ada nak pinjam buku ." ujar yani untuk menutup rasa malu . Rayyan perasan akan wajah yani yang sudah blushing . Malu la tu !

Yani berjalan dan meninggalkan rayyan di belakang .

"Eh sayang tunggula ." Jerit rayyan pada yani yang telah meninggalkannya . Dia berlari dan mendapatkan yani .

Yani berpaling ke belakang dan menjelir lidah pada rayyan . Kejar la !

'Ohh main jelir-jelir lidah eh . Tunggu !' Gumam rayyan sendiri dan tersenyum .
Bahagia tika dirasa saat ini .

****************************

DATIN Rania menuang air pada cawan Dato Sulaiman . Mereka berdua sedang minum petang di halaman rumah mereka . Menunggu matahari melabuhkan tirai untuk malam bertakhta .

Dato Sulaiman menyisip air teh sambil membaca bukunya . Ralit sungguh dia membaca bukunya . Datin Rania serba-salah hendak membuka mulut tika ini . Nak cakap atau tak ? .

"Awak dah kenapa Nia ? Ada benda ke nak cakap dengan saya ?" Soal Dato Sulaiman yang faham akan perlakuan isterinya . Ada la tu benda yang nak ditanya nya !

Datin Rania mengulum senyum . Tahu saja suaminya dia ada benda yang nak ditanya nya .

"Saya ada benda nak cakap dengan abang sebenarnya.." ujar Datin Rania .

"Benda apa yang awak nak cakapkan tu ?"

"Pasal riz ." ucapnya ringkas .

Dato Sulaiman hairan . "Kenapa dengan riz ?"

"Saya risaulah abang . Riz tu umur dah nak masuk 26 , tapi bayang calon menantu pun tak nampak lagi ."

"Itu ke yang awak risaukan ? Ala , dia kan lelaki tak kisah kalau kahwin lambat pun ."

"Itu abang cakap . Saya ni yang tak senang duduk selagi tak tengok dia kahwin ."

"La...adalah tu calonnya . Sudahlah , tak payah nak difikirkan sangat soal perkara tu "

"Saya dah lama tak jumpa Alifah dengan Hadi . Apa khabar diorang sekarang kan ?"
Tiba-tiba saja Datin Rania teringatkan kawan lamanya . Apa khabar agaknya . Sihat ke ?

"Aikk . Tiba-tiba je awak sebut nama diorang . Kenapa ?" Soal Dato Sulaiman . Hairan dengan isterinya .

"Abang ada jumpa diorang tak ? Saya dah lama tak jumpa mereka sekeluarga . Last pun sebelum diorang pindah luar negara . Lepastu terus lost contact ." Soalan dijawab dengan soalan . Datin Rania rasa tergerak hati mahu berjumpa dengan diorang semula . Seolah ada rencana baik yang akan berlaku .

"Abang memang jumpa dengan diorang . Tapi dengan Hadi je la sebab abang ada project dengan dia ." Jawab Dato Sulaiman tenang .

"Bila diorang balik sini abang ? Saya nak jumpa dengan diorang ?" ujar Datin Rania yang  teruja .

"Dahlama dah diorang balik . Lepas je habis Hadi sambung belajar phd dekat luar negara diorang pindah sini semula ."

"La yeke . Kalau macamtu abang bagitahu la dengan Hadi dan Alifah yang kita nak datang rumah diorang . "

"In sya Allah . Nanti abang bagitahu dengan Hadi ." Kata Dato Sulaiman bersama senyuman .

Datin Rania tersenyum dan membuang pandang melihat kehadapan .

'Aku tak salah . Hati aku kuat mengatakan yang akan ada rencana baik yang akan berlaku . In sya Allah' desis hati Datin Rania .

****************************

Zawara Coffee , Putrajaya .

Ann berseorangan duduk di meja . Waktu lunch selalunya akan ditemani oleh Ashraf . Tapi harini Ashraf ada kerja di luar jadinya terpaksa la dia makan sendiri .

Dia termenung sendirian sambil-sambil mengacau straw iced chocolatenya . Memikirkan soal 'calon suami' yang perlu dia cari untuk dibawa pada umi dan walid . Buntu . Itu yang dirasakan tika ini .

Walaupun Ashraf sudah khabarkan yang dia sanggup menjadi suami padanya tapi dia rasa seolah tiada hati . Kosong . Seolah seperti ada masalah lain yang ada di kepalanya sejak dua menjak ni .

Sejak dua hari lepas lagi dia asyik teringatkan tentang Aariz , kekasihnya dulu . Dia cuba sedaya-upaya menepis wajah lelaki itu di kotak fikirannya namun gagal . Dia tak boleh menafikan yang dia masih cinta pada Aariz .

Tapi sebab kejadian dulu yang telah menutup hatinya untuk menerima lelaki itu , dia cuba sedaya-upaya untuk membenci lelaki itu . Tapi dia tak boleh . Sungguh dia masih mencintai Aariz .

Dalam masa yang sama dia juga mencintai Ashraf . Tapi bukan rasa cinta seolah pasangan bercinta . Lebih kepada mencintai ketulusannya , keikhlasan yang ditunjukkan pada dirinya . Keprihatinan lelaki itu sedikit-sebanyak mampu merawat hati yang pernah luka dulu . Tamakkah dia mencintai dua lelaki dalam satu masa ?

Tapi dia tidak boleh tipu yang dia masih  mencintai Aariz . Segala kenangan manis dengan lelaki itu masih berlayar di ruangan mindanya . Kata-kata cinta yang lelaki itu lontarkan padanya seperti baru saja didengarnya .

Mana boleh dia menafikan perasaan itu . Aariz adalah cinta pertamanya . Dan dulunya diannggap Aariz lah cinta terakhirnya . Tapi itu semua tinggalah angan-angan , setelah 'kejadian'  itu berlaku .

************************

FLASHBACK .

MEREKA berdua duduk di Taman Bunga yang dipenuhi dengan bunga tulip disekelilingnya . Bermadu kasih bersama . Tanpa menghiraukan mata-mata orang disekeliling mereka . Seolah dunia ini mereka yang punya .

Aariz memeluk tubuh Ann dari belakang dan menyangkutkan bahunya pada bahu Ann . Ann membiarkan saja perlakuan Aariz padanya . Terasa degupan jantung aariz yang memeluk ann . Berdebar tidak menentu .

"Baby ." Bisik aariz ditelinga ann . Dia tersenyum lebar .

"Yes sayang ." Ann menjawab dan menoleh pada aariz yang jarak muka mereka hanya beberapa cm saja . Sungguh dekat !

"How much do you love me ?" Soal aariz . Saja mengusik ann .

"You already know the answer right ?" Ann mencebik . Saja la tu nak kenakan orang .

Aariz tertawa melihat muka ann yang sudah mencebik . Comel !

"Ya i know the answer . Butt i want you to say it againnn baby ."

"Saja la tu nak kenakan i ."

"Just say it if you love me . If not...."
Baru saja aariz hendak menyambung . Ann memotong cakapnya .

"I love you Aariz Abdul Rafi . Infinity ." tutur ann ikhlas bersama senyuman yang lebar dan matanya menatap mata aariz yang redup . Sungguh dia cintakan lelaki ini . Sangat !

Aariz membalas renungan itu dan tersenyum lebar .
"I love you more Andara Anwah . Infinity ."

'Infinity' . Itulah kata-kata keramat mereka berdua . Perkataan itu juga yang menjadi simbolik cinta mereka .

Mata mereka bertaut lama . Menghantar rasa cinta yang mereka saja faham . Sungguh Aariz sangat mencintai Ann . Rasa cinta yang semakin menjalar dalam hati masing-masing tidak dapat dinafikan lagi . Hanya mereka yang tahu dan rasa kehangatan cinta itu .

END FLASHBACK .

Ann tersedar dari memori yang panjang itu . Dia melihat jam di tangan . Sudah pukul 2 . Waktu lunch sudah pun tamat ! . Dia bangun dan membayar minumannya di kaunter .

Dia berlalu ke pintu cafe itu . Baru saja dia hendak membuka pintu , badannya dirempuh dari depan . Terjelopok dia ke lantai . Sungguh sakit punggungnya tika ini .

'Lelaki' yang merempuh badannya cuba menolong ann untuk bangun . Ann didudukkan di kerusi .

Baru saja Ann hendak mengucapkan terima kasih . Dia terpempan dengan figura di hadapannya . Tak mungkin !

"Andara.." tutur 'lelaki' itu dengan riak wajah yang terkejut .

"A..ar..iz" tergagap-gagap Ann menutur kata .

"Mana you pergi selama ni . I cari you merata-rata tak jumpa ." Soal Aariz dengan nada yang bergetar-getar . Rasa syukur juga dipanjatkan pada Tuhan kerana menemukannya dengan Andara kembali .

Ann yang baru tersedar dengan perlakuannya , terus cepat-cepat bangun . Boleh pula dia tergamam dengan figura ini . Padahal dia membenci lelaki di hadapannya ini .

"Auch....." aduh ann bersama kerutan di dahi . Sakit sungguh punggungnya ketika ini . Semua ni sebab dia lah ni !

Aariz tanpa sedar memegang tangan ann untuk menolongnya bangun .

"Eh you jangan berani nak sentuh i eh . Jangan bawak perangai you yang dulu balik Malaysia ni ." Tepis ann . Merah padam mukanya menahan marah . Sakit hati dirasakan apabila berjumpa semula lelaki di hadapannya ini .

"Sorry Ann . I tak sengaja nak pegang tangan you ." Ujar aariz kesal .

"Boleh pergilah dengan tak sengaja you tu . Dah i nak balik . Tepi sikit "

"Ann wait . I nak cakap sikit dengan you . Please ."

"Takde benda lagi yang nak perlu dicakapkan lagi , Aariz Abdul Rafi . Enough is enough ."

"I nak minta maaf atas apa yang i dah buat pada you dulu . I feel very guilty to you . Kalau lah i tak buat benda tak senonoh tu , mesti kita dah kahwin kan ." ucap aariz .

"Lepas apa yang you dah buat pada i , you ingat i boleh lupa macam tu je ? And now you nak cakap soal kahwin pulak dengan i ? . Sorry aariz , kemaafan yang you minta dari i sungguh mahal untuk i beri . I can't " Amarah yang disimpannya selama ini akhirnya terluah jua . Luka di hatinya tiada siapa yang tahu .

"Ya i know . I yang salah . I yang dah rosakkan you . Memang i tak guna . So now , i nak minta you maafkan i atas apa yang i dah buat pada you . Please Ann.."
Sungguh dia berharap Ann dapat memaafkan dirinya .

"You sedar tak apa yang you minta pada i ni ? You tak layak nak minta maaf tu pada i . Apa yang you buat pada i , sampai mati i akan ingat" . Dadanya berombak laju . Menahan amarah yang sekian lama terpendam .

"Ya i tahu . Perbuatan i pada you memang you tak boleh nak maafkan . Susah untuk you lupakan . Tapi i nak minta you satu je benda.."

"Apa ? You nak ugut i ? Nak culik i dan bunuh i untuk dapat kemaafan tu daripada i ? Sorry Aariz...you.."

Laju saja aariz memotong cakapnya .
"Kahwin dengan i . I akan bertanggungjawab atas apa yang i dah buat pada you ." Tutur Aariz lancar bersama muka yang tenang .

Terbuntang mata Ann mendengar ayat yang keluar dari mulut aariz .

"You dah gila ke ? Dah takde akal ke ?" Soal Ann sambil matanya mencerlung tajam muka aariz yang tenang itu .

"I serius Andara . Kita kahwin . I akan bertanggungjawab atas apa yang i dah buat pada you ."

"In your dream Aariz Dato Sulaiman . Jangan ingat senang-senang i akan terima permintaan tak masuk akal you tu ."

Cepat-cepat Ann bangun dari duduknya untuk keluar dari cafe .
Baru saja Ann hendak melangkah keluar dari cafe...

"You dah tak cintakan i ?" Soal aariz .

Ann mati kata dengan soalan yang diajukan . Sungguh hatinya masih mencintai Aariz . Tapi perlakuan Aariz padanya masih tidak boleh lagi dilupakan .
Luka lama yang ditinggalkan masih lagi berdarah .

Ann berpaling menghadap Aariz . Senyuman sinis dilemparkan .
"No . Saya dah tak cintakan awak . Sikit pun tak . Jadi awak jangan mimpi untuk dapat cinta saya semula , Aariz Abdul Rafi ." ujar ann yakin . Sengaja ditekan nama 'Aariz Abdul Rafi' pada lelaki itu . Dia cuba menafikan perasaannya .

"Ok if u say like that . I tak boleh nak marah you or what . But remember , i'm still love you Andara . Infinity ." tutur aariz bersama senyuman yang lebar .

Ann terpegun sebentar dengan senyuman yang aariz pamerkan . Dulu dia selalu melihat senyuman itu . Senyuman itu yang menjadi igauan mimpinya . Menjadi semangatnya . Namun kenangan tinggalah kenangan . Semua itu hilang begitu saja .

Ann mengalihkan pandangan dan terus berlalu keluar dari cafe itu meninggalkan Aariz yang masih di situ . Sungguh dia tidak mampu melihat lelaki itu lagi . Hatinya meronta-ronta ingin mengungkapkan kata rindu pada Aariz . Tapi egonya melarang .

SEBAIK sahaja Ann masuk ke dalam kereta dia meletakkan kepalanya di permukaan stereng . Sungguh bermacam-macam perasaan yang hadir tika ini . Marah . Sedih . Kecewa . Rindu . Tapi hatinya masih lagi sakit .

Kenapa Tuhan menghadirkan 'dia' pada saat ini . Saat dia tidak mampu lagi membuang rasa cinta pada si dia . Saat di mana , masih lagi menjalar cinta itu dalam dirinya . Ahhh dia kusutt ! .

Ann menghidupkan kereta dan meninggalkan perkarangan cafe itu . Aariz membuang pandangan nya pada Ann yang sudah berlalu pergi . Mujur tergerak hati dia untuk makan di cafe itu . Dan dia tak sangka yang boleh berjumpa dengan Andara di kedai itu .

Sesungguhnya dia amat rindu pada Ann . Dia yakin yang ann masih lagi mencintainya . Cume ego dan rasa benci masih ada  dalam dirinya .

"Aku akan cuba dapatkan cinta ann semula..." gumamnya dalam hati .

BERSAMBUNG....

**************************

Happy readingg guyssss....
Best tak bab harini ?
Jangan lupa comment ya....
Syg korg and stay safe .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience