BAB 6

Romance Series 24226

Bab 6

Matanya lurus memandang tablet yang di pegang. Begitu fokus dia membelek alatan berteknologi tinggi itu sehinggakan Maknya duduk di sebelah pun, Aiyla tidak sedar. Dia sibuk mencari nama yang sesuai untuk di berikan kepada bayi lelakinya nanti. Mereka baru sahaja pulang dari klinik untuk melihat jantina bayi melalui kaedah ultrasound.

" Nah, minum susu kurma ni dulu. " Gelas yang di suakan pantas di ambil lalu dia meneguk cairan putih itu sehingga habis. Aiyla merasa sedikit tenang tatkala Maknya mengurut sedikit kepalanya yang sedari tadi asyik berpusing.

Mak Cik Noura bagaikan mengerti anaknya memerlukan urutan di bahagian kepala selepas melihat anaknya mengurut sedikit sisi dahinya.

Sambil mengurut, Mak Cik Noura mengerling sekilas skrin tablet anaknya. Gambar bayi yang comel dan berkulit mulus terpampang di sebalik skrin tablet. Jari anaknya kelihatan lincah mencari nama yang bersesuaian serta mempunyai maksud yang baik.

" Aiyla. Boleh Mak tanya sikit? " soal Mak Cik Noura dahulu. Dia takut pertanyaan ini akan kembali menyelak kelukaan di lubuk hati anaknya.

" Tanyalah. Anything for you Mak." jawab Aiyla. Matanya memandang Maknya yang nampak tidak senang itu.

" Err.. Aiyla kenal ke siapa bapa baby ni? "

Aiyla terdiam sejenak. Teringat balik akan episode yang telah meragut maruahnya beberapa bulan yang lalu. Lelaki itu bertopeng, berkulit putih, rambut perang dan agak kerinting, mempunyai ukuran tubuh yang sasa dan seorang yang kejam. Itu sahajalah yang Aiyla ingat.

" Tak kenal. "

" Ouhh.. Err, kalau suatu hari nanti lelaki tu nak bertanggungjawab, adakah Aiyla masih menerima nya? " sebagai seorang Ibu pastinya Mak Cik Noura akan berfikiran panjang mengenai masa hadapan anaknya.

" Tak kut. Tapi kalau dia nak jumpa anak dia, boleh je. Hubungan anak dengan ayah mana boleh dipisahkan. Aiyla pernah kehilangan papa pada usia yang masih muda, jadi Aiyla tahu macam mana perasaan bila takde Ayah tu. Rasa tak lengkap hidup seperti orang lain yang ada Mak dengan ayah." Aiyla menganggukkan kepalanya.

" Wahh, maturenya anak Mak ni.. Kalau Mak di tempat Aiyla, mungkin Mak tidak boleh jadi macam Aiyla. Berfikir jauh dan sangat bertoleransi. " Mak Cik Noura memeluk bahu anaknya, erat.

Aiyla menyandarkan kepalanya di bahu Maknya. Tetapi jauh di sudut hati, Aiyla agak sedih juga. Sepatutnya orang lain, ketika sedang hamil, pasti suami mereka akan menjaga mereka. Uruskan hal rumah tangga, membantu meringankan sedikit kerja isteri, selalu bertanya kan tentang baby. Usap perut sambil berbual dengan baby.

Tapi dirinya. Semuanya terpaksa di lakukan sendiri. Nasiblah dia mempunyai seorang Mak yang sangat memahami. Selalu mendengar masalahnya serta memberikan pendapat yang sewajarnya.

Aiyla mengusap perutnya yang membulat besar itu. Kandungan nya sudah menjangka ke 7 bulan, jadi perutnya juga semakin besar. Terasa payah untuk menunduk, nak tidur pun kena mengiring. Itu tak kira lagi, tiap-tiap malam bayinya yang aktif menendang itu. Tetapi semua perit serta kepayahan itu tidak dapat menandingi rasa bahagianya. Tidak sangka dalam beberapa bulan lagi, dia akan mendapat seorang bayi.

" Mak dah lama teringin nak letak nama Hakkan untuk anak lelaki Mak. Tetapi Mak takde anak lelaki. Jadi, boleh tak letak nama Cucu Mak ni dengan nama Hakkan? " Mak Cik Noura tersenyum sambil mencium rambut anaknya.

Aiyla tersengih gembira. " Okay jugak tu Mak. Sedap aje Aiyla dengar nama tu. Baby Hakkan mesti tak sabar nak jumpa Mummy dengan nenek kan? " perutnya di usap lagi penuh kasih.

Mak Cik Noura terasa begitu bahagia. Momen indah seperti itu terasa begitu berharga sehinggakan kalau boleh dia ingin merakamkannya. Nenek juga tak sabar nak jumpa, Hakkan. Jadi good boy ya! Jangan aktif sangat nanti Mummy sakit.

Semoga Hakkan mampu menjadi anak yang baik untuk Mummy. Bawalah kebahagiaan untuk Mummy Hakkan tu. Nenek tahu, Mummy Hakkan sedang berperang dengan perasaan nya sendiri. Nenek juga pernah berada di tempat mummy Hakkan. Terasa begitu tertekan kerana mengandungkan bayi yang tidak sah taraf dan tanpa sokongan insan yang bernama suami.

=====

" Ini Aiyla Deniz kan? " suara seorang wanita yang berada di belakang nya pantas membuatkan Aiyla menoleh ke belakang. Wajah Gul, sahabat karibnya sejak di sekolah rendah lagi, kembali terpandang di ruang matanya.

Mereka sangat rapat dahulu bagaikan isi dengan kuku. Tetapi terpaksa berpisah selepas Ibu bapa Gul mendapat tawaran untuk bekerja di Malaysia. Bertahun-tahun lama mereka berpisah, tetapi sedikit pun tidak menghilangkan wajah serta ingatannya terhadap Gul itu.

Aiyla pantas memeluk Gul sambil tersenyum lebar. Air matanya menitis sedikit kerana berasa begitu gembira dapat berjumpa lagi dengan sahabatnya.

" Wehh, kau dah kahwin ke Aiyla? Awalnya! Wuuu, Aku nak jadi mama dah la ni. " usai berpelukan, Gul menyentuh pula perut Aiyla yang di lapisi dengan gaun mengandung yang labuh. Walaupun sedang hamil, Aiyla masih kelihatan manis berpakaian mengikut fesyen.

Aiyla hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan rakannya.

Tangan Gul pantas di tarik ke sebalik bangunan rumah kedai berdekatan. " Jangan sebut nama Aku kuat-kuat sangat. Bahaya." Aiyla berbisik sambil memandang ke sekeliling.

Namanya sudah hangat di media sosial selepas kejadian dirinya hilang di hospital hari tu.

Aiyla terpaksa hidup bersembunyi dan mengubah sedikit penampilannya. Rambut panjangnya di potong pendek sehingga ke paras leher, manakala wajahnya di mekap dengan solekan yang tebal.

" Oo.. Ni kes takut laki kau marahlah ni sebab tak suka tengok kau keluar? " tebak Gul sambil ketawa mengekek.

" Takde lah. Nantilah Aku cerita. Panjang ceritanya ni. Nanti kau call Aku ya. Ni kad Aku. Mak aku mesti tengah cari Aku ni. Aku pergi dulu ya." Aiyla menyerahkan kad namanya dan menepuk bahu Gul sebelum berlalu.

Gul memandang kad itu dengan kepala yang sedikit bingung. Bukan ke Aiyla panggil dekat Puan Feriha mama? And kenapa Aiyla nampak begitu takut-takut ? Gul pasti ada sesuatu yang berlaku semasa dia berada di luar negara dahulu.

Kad itu pantas di simpan di dalam handbag nya sebelum dia berlalu pergi.

=====

Kek yang terhias cantik dari dalam kaca nampak begitu menyelerakan sekali. Farhat meneguk liurnya. Sejak beberapa bulan yang lalu lagi, dia jadi seorang yang sangat suka makan makanan yang pelik-pelik. Suka makan asam lah, suka benda pahitlah dan ada suatu ketika dia jadi suka pula menghidu bau minyak petrol. Auchhh, parahnya..

Kata adik perempuan nya. Itu tanda seorang lelaki nak andropause. Tapi mustahil lah kan? Umur Farhat baru nak masuk 40-an.

Risau juga sebenarnya dengan dirinya. Sangat kuat makan dan nak buat kerja pun rasa malas. Habis kerja di office dia terpaksa minta adik lelakinya tolong uruskan semuanya.

" Encik nak beli kek ke? " soal cashier wanita itu tatkala melihat dari tadi Farhat berdiri di hadapan cermin yang mempamerkan pelbagai jenis kek.

Farhat menganggukkan kepalanya. Kek- kek itu nampak begitu sedap.

" Nak yang mana? Saya nak ambil."

" Saya nak kek cheese. Tapi dekat atas tu kena lukis gambar dinosaur pegang bunga. Tapi dinosaur nak dua ekor. Yang lagi seekor pegang rumput. Itu saje." Farhat mengeluarkan wang dari dompetnya.

Wanita itu nampak tercengang. Ini kedai kek dan pastri yang dah siap dah. Semua kek itu datang dari kilang. Kalau mengikut permintaan Farhat, pastinya dia perlu membuat tempahan dahulu. Lagipun setiap kek itu hanyalah berbentuk standard dengan hiasan standard sahaja.

" Ermm, encik kena buat tempahan dulu. Sebab kek macam tu pihak kami hanya akan buat jika dapat request dari customer sahaja. "

Farhat mencebik bibirnya. " Alaaa, saya nak makan sekarang."

" Masa paling cepat nak siapkan kek itu mungkin esok. Sebab kilang yang buat. Kami dekat kedai ni hanya memasarkan sahaja semua kek serta pastri lain untuk di jual." terang cashier itu lagi.

" Iyalah..iyalah..Esok bila saya datang, saya nak ya. " Farhat nampak masam wajahnya.

" Boleh Encik cakap sekali lagi macam mana bentuk kek tu? " cashier wanita itu mengambil kertas sambil memegang pen.

" Saya nak kek yang cheese yang ada dinosaur dua ekor. Seekor pegang bunga seekor lagi pegang rumput." Farhat memberitahu sambil meneguk liur. Tengah cerita pun, dia dah dapat rasa, keknya nanti mesti sedap.

Cashier itu menulis setiap apa yang Farhat inginkan pada keknya.

" Okay, nanti encik datang ya. Kalau boleh, Encik tinggalkan nombor Encik. Sebab nanti senang pihak kami nak menghubungi encik jika kek sudah siap."

Farhat menulis nombor telefonnya.

Usai segala urusan di kedai kek itu, Farhat segera pulang ke rumahnya. Tak sabar rasanya nak ambik kek kegemarannya itu esok. Dia mengidam bagaikan perempuan mengandung sahaja gayanya.

Mungkin pengaruh usianya kut yang makin meningkat. Farhat pun tak pasti.

===

double update sebab dua hari kan, caramel tak update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience