BAB 14

Romance Series 24226

Bab 14

Selepas semua tetamu pulang, Aiyla bersiap untuk pulang. Dia mendukung Hakkan yang sedang mengamuk kerana tidurnya terganggu. Dia akan berangkat pulang bersama dengan Iskender pada malam itu.

Iskender menunggu di dalam kereta sementara Aiyla sedang membancuh susu Hakkan ke dalam botol susu. Hakkan pasti akan mencari susunya pada waktu-waktu begini.

Tanpa di sedari sesiapa pun, Ferhat melangkah ke ruang dapur. Dia berdiri di sebelah Aiyla yang pura-pura tak nampak dia. Wajah wanita itu kelihatan sedikit kepenatan.

" Dah nak balik? " soal Ferhat, perlahan.

" Hmmm. " hanya itu yang di jawab oleh Aiyla.

" Kalau hasil perhubungan kita, kau mengandung, bagitahu Aku. Biar Aku bertanggungjawab. " Ferhat menyentuh perut rata Aiyla tetapi di tepis perlahan oleh gadis itu.

" Siapa tahu kan? Sekarang ni benih Aku tengah berlumba-lumba nak masuk dalam ovum kau. Kuasa Tuhan. Semua benda mustahil boleh jadi pasti. Lagipun, Aku tak pakai protector tadi. " Ferhat tersenyum mengejek.

Kad namanya di keluarkan dari poket seluar lalu di letakkan di dalam poket baju Aiyla. " Jangan lupa call Aku kalau ada berita happy nanti. Iya tak anak papa? " sekali lagi perut Aiyla di usap lembut. Tangannya sempat menampar punggung Aiyla laju sebelum berlalu ke bilik.

Aiyla mengurut dadanya. Botol susu di goncangkan sambil dia berjalan keluar. Tak guna punya Ferhat! Apa masalah lelaki itu nak cakap pasal anak bagai. Aiyla punyalah minta simpang dari semua tu berlaku.

Iskender mengetuk stereng kereta, perlahan. Hatinya merasakan ada sesuatu yang berlaku di antara abangnya dengan Aiyla tetapi otaknya pula melarang. Menyuruhnya untuk sentiasa meletakkan kepercayaan kepada Aiyla.

Aiyla melangkah masuk ke dalam kereta mewah Iskender. Botol susu di berikan kepada Hakkan di belakang. Hakkan mengambil botol susu lalu menghisapnya sambil terbaring.

Aiyla menfokuskan pandangannya ke luar tingkap. Dia agak takut jika seandainya terdapat suatu nyawa yang akan mendampingi ruang rahimnya. Please! Tolonglah! Tak naklah Aiyla mengandung anak haram lagi.

Hanya suasana sepi menemani mereka. Aiyla tidak banyak bercakap manakala Iskender lebih memilih untuk berdiam diri.

Iskender harap semua anasir jahat yang bermain di fikiran nya tatkala ini tidak akan terjadi. Harapnya begitulah.

======

Ferhat menyusun bantal sempadan di tengah-tengah di antara dia dan Gul. Dia pun tak faham sebenarnya. Baru bertunang kan? Tak payah lah nak tidur sekatil macam suami isteri pulak? kan tak manis nanti..

'Habistu yang kau tidur dengan Aiyla sekali siap bersetubuh dengan dia tu, manis pulak ke? ' getus otaknya.

Situasinya berbeza tahu tak? Aiyla tu cantik. Body pun mantap. Tapi niii, yang tidur sebelah dia ni. Dah serupa peti ais versi manusia lagi. Dia yang tengok ni pun takde selera.

Gul sudah terlena. Bunyi dengkurannya yang agak kuat telah membuatkan Ferhat semakin menyampah. Dia mengambil bantal lalu dia berbaring di bawah. Lebih baik tidur kat bawah ni dari kena himpit dengan peti ais.

Seperti biasa, Ferhat akan membayangkan wajah Aiyla sehinggalah rasa mengantuk hadir dan mengusir pergi bayangan wajah gadis itu. Ferhat benar-benar terasa bahagia. Sudah lama dia asyik perhatikan sahaja kemana Aiyla pergi. Tetapi tadi, wanita itu berjaya juga di tundukkan.

Ferhat pasti, dia akan berjumpa lagi dengan Aiyla. Dia pasti akan menuntut haknya. Gadis itu memiliki persona yang mampu membuatkan dia ketagihan.

======

Aiyla membersihkan dirinya sesudah sampai ke rumah. Hakkan awal-awal lagi sudah terlena di dalam kereta. Dia menangis di bawah pancuran air yang menderu laju membasahi tubuhnya. Dia memeluk lutut dengan rasa bersalah sangat kepada Gul.

Gul merupakan satu-satunya sahabat yang dia ada. Menyakiti Gul sama lah seperti menyakiti jiwanya sendiri. Aiyla tidak tergamak untuk menyakiti hati Gul. Tetapi dia tidak mampu mempertahankan diri serta nafsunya yang bagaikan terjentik selepas Ferhat yang begitu licik itu, bermain dengan kawasan sensitifnya.

Aiyla membalut tubuhnya dengan kain tuala. Terlihat beberapa kesan love bite di bahagian dadanya. Memang bijak makhluk bernama Ferhat ni. Dia tinggal kesan cintanya betul-betul dekat kawasan yang orang lain tak nampak.

Aiyla benci melihat kesan itu. Dia menyabun lagi tubuhnya sehinggakan dia jatuh terduduk di lantai. Matanya sudah membengkak akibat terlalu banyak menangis.

Perutnya di tampar-tampar dengan rasa benci! Ya tuhan, jangan lah kau hadirkan nyawa yang Aku tak ingin. Kerana Aku tidak akan menjaganya dengan baik nanti. Cukuplah Hakkan seorang yang datangnya dari lelaki bajingan. Aiyla akhirnya tertidur di tepi lantai bilik air.

======

Iskender meraup wajahnya berkali-kali. Dia tidak mampu tidur kerana fikirannya begitu sesak memikirkan tentang Aiyla.

Bagaimana kalau abangnya sendiri juga menyukai Aiyla?

'Aduhhh, jangan lah bang. Kau sudah ada Gul. Jangan ambik bakal isteri Aku. ' omel hatinya gusar.

" Arghhh, tak kiralah. Esok Aku kena lamar cepat-cepat Aiyla. Aku takkan biarkan Abang dekat dengan dia lagi. " tekad Iskender. Dia tidak akan berkompromi dalam hal ini.

Fikirannya di kerahkan untuk mencari idea bagaimana mahu melamar Aiyla. Iskender mahu jadikan hari esok itu suatu momen yang tidak akan di lupakan oleh dia dan Aiyla.

jumpa Lagiii! so kalau saya up banyak² dlm sehari ni, mesti esok tu saya akn busy. So, kena sabar ya menunggu saya update.selamat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience