BAB 8

Romance Series 24226

Bab 8

Puan Feriha tersenyum sinis tatkala melihat anak perempuan nya yang selama ini di tunggu-tunggu kepulangannya, datang menyerah diri. Bibirnya sudah terjongket senyuman kemenangan.

Pintu rumah di buka seluas-luasnya untuk membiarkan Aiyla masuk. Tetapi gadis itu hanya berdiri berhadapan dengan Puan Feriha tanpa ada niat untuk masuk ke dalam rumah.

" Saya dah buat apa yang puan nak. Saya harap lepas ni, Puan dah tak ganggu hidup saya lagi dah." Nampak serius wajah Aiyla tanpa secalit senyuman. Wajahnya nampak sembab mungkin kerana dia barusan sahaja menangis.

Puan Feriha mengeluh, kasar. Dia suruh buat semua tu sebab, dia nak Aiyla kembali kepadanya sahaja. Bukan apa pun. Dia nak anak nya yang dulu kembali serta tinggal bersama-sama dengannya.

" Mama cuma nak Aiyla stay dengan mama balik. Kita boleh hidup sama-sama seperti dahulu. Aiyla dan mama. Kita akan travel sekeliling dunia dan melakukan sahaja setiap apa yang kita inginkan."

Aiyla masih memasang riak wajah kaku.

" Sayang. I know ini agak keterlaluan. But I love you. Mama rindukan anak mama ni.." Tangan Puan Feriha yang ingin memeluknya di sentuh kejap.

" Takpelah Puan Feriha. Saya rasa dengan duit Puan yang terlalu banyak ni, pasti anak pun Puan boleh beli..Takpe, saya rela mengundurkan diri. Semoga hidup Puan akan di berkati Tuhan. Saya balik dulu ya." Aiyla perlahan-lahan melangkah pergi bersama dengan air matanya yang meleleh jatuh ke pipi.

Bukan dia tidak sayang kepada mamanya, tetapi sikap wanita itu yang memaksanya untuk menidakkan perasaan kasih dan sayangnya terus terbatas kepada mamanya.

Baru-baru ini, Puan Feriha mengugutnya untuk melakukan sesuatu yang buruk kepada Hakkan jika dia tidak mengikuti setiap apa yang wanita itu inginkan. Persembunyiannya selama ini, akhirnya terbongkar selepas Aiyla meminta kerja di office mamanya sendiri. Aiyla pun ingat-ingat lupa juga nama office mamanya, sebab itu dia berani minta kerja. Tapi tak sangka pulak dari permohonan kerja itu, akhirnya dia bertemu kembali dengan mamanya.

Aiyla terpaksa melepaskan Hakkan pergi bersama-sama dengan Gul demi keselamatan anaknya sendiri. Aiyla pasti Hakkan akan membenci nya. Tetapi ini harus di lakukan demi kebaikan anaknya. Daripada terus tinggal dengan Aiyla, lebih baik Hakkan pergi. Kerana Aiyla tidak dapat menjamin keselamatan anaknya akan selamat di bawah lindungannya.

Aiyla sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan anaknya. Ibu mana yang nak berjauhan dengan anaknya? Ibu kucing pun akan mengingau-ngiau kalau cari anak dia tak jumpa.

Puan Feriha terlorot jatuh ke lantai. Air matanya sudah mengalir diiringi dengan esakannya yang mula kuat. Apa salahnya? Salahkah kalau dia nak bersatu semula dengan anaknya?

Fikirannya mula menerawang kembali kepada peristiwa 26 tahun lepas.. Ketika itu dia sudah berkahwin dengan suaminya Deniz selama 2 tahun. Tetapi mereka masih belum di kurniakan rezeki untuk memiliki zuriat.

Mereka bersama-sama pergi ke klinik untuk melakukan ujian kesuburan serta bertanyakan beberapa nasihat yang wajar mereka lakukan.

Tetapi hasil pemeriksaan Doktor, ternyata sangatlah mengejutkan. Tuan Deniz tidak mengalami sebarang masalah, tetapi Puan Feriha yang mandul. Kenyataan itu sememangnya memberikan impak yang sangat besar kepada Puan Feriha. Sudah pelbagai cara tidak kira dari sudut perawatan moden, perubatan tradisional semuanya sudah di cuba tetapi tidak berhasil.

Puan Feriha mengalami masalah ovulasi yang menyebabkan sel telur tidak dapat di lepaskan. Hal ini telah membuatkan Puan Feriha berasa begitu down dan hampir kemurungan.

*Sindrom ovarium pramatang, di mana kondisi ini dapat menyebabkan ovarium berhenti bekerja serta kehilangan fungsinya untuk melepaskan sel telur.

Walaupun Tuan Deniz berkali-kali mengatakan bahawa dia tidak kisah langsung mengenai hal itu, Puan Feriha tetap menjauhkan diri. Dia merasakan dia tidak sempurna dan tidak mampu membahagiakan suaminya. Perhubungan mereka semakin hambar. Puas Tuan Deniz memujuk isterinya, tetapi wanita itu tetap dengan egonya. Mahu menjauhkan diri.

=======

Aiyla duduk termenung di kerusi officenya. Matanya tidak lepas memandang gambar Hakkan di skrin telefonnya. Wajah Hakkan yang tersenyum tatkala dia mengusik anaknya. Ada juga gambar Hakkan ketika menangis. Memang comel sangat. Sesiapa yang melihat Hakkan pasti akan memuji kecomelannya. Wajahnya betul-betul mirip wajah Aiyla. Tetapi di dalam versi baby.

Baru dua hari dia terpisah dengan Hakkan, tetapi terasa bagaikan bertahun lamanya.

Bagaimana ya keadaan Hakkan? Hakkan mana boleh tidur kalau tak main telinga Aiyla. Setiap malam Hakkan akan mengusap telinga mummynya sehingga tertidur. Walaupun rasa rimas juga kadang-kala, tetapi Aiyla langsung tidak memarahi anaknya. Itulah cara Hakkan bermanja dengannya.

" Are you okay, Hakkan? Mummy rindu sangat dekat anak mummy ni.." omel Aiyla sendiri sambil menghela nafas berat.

" Aiylaaa! " sergah seorang lelaki dari belakang.

" Woiii, apa awak nihhh.. Hishhhh, terkejut saya. " Aiyla mengurut dadanya tatkala terlihat wajah Iskender yang laginya tersenyum memandang nya. Iskender merupakan satu-satunya manusia dalam office ni yang mau berkawan dengan Aiyla.

Orang lain, bila dengar sahaja pasal status Aiyla yang mempunyai anak tanpa suami itu, terus menjauhkan diri. Tak kurang ada juga yang mengeji Aiyla.

" Okay tak ni Aiyla? Kalau tak okay, share lah. Saya tak nak dengar nanti ada office mate yang mati sebab kemurungan. " Iskender bersandar di tepi dinding yang menghadap meja Aiyla.

" Okaylah. " jawab Aiyla, pendek.

" Kalau okay, kena senyum sikit ya."

Aiyla senyum kecil.

" Alahhh, mana nampak gigi. Cepat lahh." seperti budak-budak sahaja Iskender ni.

" Haishhh, dia nihh.." Aiyla senyum jua sehingga menampakkan barisan giginya yang putih serta tersusun cantik.

" Hah, macam ni barulah kawan Aku. " Tangan berurat Iskender mengeluarkan air boba viral lalu di letakkan di atas meja Aiyla.

" Untuk siapa ni? " soal Aiyla, perlahan.

" Untuk awak lah. Dari saya biar duit saya yang banyak tu berkarat dalam poket, lebih baik saya belanja awak lagi. " Iskender ketawa kecil.

Aiyla menolak kembali air itu kepada Iskender. " Takpelah awak. Mahal ni. Awak bagilah kat makwe awak. Nii, saya dah air masak dah." Aiyla tunjuk air masak yang di letakkan di dalam bekas air minuman nya.

" Awaklah jadi makwe saya. tiap-tiap hari saya belanja awak minum air ni..Malah yang lebih mahal pun boleh. " ketawa Iskender mula meletus kuat.

Menganggap itu cuma gurauan, Aiyla turut ketawa kecil.

" Yalah-yalah, saya ambil. Terima kasih. "

" Sama-sama. Nanti kalau ada problem, roger saya ya.. Tata, saya nak sambung kerja. " Lambai Iskender sebelum berlalu dari situ.

Aiyla menyambung kerjanya semula sambil menyebut minuman sejuk itu. Terasa segar tekaknya.

===

maaf lama tak update ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience