BAB 4

Romance Series 24226

Bab 4

" Bangun dik..Bangun.." perempuan itu menepuk perlahan wajah gadis itu.

Gadis itu perlahan membuka matanya. Raut wajahnya yang nampak pucat itu terus berubah terkejut tatkala melihat beberapa orang wanita serta lelaki sedang memandang nya.

" Err..Saya dekat mana ni? " soal gadis itu, cermas. Adakah dia sudah di culik?

Wanita yang menepuk wajahnya tadi membantu gadis itu menyandarkan tubuh di katil. Segelas air masak di suakan kepada gadis itu.

Aiyla tidak menolak. Dia meneguk air itu sehingga habis. Sekarang bukan masanya nak buat kerek bagai tak nak minum air.

" Sebenarnya, kami lah yang menyelamatkan kamu dari masuk ke dalam bilik pembedahan. Atau lebih jelas lagi, kami lah yang membawa lari kamu. " Wanita itu menerangkan sambil tersenyum kecil.

Aiyla mengerutkan dahi. Bilik pembedahan apa pulak ni?

" Mama kau. Dia nak gugurkan kandungan yang ada dalam perut kau tu. Nyaris-nyaris sahaja kau nak masuk bilik operation, tapi kami yang membantu kau. Kami membawa kau pergi dan menukarkan katil kau dengan katil pesakit lain." lelaki yang berwajah serius itu menerangkan pula selepas nampak kerutan di dahi Aiyla.

" Mama? "

" Yeah. Kau ingat mama kau tu baik ke? Dia jahat. Cucu sendiri pun nak bunuh. Kau beruntung ada kami yang tolong. Kalau tak, mungkin kau akan kehilangan anak kau. " Lelaki lain pula yang menyambung menerangkan apa yang terjadi.

" Nicho! Jaga sikit mulut kau tu." serentak dengan itu bahu Nicho di tampar kasar oleh wanita yang menegur Aiyla pada mulanya.

" Tepi sikit. Bubur panas ni..Berikan laluan." seorang wanita bersuara meminta laluan tatkala laluan agak tersekat di sebabkan oleh kawan-kawan nya yang ramai berkerumun di katil Aiyla.

Aiyla melihat seorang wanita yang nampak lebih berusia daripada beberapa lelaki dan wanita tadi, sedang duduk di kerusi di sebelah nya. Bubur yang masih panas di tiup perlahan, sebelum di bawa ke mulut Aiyla.

" Mak Cik ni siapa? " soal Aiyla. Dia sebenarnya masih kurang jelas dengan situasi yang sedang alaminya sekarang ini.

" Makcik janda anak satu, ingat tak? " wanita tersengih. Manakala kawan-kawan nya yang lain sudah ketawa lucu.

" Yang bagi surat tu? Selit celah seluar? " soal Aiyla lagi.

" Yess, exactly. Mak Cik lah tu. Nama makcik Noura. " Mak Cik Noura menyuapkan bubur ayam itu masuk ke mulut Aiyla. Gadis itu nampaknya mula menyelesakan diri dengan keadaan.

Habis semangkuk bubur itu di makan oleh Aiyla. Gelas air susu yang di suakan oleh Mak Cik Noura juga habis di teguknya.

" Ermm.. Kenapa Mak Cik selamat kan saya? " soal Aiyla setelah kesemua kawan-kawan Mak Cik Noura meminta diri untuk pulang kembali ke hospital. Mereka semua merupakan nurse yang bertugas di sana. Malah, yang menyapu ubat di tangan Aiyla tadi juga ialah kawan Mak Cik Noura juga.

Mak Cik Noura duduk di hujung katil. Matanya nampak berair tiba-tiba. Tidak mahu Aiyla melihatnya, pantas Mak Cik Noura menyeka air matanya menggunakan hujung bajunya.

" Sebenarnya, Aiyla merupakan anak Mak Cik Noura bersama dengan Deniz, Ayah kamu." terang Mak Cik Noura dengan mukanya yang kesedihan.

Aiyla nampak terkejut tetapi dia tidak menyampuk. Baginya biarlah Mak Cik Noura menghabiskan ayat-ayatnya dahulu.

" Mak Cik di bawa oleh Puan Feriha ke rumah sebagai orang gaji untuk menguruskan semua hal rumah tangga termasuk jugalah keperluan bapa kamu, Tuan Deniz. Puan Feriha terlalu sibuk dengan kerjanya sehinggakan kadang-kala dia tidak pulang ke rumah.

Jadinya, hanya tinggal Mak Cik dan Tuan Deniz sahaja di rumah pada suatu malam itu. Tuan Deniz nampak agak kepenatan pada malam itu. Dia menyuruh Mak Cik membawa kan segelas kopi ke biliknya.

Mulanya dia hanya menyuruh Mak Cik membawa kan segelas kopi sahaja, tetapi lama-kelamaan dia mula menyuruh Mak Cik melayani keinginan batinnya. Mak Cik menolak. Tetapi Mak Cik tidak sempat untuk melarikan diri. Tuan Deniz begitu cekap sebelum melampiaskan segala keinginan nya yang terpendam. " Mak Cik Noura nampak sedih selepas menceriakan hal itu. Dia menarik nafas sebelum menyambung kembali penceritaannya.

" Hasil perhubungan tubuh itu, Mak Cik telah di sahkan hamil. Tuan Deniz memberikan pampasan kepada Makcik dan menyuruh makcik segera pergi dari rumah sebelum hal ini di ketahui oleh Puan Feriha.

Malangnya, Puan Feriha rupanya lebih cekap dalam menghidu setiap perbuatan kami. Tuan Deniz nampak begitu tertekan dan dia tidak mahu berpisah dengan Puan Feriha.

Puan Feriha telah menetapkan syarat yang telah membuatkan Mak Cik kehilangan kamu. Dia tidak akan bercerai dengan Tuan Deniz sekiranya hak penjagaan anak yang di kandungkan oleh Mak Cik iaitu kamu di serahkan kepadanya.

Tuan Deniz pantas bersetuju. Dia berjanji akan menyara Mak Cik sepanjang hidup. Kebetulan pula ketika itu, Mak, Mak Cik memerlukan kos yang tinggi untuk pembedahan membuang rahim. Jadinya, Mak Cik tiada pilihan. Nyawa Mak Mak Cik berada di tangan Mak Cik." Mak Cik Noura menundukkan wajahnya.

Dia terasa begitu lemah tatkala itu. Melepaskan anaknya demi Ibunya sendiri. Dia bukan terkilan. Cumanya dia berasa begitu bodoh. Tersekat di dalam situasi yang mewajibkannya membuat pilihan.

Aiyla menyentuh tangan Mak Cik Noura sebelum di usap perlahan. " Terima kasih Mak sebab menyelamatkan Aiyla daripada kehilangan anak Aiyla. " Aiyla memeluk tubuh Mak Cik Noura.

Mak Cik Noura nampak terkejut. Dia sangkakan Aiyla tidak akan menerima nya malah akan mengamuk dan berlalu pergi. Tetapi lain pula yang jadinya.

" Aiyla dah tahu dah pasal status diri Aiyla sejak dahulu lagi. Sebelum papa meninggal dunia, papa telah memberikan diari bersama dengan beberapa buah fail kepada Aiyla. Mulanya Aiyla agak terkejut tetapi Aiyla faham akan sebab mengapa Papa berbuat begitu.

Papa menyuruh Aiyla mencari seorang wanita yang bernama Noura Tarik dan membalas jasanya. Papa agak terkilan kerana tidak sempat memberikan kos perbelanjaan lain untuk Mak seperti yang di janjikan. Semua duit papa telah di dekat oleh mama. Mama mengawal semua aktiviti yang melibatkan kewangan papa."

Mak Cik Noura tersenyum tawar. " Takpe, Mak tak kesah pun. Benda dah berlaku. Lagipun mendiang papa kamu juga sudah tiada. " Mak Cik Noura membalas pelukannya anaknya.

Syukur kepada Tuhan akhirnya anak beranak yang terpisah itu telah bersatu semula. Pastilah yang paling gembira ialah Aiyla. Dia gembira dapat berjumpa sendiri dengan insan yang telah melahirkannya.

Kedua beranak itu saling berpelukan untuk melepaskan kerinduan yang terbuku jauh di lubuk hati selama ini.

===

double update for today..jumpa esok ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience