BAB 11

Romance Series 24226

Bab 11

Dengan terkocoh-kocoh Aiyla bersiap dengan lajunya. Hanya gincu berona nude di oleskan ke bibir nya. Pakaian Hakkan di ambil sebelum dia melangkah keluar. Aduhh, Gul ni memang nak kena ni.

Tadi banyak kali juga Aiyla tanya pasal barang-barang semua. Tapi kata Gul, semua sudah di letakkan di dalam bonet kereta. Tapi sekarang ni, boleh pulak dia call cakap terlupa nak bawa baju Hakkan.. Aduhhh, jenuh Aiyla nak mencari teksi.

Kawasan perumahannya pada waktu petang begini kelihatan agak meriah dengan kedatangan kumpulan penyanyi jalanan. Orang ramai berhimpun untuk melihat persembahan yang bagi Aiyla, langsung tak menarik. Entah lagu apa-apa yang di nyanyikan itu.

" Kak, semalam lima ringgit Kak. " seorang lelaki muda berseluar pendek dengan kemeja kekotak nya bersuara dari tepi tangga.

" Semalam apa ni? " soal Aiyla, buntu. Serius lah. Otaknya memang agak lembab sikit nak tangkap benda yang tak jelas macam ni.

Lelaki itu menghampiri Aiyla bersama senyuman nya yang tampak nakal. Brochure di keluarkan dari beg sandangnya. Lalu di suakan kepada Aiyla. Penampilan Aiyla yang nampak agak simple itu di pandangnya.

Tak kisah lah selekeh ke tak, dia tak kesah. Yang penting rupa Aiyla tu yang lawa. Dari bentuk badan pun dah tahu, yang Aiyla itu anak dara.

Aiyla menilik brochure itu. 'Pakej hubungan tubuh paling Hot di abad ini! '

Wahhh, tajuk dia pun!

Menawarkan pakej urutan batin, servis sampai puas dan setiap posisi apa pun boleh di request. Promosi besar-besaran! Yang penting, di lakukan oleh golongan graduan Universiti yang bereducated. Hanya lima ringgit sahaja yang di perlukan.

Aiyla meneguk liurnya. Gila! Memang gila betul.

" Nak tak akak? Jom, kita buat dekat rumah akak je la. " Lelaki itu pantas menarik tangan Aiyla.

" Ehhh, apa ni? Sejak bila saya cakap nak ni? " Aiyla mulai takut.

" Alaaah, Kak. Lima ringgit je pun. Support lah bisnes saya yang kecil-kecilan ni.. "

Aiyla mengeluarkan not lima ringgit dari dalam beg tangannya lalu terus di campak ke wajah lelaki itu. " Nah, ambik ni. Awak pergi berambus jauh-jauh. Jangan nak jual maruah awak dengan harga yang takde nilai macam ni. Even those, awak ni lelaki dan tak boleh pregnant sekali pun bila buat seks bebas, tetapi peratus nak dapat HIV tu, tetap ada. " Aiyla terus merentap tangannya sebelum berlalu pergi.

Entah dari mana datangnya kekuatan untuk dia berkata sebegitu.

Aiyla berdiri di tepi bus stop. Matanya merenung jam di tangannya. Aduhhh, lagi beberapa jam sahaja lagi Gul nak pergi rumah bakal suami dia..

Tapi teksi langsung tak lalu kawasan ini. Yang ada cumanya kereta dari penduduk serempat sahaja.

Aiyla menunduk menekur lantai. Terasa bersalah kerana mungkin akan membuat Gul tertunggu-tunggu. Kalau lah dia tahu semua ni nak jadi, mesti dia akan jaga aje Hakkan dekat rumah. Ni mesti dah jadi menyusahkan Gul pula.

" Aiyla! " suara seseorang memanggilnya pantas membuatkan dia mengangkat wajah.

Lelaki bersut kemas siap dengan bertali leher dengan penuh maskulinnya melangkah ke arah Aiyla. Wajahnya nampak bersih serta segak untuk di tatap. Jikalau di masukkan ke dalam komik, pasti sekarang ini akan ada bunga-bunga di sekeliling nya ketika dia melangkah.

" Iskender? "

Lelaki tadi tersenyum kecil. Kali ini penampilan nya nampak begitu maskulin dengan haruman yang berbau harum tetapi masih lagi mengekalkan aura kejantanan.

Aiyla berdiri tiba-tiba.

" Nak pergi mana ni? " soal Iskender.

Aiyla mengeluh perlahan. " Saya nak pergi rumah kawan saya. Tapi bas ke teksi pun tak lalu pun dekat sini. Dah setengah jam saya menunggu. " terang Aiyla. Wajahnya nampak sedikit gusar.

" If you don't mind, boleh je saya tolong tumpangkan. " tawar Iskender, ramah.

" Siyeslah? Tak menyusahkan awak ke? " Aiyla mulai mendapat semangat baru.

" Taklah.. Nanti kalau rasa tersusah, saya minta la Tolong awak pulak di lain waktu.. Tapi, masa tu awak tak boleh mengelat tauuu.. " Iskender melangkah ke tempat pemandu sementara Aiyla sudah mengambil tempat di sebelah.

" Okay! Anything je.. "

" Bagusss! So, shall we? " Iskender menekan pedal minyak sebelum kereta mewah itu terus meluncur laju.

========

Iskender membetulkan rambutnya di hadapan cermin yang berbingkai kayu dengan Corak yang unik. Pantulan wajahnya yang kacak di selitkan dengan senyuman senget.

" Terima kasih, banyak-banyak Iskender. Kalau takde awak tadi, memang tak sampailah saya ke sini. " Aiyla datang dari bilik Gul dengan lengkap memakai gaun bunga-bunga kecil berwarna peach. Nampak feminine dan lembut sahaja.

Itupun Gul lah yang suruh pakai. Gul paksa pulak dia suruh turut serta ke Majlis yang akan di adakan pada malam ini. Kata-nya dah alang-alang datang, lebih baik turut serta.

Rupanya Iskender merupakan adik lelaki kepada bakal suami Gul. Tidak sangka bukan? Seperti sudah di aturkan sahaja gayanya. Aiyla tidak menolak kerana dia juga ingin melihat sendiri wajah gembira Gul di Majlisnya ini. Sebagai sahabat yang karib, Aiyla tidak sampai hati untuk menolak permintaan rakannya itu.

" No hal la.. Lagipun sehala je kita nak pergi ni. Ermmm, Aiyla. Yang budak kecil tadi tu anak awak ke? " soal Iskender, perlahan. Tidak sangka pula Aiyla sudah berkahwin.

" Ha'ah. Anak saya lah tu, Hakkan."

" Ayah dia mana? Saya tak nampak pun.. Kerja Ehh? " ringan pula mulut Iskender hari ini.

" Iyaaa.." jawab Aiyla. Terpaksa berbohong. Mana mungkin dia akan menceritakan apa yang terjadi.

" Mummy! " Hakkan keluar siap berpakaian baju kemeja dengan seluar jeans. Nampak comel tetapi segak gayanya.

Hakkan menghampiri Aiyla lalu memeluk paha mummynya.

Aiyla mendukung Hakkan. Pipi Hakkan di cium, kejap.

" Hye, Hakkan! " Iskender cuba menyentuh tangan Hakkan tetapi pantas sahaja Hakkan melarikan tangannya. Nampak wajahnya yang tidak menyukai langsung Iskender.

" Heyy, kenapa macam ni Hakkan? Uncle nak salam kan? Cepat, sua tangan." Aiyla menarik tangan anaknya yang mengeras itu.

" Tak nakkkk! Hakkan tak suka uncle niii.." Hakkan terus menangis serta membentak.

Aiyla segera menepuk- nepuk belakang Hakkan lembut.. Aduhh, ni mesti dah mengantuk ni.. Itu yang buat perangai sangatt.

Iskender mengeluh perlahan. Tipislah peluangnya untuk mendekati Aiyla kalau begini penerimaan anak si Aiyla. Aduhhhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience