Bab 7
LIMA TAHUN KEMUDIAN..
Suasana hening. Dengan wajahnya yang beku, Aiyla tenggelam dalam fikirannya sendiri dan Hakkan juga tidak banyak meragam seolah-olah mengetahui mummynya agak bad mood. Seketika kemudian, Aiyla menghela nafas, mendongak ke dada langit sebelum menutup matanya. Beberapa detik berlalu, barulah Aiyla menunakkan pandangan nya ke arah Hakkan.
Hakkan melangkah menghampiri mummy nya dengan berhati-hati.
" Ada apa-apa yang Hakkan nak bagitahu dekat mummy? " Aiyla menyoal perlahan tetapi wajahnya sudah tidak semanis seperti sebelum dia mengambil Hakkan di sekolahnya.
Hakkan nampak takut-takut. Wajah nya sudah nampak seperti hendak menangis.
" Cakaplah. Biar mummy tahu. "
Hakkan menunduk kan wajahnya ke bawah.
" Kenapa Hakkan tolak Darya sehingga terjatuh? Kepala dia luka dan terpaksa di kejarkan ke hospital. Tahu tak? " Aiyla mengangkat kepala anaknya untuk memandang wajahnya.
" Hakkan tak sengaja. Darya..." tersekat-sekat Hakkan nak menjawab.
" Darya apa? Hakkan jangan nak melampau sangat ya. Mummy hantar pergi sekolah bukan nak suruh tolak orang. Mummy suruh Hakkan belajar sahaja kan? Kenapa perangai teruk sangat ni? Nak kena pukul ke? " Suara Aiyla sudah melengking tinggi.
Kepala nya begitu serabut. Sudah lah, Bos banyak songeh. Buat itu salah, buat ini salah. Kerja nak mencari salahnya sahaja, ini termasuk jugalah dengan kes Hakkan siang tadi. Yang gatal nak pergi menolak anak orang tu dah kenapa?
Waris Darya ingin membawa kes ini ke mahkamah pula. Lagilah serabut kepala Aiyla nak berfikir. Hakkan juga sudah di buang sekolah di sebabkan sikapnya yang pasif ini.
Dalam ekonomi keluarga mereka yang agak merosot begini, Hakkan boleh buat hal. Memang nak kena pukul lah jawabnya.
Rotan di ambil dari atas almari. Aiyla menghampiri Hakkan yang nampak takut-takut itu. Terus tanpa banyak kata, dia melibas kuat rotan ke betis Hakkan.
Menjerit-jerit anak kecil itu tatkala di pukul Mummynya. Dia sudah menangis teresak-esak.
" Sakitt.. mummy.. Hakkan sakit.. Hakkan minta maaf.. Aduhh.. Mummy.. " teriak Hakkan kuat.
" Lain kali nak buat lagi tak? Hakkan dah besar. Jangan nak menyusahkan mummy sangat. Mummy letih tahu tak. Letih sangat. Sejak nenek meninggal dunia, mummy terpaksa kerja nak cari duit untuk makan, bayar bil api, bil air semua. Nak bayar yuran sekolah lagi. Tapi Hakkan senang-senang sahaja nak buat hal." Bagaikan orang yang kerasukan, Aiyla merotan lagi tubuh anak nya.
Hakkan sudah menangis kesakitan.
Dari luar rumah, Gul dapat mendengar suara Hakkan yang menangis teresak-esak. Segera dia menolak pintu rumah Aiyla, sebelum dia menjerit, marah. Tubuh Hakkan segera di tarik ke dalam pelukannya. Kanak-kanak kecil itu menangis di dalam pelukan Gul.
" Kau kenapa, Aiyla?! Yang kau pukul ni anak kau! Kalau dia buat salah sekali pun, kau nasihat dia elok-elok. Tak payah nak guna cara kasar macam ni. Tak kesian dekat anak ke? Pukul sampai lebam-lebam habis badan Hakkan. " Gul nampak begitu marah sekali. Sudah lama dia bersabar dengan sikap Aiyla itu.
Kawannya tidak seperti dulu. Yang selalu mengasihani anaknya. Yang selalu berlembut dengan anaknya. Sejak kematian Mak Cik Noura setahun yang lalu, terus Aiyla berubah menjadi pembengis, cepat panas baran dan suka pukul-pukul si Hakkan.
" Jangan pegang budak ni. Aku nak pukul dia ni cukup-cukup. Dasar bawak bala. Menyesal Aku mengandung kan anak haram macam ni.. Kalau Aku tahu bila dah besar perangai macam setan, dah lama Aku gugurkan dia awal-awal. Perangai macam setan. Meh Aku nak ajar cukup-cukup. " Tangan Hakkan di tarik. Terus dia merotan-rotan lagi kaki Hakkan.
Tanpa belas kasihan, Aiyla memukul anaknya.
Makin kuat Hakkan menjerit-jerit. Pasti dia sakit.
PANG!!!
Terus terteleng kepala Aiyla ke tepi. Gul sudah tidak dapat menahan sabar. Aiyla harus di ajar juga. Kenapa jadi tak berperikemanusiaan sangat? Yang dia pukul ni anak dia sendiri kut..
" Yang kau nak sibuk ni Kenapa Gul? Kau blah lahh..Kau kalau tak tahu apa yang Aku rasa, lebih baik kau pergi. Aku dah lah tengah stress kat tempat kerja, last-last budak bawak bala ni buat hal dekat Sekolah. Ni, waris budak tu nak bawak kes ni dekat mahkamah. Kau tahu tak macam mana perasaan Aku? Kau tahu tak?
Ni..ni..sebab budak bodoh ni, hidup Aku jadi macam ni. Dasar anak haram.. anak sial. Aku tak ingin lah jadi Mak kau. Aku tak kira, Aku nak hantar dia pergi rumah anak yatim. Biar orang jaga budak ni. Aku nak mulakan hidup baru."
Tangan Aiyla laju sahaja mencubit pipi dan menunjal dahi Hakkan kasar. Dia betul-betul sudah hilang sabar. Dulu ada lagi Maknya yang selalu menasihatinya, tetapi sekarang sejak Maknya meninggal, makin teruk jadinya perangai Aiyla.
" Kaulah yang bodoh Aiyla. Budak ni Tuhan beri sebagai hikmah untuk kau. Aku tak tahu setan apa yang dah rasuk kau ni.. Kalau kau tak nak jaga dia, takpe..Meh Aku yang jaga. Aku pun tak hendak la nak biar dia terus tinggal dengan Mak yang macam hantu ni.
Kaki pukul.. Tak de belas kasihan. Anak sendiri pun nak pukul. Entah mana perginya hati dan perasaan kau. " nampak terkilan wajah Gul tatkala mendukung Hakkan.
" Kau jangan tunjuk muka dia dekat Aku lagi. Kalau Aku nampak muka budak bawak bala ni, memang mati dia Aku bunuh." kata Aiyla sambil memandang Gul dan Hakkan silih bergantu dengan angkuh.
" Aiyla?!!! " Gul tidak percaya yang berkata seperti ini adalah sahabatnya, Aiyla.
" Apa? Kalau Aku sebagai mak pun dah menyampah tengok budak ni, kau rasa apa? Dah la masa mengandung, dia punya buat perangai tu macam apa lagi. Kerja menendang perut Aku. Sampai tak terlelap Aku nak tidur. Tapi itu dululah. Zaman Aku bodoh-bodoh lagi.
Tapi sekarang jangan ingat dia boleh pijak kepala Aku. Memang nahas dia Aku kerjakan." Aiyla semakin berani berkata-kata sebegitu.
" Kau memang dah melampau Aiyla! Selama ni Aku sabar je tengok kau buat anak kau. Aku ingat kau akan berubah. Tapi makin menjadi-jadi sikap kau ni. Tapi hari ni kau memang sangat-sangat melampau. Kau anggap anak kau ni macam hamba kau pulak ya? Kau pukul dia, kau caci dia, kau hina dia. Kau pernah fikir tak apa yang dia rasa? Apa yang dia pendam selama ni?
Tu, budak Darya yang kau asyik sebut tu, kau tahu tak apa budak tu dah buat? Budak tu kurang ajar sangat. Dia hina Hakkan takde Ayah. Dia ajak budak-budak yang lain hina Hakkan, pulaukan Hakkan bagai. Budak tu yang kurang ajar.
Kenapa kau nak marah anak kau sendiri? Dia pun ada hati dan perasaan. Kau kena fikir perasaan dia sama. Tak payah nak fikir masalah kau sahaja yang rasa besar, rasa berat nak tanggung. Tapi cuba faham sama apa perasaan anak kau.
Kadang-kadang, kau kerja. Kau kerja lebih masa. Lepastu kau tinggal anak kau sorang-sorang dekat rumah. Kau fikir tak apa perasaan dia? Kau lupa nak masak kan untuk dia lagi. Dia lebih terseksa kau tahu? Dia malang sebab di lahirkan dari rahim perempuan yang kejam macam kau.
Aku malu dapat kawan macam kau, Aiyla. Aku malu sangat." Gul terus mendukung Hakkan lalu di bawa keluar dari rumah itu.
Biar mama Gul yang jaga Hakkan. Biar mummy buang Hakkan sekali pun, ingat Hakkan.. Hakkan masih ada seorang mama untuk Hakkan tumpang kasih sayang.
Kepala Hakkan di usap sebelum dia memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
Dari muka pintu rumah, Aiyla sudah jatuh terduduk. Empangan air mata yang di tahan-tahan selama ini, akhirnya pecah juga.
" Maafkan mummy Hakkan! Mummy terpaksa buat anak mummy macam tu.. Maafkan mummy." ujarnya tidak henti-henti bersama dengan linangan air mata.
Yeahh, hari ni caramel rasa sangat bersemangat. Jadi triple update pun boleh kan? Jangan kecam Aiyla pulak yaaa..hihihi.. lepas ni caramel dh kembali busy..huhu
Share this novel