BAB 16

Romance Series 24226

Bab 16

Iskender mengepal penumbuknya kuat sehingga tertimbul urat di tangannya. Sebelah tangannya masih lagi memegang tangan Hakkan yang tidak banyak bercakap selepas dia berkunjung ke rumah Aiyla pada pagi itu. Pintu rumah langsung tidak di tutup pada mulanya sememangnya membuatkan Iskender merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

" Aiyla! Aiyla! " laungan Iskender termati apabila melihat Hakkan berdiri di tepi dinding dengan wajah yang kosong. Renungan mata bundar kecil itu seperti membawa maksud sesuatu yang tidak di fahami Iskender.

Iskender hanya mengikut langkah Hakkan yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik. Iskender tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya.

Mulut Iskender terus terlopong apabila melihat Aiyla yang sedang memegang pisau dengan meletakkan pisau itu di pergelagangan tangan nya.

" Aiyla! " panggil Iskender, terkejut.

Pisau terlepas dari tangan Aiyla. Gadis itu nampak tidak terkejut dengan kehadiran Iskender. Malah dia cuba mengambil pisau itu semula.

" Jangan macam ni, awak! Ingat dekat anak awak ni. " Iskender menolak Hakkan menjauh dari Aiyla. Dia perlahan-lahan melangkah mendekati Aiyla. Sebarang kemungkinan pasti berlaku. Jadi dia perlu bijak mengawal keadaan.

Aiyla sudah bertekad. Dia mahu menamatkan semuanya hari ini juga. Celaka! Dalam masa sehari, dua kali dia di rogol dengan kejam. Apa? Apa salahnya?

Iskender melangkah dengan berhati-hati. " Aiyla! Awak jangan macam ni. Kalau awak ada masalah, awak boleh share dengan saya. Anytime dan anything saya boleh membantu awak. Saya tak nak awak macam ni. Saya dan Hakkan sangat sayangkan awak. "

Aiyla menggelengkan kepalanya. " Tak! Tak boleh! Saya tak boleh.. Diri saya dah hancur. Mana mungkin boleh hidup lagi. " Katanya dengan air mata yang bergenang.

" Awak boleh cerita kan apa sahaja masalah awak dekat saya. Mana tahu saya boleh settlekan pulak ke? Takpun, dengan bercerita kepada seseorang, beban daripada masalah awak itu akan terasa sedikit berkurangan." Iskender masih lagi cuba memujuk dengan nada yang lembut.

Hakkan hanya memerhati dari tadi tanpa bersuara.

Iskender menarik pisau dari tangan Aiyla dengan perlahan-lahan. Pisau itu di letakkan di atas almari pakaian sebelum dia datang memeluk Aiyla. Pipi Aiyla di cium,lama. " Saya sentiasa ada pada bila-bila masa sahaja awak perlukan saya."

Pecah tangisan Aiyla di dalam pelukan Iskender. Kot Iskender di cengkam kuat. Dia benar-benar terasa dirinya sangat kotor dan tidak layak lagi untuk hidup.

" Dia buat saya macam tu.. Dia kejamm.." Aiyla cuba menceritakan dengan suara yang serak.

Iskender membelai rambut Aiyla lembut. Ubun-ubun gadis itu di cium, lama. " Shhhh.. Shhh.. Saya faham. Saya sentiasa akan bersama dengan awak ya. Ingat tu Aiyla. Hakkan juga sangat sayangkan mummy nya."

Hakkan menghampiri selepas mendapat isyarat mata dari Iskender. Dia memeluk tubuh Aiyla dengan sangat erat.

" Saya masakkan sup untuk awak ya. Hari ni awak rest dulu. Saya tak nak awak terlalu fikirkan pasal masalah awak tu sangat. Biar saya yang tolongkan fikir pasal tu. " Iskender melepaskan pelukan nya. Wajah Aiyla di tekupnya lembut.

" Jaga lah diri awak seumpama permata yang sangat di sayangi seorang saudagar. Kerana diri awak sangat bernilai bagi saya. Tidak mampu di beli dengan wang tetapi mampu di miliki dengan rasa sayang ini." tangan Aiyla di letak kan di dadanya untuk merasai rentak degupan jantungnya yang dari tadi tidak berentak dengan nada yang biasa.

Iskender menarik langsir tingkap untuk membiarkan cahaya menerobos masuk. Kemudian dia mendukung Hakkan sambil membawanya ke dapur. Kanak-kanak itu tidak banyak bicara dan nampak seperti trauma.

Iskender tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Puas dia berteka-teki. Tetapi dia tidak akan menyoalkan apa yang berlaku dalam waktu terdekat ini. Biarlah keadaan menjadi agak reda dahulu. Lambat laun pasti dia akan tahu juga.

Cuma yang pasti hal ini begitu banyak membawa kedukaan kepada Aiyla dan Hakkan kerana kedua-dua nampak begitu kesedihan. Aiyla dari segi fizikal dan mental tetapi Hakkan dari segi mental.

Iskender berjanji pada dirinya. Dia tidak akan meninggalkan Aiyla dan Hakkan dalam kesedihan lagi. Kedua-duanya sudah di anggap seperti nyawanya sendiri.

Rancangan nya untuk melamar Aiyla kelmarin juga terpaksa di pendam dahulu hasratnya kerana tiba-tiba sahaja Abang nya serta bakal kakak iparnya datang mengejut. Dia agak segan untuk melamar di hadapan keluarga nya sendiri.

Biarlah. Tiba masanya nanti aku akan lamar Aiyla juga. Aku akan bahagiakan dia seperti mana Aku membahagiakan Ibu Aku sendiri.

======

Ferhat membiarkan muncung Gul yang sudah panjang sedepa. Nak marah lah tu sebab dia balik lewat semalam. Haishh, tak faham betul lah. Tak kahwin lagi kut, tapi bukan main nak tinggal sekali bagai. Ferhat dah begitu jemu melihat Gul yang pada pandangan matanya seperti dugong itu.

" Saya tanya elok-elok kan? Awak pergi mana semalam? Kenapa balik lewat? " Gul mengulangi soalannya sekali lagi.

Ferhat masih tidak menjawab. Dia membelek telefonnya bagaikan orang pekak.

Gul melepaskan nafasnya kasar. " Hey, awak! Dengar tak apa saya tanya ni? " suara nya di tinggikan sedikit dengan harapan Ferhat akan membuka mulutnya.

Gul tak rasa kelewatan Ferhat pulang di sebabkan hal kerja kerana dia awal-awal lagi sudah menghubungi PA lelaki itu. Tetapi kata Kyle, Ferhat awal-awal lagi pulang dari kerja.

Lagi satu yang membuatkan Gul berprasangka buruk ialah kerana bau perempuan di baju Ferhat semasa dia ingin mengambil baju lelaki itu di dalam bakul baju kotor.

Bau itu agak familiar tetapi Gul tidak ingat di mana dia pernah menghidu bau itu.

" Cakap lah. Kenapa diam? "

Ferhat mendengus kuat. " Tak payah sibuklah Aku nak pergi mana sekali pun. Event Mak Aku pun tak pernah tanya kenapa Aku selalu balik lewat malam, tetapi kau pulak yang nak kongkong bagai." Ferhat bersuara perlahan tetapi nadanya sahaja begitu menyakitkan telinga Gul.

Gul tersenyum sinis. " Saya ni bakal isteri awak. Tak lama lagi kita akan jadi suami isteri. Seharusnya saya tahu kemana awak pergi malam-malam. " balasnya selamba.

" BAKAL? Kau yakin ke Aku nak buat kau isteri? Kau rasa kau layak ke untuk Aku? Ni, ambik cermin dan suluh muka kau. Muka tak semengah tapi buat gatal pulak nak dekat orang." Cermin kecil yang kebetulan ada di hadapan nya, terus di letakkan di hadapan wajah Gul.

Gul menggigit bibir nya sehingga terasa sakit. " Awak nak face dan body shamming saya? Heyyyy, Awak ingat saya nak ke dapat muka dengan badan macam ni? "

Ferhat mengangkat bahu. " Aku kisah pulak ke kau reda ke tak? " Ferhat menyalakan api di cerutnya sebelum dia meniup asap kasar. " Kau tahu yang Aku tak suka kau. Tapi kau tetap degil. Aku dah cakap yang Aku tak suka kau. Malam tu, kau paksa jugak Aku kahwin dengan kau.

Sampai kau sanggup khianati kawan kau. Kau yang bagi peluang untuk Aku sentuh dia. Kau yang ceritakan semua apa yang berlaku pada masa yang lepas. Kau korbankan kawan kau semata-mata demi nak dapatkan Aku? Kau sepatutnya malu Gul. Orang macam kau ni yang tak layak di panggil kawan."

Gul memeluk tangannya ke tubuh. " Orang macam Aiyla tu, layak ke saya nak buat kawan? Dah lah kerja menyusahkan. Suruh jaga anak dia lah. Nak pinjam duitlah.

Saya buat semua ni memang sebab ikhlas nak kan awak. Awak minta je apa-apa pun dari saya, asal kan saya boleh hidup bersama dengan awak. Ferhat, saya sangat cintakan awak. " Gul melangkah menghampiri Ferhat. Matanya sudah berkaca-kaca.

Ferhat menjauh. " Jadi Hakkan tu memang anak aku lah kan? "

" Ikutkan memang macam tu lah. Awak lelaki pertama yang sentuh dia 5 tahun yang lalu. Tapi boleh jadi anak lelaki lain jugak sebab Aiyla ni jenis kuat main lelaki. Tiap-tiap malam ada je lelaki yang datang rumah dia. " tanpa rasa bersalah, Gul menuduh kawan nya. Entah mana hati perutnya tatkala itu.

" Kalau anak aku, Aku akan ambil hak penjagaan anak sebab Aku mahukan pewaris yang boleh mewarisi segala harta dan kekayaan Aku."

Ferhat tersenyum sinis. Aiyla Deniz. Hakkan Deniz. Dia tahu semuanya dari awal kenal dengan Gul tetapi sengaja berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

Gul tidak berpuas hati. " Kenapa nak ambik anak haram dari dia? Saya pun boleh mengandung lah. Cakap je awak nak anak berapa orang, nanti lagi 9 bulan 10 hari on the way akan keluar." Gul tidak mahu Ferhat dekat dengan Aiyla. Hatinya akan berasa sakit.

Ferhat menjeling Gul. Anak dari Gul? Memang tak lah. Tengok badan pun tak selera tapi ada hati nak ada anak dengan Aku.

Dia akan berusaha mendapatkan Hakkan juga. Selama ni dia agak was-was mengenai status Hakkan. Tetapi kini tidak lagi. Hasil ujian DNA dari rambut Hakkan yang di ambil secara sembunyi-sembunyi juga telah mendapati bahawa hampir 70% DNA Hakkan datang darinya.

Segera dia berlalu keluar dari bilik untuk membuat panggilan dengan peguam yang paling berjaya dan terkenal dalam memenangi kes.

===

sayonara! selamat pagi. semoga hari kalian sentiasa di berkati Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience