Bab 2
Hasil pemeriksaan Doktor terhadap keadaan Aiyla telah mendapati wanita itu terlalu stress dan berkemungkinan juga wanita itu mengalami tekanan perasaan. Saranan Doktor sudah pastinya menyuruh wanita itu berjumpa dengan pakar psikiatri dengan lebih kerap.
Namun, berita mengenai kehamilan Aiyla sudah cukup membuatkan wanita itu mengamuk sakan. Perutnya di pukul-pukul sendiri dengan wajahnya yang mencuka. Aiyla tidak mahu mengandungkan benih lelaki yang paling dia benci dan tidak kenal langsung gerangannya. Lagipun usianya terlalu muda. Kawan-kawan nya lain sudah masuk ke Universiti tempatan dan ada juga ke luar negara untuk belajar, tetapi tidak mungkin dia terpaksa mengorbankan semua itu, untuk melahirkan seorang bayi yang tidak paling tidak diingini.
Doktor terpaksa memberikan suntikan penenang kepada Aiyla. Tidak lama, wanita itu terus tertidur dengan matanya yang sudah membengkak.
Puan Feriha sudah jatuh melorot di hujung dinding selepas mendengar apa yang Doktor perkatakan sebentar tadi. Hancur luluh hatinya sebagai seorang Ibu yang menginginkan hal yang terbaik untuk anaknya, tetapi malahan hal sebegini pula yang di dapatinya.
Puan Feriha tidak menyalahkan Aiyla langsung. Cumanya dia kecewa dengan dirinya sendiri. Dia tidak pandai menjaga anaknya dari lelaki yang tidak berguna itu. Pesanan mendiang suaminya yang menyuruh dia menjaga Aiyla dengan sebaik mungkin, nampaknya tidak berjaya dia laksanakan.
Air mata di seka perlahan menggunakan sapu tangan. Puan Feriha memerlukan masa untuk bersendiri. Makanya dia segera keluar dari ruangan wad yang menempatkan anaknya.
Seorang nurse yang kebetulan berjalan di hadapan wad Aiyla segera masuk ke dalam wad itu setelah mendapati Puan Feriha keluar dari bilik wad itu. Dia melangkah perlahan-lahan ke katil Aiyla sebelum menyelitkan sepucuk surat di dalam baju gadis itu. .
Setelah memastikan tiada sesiapa yang memerhati, dia segera keluar dari wad sambil bertingkah seperti tiada apa-apa yang berlaku.
========
Matanya di buka perlahan-lahan sambil menyesuaikan diri dengan cahaya yang memancar ke wajahnya. Terlihat wajah Doktor lelaki itu sedang melakukan pemeriksaan terhadapnya. Mamanya juga sudah di kerusi di sebelah katilnya..
Doktor tersebut memeriksa denyutan jantung Aiyla sebelum wajahnya di paling ke arah Puan Feriha. Isyarat mata di berikan sebelum dia keluar dari bilik itu diikuti dengan Puan Feriha dari belakang.
Aiyla merasakan tekaknya terlalu perit. Dia terlalu dahaga. Tangannya cuba mencapai gelas air masak di atas meja di sebelah katilnya..Tetapi malangnya, cawan plastik itu jatuh ke lantai.
Aiyla mengeluh perlahan.
Terpaksa lah dia menunggu mamanya masuk semula ke dalam wad ini. Aduhhh, tunggu punya tunggu sudah setengah jam masih mamanya belum tiba. Aiyla sudah lah terlalu dahaga.
Aiyla menggaru perutnya yang dari tadi terasa gatal. Tangannya mula menyentuh sepucuk surat yang terselit di celah seluar nya.
Pantas dia mengeluarkan surat yang sedikit basah dengan peluhnya sendiri. Surat apa ya?
Dia membuka lipatan kertas itu dengan hati yang mendongkol penuh dengan pertanyaan.
MAKCIK TAK NAK CAKAP PANJANG DAH. MAKCIK NAK KAMU FIKIR DULU. JANGAN GUGURKAN BAYI YG KAMU KANDUNG TU. BAYI TU TIDAK BERDOSA.
PERCAYALAH, DI DALAM KEMENDUNGAN AWAN, PASTI TERSELIT BERJUTA KEINDAHAN PELANGI SELEPASNYA. SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH. PERCAYALAH.
MAKCIK NURSE JANDA ANAK SATU
MY NUMBER-
011-58961052
Aiyla membaca surat itu dengan kerutan di dahinya. Sejak bila dia nak gugurkan kandungan dia nih?
Tadi mungkin dia masih di dalam keadaan yang kurang stabil dari segi emosi, itu yang dia pukul-pukul perut tu. Tetapi sekarang, dia sudah okay. Dia tidak pernah pun terfikir sejauh itu. Walau dia benci orang yang merogolnya, tetapi dia tidak la sampai membenci anak sendiri.
Aiyla tidak kesah jika dia perlu mengorbankan masa mudanya untuk darah dagingnya sendiri. Sejak kecil dia terlalu menginginkan anak ramai. Bukan apa, nanti tak lah sunyi seperti dirinya yang merupakan anak tunggal di dalam keluarga.
Surat itu kembali di simpan di dalam laci di sebelah. Aiyla tidak tahu siapa nurse itu, tetapi dia sedikit bersyukur kerana ada juga orang asing yang mempedulikan tentang dirinya.
Perutnya yang masih kempis, perlahan-lahan di usap lembut. Tidak sangka di dalam perut ini terdapat suatu nyawa yang menumpang. Terasa bahagia sedikit dirinya kerana selepas ini dia bakal menjadi seorang Ibu.
Terus dia menyandarkan kembali kepalanya ke bantal sambil tersenyum kecil. Mungkin akan ada yang mengatakannya, kurang waras kerana langsung tidak terfikir untuk membenci anak haram yang telah di kandung. Aiyla masih seorang manusia. Mulanya dia agak terkilan juga. Tetapi dia juga memiliki pemikiran yang sangat rasional. Biasalah, kadang-kala emosi itu selalu menguasai keadaan.
Dari cermin pintu wad, Steffan berdiri sambil memerhatikan Aiyla dengan raut wajah kehampaan. Jambangan bunga matahari terus di campak ke dalam tong sampah di sebelah sebelum dia berlalu pergi.
Kenapa Aiyla tak faham akan perasaannya? Dia tahu Aiyla tak bersalah. Sebab itulah dia nak bertanggungjawab. Biarpun anak yang di kandung Aiyla itu bukan anaknya, tetapi jika terdapat pertalian darah dengan wanita yang paling di cintainya, Steffan tak kesah. Akan dia cuba untuk membukakan juga pintu hatinya untuk menerima kehadiran anak kecil itu.
Hati Steffan begitu sakit. Terasa berdarah tanpa henti. Apa lagi yang perlu dia lakukan untuk memiliki Aiyla? Sudah lah dulu masa nak mengorat pun, bukan main susah sebab Aiyla terlalu jual mahal. Dah tu, bila dah dapat, ada pulak lelaki gila pergi buat onar. Haishh, kalau dapat dekat Steffan lelaki itu, memang dia akan lenyek-lenyek dengan kereta sportnya. Biar mati terus.
=======
" Jadi, Puan hanya perlu menurunkan tandatangan di sini. Dalam masa terdekat, pihak kami akan segera menggugurkan kandungan Cik Aiyla." Pen di suakan kepada Puan Feriha yang dari tadi hanya mendengar penerangan nya.
Pen di ambil lalu tanpa membuang masa, terus Puan Feriha menandatangani surat itu.
Dia berbuat begini untuk kebaikan masa hadapan Aiyla juga. Sementara masih kecil kandungan itu, lebih baik gugurkan awal-awal.
Puan Feriha tidak mahu jiran tetangga serta saudaranya mengetahui tentang hal ini. Selama ini keluarga nya sudah di pandang tinggi berikutan kebijaksanaan dan kecantikan yang di miliki oleh nya dan sekarang ini di perturunkan kepada anak gadisnya, Aiyla Deniz.
Jadi, dia tidak mahu di sebabkan anak haram itu, terus perskepsi masyarat terhadap keluarganya terus berubah. Puan Feriha tidak ingin semua itu terjadi. Dan Inilah merupakan jalan pernyelesaian yang paling bijak yang dapat di fikirkan olehnya.
========
selamat membaca ya semua.
Share this novel