Bab 10
Aiyla membiarkan lagu Know me too well berkumandang di dalam biliknya. Terasa begitu bersemangat untuk dia membersihkan serta mengemas rumah sewa kecil nya ini.
Mop di ambil lalu di mop lantai. Aiyla menyanyi kecil mengikut irama lagu itu.
" I spend my weekend.."
Tiba-tiba terdengar seseorang mengetuk pintu rumahnya. Cepat-cepat Aiyla meletakkan mop ke tepi sebelum menutup lagu itu.
" Ya? " Aiyla berdiri di depan pintu dengan riak wajah yang pelik kerana terdapat beberapa orang lelaki yang berpakaian pelik sedang memandang nya.
" Cik Aiyla Deniz? "
" Ya. Saya. "
" Tolong sign dekat sini, sini dan sini. " lelaki bertopeng kuning itu menunjukkan kertas dalam bahasa yang Aiyla sendiri tidak faham. Nak cakap bahasa English tak, tapi lebih kepada perancis. Mau terbelit juga lidahnya nak menyebut.
" For what? " Aiyla nampak curiga.
" From your mother, Feriha Deniz."
" My mother? " Aiyla menurunkan juga tandatangannya di ruangan kosong yang di tunjuk oleh lelaki itu.
" Yeah. Okay, done. Bob, bawak masuk barang. " Arah lelaki itu sebelum memasukkan kertas serta pen ke dalam lori.
Beberapa orang lelaki mengangkat sofa yang masih di baluti plastik masuk ke dalam rumah Aiyla. Aiyla terpaksa ke tepi walaupun dia masih tercengang. Untuk apa Puan Feriha nak bagi perabot macam-macam ni?
" Eh..Kejap..Kejap.." Aiyla berdiri di hadapan pintu, tidak mengizinkan mereka masuk untuk meletakkan almari pula. Wahhh, sampai alamari pun nak bagi..
" Awak betul-betul sure semua barang ni untuk saya? " soal Aiyla, tidak berpuas hati. Macam mana kalau semua perabot nk tersilap rumah..Hah, satu hal pulak nak kena bawak keluar balik.
" Cik Aiyla Deniz. Memang semua perabot ni untuk Cik Aiyla. Kalau tak percaya sangat, lebih baik Cik Aiyla call je Ibu Cik Aiyla. Tanya dia untuk kepastian. And, nak tengok sign dari Puan Feriha Deniz pulak ke?" Lelaki tadi sudah nampak meluat dengan sikap Aiyla yang tidak memberikan kerjasama.
A'ahh la. Call pun boleh, kan?
Baru sekarang Aiyla terfikir tentang call. Terus dia bergerak ke tepi dan menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Telefon pintar yang dah ketinggalan zaman itu, di keluarkan. Dulu telefonnya memang up to date. Boleh kata, setiap kali keluar model terbaru sahaja, mesti Puan Feriha akan membelikan satu untuknya.
Tapi, beberapa tahun yang lalu, Hakkan telah demam panas. Memang ketika itu, Aiyla betul-betul tiada wang. Wang yang di berikan oleh Ibunya pula memang tidak cukup langsung untuk membelikan ubat untuk mengubati demam Hakkan. Jadi memang hendak tak hendak, Aiyla terpaksa menjual telefonnya itu dan hasil dari wang itu di gunakan untuk membeli ubat dan model telefon yang lebih murah.
Telefon sememangnya boleh di katakan sebagai keperluan buat masa ini. Susah juga kalau dia tidak mempunyai telefon. Sebarang hal urusan kerja serta urusan persekolahan Hakkan akan di laporkan dari gajet itu.
" Hello! " suara Puan Feriha pantas mematikan lamunan Aiyla.
" Hello. " Aiyla bersuara perlahan.
" Yeahh, Aiyla. Dah dapat apa yang mama beli tu? Mama tahu Aiyla sememangnya memerlukan semua keperluan tu. Mama pernah datang rumah Aiyla hari tu, ternampak pula ruangan rumah yang kosong tanpa sebarang perabot. Jadi mama beli lah untuk Aiyla. " Nampak ceria Puan Feriha bercerita.
" Puan Feriha. Puan bukan lagi Ibu saya. Puan tidak boleh terima anak saya. Malah Puan mahu menggugurkannya pula. Dia merupakan nyawa saya. Jika Puan berniat ingin mengapa-ngapakan dia, pastinya saya sebagai Ibunya juga turut terkesan. Sudah lah, Puan suruh pekerja-pekerja Puan ni ambil balik barang-barang ni, bawak balik. Saya tak nak tengok langsung semua benda ni dalam rumah saya. " terus Aiyla mematikan talian.
Selepas itu, beberapa kali juga Puan Feriha cuba menghubunginya. Tetapi terus telefonnya di di setkan terus ke off -mode.
Sebelum pergi, dapat Aiyla melihat wajah masam pekerja-pekerja itu yang terpaksa mengangkat semula semua barang masuk ke dalam lori. Wauu, nampak marah pulak. Tapi tulah, nak buat kerja tak nak tanya orang. Memang satu hal, kena angkat balik semua.
Aiyla menutup pintu rumah selepas Lori itu mula menghilang dari pandangan mata. Dia sambung membersihkan rumahnya semula.
=========
GUL menggaru kepalanya yang tidak gatal. Astagaa! Rasanya dia tertinggal beg pakaian Hakkan lah. Aduhhh.
" Mama Gul, mana baju Hakkan? " soal Hakkan yang sudah bertuala itu. Terkedek-kedek dia melangkah ke arah Gul. Tadi Gul suruh dia tunggu dalam bilik air dulu sebab Gul nak ambik pakaian dalam kereta.
Gul tersengih-sengih. Peluh mula merenik. Sudah lah, malam ini Majlis jamuan makan sempena pertunangannya akan di adakan di rumah agam keluarga sebelah pihak lelaki. Ini pun, Gul terpaksa tumpang berehat di rumahnya sendiri sebelum bergerak pula ke rumah pihak lelaki.
Rasanya, ini dalam sejarah la, pihak perempuan tidak berada di dalam Majlis pertunangannya sendiri. Gul begitu sibuk menguruskan perniagaan nya yang baru bertapak di tanah airnya sendiri ini. Hari-harinya begitu padat dengan jadual kerja yang memerlukannya untuk lebih berdedikasi.
" Errr.. Mama rasa macam mama terlupa lah nak ambik beg baju Hakkan. "
Hakkan nampak terkejut.
" Mama rasa mama perlu call Mummy Aiyla untuk hantar kan baju Hakkan. Sebab macam dah tak sempat pulak untuk kita berpatah balik. " ujar Gul.
Sudah lah, lagi beberapa minit tukang dandanan yang di tempah oleh papanya akan datang untuk mendandannya sebelum berangkat ke rumah pihak lelaki.
Hakkan menganggukkan kepalanya. Tak tahu nak cakap apa.
" Tapi sebelum tu, Hakkan keringkan badan dan pakai baju Letisyia dulu ya. " Gul keluar dari biliknya untuk meminta pakaian anak perempuan sepupunya yang sebaya dengan Hakkan.
Gul masuk semula ke dalam bilik dengan membawa gaun bunga-bunga kecil milik si comel Letisyia. Tanpa banyak kata, Gul terus memakaikan gaun itu kepada Hakkan.
Hakkan memang tidak banyak kerenah. Pakai sahaja apa yang orang bagi dekat dia. Itulah salah satu sebabnya Gul amat menyayangi Hakkan seperti anaknya sendiri.
" Hakkan nak main toy dengan Letisyia ke? " soal Gul apabila menyedari dari tadi Hakkan merenungnya.
Hakkan menggelengkan kepalanya.
" Habis tu? "
" Nak phone. Nak call Mummy. "
" Ouhh, nak call mama ya? Kejap mama Gul pergi ambik phone. " Gul mengambil telefonnya yang bercas sebelum menutup suis. Telefonnya terus di bawa ke arah Hakkan yang duduk di atas katil.
Screen lock di akses berdasarkan scan dari retina matanya sebelum dia mencari nama Aiyla untuk di hubungi. Terus dia menyuakan telefonnya kepada Hakkan.
Hakkan nampak teruja hendak menghubungi mummynya.
Gul tersenyum kecil memandang Hakkan. Kepala anak kecil itu terus di usap perlahan.
sorry sesangat! Nah, sempena raya korban..selamat hari raya korban untuk semua!
Share this novel