BAB 9

Romance Series 24226

Bab 9

Dengan wajah yang sudah di rias cantik, Gul mendapatkan Aiyla yang sedang memberi Hakkan minum air kotak. Takut sangat baju anaknya comot bila tertumpah air.

" Aku nampak cantik tak, Aiyla? " Gul memusingkan tubuh gempalnya di hadapan Aiyla. Kain gaun yang berwarna hitam itu nampak sesuai di tubuh Gul.

" Cantik sangat. Pandai kau beli baju. Nanti kirim salam dekat Mak kau ya. " Aiyla sambung mengelap bibir Hakkan yang terkena kesan air kotak coklat.

" Nanti sayang mummy ni jangan nakal-nakal ya. Dengar cakap mama Gul. Behave tau. " Aiyla usap wajah anaknya sambil tersenyum manis.

" Nasib kau datang minta maaf dan cerita perkara sebenar, kalau tak memang Aku bawak anak kau pergi Amsterdam je. " Gul ketawa kecil. Dia mengambil tempat di sofa di sebelah Aiyla.

Aiyla membiarkan Hakkan bermain dengan telefonnya sebelum dia memandang Gul. Tak sangka, hari ini rakannya akan bertunang. Tak sabar nak tengok Gul bersama dengan suaminya nanti di Majlis perkahwinan mereka.

" Sorry lah kalau Aku libatkan kau. Aku terpaksa Gul. Mama Aku memang dah desak Aku suruh buang je Hakkan kat mana-mana. Kalau tak dia sendiri yang pergi buang.

Kau tahu kan, mama Aku tu macam mana. Jenis hati keras sikit. Susah lah. Tapi, Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat kau. Tak sangka ehh, kau ingat skrip yang Aku bagi tu? Ingatkan kau lupa. " Aiyla memeluk bahu Gul, kejap.

Gul membalas pelukan sahabatnya itu. Demi kebahagiaan Aiyla, dia sanggup melakukan apa sahaja. Sudah di anggap Aiyla sebagai adik beradik kandungnya sendiri.

" Ini Gul okay, kalau tak pandai berlakon memang tak lah.." Gul ketawa diikuti oleh Aiyla.

" Dah nak dekat pukul 2 dah. Better kau bertolak awal-awal. Sebab Aku takut jem je nanti. Jap, Aku ada benda nak bagi dekat kau." Aiyla bangun untuk mengambil sesuatu dari dalam biliknya.

Sebuah beg kertas di ambil lalu di bawa keluar. Terus beg kertas itu di suakan kepada Gul.

" Apa ni Aiyla? " soal Gul. Jangan cakap Aiyla prank nak letak katak pulak dalam nihh..

" Buka bila kau dah sedia. Janji jangan bukak depan Aku. Sebab benda tu terlalu hot. " Aiyla ketawa mengekek.

Gul menggelengkan kepalanya. Benda apa lah yang hot sangat tu. Dia bangun sambil membetulkan kain gaunnya sebelum menyerahkan sampul Wang kepada Aiyla.

" Ambiklah. Aku tau gaji kau tak masuk lagi. Kau guna je duit ni dulu. Buat belanja seharian." tangan Aiyla di tarik lalu di letakkan Wang itu ke atas tangan itu.

Aiyla menolak perlahan. " Takpelah Gul. Tak payah la. "

" Ishh, apa pulak macam tu. Ambiklah Aiyla. Kalau kau segan, kau anggap je Aku kasi kau pinjam. Nanti kalau kau dah ada duit, kau bayar lah. Aku tak kisah kau nak yang mana-mana pun. " begitu ikhlas sekali Gul melayani Aiyla.

" Nanti..Aku bayar ya. Terima kasih banyak-banyak Gul. " Aiyla menyeka air matanya yang hampir menitis, terharu.

" Okaylah, Aiyla. Aku kena gerak sekarang ni. Peluk la Hakkan tu buat lepas rindu dulu. Sebab kau nak kena pisah dengan dia seminggu kutt.. " Gul berlalu ke luar rumah untuk memanaskan enjin kereta dahulu.

Dia perlu membawa Hakkan sekali kerana di bawah penjagaan Aiyla, berkemungkinan keselamatan Hakkan menjadi taruhan. Dia yakin Puan Feriha mengupah stalker untuk memerhati setiap gerak geri Aiyla. Tak sangka begitu obses sekali Puan Feriha terhadap anaknya.

Hakkan di tarik ke dalam pelukannya. " Nanti mummy pasti akan rindukan Hakkan. Hakkan jangan nakal-nakal ya sayang. " pipi Hakkan di cium lama.

Hakkan memeluk mummy nya erat. " Iya, Hakkan takkan nakal. Mummy jaga diri tau. " ujar Hakkan sambil melepaskan pelukan mummynya. Pipi mummy nya di usap perlahan.

" Kalau papa ada, mesti papa akan teman mummy kan? " matanya jernih memandang anak mata Aiyla.

Aiyla terkedu sebentar.

" Hakkan teringin nak jumpa papa. Hakkan tahu, papa work, tapi tak salahkan kalau papa balik kadang-kadang untuk bersama dengan kita? " Hakkan nampak sedih tatkala berbicara tentang papanya.

Pon! Pon! Pon!

Bunyi hon kereta dari luar pantas membuatkan Aiyla menghela nafas, lega. " Mama Gul dah tunggu tu. Jom mummy hantar. " Hakkan yang sudah besar itu di dukung.

Aiyla suka memanjakan Hakkan dengan perkara yang kecil sebegitu. Biar Hakkan tak rasa sedikit pun kekurangan kasih sayang.

====

Farhat menjeling adik perempuan nya yang nampak ralit melayani tetamu.

Amboi bukan main ya Teffa perli dia. Dalam Fac bukan main Teffa update macam-macam pasal pertunangan nya ini.

Sanak-saudara semua bukan main nak sponsor makanan dan doorgift. Sebab anak Puan Zeda yang paling liat jodoh nak melekat, akhirnya dah nak bertunang.

" Woo, chaya lah broo.. Kau dah nak kahwin ehh. Ingatkan tak kawin sampai mati. " kawan Farhat memeluk bahu Farhat sambil kawan-kawan yang lain sudah ketawa mengusik.

" Ishhh, apa kau ni. Bab jodoh semua ni rahsia Tuhan." Farhat menyiku perut kawannya sebaik sahaja kawannya melepaskan pelukan di bahu.

" Abang. Ibu panggil. " seorang adik perempuan Farhat yang kebetulan lalu di situ, segera memanggil abangnya. Di tangannya penuh nasi serta lauk pauk yang menyelerakan.

Farhat segera melangkah masuk ke dalam rumah. Dia segera menghampiri Ibunya yang sedang berbual dengan tetamu nya.

" Ibu. "

Puan Zeda menoleh memandang ke arah anaknya sebelum memperkenalkan Farhat kepada keluarga mentua nya. Farhat tersenyum kecil sebelum berjabat tangan dengan kedua-dua Ibu bapa tunangnya yang bernama Gul.

Kata mereka, Gul di dalam perjalanan ke sini. Entah bagaimana ya rupa si Gul? Cantik tak?

Farhat tersenyum sendiri. Mesti cantik dan bertubuh seksi. Di dalam fikirannya sudah membayangkan wajah serta tubuh Gul, tunangnya.

Gul..Gul..Gul..Cepat sampai ya, Aku teringin nak tengok wajah kau.

Farhat meminta diri untuk bersama semula dengan rakan-rakannya di khemah yang terletak di luar rumah.

Dalam hatinya, sudah tidak sabar untuk melihat sendiri gadis empunya yang bernama Gul Ziyardd. Pasti cantik macam Angelina Jolie rasanya.

====

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience