Bab 17
Seminggu kemudian..
Iskender membuka kan pintu buat Aiyla dan Hakkan masuk. Sengaja dia membawa dua beranak itu datang bercuti ke kepulauan yang agak terpencil ini untuk melupakan segala kesedihan.
Hakkan berlari masuk lalu melompat-lompat ke atas katil dengan gembira. Ini merupakan pengalaman kali pertama dia dapat bercuti ke pulau di dalam hidupnya. Selama ini dia hanya mendengar cerita mengenai keindahan Pulau daripada kawan-kawan di sekolahnya sahaja.
Aiyla memandang sekeliling bilik dengan pandangan yang kosong. Dia tidak sesedih dahulu, tetapi untuk menjadi segembira dahulu, sememangnya dia tidak akan mampu.
" Mummy, Jom mandi dengan laut nak tak? " Hakkan nampak ceria. Besar harapan nya agar Aiyla memgizinkannya serta dapat turut serta sekali bermandi-manda.
Aiyla tidak menjawab. Tetapi cukup dengan pandangan matanya yang dengan serta-merta mematikan senyuman di wajah Hakkan.
Menyedari situasi itu, Iskender yang sedang memasukkan beg ke dalam bilik segera mendapatkan Hakkan. Di angkat lalu di dukung Hakkan sambil tersenyum. " Petang-petang sikit lah kita mandi Hakkan. Sekarang kan dah tengah hari. Air laut tengah panas tu.
Lagi satu kan, waktu-waktu macam ni lah banyak shark di laut."
" Shark? " Hakkan nampak terkejut.
" Iya. Baby shark dhu..dhu..dhu.. Mama shark, papa shark, grandpa shark, grandma shark, cousin shark, auntie shark, brother shark, sister shark, nephew shark, neighbour shark, prime minister shark.. Hah, semua jenis shark ada. Takut dia gigit kita je nanti lah." usik Iskender sambil ketawa.
Hakkan turut ketawa walaupun dia tidak berapa nak faham sangat apa yang Iskender cakap.
" Nanti kita pergi makan dekat restaurant atau ada orang yang akan hantar? " soal Aiyla, perlahan. Dia hanya akan berbicarakan tentang hal yang serius sahaja dengan Iskender. Itupun susah jugak lah, nak dengar dia bersuara.
Iskender meletakkan Hakkan kembali ke bawah. Hakkan sudah berlari ke tingkap yang menghadap laut. Dia nampak begitu gembira sekali.
Saat itu Aiyla dan Iskender spontan memandang ke arah Hakkan. Kanak-kanak itu kelihatan sangat gembira tatkala sampai ke sini tadi.
Iskender duduk di sofa menghadap Aiyla. Bilik mereka merupakan bilik yang agak kecil kerana itu adalah dari permintaan Aiyla sendiri yang tidak mahu membazir. Iyalah, nak duduk 3 orang aje, tapi Iskender nak booking chalet macam untuk yang nak tinggal satu kampung.
" Saya ingat nanti malam, kita pergi makan dekat satu restoran ni. Memang cukup famous sangat. Makanan dia pun sedap-sedap. Awak tak kesah kan?"
Aiyla menggelengkan kepalanya. " Takpe je." hanya itu yang di balasnya.
Iskender mengetuk jarinya di kerusi. Dia ingin berbual lagi dengan Aiyla tetapi tidak tahu mahu berbicarakan tentang topik apa.
" Gul datang jugak ke? " soalan Aiyla itu pantas sahaja Iskender jawab.
" Ha'ah. Dia datang dengan Abang saya. Katanya nak honeymoon. "
Mendengar kan sahaja bahawa Ferhat juga akan datang, Aiyla sudah berpeluh-peluh. Dia pantas menyelubungkan diri ke dalam selimut. Perasaan trauma sejak kejadian seminggu yang lepas kembali mengasak ingatan.
Dalam seminggu ini, sudah beberapa kali juga Ferhat cuba untuk merogolnya tetapi tidak berjaya. Aiyla tidak memberikan kerjasama malah menjadi sangat agresif. Dia akan mencampak sahaja apa yang ada di depan matanya.
Aiyla tidak mahu melihat wajah itu lagi. Hatinya akan merintih dan terus menangis bila teringat apa yang berlaku. Menyesal betul dia datang ke Majlis Gul hari tu. Kalau tak, mesti semua ni takkan terjadi.
" Saya nak buat panggilan sekejap. saya keluar dulu ya." suara Iskender dari luar selimut hanya di balas dengan perkataan okay sahaja.
Aiyla tertidur dalam keadaan masih berbungkus Selimut. Suara Hakkan juga dia tak dengar langsung. Mungkin juga Hakkan di bawa sekali oleh Iskender.
Aiyla terasa kepalanya begitu berat. Jadi kebelakangan ini, dia asyik kerap tertidur dalam tempoh masa yang panjang. Mungkin ini petanda dia nak datang haid kot.
=======
Puan Zeda tersenyum tatkala Puan Esma, iaitu Ibu Gul datang berkunjung ke rumahnya. Bakal besannya itu jarang sekali berkunjung oleh kerana jarak rumah mereka yang agak jauh.
" Jemput minum Puan Esma! " pelawa Puan Zeda sambil menyuakan secawan teh yang masih berasap nipis kepada Puan Esma.
Puan Esma menyambut sambil tersenyum.
" Tidak perlu memanggil dengan menggunakan perkataan Puan bagai. Panggil Esma aje. " Puan Esma masih lagi tersenyum. Dia mengambil kek yang berwarna-warni dari dalam pinggan lalu di suap ke mulut. Sedap.
" Baik Esma! "
" Kek apa ni Kak? Sedapnya. Kaler dia yang berlapis ni pun cantik. Dengan struktur yang lembut. Sedap sangat ni." Puan Esma menunjukkan kek yang di pegangnya.
" Kek batik sarawak ni. Anak akak si Milky tu. Baru balik dari Malaysia. Itu yang bawak balik macam-macam barang tu. Kalau Esma nak, nanti akak bagi dekat Esma satu bekas. Sebab anak akak pergi beli sampai punya banyak. " ramah Puan Zeda bercerita.
Puan Esma menganggukkan kepalanya. " Okaylah, itu cerita pasal Kek batik. Tapi sekarang ni, Esma nak cakap pasal hal ni. Bagi Esma, kalau anak akak tak nak dekat anak Esma, tak payah lah sampai nak body shamming dia.
Iya, Esma tahu. Anak Esma tak secantik bidadari tapi berikanlah dia peluang untuk ubah diri dia. Lagi beberapa hari sahaja kan mereka akan berkahwin. " Puan Esma nampak kecewa.
Puan Zeda terkedu sekejap. Tidak sangka isu kurus badan ni telah menjadi hal dalam pergaduhan anak dan bakal menantu nya.
" Takpelah, Esma. Nanti akak nasihatkan anak akak ya. Mungkin dia tersilap cakap tu." Puan Zeda cuba menyedapkan hati bakal besannya sedangkan hatinya sendiri sudah mulai gundah.
=======
" Aiyla.. wake up.. Aiyla.. " Iskender mengerakkan sedikit tubuh Aiyla yang dari siang lagi sedang tidur. Cukup lama.
Aiyla menggosok matanya. Dia bangun sambil masih memejam mata. Terasa berat rasanya mahu bangun.
" Cepat bersiap. Saya dan Hakkan tunggu awak dekat luar. Kita dah nak pergi makan. Diorang dah sampai dah." beritahu Iskender.
Aiyla menggelengkan kepalanya. " Awak! Saya tak nak boleh tak? Saya nak makan dekat sini je."
" Nope. Awak kena sertai kitorang malam ni. Saya dah tempah dah set hidangan yang paling menyelerakan dekat situ. Kalau lepas makan awak tak larat, okaylah tu. Saya boleh hantar awak ke bilik." Iskender menolak dengan lembut.
" Tapi, saya memang tak nak.." Aiyla masih mencuba untuk meloloskan diri daripada harus turut serta makan malam nanti.
" Alaaaa, Aiyla. Jangan macam ni. Saya dah rancang semua benda ni lama dah tau. Takkan lah awak tak kesian dekat saya? "
Aiyla mengeluh kasar. Teringat balik budi Iskender yang menjaganya selama ini. Barang dapur dan keperluan semua, Iskender lah yang tolong sediakan. Hakkan nak ke sekolah pun, Iskender akan hantar. Susah!
Bila dah termakan budi, memang susah untuk menolak. Aiyla tidak yakin dia mampu bertenang kalau melihat muka Ferhat nanti. Dia takut. Takut seandainya lelaki itu akan mengapa-ngapakan dia lagi.
" Iyalah. Tapi tolong berjanji. Jangan tinggalkan saya walaupun sesaat masa makan nanti." Aiyla yakin dengan kehadiran Iskender, Ferhat tidak akan berani melakukan sesuatu yang buruk kepadanya.
Iskender menganggukkan kepalanya. Terasa bahagia pula sudut hatinya tatkala ini. Memang dia takkan tinggal kan Aiyla langsung. Sudah di anggap wanita itu seperti isterinya sendiri.
Aiyla menuruni katil dengan perlahan-lahan. Dia hanya akan bersiap dengan ala kadar sahaja.
Aiyla keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Dia hanya mengenakan T-shirt lengan panjang dengan seluar denim panjang. Sangat ringkas kerana moodnya juga tidak berapa baik.
Aiyla menyikat rambutnya sebelum di ikat satu ke belakang. Gincu berona nude di oleskan ke bibirnya untuk menutup warna bibirnya yang pucat.
Usai bersiap ala kadar, Aiyla keluar dari bilik sambil mengunci pintu. Matanya memerhati ombak laut yang menderu lembut menghempas pasir Pantai. Terasa tenang sedikit hatinya.
" Dah siap? " soal Iskender yang baru muncul dari biliknya yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bilik Aiyla dan Hakkan.
Lelaki itu nampak santai berbaju kemeja bercorak nanas dengan butang yang di biarkan terbuka. Terdapat T-shirt putih di dalamnya. Seluar pendek berwarna coklat muda begitu lengkap terserlah di tubuh sado Iskender.
" Dah." seperti biasa. Hanya itu jawapan Aiyla.
Mereka melangkah dengan berhati-hati ke restaurant yang hanya berjarak beberapa meter sahaja daripada chalet mereka. Hakkan sudah ada di sana bersama-sama dengan Ferhat dan Gul. Aiyla melangkah betul-betul rapat dengan Iskender. Hanya pada Iskender sahaja dia mampu berharap.
Dari jauh, Ferhat memandang kelibat Aiyla dan Iskender yang berjalan dengan agak rapat. Kadang-kala sampai tersentuh bahu. Hatinya mula berasa lain. Dia tidak gemar melihat pemandangan sebegitu.
" Maaf lambat Sikit. " Iskender duduk berhadapan dengan Ferhat manakala Gul duduk berhadapan dengan Aiyla. Sejak kebelakangan ini, Gul tidak lagi ramah serta akrab dengan Aiyla. Hubungan semakin renggang. Kadang-kala langsung tidak bertegur-sapa.
Aiyla tidak mahu mengganggu. Dia menggigit bibir sambil meramas jemarinya sendiri di bawah meja.
Hakkan hanya diam sejak tadi kerana Ferhat memberikan telefonnya untuk di main. Ferhat mulai rapat dengan Hakkan. Dia perlu mengambil hati Hakkan supaya mudah nanti untuknya menjaga Hakkan.
Rancangan untuk mengambil hak penjagaan ke atas Hakkan di biarkan rahsia dahulu kerana dia tidak mahu terburu-buru. Biarlah nanti tiba masanya nanti, baru dia akan menyuruh peguamnya berjumpa dengan Aiyla.
" Saya nak ke toilet sekejap. Awak duduk sini dulu ya." Iskender menepuk bahu Aiyla di sebelah nya, perlahan. Segera dia berlalu tanpa sempat Aiyla berkata apa-apa.
Aiyla mulai cermas tatkala Ferhat sudah mengambil tempat di sebelahnya. Laju sahaja pergerakan lelaki itu sehinggakan dia tidak sempat untuknya melarikan diri.
Hakkan juga di bawa sekali.
Demi melihat senyuman penuh makna Ferhat, Aiyla sudah kecut perut. Peluh dingin mulai merenik di dahinya.
" Aku yang rogol kau 5 tahun lepas."
.....
=======
yg ni pun dh ambik masa yg lama jugak dlm draft..maaf lah kalau tak kemas Sgt gaya penulisan sbb sy buat dlm keadaan terburu-buru. apa2 pun selamat membaca!
Share this novel